Keperluan maklumat perniagaan

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Penting: Harap maklum bahawa aset Maklumat Perniagaan tidak dijamin untuk disiarkan, walaupun akaun tersebut telah berjaya melengkapkan pengesahan Pengiklan. Perkara ini mungkin bermaksud sesetengah atau semua iklan anda tidak akan menyiarkan aset Maklumat Perniagaan. Perkara ini biasanya dilakukan untuk melindungi pengguna. Walaupun tiada cara untuk mengubah status penyiaran aset Maklumat Perniagaan, Google akan menyemak dan mengemaskinikan kelayakan pengiklan secara automatik. Kami mengesyorkan semakan berkala terhadap akaun Google Ads anda untuk melihat sama ada anda memperoleh lebih banyak tera pada aset ini.

Maklumat perniagaan membolehkan anda melengkapkan iklan teks desktop dan mudah alih anda yang sedia ada dengan aset perniagaan seperti nama perniagaan dan logo perniagaan. Aset ini boleh membantu pengiklan berhubung secara lebih baik dengan pelanggan baharu dan sedia ada dengan memanfaatkan ekuiti jenama. Ketahui lebih lanjut tentang maklumat perniagaan

Penafian: Dengan memberikan aset anda sendiri, anda mengesahkan dan memperakui bahawa Anda (pengiklan) memiliki semua hak undang-undang untuk menerbitkan nama perniagaan dan logo perniagaan yang dikongsi.

Untuk memastikan kami dapat menyediakan pengalaman iklan yang berkualiti tinggi untuk pengguna, aset maklumat perniagaan perlu mematuhi semua dasar Google Ads, Tanda Dagangan dan Hak Cipta. Selain itu, aset ini juga tertakluk pada keperluan berikut.

Spesifikasi nama perniagaan

  • Hendaklah benar-benar sepadan dengan sama ada nama domain atau nama sah yang diserahkan melalui Pengesahan Pengiklan
  • Panjang aksara: Maks 25 aksara
  • Sokongan bahasa: Semua

Jika nama perniagaan anda bukan padanan tepat dengan nama domain atau nama sah yang disahkan melalui pengesahan Pengiklan, aset tidak akan diluluskan.

Untuk menyemak nama sah yang disahkan melalui pengesahan Pengiklan, navigasi ke akaun Google Ads anda. Nama yang disahkan dipaparkan pada halaman pengesahan Pengiklan dalam menu bahagian Pengebilan.

Nota: Nama perniagaan anda mestilah benar-benar sepadan dengan nama domain atau nama sah yang disahkan melalui Program pengesahan pengiklan. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menggunakan nama perniagaan alternatif dan anda juga memiliki pendaftaran tanda dagangan yang aktif untuk nama itu, anda boleh melengkapkan proses pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan. Proses ini menyokong senario yang berikut:
  • Nama perniagaan mewakili subdomain bagi domain yang disahkan / domain sah pengiklan anda
  • Anda memiliki nama perniagaan yang berbeza untuk pelbagai bidang perniagaan

  • Logo hendaklah sepadan dengan perniagaan yang diiklankan dan perlu konsisten untuk nama domain tertentu
  • Nisbah bidang: Segi empat sama (1x1)
  • Peleraian imej: 1200x1200 (disyorkan); 128x128 (min)
  • Format fail: PNG, JPG; Saiz fail maksimum: 5120 KB
  • Keserasian dengan mod cerah dan gelap
  • Kawasan selamat imej yang disyorkan: Letakkan kandungan penting pada bahagian tengah, iaitu 80% daripada imej tersebut.
  • Google akan memaparkan logo dalam bentuk bulat secara lalai. Kadangkala, memaparkan logo dalam bentuk bulat mengurangkan kualiti logo perniagaan (sebagai contoh, jika sebahagian daripada logo terpotong). Pastikan anda mengikut spesifikasi logo yang diperincikan di atas untuk memastikan Google menyiarkan logo yang berkualiti.
    • Dalam kes tertentu, logo perniagaan yang dinamik akan disiarkan dalam bentuk segi empat dan bukan bulat dan/atau disiarkan dengan latar berwarna kelabu. Jika anda mahu memastikan logo anda disiarkan dalam bentuk bulat, kami mengesyorkan supaya anda memuat naik logo anda sendiri.
  • Untuk melihat pratonton rupa logo anda pada hasil carian Google Ads, semak contoh di bawah.
  Ikon ini mewakili aset asal untuk logo perniagaan. Ikon ini mewakili aset bulatan yang dipaparkan untuk logo perniagaan.
  Aset asal Aset berbentuk bulat yang dipaparkan
(lalai)

