Perihal pengesahan

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Untuk menyediakan ekosistem iklan yang selamat dan boleh dipercayai bagi pengguna serta mematuhi peraturan baharu, Google akan menghendaki pengiklan melengkapkan satu atau beberapa program pengesahan. Berikut ialah beberapa contoh program pengesahan yang mungkin kami minta anda lengkapkan. Senarai yang lebih terperinci boleh ditemui di sini.

Pengiklan juga mesti mematuhi dasar Google Ads. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Program pengesahan pengiklan

Pengguna Display & Video 360 perlu melawat pusat bantuan Display & Video 360 untuk mendapatkan butiran tentang program pengesahan pengiklan bagi Display & Video 360.

Program pengesahan pengiklan terdiri daripada satu siri langkah yang perlu diikut dan dilengkapkan oleh pengiklan. Dalam program ini, pengiklan akan diminta memberikan maklumat asas tentang perniagaan dan identiti mereka.

Setelah Google mengesahkan maklumat pengiklan, Google akan memaparkan maklumat pengiklan seperti nama, lokasi dan iklan yang telah disiarkan sepanjang tempoh masa tertentu pada platform Google (termasuk Google Search dan YouTube) dalam Pusat Ketelusan Iklan dan pendedahan dalam iklan. Demi mematuhi undang-undang yang bersesuaian, Google mungkin turut dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tambahan tertentu tentang pengiklan dan kempen iklan mereka kepada pengguna perkhidmatan Google, bergantung pada negara. Ketahui lebih lanjut tentang ketelusan iklan

Cara Google menggunakan maklumat anda

Google akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk:

  • Mengesahkan identiti anda dan/atau operasi perniagaan anda
  • Memaparkan pendedahan yang menyertakan nama anda atau nama dan lokasi perniagaan yang anda wakili, yang dipautkan daripada mana-mana iklan yang anda siarkan

Seiring dengan usaha Google untuk memperluas ketelusannya, kami akan menyediakan maklumat tentang akaun Google Ads dan kempen iklan anda secara umum, termasuk:

  • Sejarah perubahan nama pengiklan
  • Kreatif iklan
  • Tarikh dan lokasi iklan disiarkan
  • Iklan yang dialih keluar atau akaun yang digantung disebabkan undang-undang atau dasar
  • Maklumat hubungan perniagaan

Ketahui lebih lanjut tentang Ketelusan iklan.

Cara pendedahan dipaparkan dalam format iklan yang berlainan

Pada Google Search, pendedahan akan dipaparkan dalam "Perihal pengiklan ini" dalam Pusat Iklan Saya.

Pada YouTube, pendedahan akan dipaparkan dalam “Pusat Iklan Saya” yang boleh diakses menerusi ikon maklumat Activity Information atau ikon 3 titik 3 dot icon.

Pada laman web dan apl yang bekerjasama dengan Google bagi iklan paparan, pendedahan akan dipaparkan dalam “Mengapa iklan ini?” yang boleh diakses melalui ikon AdChoices Ikon AdChoices.

Proses pengesahan

Google akan memberitahu pengiklan menerusi pemberitahuan dalam akaun dan/atau e-mel apabila mereka dipilih untuk menjalani program pengesahan pengiklan dan tarikh akhir yang berkaitan untuk melengkapkan pengesahan, jika ada. Pengiklan boleh menyemak sama ada mereka layak atau tidak layak dalam halaman Pengesahan Pengiklan dan boleh memilih untuk menjalani proses pengesahan secara proaktif.

