Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.
Kami mahu pengguna memperoleh maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan kewangan termaklum. Dasar kami direka bentuk untuk memberi pengguna maklumat untuk menimbang kos yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan serta melindungi pengguna daripada amalan yang memudaratkan atau berbentuk penipuan. Untuk tujuan dasar ini, kami menganggap produk dan perkhidmatan kewangan adalah yang berkaitan dengan pengurusan atau pelaburan wang serta mata wang kripto, termasuk nasihat diperibadikan.
Apabila mempromosikan mata wang kripto dan produk yang berkaitan, anda hendaklah mematuhi peraturan negeri dan setempat untuk mana-mana wilayah atau negara yang disasarkan oleh iklan anda. Rujuk senarai tidak menyeluruh kami tentang keperluan khusus negara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pengiklan perlu juga membuat penyelidikan sendiri tentang peraturan setempat bagi mana-mana lokasi yang menjadi sasaran iklan mereka.
Anda boleh menemukan keperluan dasar yang berkaitan dengan mata wang kripto dan produk terhad yang berkaitan di bawah.
Seiring dengan pengiklanan dalam talian dan ruang peraturan yang sentiasa berubah, kami akan mengemaskinikan dasar ini dengan garis panduan tambahan bagi produk yang khusus secara berterusan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami
Oleh sebab sifat peraturan yang rumit dan berubah-ubah yang berkaitan dengan mata wang kripto serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan, kami hanya membenarkan produk dan perkhidmatan tersebut diiklankan tanpa kebenaran bertulis dalam keadaan terhad.
Perkara yang berikut dibenarkan:
Perniagaan yang tidak berkaitan dengan pembelian, pemegangan, atau pertukaran mata wang kripto, tertakluk pada dasar Google Ads yang lain
Contoh: Perniagaan yang menerima bayaran dalam mata wang kripto, perkakasan perlombongan mata wang kripto, perkhidmatan cukai dan undang-undang, perkhidmatan sekuriti, platform yang bergantung pada blok rantai untuk operasi dan tidak memasarkan atau menjual mata wang kripto atau token, bahan pendidikan
Permainan NFT yang berikut hanya boleh diiklankan jika produk dan iklan mematuhi undang-undang dan standard industri tempatan.
Promosi permainan berasaskan blok rantai yang melibatkan NFT
Contoh: Permainan NFT yang membolehkan pemain membeli item dalam permainan seperti pakaian maya untuk watak pemain, senjata, atau perisai dengan statistik yang lebih baik, perlu dipakai atau digunakan dalam permainan untuk meningkatkan pengalaman pengguna atau membantu pengguna meneruskan permainan tersebut
Untuk permainan NFT, perkara yang berikut tidak dibenarkan:
Promosi permainan apabila pemain boleh membuat taruhan NFT sebagai pertukaran untuk peluang memenangi apa-apa sahaja yang bernilai dunia sebenar (termasuk NFT lain)
Contoh (tidak menyeluruh): Permainan yang membolehkan pemain mempertaruhkan NFT sebagai pertukaran untuk token boleh tukar ganti seperti mata wang kripto
Promosi judi kasino sosial yang memberikan ganjaran NFT
Contoh (tidak menyeluruh): Perjudian kasino simulasi (contohnya, poker, slot atau rolet) yang menawarkan peluang untuk memenangi NFT
Promosi destinasi "perjudian wang sebenar" yang termasuk pengiklanan berkaitan dengan perjudian yang dipaparkan pada destinasi permainan anda
Untuk menjalankan iklan yang mempromosikan kandungan yang berkaitan dengan perjudian yang menyepadukan NFT, pengiklan perlu mematuhi Dasar Perjudian dan Permainan dan menerima pensijilan Google Ads yang betul. Ketahui cara memohon pensijilan.
Produk dan perkhidmatan mata wang kripto yang berikut hanya boleh diiklankan jika produk dan iklan mematuhi undang-undang tempatan serta standard industri, dan akaun diperakui oleh Google.
Dompet perkakasan yang direka bentuk untuk menyimpan kunci persendirian bagi mata wang kripto, NFT, atau aset berasaskan kripto yang lain
Contoh (tidak menyeluruh): Peranti yang membenarkan pengguna menyimpan kunci persendirian bagi mata wang kripto, NFT atau aset berasaskan kripto yang lain dengan selamat tetapi tidak menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pembelian, penjualan, pertukaran, atau perdagangan aset
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan.
Negara/wilayah yang diluluskan
Iklan untuk dompet perkakasan dibenarkan di negara/wilayah yang berikut:
Bahrain, Kanada, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Israel, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat
Produk dan perkhidmatan mata wang kripto yang berikut hanya boleh diiklankan jika pengiklan ialah penyedia berlesen, produk dan iklan mematuhi undang-undang setempat serta standard industri, dan akaun diperakui oleh Google.
Pertukaran mata wang kripto dan dompet perisian
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan. Jika anda ingin menyasarkan iklan kepada lebih daripada satu negara/wilayah, serahkan permohonan yang berasingan untuk setiap negara/wilayah.
Negara/wilayah yang diluluskanIklan untuk pertukaran mata wang kripto dibenarkan di negara/wilayah yang berikut:
Kanada, Indonesia, Hong Kong, Thailand, Emriah Arab Bersatu Iklan untuk pertukaran dan dompet mata wang kripto dibenarkan di negara/wilayah yang berikut:
Bahrain, Israel, Jepun, Amerika Syarikat, Finland, Perancis, Jerman, Filipina, Korea Selatan
Amanah syiling mata wang kripto
Contoh (tidak menyeluruh): produk kewangan yang membolehkan pelabur berjual beli saham dalam amanah yang menyimpan kumpulan besar mata wang digital.
Jika anda memenuhi keperluan, mohon untuk mendapatkan pensijilan.
Negara/wilayah yang diluluskan
Iklan untuk amanah syiling mata wang kripto dibenarkan di negara/wilayah yang berikut:
Amerika Syarikat Perkara yang berikut tidak dibenarkan:
Iklan untuk tawaran syiling awal, protokol perdagangan DeFi atau mempromosikan pembelian, penjualan atau perdagangan mata wang kripto atau produk yang berkaitan
Contoh (tidak menyeluruh): Prajualan atau tawaran awam ICO, pinjaman mata wang kripto, tawaran DEX awal, kelompok kecairan token, perisian dompet yang tidak dihos, DApps yang tidak dikawal selia
Destinasi iklan yang mengagregat atau membandingkan pengeluar mata wang kripto atau produk yang berkaitan
Contoh (tidak menyeluruh): Isyarat perdagangan mata wang kripto, nasihat pelaburan mata wang kripto, laman pengagregat atau ahli gabungan yang mengandungi kandungan berkaitan atau ulasan broker