Penjagaan kesihatan dan ubat

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mengetahui pengehadan tambahan.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Kami berazam untuk mematuhi peraturan pengiklanan bagi penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan, jadi kami berharap iklan dan destinasi mematuhi undang-undang dan standard industri yang bersesuaian. Sesetengah kandungan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan tidak boleh diiklankan langsung, sementara yang lain hanya boleh diiklankan jika pengiklan diperakui oleh Google dan menyasarkan negara yang diluluskan sahaja. Semak peraturan tempatan bagi kawasan yang ingin disasarkan.

Berikut ialah beberapa contoh kandungan penjagaan kesihatan yang kami benarkan dalam keadaan tertentu. Sesetengah kandungan hanya tersedia di kawasan tertentu, jadi pastikan anda menyemak senarai sekatan khusus negara untuk setiap negara yang anda rancang untuk membuat pengiklanan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Pengeluar barangan farmaseutikal

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal membuat pengiklanan di negara tertentu sahaja.

Ubat preskripsi

Pengeluar barangan farmaseutikal boleh mempromosikan ubat preskripsi di negara berikut sahaja: Kanada, New Zealand, Amerika Syarikat. Pengeluar barangan farmaseutikal tidak boleh mempromosikan ubat penghilang kesakitan opioid preskripsi.

Ubat tanpa preskripsi

Pengeluar barangan farmaseutikal boleh mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi di negara berikut sahaja: Amerika Syarikat, Australia, Austria, Belanda, Brazil, China, Filipina, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Kenya, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Norway, Perancis, Poland, Portugal, Republik Czech, Rusia, Sepanyol, Singapura, Slovakia, Sweden, Thailand, United Kingdom, Vietnam.

Pengeluar dan pembekal yang lain

Pengeluar ubat pukal, pembekal profesional perubatan, dan pembekal antibodi/peptida/sebatian untuk makmal komersial boleh mengiklan di negara berikut sahaja: Amerika Syarikat, Kanada

Pensijilan

Pengeluar barangan farmaseutikal hendaklah diperakui oleh Google sebelum boleh menyiarkan iklan. Lihat cara memohon di bawah.

Farmasi yang tidak dibenarkan

Perkara yang berikut tidak dibenarkan:

Menawarkan ubat preskripsi tanpa preskripsi

Menyasarkan lokasi di tempat yang anda tidak berlesen

Kami mengambil serius tentang pelanggaran dasar ini dan menganggap perkara ini sebagai pelanggaran besar. Pelanggaran besar terhadap dasar Google Ads merupakan pelanggaran yang amat serius sehingga melanggar undang-undang atau menimbulkan bahaya yang ketara kepada pengguna kami. Semasa menentukan sama ada pengiklan atau destinasi melanggar dasar ini, kami mungkin menyemak maklumat daripada pelbagai sumber termasuk iklan, tapak web, akaun anda dan sumber pihak ketiga.  Jika kami menemui pelanggaran dasar ini, kami akan menggantung akaun Google Ads anda apabila dikesan dan tanpa amaran awal. Anda juga tidak akan dibenarkan mengiklan dengan kami lagi. Jika anda percaya bahawa ini satu kesilapan dan anda tidak melanggar dasar kami, maka kemukakan rayuan dan jelaskan sebab untuk menyokong rayuan anda. Kami hanya mengaktifkan kembali akaun dalam situasi yang meyakinkan dan sekiranya terdapat alasan yang kukuh. Jadi anda perlu meluangkan masa untuk mengemukakan hujah yang teliti, tepat dan jujur. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Perkhidmatan ubat preskripsi

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk jualan ubat preskripsi.

Google mengehadkan promosi perkhidmatan yang berkaitan dengan preskripsi, pemberian, dan penjualan ubat preskripsi dalam talian. Perniagaan yang tertakluk pada dasar ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada farmasi dalam talian dan penyedia teleperubatan.

Kami menentukan sama ada pengiklan mempromosikan perkhidmatan sedemikian berdasarkan beberapa faktor, seperti kandungan iklan, laman atau apl anda, serta produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Demi keselamatan pengguna dan sebab-sebab lain, kami amat berhati-hati semasa melaksanakan dasar ini, terutama sekali untuk laman penambat yang mengandungi pautan atau merujuk kandungan yang dalam apa-apa jua cara kelihatan seperti atau memudahkan preskripsi, pemberian atau penjualan ubat dalam talian.

Negara

Google membenarkan promosi bagi sesetengah perkhidmatan yang berkaitan dengan preskripsi ubat di negara yang berikut sahaja: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, China, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman, Hong Kong, Israel, Jepun, Kenya, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Portugal, Rusia, Slovakia, Afrika Selatan, Sweden, Taiwan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Semak seksyen khusus negara bagi dasar Penjagaan Kesihatan & Ubat untuk mendapatkan butiran tentang jenis perkhidmatan yang boleh dipromosikan dan keperluan di setiap negara.

