Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Dasar

Dasar program AdSense

Semua penerbit dikehendaki mematuhi Dasar Penerbit Google dan dasar yang berikut, oleh itu sila baca dengan teliti. Jika anda gagal mematuhi dasar ini tanpa kebenaran daripada Google, kami berhak melumpuhkan penyiaran iklan di laman anda dan/atau melumpuhkan akaun AdSense anda pada bila-bila masa. Jika akaun anda dilumpuhkan, anda tidak layak untuk mengambil bahagian selanjutnya dalam program AdSense.

Oleh sebab kami mungkin mengubah dasar kami pada bila-bila masa, sila semak di sini dengan kerap untuk mendapatkan kemaskinian. Menurut Terma dan Syarat dalam talian kami, anda bertanggungjawab untuk mengikuti perkembangan dan mematuhi dasar yang disiarkan di sini. Pengecualian terhadap dasar ini dibenarkan hanya dengan keizinan daripada Google.

Penerbit boleh meletakkan kod AdSense di halaman yang mempunyai kandungan dalam skop Pengehadan Penerbit Google, walaupun kandungan ini berkemungkinan besar akan menerima kurang pengiklanan berbanding kandungan tanpa pengehadan yang lain.

Kembangkan semua Kuncupkan semua

Klik dan tera tidak sah

Penerbit tidak boleh mengklik iklan mereka sendiri atau menggunakan apa-apa cara untuk meningkatkan tera dan/atau klik yang dibuat-buat, termasuk kaedah manual.

Ketahui lebih lanjut

Klik pada iklan Google hendaklah terhasil daripada minat pengguna yang tulen. Apa-apa kaedah yang menghasilkan klik atau tera palsu pada iklan Google anda adalah dilarang sama sekali. Kaedah yang dilarang ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, klik atau tera manual yang berulang, alat yang menghasilkan klik dan tera automatik serta penggunaan robot atau perisian yang bersifat menipu. Harap maklum bahawa anda dilarang mengklik iklan anda sendiri.

Menggalakkan klik atau paparan (inventori bukan ganjaran)

Melainkan untuk inventori ganjaran, penerbit tidak boleh meminta pengguna lain untuk mengklik atau melihat iklan mereka atau menggunakan kaedah pelaksanaan yang bersifat menipu untuk memperoleh klik atau paparan. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menawarkan pampasan kepada pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian, menjanjikan pengumpulan wang bagi pihak ketiga untuk gelagat tersebut atau meletakkan imej di sebelah iklan individu.

Ketahui lebih lanjut

Untuk memastikan pengalaman yang baik bagi pengguna dan pengiklan, penerbit yang mengambil bahagian dalam program AdSense tidak boleh:

  • Membayar pampasan kepada pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian atau menjanjikan pampasan kepada pihak ketiga untuk gelagat tersebut.
  • Menggalakkan pengguna mengklik iklan Google dengan menggunakan ungkapan seperti "klik iklan ini", "sokong kami", "lawati pautan ini" atau frasa lain yang membawa maksud yang serupa.
  • Menghalakan perhatian pengguna kepada iklan dengan menggunakan anak panah atau gimik grafik yang lain.
  • Meletakkan imej yang mengelirukan bersama setiap iklan.
  • Meletakkan iklan dalam skrip kotak terapung.
  • Memformatkan iklan sehingga tidak dapat dibezakan daripada kandungan lain di halaman tersebut.
  • Memformatkan kandungan laman sehingga sukar dibezakan daripada iklan.
  • Meletakkan label yang mengelirukan di atas unit iklan Google. