Pengemaskinian Audio Chromecast mengambil masa lebih lama daripada jangkaan

Untuk menikmati ciri terkini dan terhebat yang disediakan pada Audio Chromecast, peranti anda mungkin perlu dikemas kini kepada versi perisian yang terkini. Pengemaskinian boleh mengambil masa sehingga 10 minit.

Untuk pengemaskinian yang berhasil:

  • Pastikan pembesar suara anda dihidupkan.
  • Pastikan kabel audio disambungkan dengan kemas pada Audio Chromecast anda dan input audio pada pembesar suara anda.
  • Pastikan Audio Chromecast disambungkan dengan kemas pada bekalan kuasa.  

Penunjuk LED di bahagian tepi Audio Chromecast merupakan cara yang bagus untuk menyemak status pengemaskinian anda. Jika selepas 15 minit, anda melihat:

LED Putih Menyala

Ini bermakna Chromecast anda disambungkan kepada rangkaian dan sudah sedia untuk mula menghantar kandungan. Ikut langkah berikut untuk memulakan penghantaran:

  1. Pastikan peranti mudah alih atau tablet anda disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti Chromecast anda.
  2. Buka apl Google Home .
  3. Tatal ke bawah dan sahkan bahawa peranti anda dipaparkan.
  4. Pilih apl berdaya Chromecast dan lihat jika ikon Hantar kelihatan.
  5. Ketik ikon Hantar untuk menghantar kandungan.

LED putih berkelip 

Ini bermakna terdapat masalah berkaitan pengemaskinian dan Audio Chromecast perlu disediakan. Ikut langkah berikut untuk menyediakan Audio Chromecast anda:
  1. Buka apl Google Home .
  2. Sediakan peranti anda.

LED jingga berkelip

Ini bermakna pengemaskinian masih berlangsung. Jika pengemaskinian telah mengambil masa lebih 20 minit, cuba langkah pertama di bawah. Jika langkah ini tidak berhasil, cuba langkah seterusnya dalam senarai tersebut.
  1. But semula Audio Chromecast. Tanggalkan palam Audio Chromecast anda daripada sumber kuasa, kemudian tunggu kira-kira seminit dan pasang semula palam tersebut.
  2. But semula penghala anda. Tanggalkan palam penghala anda daripada sumber kuasa, kemudian tunggu kira-kira seminit dan pasang semula palam tersebut.
  3. Lakukan Tetapan semula kilang pada peranti dan sambungkan kepada rangkaian 2.4 GHz, jika tersedia.

Mesej "Memuat turun/mengambil kemaskinian" dipaparkan untuk jangka masa yang lama

Jika muat turun berlangsung dengan perlahan, sila berikan masa 20-30 minit untuk muat turun itu selesai. Kelajuan Internet anda mungkin perlahan. Jika muat turun tersangkut pada % tertentu untuk jangka masa yang lama, mungkin berlaku kesilapan dalam tetapan penghala anda. Terdapat isu yang diketahui dengan konfigurasi penghala tertentu yang boleh menyebabkan kelambatan muat turun. Ketahui lebih lanjut tentang penghala ini. 

Hubungi kami

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12797230836411302139
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
85561
false
false