Kata kunci

Menurut dasar ini, Google membenarkan pengiklan yang diperakui membuat bidaan pada kata kunci yang mengandungi istilah ubat preskripsi di negara yang berikut sahaja: Australia, Austria, Belgium, Kanada, Republik Czech, Denmark, Jerman, Israel, Jepun, Kenya, New Zealand, Belanda, Norway, Portugal, Slovakia, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Pensijilan

Pengiklan mestilah diperakui oleh Google untuk menyiarkan iklan perkhidmatan bagi ubat preskripsi — lihat cara membuat permohonan di bawah. Keperluan pensijilan berbeza-beza mengikut negara—sila semak pengehadan khusus negara untuk setiap negara yang anda rancang untuk membuat pengiklanan.

Istilah ubat terkawal

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk ubat larangan.

Google tidak membenarkan penggunaan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan, halaman pendaratan, kata kunci atau kod sumber halaman web.

  • Untuk kempen yang menyasarkan Kanada, New Zealand atau Amerika Syarikat, perniagaan tertentu seperti farmasi dalam talian dan pengeluar farmaseutikal boleh menggunakan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan dan halaman pendaratan. Walaupun anda tidak perlu disijilkan untuk membolehkan anda menyiarkan iklan, anda mesti disijilkan untuk membolehkan kata kunci menyasarkan istilah ubat preskripsi.  Perniagaan ini mesti disahkan oleh Google supaya iklan tersebut boleh disiarkan — lihat cara memohon di bawah.
  • Jika kempen anda tidak menyasarkan Kanada, New Zealand atau Amerika Syarikat, anda tidak boleh menggunakan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan atau halaman pendaratan.
  • Dalam kes yang terhad dan di tempat yang dibenarkan oleh undang-undang setempat, Google membenarkan pengecualian kepada dasar ini untuk kempen kesedaran kesihatan dan keselamatan awam oleh organisasi sokongan kesihatan kerajaan dan bukan untung yang telah mantap. Jika anda ingin memohon untuk pengecualian sedemikian untuk menggunakan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan, halaman pendaratan, kata kunci atau kod sumber di halaman web, sila hubungi kami.

Lihat senarai tidak menyeluruh ubat preskripsi atau bahan aktif yang dipantau di bawah dasar ini.

Penyelesai masalah: Istilah ubat terkawal

Iklan, tapak web atau apl anda mempromosikan ubat preskripsi dan promosi seperti ini tidak dibenarkan di sekurang-kurangnya sebuah negara yang disasarkan oleh kempen anda.

Alih keluar semua rujukan kepada ubat preskripsi dan steroid daripada iklan, tapak web atau apl anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengubah penyasaran lokasi anda bagi kempen anda supaya menyasarkan hanya negara yang membenarkan perkhidmatan ini. Lihat bahagian di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan khusus negara bagi negara yang anda sasarkan.

Istilah ubat haiwan terkawal

Untuk kempen yang menyasarkan Kanada atau Amerika Syarikat, Google mengehadkan penggunaan istilah ubat haiwan preskripsi apabila ubat tersebut bertujuan untuk digunakan terhadap haiwan dan tidak terdedah kepada penyalahgunaan oleh manusia atau penyalahgunaan lain. Ubat preskripsi haiwan yang terdedah kepada penyalahgunaan oleh manusia atau penyalahgunaan lain tertakluk pada dasar Istilah Ubat Terkawal. Walaupun anda tidak memerlukan perakuan untuk menyiarkan iklan anda, anda mestilah diperakui untuk membuat penyasaran kata kunci bagi istilah ubat preskripsi haiwan di Kanada dan Amerika Syarikat—lihat cara memohon di bawah.

Bahan tidak diluluskan

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk bahan tidak dibenarkan.

Google tidak membenarkan promosi kandungan berikut, tanpa mengambil kira apa-apa dakwaan kesahan:

  • Semua item dalam senarai tidak menyeluruh barangan farmaseutikal dan makanan tambahan yang dilarang ini
  • Produk yang mengandungi efedra
  • Produk yang mengandungi gonadotrofin korion manusia (hCG) yang berkaitan dengan penurunan berat badan atau kawalan berat badan, atau apabila dipromosikan dengan steroid anabolik
  • Makanan tambahan herba dan pemakanan dengan bahan farmaseutikal aktif atau ramuan yang berbahaya
  • Produk yang mendakwa produk tersebut memberikan kesan yang sama seperti ubat preskripsi atau bahan terkawal
  • Produk yang tidak diluluskan oleh kerajaan yang dipasarkan dengan cara yang menyatakan secara tidak langsung bahawa produk tersebut selamat atau berkesan untuk digunakan bagi mencegah, menyembuhkan atau merawat penyakit tertentu
  • Produk yang telah dikenakan sebarang tindakan atau kawal selia kerajaan atau amaran
  • Produk dengan nama yang mengelirukan dan serupa dengan farmaseutikal, makanan tambahan atau bahan terkawal yang tidak diluluskan

Google tidak membenarkan promosi produk DHEA di mana-mana tempat kecuali di Amerika Syarikat dan Google tidak membenarkan promosi produk Melatonin di mana-mana tempat kecuali di Kanada dan Amerika Syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang bahan farmaseutikal dan makanan tambahan yang tidak diluluskan atau mengelirukan yang kami pantau, sila lawati www.legitscript.com.

