Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Membantu pengguna mematuhi Lei Geral de Proteção de Dados (LGPD)

Google mempunyai sejarah panjang dalam mengambil pendekatan yang mengutamakan pengguna dalam segala aktiviti yang kami lakukan. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada pengguna, kami tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi dan memberikan ketelusan serta kawalan kepada pengguna ke atas pengalaman iklan mereka melalui alat seperti Akaun Saya, Mengapa Iklan ini dan Redamkan Iklan ini. Kami turut melabur dalam inisiatif seperti Coalition for Better Ads, Inisiatif Berita Digital, Inisiatif Google News dan ads.txt untuk menyokong ekosistem iklan yang sihat dan lestari serta membolehkan anda, iaitu penerbit kami, berkembang. 

Lei Geral de Proteção de Dados (LGPD) ialah undang-undang privasi Brazil baharu yang akan berkuat kuasa pada 16 Ogos 2020. Undang-undang ini berkuat kuasa pada pemprosesan data peribadi, yang boleh termasuk pengecam dalam talian, bagi pengguna yang berada di Brazil. Kami komited untuk menyokong pengiklan, penerbit dan rakan kongsi lain semasa mereka berusaha mematuhi LGPD dan akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar. 

LGPD berkongsi banyak konsep dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Eropah dan produk kami telah menyediakan ciri yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk menyokong usaha pematuhan LGPD mereka, termasuk keupayaan untuk menyiarkan iklan tidak diperibadikan kepada pengguna serta membuat pilihan lain tentang pemprosesan data berdasarkan lokasi geografi pengguna.

Artikel ini memberikan butiran tambahan tentang cara kami dapat membantu anda mematuhi LGPD.

Kemaskinian kontrak

Kami sudah menawarkan syarat perlindungan data untuk GDPR dan Akta Privasi Pengguna California. Syarat GDPR menunjukkan status Google sebagai sama ada pemproses atau pengawal. Kami akan mengemas kini syarat perlindungan data sedia ada tersebut untuk menambah syarat khusus LGPD tambahan, yang berkuat kuasa 16 Ogos 2020. Status Google di bawah LGPD sebagai sama ada pengawal atau pemproses adalah sama seperti di bawah GDPR. Syarat LGPD akan disepadukan dalam syarat perlindungan data sedia ada kami, jadi tiada tindakan diperlukan untuk menerima syarat LGPD tersebut jika syarat perlindungan data sedia ada sudah membentuk sebahagian daripada kontrak anda.

Jika anda menggunakan produk pengiklanan Google, kami menggalakkan agar anda membuat pautan kepada Cara Google menggunakan maklumat daripada tapak atau apl yang menggunakan perkhidmatan kami (mis. daripada dasar privasi anda), yang menerangkan cara Google mengurus data dalam produk iklan kami. Berbuat demikian akan memberi pengguna maklumat tentang penggunaan data peribadi mereka oleh Google dan membantu dengan pematuhan terhadap kewajipan ketelusan anda.

Kawalan untuk pemperibadian iklan dan penyedia teknologi iklan pihak ketiga

Selain syarat LGPD yang dikemas kini, kami merancang untuk menawarkan kawalan produk untuk membantu pelanggan kami mematuhi LGPD mereka. Anda boleh merujuk maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri produk yang berkaitan untuk membantu anda mematuhi LGPD. Jika anda percaya perniagaan anda mungkin berada dalam skop LGPD, kami syorkan agar anda bekerjasama dengan penasihat undang-undang anda untuk menilai sama ada apa-apa perubahan diperlukan.

Pengurus Iklan Google, AdSense dan AdMob

Hanya Penyedia Teknologi Iklan yang telah berkongsi senarai dengan Google untuk menerangkan penggunaan data mereka, memberikan maklumat tertentu dan bersetuju untuk mematuhi dasar penggunaan data kami akan diberikan untuk menyiarkan dan mengukur iklan untuk trafik di Brazil. Kami akan menerbitkan senarai Penyedia Teknologi Iklan yang berkenaan dengan Brazil, bersama-sama pautan kepada dasar privasi penyedia tersebut, untuk memastikan penerbit boleh memberikan ketelusan kepada pengguna mereka, sebagai sebahagian daripada pematuhan LGPD mereka.