Sentiasa ingat

  • Jika anda berniat menyiarkan iklan pilihan raya di negara tertentu, anda juga mesti melengkapkan pengesahan iklan pilihan raya.
  • Pensijilan tambahan mungkin diperlukan untuk menyiarkan iklan dalam penempatan dihadkan yang tertentu, seperti perkhidmatan kewangan.
  • Jika kami mendapati bahawa anda telah melanggar dasar Google Ads kami atau anda telah memberikan maklumat palsu semasa program pengesahan, pengesahan anda akan dibatalkan dan akaun anda mungkin digantung.
  • Google berhak mengesahkan identiti atau operasi perniagaan anda sekali lagi. Anda akan menerima pemberitahuan apabila pengesahan ini diperlukan. Sebagai contoh, anda mungkin diminta mengesahkan semula identiti atau operasi perniagaan anda jika terdapat perubahan yang ketara dalam akaun Google Ads anda, termasuk membuat perubahan pada profil pembayaran anda. Sesetengah iklan dalam akaun (mis. iklan perkhidmatan kewangan) akan dijeda sehingga pengesahan berjaya dilengkapkan.
  • Google boleh mengemaskinikan keperluan pengesahan ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan

Pengiklan akan diberi tempoh 30 hari bermula dari hari pemberitahuan diterima untuk memulakan pengesahan dan 30 hari lagi untuk melengkapkan pengesahan tersebut. Kegagalan melengkapkan atau memenuhi keperluan pengesahan dalam tempoh masa yang ditentukan akan mengakibatkan akaun pengiklan dijeda. Ketahui lebih lanjut tentang penjedaan akaun.

Pengiklan mungkin dipilih dan dikehendaki melengkapkan program pengesahan pengiklan Google dalam tempoh tarikh akhir berdasarkan kriteria contoh yang berikut:

  • Sebagai sebahagian daripada pelancaran berperingkat usaha ketelusan Google, semua pengiklan akhirnya akan dikehendaki melengkapkan Program pengesahan pengiklan Google yang meliputi keperluan melengkapkan langkah di atas. Pada masa ini, Google menyokong pengesahan identiti untuk pengiklan yang berdaftar di wilayah ini.
  • Pengiklan mungkin dipilih untuk melengkapkan pengesahan jika, contohnya, gelagat pengiklanan atau kandungan iklan anda dianggap berkemungkinan mengelirukan. Kami mahu memastikan pengguna memahami pihak yang menyediakan produk atau perkhidmatan yang diiklankan pada Google Ads.
  • Sebagai lapisan perlindungan tambahan bagi pengguna kami, Google mungkin meminta pengiklan melengkapkan Program pengesahan pengiklan jika, contohnya, mereka membuat penyasaran merentas geo, mengiklankan pertanyaan berkaitan jenama atau pertanyaan pengguna dalam penempatan perniagaan atau industri yang cenderung berlaku penyalahgunaan, aktiviti yang tidak sah, dan komplot (seperti perkhidmatan sokongan perjalanan, pelanggan atau teknikal dan perkhidmatan kewangan). Apabila pengiklan diminta melengkapkan pengesahan tambahan, prestasi kempen pengiklan mungkin menerima kesan apabila mengiklan pada pertanyaan tertentu yang dihadkan oleh Google. Apabila pengesahan yang diminta berjaya dilengkapkan, prestasi kempen mungkin dapat ditingkatkan (mengikut kesesuaian).
  • Pengiklan yang akaunnya telah digantung kerana pelanggaran dasar Google Ads mungkin digesa melengkapkan pengesahan ini untuk membolehkan pengiklan membuat rayuan bagi penggantungan akaun mereka. Dalam kes ini, akaun pengiklan akan kekal digantung sehingga rayuan diterima.

Sekiranya anda tidak diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan

Pengiklan mungkin melihat pilihan untuk melengkapkan program pengesahan pengiklan tanpa tarikh akhir bagi contoh keadaan yang berikut:

  • Untuk mengesahkan akaun mereka secara proaktif
  • Untuk mengakses format iklan dan ciri lanjutan Google Ads, seperti maklumat perniagaan. Kami menyemak semua format iklan kami dari sudut pelanggaran dasar dan penyalahgunaan, malah mungkin memperkenalkan keperluan pengesahan baharu untuk mengakses format dan ciri iklan tertentu
  • Untuk mengalih keluar had yang ditetapkan pada akaun mereka

Pengiklan boleh terus menyiarkan iklan jika mereka tidak memulakan atau melengkapkan pengesahan atau jika mereka gagal memenuhi keperluan program pengesahan.