Penyelesai masalah: Bahan tidak diluluskan
  1. Betulkan destinasi iklan. Alih keluar apa-apa rujukan kepada bahan yang dilarang oleh dasar ini. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  2. Edit iklan. Alih keluar apa-apa kandungan yang kami tidak benarkan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, edit dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Penyelesai masalah: DHEA atau Melatonin
Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
Minta dibuat semakan

Sekiranya penting untuk anda terus menyasarkan lokasi sedia ada anda, ikut langkah di bawah untuk memastikan iklan dan destinasi anda mematuhi syarat.

  1. Betulkan destinasi iklan. Alih keluar apa-apa rujukan kepada bahan yang dilarang oleh dasar ini. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  2. Edit iklan. Alih keluar apa-apa kandungan yang kami tidak benarkan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, edit dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Ubat penghilang kesakitan opioid preskripsi

Google tidak membenarkan iklan untuk ubat pelega kesakitan opioid preskripsi kecuali ubat yang bertujuan untuk digunakan sebagai rawatan dibantu perubatan (MAT) bagi kecelaruan penggunaan opioid dan memenuhi semua keperluan lain berkenaan ubat preskripsi yang disenaraikan di halaman ini.

Dalam keadaan yang terhad dan jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan, Google membenarkan pengecualian kepada dasar ini untuk (a) kempen kesedaran kesihatan dan keselamatan awam anjuran organisasi sokongan kesihatan kerajaan atau bukan untung yang telah mantap, (b) iklan untuk barangan farmaseutikal bukan opioid yang hanya merujuk kepada opioid preskripsi dalam maklumat keselamatan iklan tersebut, dan (c) penyedia rawatan ketagihan yang disijilkan di Amerika Syarikat.

Jika anda ingin memohon untuk pengecualian sedemikian, sila hubungi kami.

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta-merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Rawatan perubatan spekulatif dan percubaan, terapi sel dan terapi gen

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk rawatan perubatan spekulatif dan percubaan.

Kecuali seperti yang dinyatakan di bawah berkenaan dengan promosi terapi sel atau gen di Amerika Syarikat, perkara berikut tidak dibenarkan:

 Promosi rawatan perubatan spekulatif dan/atau percubaan.

Contoh (tidak menyeluruh): Penggodaman biologi, produk kejuruteraan genetik buatan sendiri (DIY), kit terapi gen

 Promosi terapi sel atau gen, tertakluk pada pengecualian di bawah.

Contoh (tidak menyeluruh): Terapi sel tunjang, terapi selular (bukan sel tunjang), terapi gen dan bentuk perubatan jana semula yang serupa, plasma yang kaya dengan platelet

Di Amerika Syarikat, Google membenarkan promosi terapi sel atau gen yang dilesenkan atau diluluskan FDA oleh entiti yang memiliki lesen atau kelulusan FDA yang berkaitan untuk memasarkan produk tersebut.  Jika anda ingin memohon untuk pengecualian sedemikian, sila hubungi kami.

 Google membenarkan iklan untuk terapi sel atau gen yang khususnya bersifat pendidikan atau bermaklumat, walau apa pun status kelulusan kawal selia.

Contoh (tidak menyeluruh): Terbitan akademik, tiket untuk persidangan perubatan

 

Ketahui cara menyelesaikan isu iklan yang tidak diluluskan.

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta-merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Perekrutan percubaan klinikal

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk perekrutan percubaan klinikal.

Google tidak membenarkan promosi perekrutan percubaan klinikal kecuali di Australia, Belgium, Kanada, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Malaysia, Belanda, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Promosi untuk perekrutan percubaan klinikal tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi atau mewujudkan harapan atau kesan yang mengelirukan bagi produk yang sedang diuji atau membayangkan bahawa produk yang sedang diuji tersebut adalah selamat.

Penyelesai masalah: Perekrutan percubaan klinikal
Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
Minta dibuat semakan

Sekiranya penting untuk anda terus menyasarkan lokasi sedia ada anda, ikut langkah di bawah untuk memastikan iklan dan tapak atau apl anda mematuhi syarat.

  1. Betulkan destinasi iklan. Alih keluar apa-apa rujukan kepada bahan yang dilarang oleh dasar ini. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  2. Edit iklan. Alih keluar apa-apa kandungan yang kami tidak benarkan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, edit dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Ujian kendiri HIV

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk ujian HIV di rumah.

Google melarang promosi ujian kendiri HIV di mana-mana saja di dunia kecuali di Amerika Syarikat, Perancis, Belanda dan United Kingdom. Di Amerika Syarikat, pengiklan boleh mempromosikan ujian kendiri HIV yang telah diluluskan oleh FDA. Di Perancis, Belanda dan United Kingdom, pengiklan boleh mempromosikan ujian kendiri HIV yang memenuhi keperluan kawal selia tempatan.