Penyedia teknologi iklan yang tidak disenaraikan boleh menghubungi Google untuk mendapatkan pensijilan. Walau bagaimanapun, tiada rancangan segera untuk mengemas kini senarai Penyedia Teknologi Iklan.

Anda juga boleh memilih untuk memanfaatkan penyelesaian Iklan Tidak Diperibadikan untuk memberikan pilihan kepada pengguna di Brazil antara iklan diperibadikan dan iklan tidak diperibadikan (atau memilih untuk menyiarkan hanya iklan tidak diperibadikan kepada semua pengguna di Brazil). Contohnya, kempen yang menjangkau pengguna berdasarkan demografi dan kategori apl yang telah mereka pasang, tidak layak untuk disiarkan pada inventori tidak diperibadikan. Pilihan yang dibuat oleh pengguna pada produk penerbit yang menawarkan iklan tidak diperibadikan akan menentukan ketersediaan inventori diperibadikan dan tidak diperibadikan untuk produk tersebut.

Selain itu, anda boleh menandai permintaan iklan anda untuk menerima pengendalian bagi pengguna di Brazil yang cukup umur. Ciri ini direka untuk membantu anda memudahkan pematuhan undang-undang privasi di pelbagai wilayah, termasuk EEA, UK dan Brazil. Harap maklum bahawa anda mungkin mempunyai kewajipan undang-undang yang lain di bawah LGPD. Ketahui lebih lanjut tentang TFUA

YouTube

Seperti yang diumumkan pada bulan Oktober 2019, Google telah bekerjasama dengan beberapa syarikat pengukuran utama termasuk Nielsen, Comscore, Oracle Moat, DoubleVerify, Dynata, Kantar dan Integral Ad Science untuk menghijrahkan perkhidmatan pengukuran iklan YouTube mereka ke Ads Data Hub (ADH) pada tahun 2020. Di samping itu, pengiklan boleh mendayakan pelaporan YouTube melalui rakan kongsi yang telah kami sepadukan dengan ADH.

Kawalan pengumpulan, pemadaman dan pengekalan data

Selain syarat LGPD yang dikemas kini, kami merancang untuk menawarkan kawalan produk untuk membantu pelanggan kami mematuhi LGPD mereka. Anda boleh merujuk maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri produk yang berkaitan untuk membantu anda mematuhi LGPD. Jika anda percaya perniagaan anda mungkin berada dalam skop LGPD, kami syorkan agar anda bekerjasama dengan penasihat undang-undang anda untuk menilai sama ada apa-apa perubahan diperlukan.

Data Google Analitis

Google Analitis telah lama menyediakan ciri dan dasar untuk membolehkan anda melindungi data anda. Khususnya, ciri berikut mungkin berguna semasa anda menilai kesan LGPD untuk situasi unik dan pelaksanaan Analitis syarikat anda.

  • Pengekalan data: Gunakan kawalan Pengekalan Data untuk mengurus tempoh masa pengguna dan data peristiwa anda disimpan dalam pelayan kami.
  • Pengguna: API Pemadaman Pengguna membolehkan anda mengurus pemadaman data yang berkaitan dengan pengecam pengguna individu (mis. pelawat tapak) daripada sifat Google Analitis dan/atau Analitis 360 anda.
  • Sifat dan akaun: Pelanggan Google Analitis juga boleh memadamkan data untuk sifat dan/atau memadamkan data untuk akaun mereka.
  • Pemasaran semula: Pengiklan mengawal pengguna yang ditambahkan dan tidak ditambahkan pada senarai pemasaran semula. Jika anda menggunakan Google Analitis, anda dapat memastikan bahawa ciri pengiklanan dilumpuhkan bagi pengguna yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu menerima iklan diperibadikan. Untuk melumpuhkan ciri pengiklanan bagi pengguna tersebut, termasuk ciri pemasaran semula dan pelaporan pengiklanan, lihat Lumpuhkan ciri pengiklanan dalam panduan Ciri Paparan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9795461931687927813
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false