Nota: Jika pengiklan menyerahkan maklumat palsu sebagai sebahagian daripada program pengesahan kami atau tidak memenuhi syarat umur Google, akaun mereka akan digantung dan iklan mereka tidak akan disiarkan, walaupun mereka tidak diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan.

Jika akaun anda dijeda dengan serta-merta apabila Program pengesahan pengiklan dimulakan

Dalam keadaan tertentu, kami mungkin menjeda akaun Google Ads anda dengan serta-merta apabila Program pengesahan pengiklan dimulakan. Hal ini bermaksud iklan anda tidak akan dapat disiarkan sehingga anda berjaya melengkapkan program ini.

Kami akan menjeda akaun anda dengan serta-merta atas sebab yang berikut:

Untuk menentukan sama ada akaun pengiklan perlu dijeda semasa proses pengesahan, kami mungkin menyemak maklumat daripada berbilang sumber, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: amaran kawal selia, perintah tentang amalan perniagaan pengiklan atau aduan daripada pengguna, perniagaan dan entiti lain tentang penyamaran atau penipuan.

Setelah proses pengesahan berjaya dilengkapkan, akaun pengiklan akan dinyahjeda dan mana-mana iklan yang mematuhi dasar Google Ads akan dapat disiarkan. Walau bagaimanapun, akaun yang tidak memenuhi keperluan program pengesahan ini akan terus dijeda.

Langkah untuk memulakan pengesahan pengiklan

Program pengesahan pengiklan terdiri daripada berbilang langkah, termasuk melengkapkan soal selidik tentang perniagaan pengiklan, mengesahkan identiti pengiklan atau operasi perniagaan atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun, langkah yang diperlukan untuk melengkapkan pengesahan pengiklan bagi akaun Google Ads yang tertentu mungkin berbeza-beza, bergantung pada struktur akaun, persediaan pengebilan dan sama ada mereka membuat pengiklanan bagi pihak organisasi atau individu. Sila rujuk akaun Google Ads anda dan ikut arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses pengesahan.

Yang berikut ialah butiran Program pengesahan pengiklan:


Perihal perniagaan anda

Dalam langkah pertama Program pengesahan pengiklan, Google akan bertanya pengiklan beberapa soalan asas yang berkaitan dengan akaun Google Ads dan perniagaan mereka di bawah bahagian "Perihal perniagaan anda". Soalan ini akan membantu kami lebih memahami perniagaan anda. Berikut ialah contoh soalan yang mungkin perlu anda jawab:

  • Sama ada perniagaan anda ialah agensi pengiklanan
  • Pihak yang membayar untuk iklan anda
  • Sama ada anda mengiklan produk/perkhidmatan anda sendiri atau orang lain
  • Industri anda

Individu yang bertanggungjawab untuk melengkapkan bahagian ini mestilah pentadbir akaun Google Ads yang biasa dengan operasi perniagaan dan amalan pengiklan anda untuk akaun Google Ads anda. Sekiranya anda diberi tempoh masa yang tertentu untuk memulakan pengesahan (30 hari), anda akan diberitahu dalam akaun dan menerusi e-mel untuk menyerahkan jawapan anda dalam tempoh masa tersebut atau akaun anda akan dijeda pada penghujung tarikh akhir yang diberikan.

Ketahui lebih lanjut tentang penjedaan akaun.

Respons daripada soalan "Perihal perniagaan anda" yang selesai dijawab akan menentukan keperluan pengesahan dan menghalakan pengiklan kepada langkah seterusnya dalam pengesahan tambahan, yang mungkin termasuk mengesahkan identiti anda atau operasi perniagaan anda atau kedua-duanya.