Penyelesai masalah: Ujian kendiri HIV
Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
Minta dibuat semakan

Sekiranya penting untuk anda terus menyasarkan lokasi sedia ada anda, ikut langkah di bawah untuk memastikan iklan dan tapak atau apl anda mematuhi syarat.

  1. Betulkan destinasi iklan. Alih keluar apa-apa rujukan kepada bahan yang dilarang oleh dasar ini. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  2. Edit iklan. Alih keluar apa-apa kandungan yang kami tidak benarkan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, edit dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Pengguguran

Negara

Perkara yang berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Iklan pengguguran di negara berikut:

Antigua dan Barbuda, Arab Saudi, Argentina, Aruba, Bahamas, Bahrain, Belgium, Belize, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Djibouti, Dominika, Ecuador, El Salvador, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Grenada, Guadeloupe, Guatemala, Haiti, Honduras, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Iran, Iraq, Itali, Jamaica, Jerman, Jordan, Kepulauan Cayman, Korea (Selatan), Kuwait, Libya, Lubnan, Malaysia, Martinique, Mesir, Mexico, Maghribi, Nicaragua, Oman, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Poland, Qatar, Republik Dominika, Rusia, Saint Barthelemy, Sepanyol, Singapura, Sri Lanka, St. Kitts dan Nevis, St Lucia, Suriname, Switzerland, Syria, Taiwan, Thailand, Tunisia, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Wilayah Palestin, Yaman

Pengehadan Rangkaian Google Ads

Jika iklan anda menyasarkan satu atau beberapa lokasi yang tidak membenarkan iklan pengguguran, iklan tersebut akan dikelaskan sebagai Layak (terhad), yang bermakna iklan tersebut hanya akan dipaparkan di kawasan yang diluluskan, dan mungkin terdapat sekatan tambahan untuk negara anda. Lihat seksyen khusus negara di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara dasar berbeza mengikut negara.

Iklan berkaitan pengguguran tidak akan dipaparkan di Rangkaian Paparan Google, walaupun iklan tersebut Layak (terhad).

Keperluan pensijilan dan pendedahan pengiklan pengguguran

Di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland, jika anda ingin menyiarkan iklan menggunakan pertanyaan yang berkaitan dengan mendapatkan perkhidmatan pengguguran, anda perlu terlebih dahulu diperakui sebagai pengiklan yang sama ada menyediakan perkhidmatan pengguguran atau tidak menyediakan perkhidmatan pengguguran

Bergantung pada cara anda diperakui, Google akan menjana salah satu daripada pendedahan dalam iklan berikut secara automatik untuk iklan produk atau perkhidmatan pengguguran anda: "Menyediakan perkhidmatan pengguguran" atau "Tidak menyediakan perkhidmatan pengguguran". Pendedahan ini digunakan pada semua format iklan Carian.

Ketahui lebih lanjut tentang dasar dan cara memohon pensijilan.

Penyelesai masalah: Pensijilan dan pendedahan pengiklan pengguguran

  1. Di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland, jika anda ingin menyiarkan iklan menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan mendapatkan perkhidmatan pengguguran, anda perlu terlebih dahulu diperakui sebagai pengiklan yang sama ada menyediakan perkhidmatan pengguguran atau tidak menyediakan perkhidmatan pengguguran.

  2. Hubungi kami untuk menyemak semula iklan anda atau mengedit iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

  3. Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan, alih keluar apa-apa kata kunci yang berkaitan dengan mendapatkan perkhidmatan pengguguran.

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta-merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Kawalan kelahiran

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk kawalan kelahiran.

Google tidak membenarkan iklan yang berkaitan dengan produk kawalan kelahiran atau kesuburan di negara berikut:

  • Bahrain, China, Djibouti, Mesir, Hong Kong, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Malaysia, Lubnan, Libya, Maghribi, Oman, Wilayah Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand, Tunisia, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Yaman
Penyelesai masalah: Kawalan kelahiran
Sasarkan lokasi yang berbeza. Jika iklan anda memenuhi keperluan dasar yang asas tetapi tidak memenuhi keperluan negara yang kempen anda sasarkan, anda boleh memilih untuk mengedit penyasaran lokasi anda bagi menyiarkan iklan anda di negara lain yang memenuhi keperluan kami. Sebaik sahaja anda menyasarkan kempen anda hanya kepada lokasi yang boleh diterima, sila minta semakan ke atas iklan anda yang tidak diluluskan dan kami akan menyemak sama ada iklan anda boleh mula disiarkan:
Minta dibuat semakan

Sekiranya penting untuk anda terus menyasarkan lokasi sedia ada anda, ikut langkah di bawah untuk memastikan iklan dan tapak atau apl anda mematuhi syarat.

  1. Betulkan destinasi iklan. Alih keluar apa-apa rujukan kepada bahan yang dilarang oleh dasar ini. Jika anda tidak dapat membetulkan destinasi iklan, kemas kini iklan dengan destinasi baharu yang mematuhi dasar ini.
  2. Edit iklan. Alih keluar apa-apa kandungan yang kami tidak benarkan. Jika iklan anda mematuhi dasar tetapi anda telah membuat perubahan pada destinasi iklan, edit dan simpan iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan.

    Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

Perkhidmatan ketagihan

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk perkhidmatan tambahan.

Google menyekat pengiklanan untuk perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol yang berorientasikan pemulihan.

Contoh perkhidmatan ketagihan yang berorientasikan pemulihan: Penyedia rawatan ketagihan klinikal, perkhidmatan sokongan pemulihan seperti persekitaran kehidupan tanpa alkohol dan organisasi bantuan bersama, penjana petunjuk atau agensi rujukan untuk perkhidmatan ketagihan, talian penting krisis untuk ketagihan dadah dan alkohol
 
Negara
 
Google hanya membenarkan iklan untuk perkhidmatan ketagihan di Australia, Ireland, New Zealand dan Amerika Syarikat. Google tidak membenarkan iklan untuk perkhidmatan ketagihan di negara lain.
 
Kata kunci
 
Google hanya membenarkan pengiklan perkhidmatan ketagihan untuk membida pada kata kunci yang berkaitan dengan ketagihan dadah dan alkohol.
 
Pensijilan
 
Pengiklan perkhidmatan ketagihan mestilah disahkan oleh Google supaya iklan boleh disiarkan. Semak keperluan khusus negara di bawah Bagaimanakah dasar ini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain? Lihat cara memohon di bawah.

Insurans Kesihatan

Imej ini mewakili dasar Google Ads untuk insurans kesihatan.

Di Amerika Syarikat, anda hendaklah diperakui oleh Google untuk mengiklankan perlindungan insurans kesihatan dan perubatan, kecuali pengiklan kerajaan, yang akan dipraluluskan. Iklan yang eksklusif untuk perlindungan insurans kesihatan pergigian, penglihatan, dan/atau perjalanan tidak dihadkan.

Contoh perlindungan insurans kesihatan dan perubatan: insurans kesihatan individu, insurans jangka pendek, insurans tempoh terhad, insurans kesihatan perlindungan tetap, Medicare Advantage, Medigap, Medicaid.

Pengiklan insurans kesihatan dan perubatan, selain pengiklan kerajaan, hendaklah diperakui oleh Google untuk menyiarkan iklan di Amerika Syarikat. Pensijilan ini diperlukan untuk semua format dan aset iklan. Semak keperluan untuk Amerika Syarikat di bawah Bagaimanakah dasar ini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain? Lihat cara memohon di bawah.

Mohon pensijilan produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan 

Pengiklan tertentu — seperti farmasi dalam talian, pengeluar barangan farmaseutikal, dan orang lain yang ingin menggunakan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan atau laman penambat atau pengiklan insurans kesihatan di Amerika Syarikat — perlu diperakui oleh Google untuk menyiarkan iklan. Jika anda pengiklan yang sedemikian, berikut ialah cara memohon untuk mendapatkan perakuan:

1. Patuhi semua keperluan khusus negara di bawah. Jika kempen anda menyasarkan negara yang tidak disenaraikan, maka kami tidak membenarkan promosi ubat preskripsi atau tanpa preskripsi oleh pengeluar farmaseutikal di negara tersebut.

2. Isi borang permohonan dalam talian kami hingga lengkap.

  • Pastikan anda memasukkan ID pelanggan Google Ads anda, yang terletak di bahagian atas halaman akaun anda.
  • Untuk mengurangkan sebarang kelewatan yang tidak perlu, pastikan anda mengisi semua maklumat yang diminta hingga lengkap.
  • Jika anda sebuah agensi yang memohon bagi pihak pengiklan, sila hantar dokumentasi yang memperincikan hubungan anda dengan pengiklan atau pemegang lesen.

Bagaimanakah dasar ini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain?

Selain pengehadan berdasarkan kandungan di atas, mungkin terdapat syarat lanjut berdasarkan negara yang disasarkan oleh kempen anda. Klik negara di bawah untuk melihat syarat tambahan yang mesti anda patuhi agar kempen pengiklanan anda dapat menyasarkan negara tersebut.

Australia

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Persatuan Farmasi Australia, Medicare Australia, Agensi Kesihatan Digital Australia atau salah satu daripada badan farmasi peringkat negeri yang berikut di Australia:

  • Perkhidmatan Farmaseutikal, ACT
  • Majlis Farmasi New South Wales
  • Jawatankuasa Premis Farmasi, NT
  • Pemilikan Farmasi, QLD
  • Pihak Berkuasa Kawal Selia Farmasi Australia Selatan
  • Pihak Berkuasa Farmasi Tasmania
  • Pihak Berkuasa Farmasi Victoria
  • Lembaga Pendaftaran Farmasi Australia Barat

Iklan yang menyasarkan Australia tidak boleh menggunakan istilah ubat preskripsi dalam iklan atau destinasi iklan tersebut.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Perkhidmatan Ketagihan

 Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol yang berorientasikan pemulihan oleh entiti kerajaan sahaja.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Austria

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Bundesamt für Sicherheit im Gesundheitswesen dan tidak menggunakan istilah ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Belgium

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika mereka berdaftar dengan Agensi Persekutuan untuk Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan atau laman penambat mereka.
Pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Lihat cara membuat permohonan.

