Wilayah jualan (tempat anda boleh menjual buku anda)

Penting: Rakan kongsi Google Play boleh menjual e-Buku di negara/rantau tertentu. Ciri yang diterangkan di sini tidak tersedia di setiap negara/rantau. Pada masa ini, penjualan buku audio di Google Play tersedia kepada sesetengah rakan kongsi. Google tidak menerima rakan kongsi buku audio baharu pada masa ini. Semak kembali untuk mendapatkan kemaskinian.

Wilayah jualan menunjukkan negara tempat buku anda boleh dijual, serta profil pembayaran yang harus digunakan untuk mengumpul hasil daripada jualan di negara-negara tersebut. Sebuah wilayah jualan boleh merangkumi beberapa negara jika negara tersebut berkongsi konfigurasi yang sama. Anda boleh memasukkan negara yang anda hendak sertakan sebagai negara yang menjual buku anda, walaupun gedung Google Play belum lagi tersedia di sana. Anda harus mengecualikan mana-mana negara yang anda tidak memiliki hak untuk menjual buku di sana.

Contoh:

  • Wilayah jualan tunggal dengan WORLD ditetapkan sebagai rantau yang akan merangkumi semua negara. (Akaun yang dibuat selepas Julai 2014 telah menetapkan wilayah jualan lalai dengan konfigurasi ini.)
  • Wilayah jualan yang berasingan bagi Amerika Utara (CA,MX,US) dan Eropah (DE,ES,FR,GB,IT), supaya hasil jualan bagi setiap rantau akan dibayar ke akaun bank yang berbeza.
  • Wilayah jualan untuk semua negara, tempat anda tertakluk kepada undang-undang harga tetap dan wilayah jualan bagi bahagian dunia yang lain.

Anda boleh mengkonfigurasikan wilayah jualan dengan melog masuk ke Pusat Rakan Kongsi dan pergi ke Pusat Pembayaran. Anda akan melihat senarai mana-mana wilayah jualan yang anda telah sediakan.

Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana hendak menjual buku di negara lain.

Tambah wilayah jualan

Untuk membuat sebuah wilayah jualan baharu, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Klik butang Tambah Wilayah.
  2. Pilih profil pembayaran yang sedia ada. Jika anda perlu membuat profil pembayaran baharu, klik Batal dan pergi ke bahagian Profil Pembayaran di Pusat Pembayaran.
    Jika profil pembayaran telah dibuat baru-baru ini dan tidak dipaparkan dalam senarai lungsur, cuba muat semula halaman. Wilayah jualan anda mesti dipautkan ke profil pembayaran untuk dikonfigurasikan dengan betul.
  3. Masukkan senarai negara yang terangkum dalam wilayah jualan ini. (Lihat garis panduan pemformatan.)
  4. Tandakan kotak yang dilabel Dayakan konfigurasi kawasan ini.
  5. Jika anda tertakluk kepada undang-undang harga tetap di negara di atas, tandai kotak yang berlabel Saya tertakluk kepada undang-undang harga tetap di negara ini. Tetapan ini harus digunakan kepada semua negara dalam wilayah jualan. Anda boleh membuat wilayah jualan tambahan jika anda perlu menggunakan tetapan berbeza untuk negara berbeza.
  6. Klik Buat Wilayah.

Anda akan menerima mesej ralat jika anda cuba mewujudkan wilayah yang bertindih. Pengecualian adalah untuk WORLD, yang akan mengecualikan negara yang disenaraikan di wilayah jualan aktif yang lain secara automatik.

Edit wilayah jualan

Edit wilayah jualan yang sedia ada dengan mengklik pautan edit di sebelah wilayah tersebut. Anda boleh mengambil tindakan berikut semasa mengedit wilayah jualan:

  • pautkan wilayah jualan kepada profil pembayaran yang berbeza (jika profil pembayaran telah dibuat baru-baru ini dan tidak dipaparkan dalam senarai lungsur, cuba muat semula halaman)
  • tukar senarai negara
  • nyatakan sama ada anda tertakluk kepada undang-undang harga tetap di negara yang disenaraikan
  • nyahaktifkan wilayah jualan

Nyahaktifkan wilayah jualan

Anda boleh menyahaktifkan wilayah jualan jika wilayah tersebut tidak lagi berkaitan dengan jualan buku anda.

  1. Klik edit di sebelah wilayah jualan yang anda ingin nyahaktifkan.
  2. Nyahtandakan kotak yang dilabel Dayakan konfigurasi kawasan ini.
  3. Klik Simpan Perubahan.

Wilayah jualan yang dinyahaktifkan akan dipaparkan dalam huruf condong.

Menyelesai masalah

Tetapan berikut diperlukan untuk menjual buku dalam sesebuah negara:

  1. Negara tersebut mesti disenaraikan dalam wilayah jualan aktif. Semak sama ada kod ISO negara tersebut disenaraikan dalam wilayah jualan dan wilayah jualan tersebut tidak dinyahaktifkan. Wilayah jualan juga perlu dipautkan kepada profil pembayaran.
  2. Harga mesti disediakan untuk jualan buku di negara itu. Tetapan harga buku perlu menyatakan negara atau rantau yang merangkumi negara tersebut (seperti WORLD). Jika harga bukan dalam mata wang tempatan negara tersebut, pertukaran mata wang perlu didayakan.

Jika anda masih menghadapi masalah, cuba gunakan alat menyelesai masalah kami.

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Log masuk untuk mendapatkan pilihan sokongan tambahan untuk menyelesaikan isu anda dengan cepat

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
Cari di Pusat Bantuan
true
true
false
true
true
82437
false
false