Sahkan identiti anda

Selepas selesai menjawab soalan "Perihal perniagaan anda", anda mungkin diminta mengesahkan nama sah anda melalui proses pengesahan identiti pengiklan atau pengesahan operasi perniagaan. Bergantung pada persediaan akaun Google Ads anda, pengesahan ini mungkin diminta untuk organisasi anda dan/atau organisasi pelanggan anda (jika anda bekerja untuk agensi). Google akan mengesahkan identiti anda dan menjana pendedahan pada mana-mana iklan yang anda siarkan, yang memaparkan nama serta lokasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang ketelusan dan pendedahan iklan di sini.

Pengesahan ini mesti dilengkapkan oleh wakil sah, yang merupakan pentadbir akaun Google Ads dan/atau profil pembayaran yang membayar untuk iklan tersebut. Sekiranya anda diberi tarikh akhir untuk melengkapkan pengesahan (30 hari), anda akan diberitahu dan diingatkan menerusi pemberitahuan dalam akaun dan e-mel untuk melengkapkan pengesahan ini serta semua pengesahan lain yang diminta (jika berkenaan) dalam tempoh masa yang diberikan atau akaun anda akan dijeda pada penghujung tarikh akhir yang diberikan (hari ke-30). Ketahui lebih lanjut tentang penjedaan akaun.

Arahan lanjut tentang cara melengkapkan Pengesahan identiti boleh didapati di sini.

Mengesahkan operasi perniagaan anda

Berdasarkan respons anda dalam soalan "Perihal perniagaan anda", kami mungkin meminta anda mengesahkan butiran tentang operasi perniagaan anda (jika berkenaan) serta dokumentasi sokongan, seperti model perniagaan, maklumat pendaftaran perniagaan, jenis perkhidmatan yang anda tawarkan, amalan perniagaan dan hubungan dengan jenama, produk atau pihak ketiga yang diiklankan, jika berkenaan.

Anda akan diberi masa 30 hari untuk melengkapkan pengesahan operasi perniagaan dan semua pengesahan lain yang diminta (jika berkenaan) setelah anda memulakan proses ini. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin menjeda akaun Google Ads anda dengan serta-merta apabila program pengesahan operasi perniagaan dimulakan. Hal ini bermaksud iklan anda tidak akan dapat disiarkan sehingga anda berjaya melengkapkan program ini. Ketahui lebih lanjut tentang penjedaan akaun.

Ketahui lebih lanjut tentang pengesahan operasi perniagaan di sini.

Kandungan terhad

Untuk melindungi pengguna, kami hanya membenarkan pengiklan yang sah untuk mempromosikan kandungan yang berkaitan dengan industri terkawal yang tertentu, seperti Perjudian dan permainan, Penjagaan kesihatan dan ubat dan Produk atau perkhidmatan kewangan. Jika anda ingin mengiklankan kandungan ini pada platform kami, anda mungkin perlu melengkapkan program pengesahan untuk membuktikan anda memenuhi keperluan pelesenan tempatan. Anda juga mungkin perlu melengkapkan semakan identiti tambahan.

Kami menyemak dasar iklan kami secara berterusan berpandukan perubahan dalam industri dan aliran penyalahgunaan serta mungkin memperkenalkan keperluan pengesahan baharu untuk kandungan tertentu.

Tanggungjawab pengiklan

Seperti yang dinyatakan dalam Terma & Syarat Google Ads, pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya bagi penggunaan Google Ads mereka. Penyerahan maklumat palsu sebagai sebahagian daripada program pengesahan kami akan dianggap pelanggaran dasar Memintasi Sistem kami. Google berusaha sedaya upaya untuk menyemak dan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh pengiklan sebagai sebahagian daripada program pengesahan ini, tetapi dengan berbuat demikian, Google tidak menjamin atau bertanggungjawab terhadap kandungan atau aktiviti pengiklan.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15202515452788415368
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false