Brazil

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Agensi Pemeriksaan Kesihatan Nasional (Agência Nacional de Vigilância Sanitária -- ANVISA) dan tidak mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan, halaman pendaratan dan kata kunci mereka.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Kanada

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian, teleperubatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah:

Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript

  • Pensijilan farmasi Internet — Tersedia untuk laman web yang menerima pengisian semula, pemindahan atau preskripsi baharu; atau farmasi yang diisi melalui pesanan pos atau beberapa bentuk perkhidmatan pesanan dari jauh yang lain.

Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP)

  • VIPPS — Tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat preskripsi atau penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui laman web mereka.
  • Program Laman Web Disahkan .Pharmacy — Laman web yang menggunakan domain tahap atas ".Pharmacy" tersedia untuk farmasi yang memiliki kefungsian dalam talian penuh atau terhad, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat atau perkhidmatan preskripsi, penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui laman web mereka, dan pengisian semula atau pemindahan preskripsi.

Google membenarkan penyedia teleperubatan jika mereka ditauliahkan oleh Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript, yang menawarkan pensijilan teleperubatan kepada laman web yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi.

Ketahui lebih lanjut atau mohon pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

 

China

 
Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Negeri (SFDA) China dan tidak mempromosikan ubat-ubatan preskripsi dalam iklan, halaman pendaratan dan kata kunci mereka. Pengiklanan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran preskripsi adalah tidak dibenarkan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Perkhidmatan perubatan

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi perkhidmatan perubatan di China asalkan anda menyerahkan dokumen yang diperlukan dan telah disahkan oleh Google.

Republik Czech

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika mereka berdaftar dengan Institut Kerajaan Czech untuk Kawalan Ubat. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan laman penambat mereka.

Pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Semak cara membuat permohonan.

Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Republik Czech. Semak cara membuat permohonan di atas.

Perancis

Produk Dibenarkan?
Teleperubatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi perkhidmatan teleperubatan oleh penyedia yang ditauliahkan oleh Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript, yang menawarkan pensijilan teleperubatan kepada perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan, laman penambat, dan kata kunci mereka.

Ketahui lebih lanjut atau mohon pensijilan LegitScript.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara membuat permohonan.

Jerman

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian (termasuk farmasi, penjual ubat dan persatuan farmasi) yang tidak mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan mereka dalam keadaan berikut.

Penjual ubat dalam talian berdaftar (farmasi pesanan mel dan penjual farmasi dalam talian lain yang didaftarkan oleh DIMDI)

Farmasi berlesen yang mempunyai keizinan operasi yang sah

Persatuan farmasi yang mewakili farmasi berlesen dan/atau farmasi pesanan mel serta mengiklan barangan bagi pihak mereka

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Hong Kong

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Pejabat Ubat, Jabatan Kesihatan Kerajaan Hong Kong dan tidak mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan, halaman pendaratan atau kata kunci mereka. Pengiklanan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran preskripsi adalah tidak dibenarkan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Hungary

Produk Dibenarkan?
Pengeluar farmaseutikal

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Hungary. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

India

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di India.

Produk penentuan jantina pranatal

tanda x merah Tidak dibenarkan

Google tidak membenarkan pengiklanan bagi produk ini di India.

Perintah Mahkamah Agung (PDF)

Indonesia

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Indonesia.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Ireland

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Tidak dibenarkan

Di Ireland, Google tidak membenarkan promosi farmasi dalam talian yang menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran preskripsi, penjualan produk bukan ubat atau perundingan dalam talian (tidak termasuk perundingan dengan doktor).

Perkhidmatan Ketagihan

 Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol yang berorientasikan pemulihan oleh entiti kerajaan sahaja.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Israel

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan mereka. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Jepun

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian di Jepun, asalkan farmasi dalam talian tersebut menyediakan nombor lesen yang sah untuk "Lesen bagi pemegang keizinan pemasaran" mereka. Pengiklanan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran preskripsi adalah tidak dibenarkan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Ubat preskripsi

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google tidak membenarkan penggunaan istilah ubat preskripsi dalam teks iklan, halaman pendaratan atau kata kunci, dengan pengecualian berikut:

  • Tapak web yang hanya boleh diakses oleh profesional penjagaan kesihatan, farmasi fizikal dan pengeluar farmaseutikal boleh menggunakan istilah ubat preskripsi dalam kata kunci.
Jika anda organisasi yang layak untuk pengecualian ini, sila hubungi kami melalui borang dalam talian kami.

Ubat tanpa preskripsi

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan ubat tanpa preskripsi disiarkan di Jepun asalkan pengiklan tersebut mempunyai nombor lesen yang sah dan nombor lesen itu dipaparkan pada tapak web.

Kenya

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Badan Farmasi dan Racun. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan mereka.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Pengeluar farmaseutikal

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Kenya. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Korea

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Korea Selatan.

