Perihal prosedur penguatkuasaan untuk pelanggaran berulang

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat pengiklanan kami, Google berhak untuk menolak iklan atau menggantung akaun iklan, jika perlu. Untuk memastikan pengalaman yang selamat dan positif bagi pengguna, Google memerlukan pengiklan agar mematuhi dasar Google Ads. Kami memandang serius pelanggaran berulang terhadap dasar kami dan mengambil tindakan terhadap pengiklan yang tidak mematuhi dasar.

Kami menggunakan gabungan penilaian automatik dan manual untuk mengesan serta mengalih keluar iklan yang melanggar dasar kami dan berbahaya kepada pengguna serta ekosistem Google Ads secara keseluruhan. Teknologi penguatkuasaan kami mungkin menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin, yang dimodelkan mengikut keputusan jurusemak, untuk membantu kami melindungi pengguna dan memastikan platform iklan kami selamat. Kandungan yang melanggar dasar akan dialih keluar oleh model automatik kami, atau apabila penentuan yang lebih terperinci diperlukan, kandungan tersebut dibenderakan untuk semakan lanjutan oleh pengendali dan penganalisis terlatih yang melakukan penilaian kandungan yang mungkin sukar untuk dilakukan sepenuhnya oleh algoritma, sebagai contoh kes yang memerlukan pemahaman tentang konteks iklan. Hasil semakan manual ini kemudiannya digunakan untuk membantu kami membina data latihan untuk meningkatkan lagi model pembelajaran mesin kami.

Kami mengambil tindakan terhadap iklan yang melanggar dasar kami. Perkara ini mungkin termasuk menolak iklan supaya tidak disiarkan, selain menggantung akaun kerana pelanggaran yang berulang atau besar. Kami memandang serius pelanggaran berulang terhadap dasar kami dan terus mengembangkan sistem bantahan untuk pesalah berulang.

Bantahan dikenakan terhadap akaun Google Ads anda apabila anda melanggar dasar Google Ads tertentu berulang kali. Harap maklum bahawa tiada bantahan dikenakan untuk pelanggaran dasar pertama. Anda boleh menerima hingga 3 bantahan dan penalti yang dikenakan bersama setiap bantahan akan meningkat secara berperingkat-peringkat. Penahanan akaun sementara akan dikenakan untuk bantahan pertama dan kedua (selama 3 hingga 7 hari masing-masing), sementara bantahan ketiga akan mengakibatkan penggantungan akaun.

Sistem berdasarkan bantahan ini digunakan pada dasar yang berikut: Menggalakkan gelagat tidak jujur, Bahan tidak dibenarkan, Senjata api, bahagian senjata api dan produk berkaitan, Bahan letupan, Senjata Lain, Tembakau, Kegiatan seks berganjaran, Pengantin pesanan mel, Umpan klik, Reka bentuk iklan mengelirukan, Perkhidmatan bon jaminan, Perkhidmatan direktori, pemajuan dan rakaman panggilan, Perkhidmatan pembaikan kredit, Opsyen perduaan dan Pinjaman peribadi.

Perkara yang berlaku jika anda menerima bantahan

Bantahan dikenakan terhadap akaun Google Ads anda melalui e-mel dan pemberitahuan dalam akaun apabila aset atau iklan anda melanggar dasar Google Ads berulang kali. Akaun boleh menerima maksimum satu amaran dan 3 bantahan bagi setiap pelanggaran dasar.

Amaran

Kami faham kesilapan boleh berlaku dan anda tidak berniat untuk melanggar dasar kami — itulah sebabnya pelanggaran pertama hanyalah amaran. Harap maklum bahawa anda hanya akan menerima amaran sekali menerusi pemberitahuan e-mel. Sekiranya iklan anda melanggar dasar Google Ads sekali lagi, anda akan menerima bantahan. Jika anda berpendapat ini suatu kesilapan, anda boleh merayu terhadap iklan yang tidak diluluskan.
Baca lebih lanjut tentang rayuan di sini.

Bantahan Pertama

Anda akan mendapat bantahan pertama anda apabila kami mengesan bahawa anda terus melanggar dasar Google Ads tertentu, walaupun selepas menerima amaran pertama.

Akaun anda akan berada dalam keadaan penahanan sementara selama 3 hari apabila anda menerima bantahan pertama. Jika anda tidak mengambil tindakan untuk memperakui atau merayu terhadap bantahan, akaun anda akan terus ditahan. Lihat maklumat lanjut dalam bahagian “Perkara yang perlu dilakukan jika anda menerima bantahan”.

Akaun yang berada dalam keadaan penahanan sementara tidak boleh menyiarkan sebarang iklan. Walau bagaimanapun, pengiklan masih boleh mengakses akaun mereka dan apa-apa laporan yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut tentang penahanan akaun sementara.

Bantahan Kedua

Anda akan menerima bantahan kedua jika anda melanggar dasar yang sama sekali lagi dalam masa 90 hari daripada bantahan pertama. Bantahan kedua ini bertindak sebagai notis terakhir dan muktamad anda untuk mengalih keluar semua aset atau iklan pelanggaran dasar dalam akaun Google Ads anda untuk mengelakkan penggantungan.

Akaun anda akan dikenakan penahanan sementara selama 7 hari selepas menerima bantahan kedua. Jika anda tidak mengambil tindakan untuk memperakui atau merayu terhadap bantahan, akaun anda akan terus ditahan. Lihat maklumat lanjut dalam bahagian “Perkara yang perlu dilakukan jika anda menerima bantahan”.

Akaun yang berada dalam keadaan penahanan sementara tidak boleh menyiarkan sebarang iklan. Walau bagaimanapun, pengiklan masih boleh mengakses akaun mereka dan apa-apa laporan yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut tentang penahanan akaun sementara.

Kami akan menghantar pemberitahuan e-mel kepada anda apabila akaun anda dilepaskan daripada penahanan sementara.

Bantahan Ketiga

Anda akan menerima bantahan ketiga dan akhir jika anda melanggar dasar yang sama dalam masa 90 hari daripada bantahan kedua. Akaun anda kemudian akan digantung kerana pelanggaran berulang terhadap dasar kami. Ketahui lebih lanjut tentang penggantungan akaun.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda menerima bantahan

Akaun anda mungkin berada dalam keadaan penahanan sementara atau digantung. Keadaan penahanan sementara atau penggantungan ditentukan mengikut bilangan bantahan yang dikumpulkan dalam akaun anda untuk dasar tertentu.

Jika akaun anda berada dalam keadaan penahanan sementara

Untuk meneruskan penyiaran iklan, anda perlu menyelesaikan isu pelanggaran dan menyerahkan borang perakuan. Jika anda percaya ini suatu kesilapan dan anda tidak melanggar dasar kami, anda perlu merayu terhadap bantahan tersebut. Harap maklum bahawa akaun anda akan terus ditahan sehingga anda mengambil tindakan untuk sama ada memperakui atau merayu terhadap bantahan tersebut.

Jika anda memilih untuk merayu terhadap bantahan dan rayuan ini tidak berjaya, anda masih perlu mengalih keluar atau menyelesaikan isu pelanggaran dasar serta memperakui bantahan tersebut untuk mengeluarkan akaun anda daripada keadaan penahanan sementara.

Perakuan bantahan

Untuk memperakui bantahan, anda mestilah mengalih keluar atau menyelesaikan semua isu pelanggaran dasar dalam akaun anda dan melengkapkan borang perakuan.

Dengan melengkapkan borang perakuan, anda mengesahkan bahawa:

  • Anda menyedari tentang dasar khusus yang menyebabkan bantahan dikenakan terhadap akaun, bahawa anda telah menyemak dasar yang terlibat dan memahami pelanggaran tambahan dasar ini boleh membawa kepada tindakan yang lebih teruk, sehingga dan termasuk penggantungan akaun.
  • Anda telah mengalih keluar aset dan iklan yang melanggar dasar yang terlibat dan akan memastikan aset serta iklan masa hadapan akan mematuhi dasar kami.
  • Tindakan membuat akaun tambahan dan/atau cuba memintas penguatkuasaan dasar Google dilarang sekeras-kerasnya dan boleh membawa kepada penggantungan akaun.

Setelah borang perakuan diserahkan, akaun anda akan meneruskan penyiaran iklan dalam tempoh masa tertentu, bergantung pada bilangan bantahan yang dikumpulkan.

  • Untuk bantahan pertama, akaun anda akan meneruskan penyiaran iklan 3 hari selepas penahanan sementara dimulakan.
  • Untuk bantahan kedua, akaun anda akan meneruskan penyiaran iklan 7 hari selepas penahanan sementara dimulakan.

Jika anda mengubah suai iklan sedia ada atau memuat naik iklan baharu, sila pastikan iklan tersebut mematuhi dasar yang berkaitan. Jika anda membuat iklan baharu yang melanggar dasar sedangkan akaun anda berada dalam keadaan penahanan sementara, anda akan dikenakan bantahan tambahan.

Google akan terus memantau akaun anda untuk mengesan pelanggaran berulang terhadap dasar Ads kami.

Rayuan

Jika anda berjaya merayu terhadap bantahan, bantahan tersebut akan dialih keluar daripada akaun anda dan iklan yang mematuhi dasar akan diluluskan. Akaun anda akan dilepaskan daripada penahanan sementara dengan serta-merta.

Jika rayuan anda tidak berjaya, akaun anda akan terus kekal dalam keadaan penahanan sehingga anda menyelesaikan semua isu pelanggaran dasar dalam akaun anda dan melengkapkan borang perakuan.

Jika akaun anda digantung

Jika anda percaya bahawa ini suatu kesilapan dan anda tidak melanggar dasar kami, maka serahkan rayuan untuk menjelaskan sebab untuk menyokong rayuan anda. Kami hanya mengaktifkan kembali akaun sekiranya terdapat alasan yang benar-benar meyakinkan. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mengambil masa yang secukupnya untuk mengemukakan hujah yang teliti, tepat dan jujur. Ketahui lebih lanjut tentang akaun yang digantung.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4235058058004927294
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false