Nota: Logo perniagaan anda mestilah sepadan dengan perniagaan anda yang diiklankan dan konsisten dengan nama domain atau nama sah anda yang telah disahkan melalui Program pengesahan pengiklan. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menggunakan logo alternatif dan anda juga memiliki pendaftaran tanda dagangan yang aktif untuk logo itu, anda boleh melengkapkan proses pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan. Proses ini menyokong senario yang berikut:

  • Logo mewakili subdomain bagi domain yang disahkan / domain sah pengiklan anda
  • Anda memiliki logo yang berbeza untuk pelbagai bidang perniagaan

Keperluan format

Nama perniagaan tidak berkaitan

tanda x merah Menggunakan sebarang nama perniagaan selain nama domain atau nama sah pengiklan

Nota: Untuk menyemak nama sah yang disahkan melalui Pengesahan pengiklan, navigasi kepada akaun Google Ads anda. Nama yang disahkan dipaparkan pada halaman pengesahan Pengiklan dalam menu bahagian Pengebilan.

Nama Domain

Dibenarkan

Tidak dibenarkan

https://www.google.com

Google

Contoh

Nota: Untuk sesetengah senario, anda boleh menggunakan nama perniagaan alternatif. Ketahui lebih lanjut perihal pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan.

Keunggulan Nama

tanda x merah Nama perniagaan pengiklan tidak dipaparkan dengan jelas pada laman penambat iklan

Laman Penambat

Dibenarkan

Tidak dibenarkan

google.com

Google

Contoh

Logo tidak berkaitan

tanda x merah Logo tidak sepadan atau tidak mewakili nama perniagaan atau perniagaan yang diiklankan

tanda x merah Berbilang logo dimuat naik untuk nama perniagaan atau perniagaan diiklankan yang sama

Nama perniagaan

Dibenarkan

Tidak dibenarkan

example.com

Contoh logo yang tidak bekaitan dengan laman web logo tersebut.

Contoh logo yang tidak bekaitan dengan laman web logo tersebut.Contoh logo yang dipaparkan dengan betul.

Nota: Untuk sesetengah senario, anda boleh menggunakan Logo Perniagaan alternatif. Ketahui lebih lanjut perihal pengesahan jenama untuk maklumat perniagaan.

Keunggulan Logo

tanda x merah Logo perniagaan pengiklan tidak dipaparkan dengan jelas pada laman penambat iklan

Laman Penambat

Dibenarkan

Tidak dibenarkan

google.com

Contoh logo yang tidak bekaitan dengan laman web logo tersebut.

Kandungan Dilarang

tanda x merah Imej mengandungi kebogelan, termasuk kebogelan yang digunakan untuk tujuan artistik

tanda x merah Imej tidak senonoh berunsur seks

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Contoh logo yang tidak memaparkan kandungan dilarang.

Contoh logo yang memaparkan kandungan dilarang.

Tidak Dipangkas dengan Baik

tanda x merah Pemangkasan logo yang menyebabkan gambaran syarikat tidak tepat atau mengelirukan

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Contoh logo yang dipangkas dengan betul.

Contoh logo yang dipangkas dengan buruk.

Kabur

tanda x merah Logo yang terlalu kabur, tidak tepat fokus atau terlalu kecil untuk dibaca

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Contoh logo yang tidak kabur.

Contoh logo yang kabur.

Contoh logo dengan saiz teks yang mudah dibaca. Contoh logo dengan saiz teks yang tidak dapat dibaca.
Ilustrasi logo yang boleh diterima dalam Google Ads. Ilustrasi logo yang tidak boleh diterima dalam Google Ads.

Ruang Kosong

tanda x merah Terdiri daripada satu blok warna atau tidak memiliki ciri atau sifat yang unik

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Contoh logo yang mempunyai jumlah ruang kosong yang dibenarkan.

 

Sukar Difahami

tanda x merah Warna songsang: Warna tidak sepadan dengan logo asal pada laman web

tanda x merah Terbalik: Logo diterbalikkan daripada kedudukan asal

tanda x merah Bentuk Pelik, Senget, Herot, Berubah: Logo berubah berbanding dengan logo asal pada halaman

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Contoh logo yang memaparkan warna yang betul.

Contoh logo yang memaparkan warna songsang.

Contoh logo yang berada dalam orientasi yang betul.

Contoh logo terbalik.

Contoh logo yang dipaparkan dengan betul.

Contoh logo yang serong atau terherot.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
466331774043922064
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false