Malaysia

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Malaysia.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Mexico

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan COFEPRIS dan tidak mempromosikan ubat preskripsi atau ubat tanpa preskripsi dalam iklan, halaman pendaratan dan kata kunci.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Belanda

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Ministerie van Volksgezondheid, Welzijn en Sport dan tertera pada repositori dalam talian yang khusus. Farmasi dalam talian tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

New Zealand

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Perkhidmatan Ketagihan

 Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol yang berorientasikan pemulihan oleh entiti kerajaan sahaja.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Filipina

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar farmaseutikal untuk mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Filipina. Lihat cara memohon di atas.

 

Poland

 
Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

tanda x merah Tidak dibenarkan

Google tidak membenarkan promosi sebarang farmasi dalam talian tidak kira sama ada farmasi tersebut menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran preskripsi.

Portugal

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika mereka berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kebangsaan Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan (INFARMED). Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan laman penambat mereka.

Pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Semak cara membuat permohonan.

Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Portugal. Semak cara membuat permohonan di atas.

Rusia

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut dilesenkan oleh Perkhidmatan Kesihatan untuk Pengawasan dalam Penjagaan Kesihatan (Roszdravnadzor) dan mempunyai permit untuk perdagangan jauh. Semua farmasi mesti berlesen, tidak kira sama ada farmasi tersebut menawarkan produk bukan preskripsi sahaja.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Pengeluar barangan farmaseutikal

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar farmaseutikal untuk mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di lokasi ini. Semua promosi sedemikian yang menyasarkan Rusia mesti menyertakan salah satu daripada empat penafian berikut untuk Rusia dalam iklan: "Есть противопоказания. Посоветуйтесь с врачом." atau "Есть противопоказания. Узнайте у врача." atau “Есть противопоказания. Перед применением необходимо ознакомиться с инструкцией." atau "Имеются противопоказания, необходимо проконсультироваться со специалистом." Pengeluar barangan farmaseutikal juga mestilah disahkan oleh Google.

Singapura

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Singapura.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

Slovakia

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika mereka berdaftar dengan Institut Kerajaan Slovakia untuk Kawalan Ubat. Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan laman penambat mereka.

Pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Semak cara membuat permohonan.

Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengilang farmaseutikal mempromosikan ubat tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Slovakia. Semak cara membuat permohonan di atas.

Afrika Selatan

 

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian, teleperubatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian dan penyedia teleperubatan jika mereka memenuhi keperluan yang berikut:

Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan atau laman penambat mereka. Pengiklan juga mestilah diperakui oleh Google. Lihat cara membuat permohonan.

 

Sweden

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian, teleperubatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian dan penyedia teleperubatan di Sweden jika mereka memenuhi keperluan yang berikut:

  • Farmasi yang didaftarkan dengan Agensi Produk Perubatan Sweden.
  • Penyedia teleperubatan yang ditauliahkan oleh Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript, yang menawarkan pensijilan teleperubatan kepada laman web yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi.

Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat-ubatan preskripsi dalam iklan, laman penambat dan kata kunci mereka. Ketahui lebih lanjut atau mohon pensijilan LegitScript.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Taiwan

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan serta tidak mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan, halaman pendaratan dan kata kunci mereka.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Thailand

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan di Thailand.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon di atas.

United Kingdom

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan promosi farmasi dalam talian jika farmasi tersebut didaftarkan dengan Majlis Farmaseutikal Am (GPhC). Pengiklan tidak boleh mempromosikan ubat preskripsi dalam iklan dan halaman pendaratan mereka.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Amerika Syarikat

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian, teleperubatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah:

Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript

  • Pensijilan farmasi Internet — Tersedia untuk laman web yang menerima pengisian semula, pemindahan atau preskripsi baharu; atau farmasi yang diisi melalui pesanan pos atau beberapa bentuk perkhidmatan pesanan dari jauh yang lain.

Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP)

  • VIPPS — Tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat preskripsi atau penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui laman web mereka.
  • Program Laman Web Disahkan .Pharmacy — Laman web yang menggunakan domain tahap atas ".Pharmacy" tersedia untuk farmasi yang memiliki kefungsian dalam talian penuh atau terhad, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat atau perkhidmatan preskripsi, penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui laman web mereka, dan pengisian semula atau pemindahan preskripsi.

Google membenarkan penyedia teleperubatan jika mereka ditauliahkan oleh Program Pensijilan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript, yang menawarkan pensijilan teleperubatan kepada laman web yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi.

Ketahui lebih lanjut atau mohon pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Perkhidmatan ketagihan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Untuk mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan arak berorientasikan pemulihan, anda hendaklah diperakui sebagai penyedia perkhidmatan ketagihan oleh program Pengesahan LegitScript.

Perihal Pensijilan LegitScript: Bukan semua perkhidmatan ketagihan dadah dan arak layak mendapatkan Pensijilan LegitScript. Penyedia yang tidak layak mendapatkan pensijilan adalah tidak dibenarkan untuk mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan arak di Google. LegitScript mengenakan bayaran untuk pemprosesan dan pemantauan pemohon, tetapi penepian yuran mungkin tersedia dalam keadaan tertentu. Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk memperoleh Pensijilan LegitScript.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Insurans kesihatan

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Pengiklan kerajaan dibenarkan untuk mengiklankan insurans kesihatan dan perubatan. (mis. Bursa negeri, healthcare.gov). Agensi kerajaan tidak perlu disijilkan dengan G2 untuk layak, tetapi mesti melengkapkan proses pensijilan Google. Bagi agensi kerajaan, sila tulis permintaan agensi kerajaan pada medan 10 dan 11 borang permohonan ini.

Semua pengiklan lain mestilah diperakukan dengan G2 untuk mengiklankan insurans kesihatan dan perubatan.

Perihal Pensijilan G2: Bukan semua pengiklan insurans kesihatan layak untuk memperoleh Pensijilan G2. Penyedia yang tidak layak mendapatkan pensijilan, tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan insurans kesihatan di Google. G2 mengenakan yuran untuk pemprosesan dan pemantauan pemohon. Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk memperoleh Pensijilan G2.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Vietnam

Produk Dibenarkan?
Pengeluar barangan farmaseutikal

No issues detected and positive check mark icon Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan pengeluar barangan farmaseutikal yang diperakui oleh LegitScript untuk mempromosikan ubat-ubatan tanpa preskripsi selaras dengan undang-undang tempatan.

Ketahui lebih lanjut atau mohon pensijilan LegitScript. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Menyelesaikan masalah penolakan

Jika iklan anda tidak diluluskan kerana melanggar dasar ini, cuba semak petua berikut untuk membantu anda menyelesaikan isu tersebut:

Sebab tidak diluluskan Maksudnya? Apakah yang patut saya lakukan sekarang?
Pensijilan perkhidmatan bagi ubat preskripsi (farmasi dalam talian, teleperubatan) diperlukan Iklan, laman web, atau apl anda mempromosikan ubat preskripsi atau produk yang berkaitan, namun akaun anda tidak diperakui oleh Google. Alih keluar semua rujukan yang mempromosikan ubat preskripsi daripada iklan, laman web atau apl anda. Sebagai alternatif, jika anda merupakan farmasi dalam talian berlesen, anda boleh diperakui oleh Google — lihat cara memohon di atas.
Penyasaran tidak sepadan dengan dasar Iklan, laman web atau apl anda mempromosikan ubat preskripsi atau produk yang berkaitan dan walaupun akaun anda diperakui oleh Google, iklan anda menyasarkan negara di luar lingkungan negara yang anda peroleh perakuan. Alih keluar semua rujukan yang mempromosikan ubat preskripsi dalam talian daripada iklan dan laman web anda. Secara alternatif, anda boleh mengubah penyasaran lokasi anda agar kempen anda sepadan dengan negara yang anda diperakui untuk mengiklankan farmasi anda. Lihat bahagian di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan khusus negara bagi negara yang anda sasarkan.
URL tidak sepadan dengan pensijilan farmasi dalam talian Iklan, laman web atau apl anda mempromosikan ubat preskripsi atau produk berkaitan dan walaupun akaun anda diperakui oleh Google, laman web atau apl yang dipromosikan oleh iklan tersebut tidak sepadan dengan laman web atau apl yang diperakui oleh Google. Alih keluar semua rujukan yang mempromosikan ubat preskripsi dalam talian daripada iklan dan laman web anda. Sebagai alternatif, anda boleh menukar iklan anda supaya mempromosikan laman web atau apl yang telah diserahkan dalam permohonan pensijilan anda. Jika anda mahu menggunakan laman web atau apl baharu sebagai farmasi dalam talian, farmasi tersebut juga hendaklah diperakui oleh Google — lihat cara memohon di atas.
Nombor lesen ubat OTC diperlukan Iklan, laman web atau apl anda mempromosikan ubat tanpa preskripsi yang tidak mempunyai nombor lesen, dan promosi seperti itu tidak dibenarkan di sekurang-kurangnya sebuah negara yang disasarkan oleh kempen anda. Alih keluar semua rujukan kepada ubat tanpa preskripsi yang tidak mempunyai nombor lesen daripada iklan, laman web atau apl anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengubah penyasaran lokasi anda bagi kempen anda supaya menyasarkan hanya negara yang membenarkan perkhidmatan ini. Lihat bahagian di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan khusus negara bagi negara yang anda sasarkan.
Penyasaran ubat preskripsi Iklan, laman web atau apl anda mempromosikan ubat preskripsi dan promosi seperti ini tidak dibenarkan di sekurang-kurangnya sebuah negara yang disasarkan oleh kempen anda. Alih keluar semua rujukan kepada ubat preskripsi dan steroid daripada iklan, laman web atau apl anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengubah penyasaran lokasi anda bagi kempen anda supaya menyasarkan hanya negara yang membenarkan perkhidmatan ini. Lihat bahagian di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan khusus negara bagi negara yang anda sasarkan.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11288427274372853964
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false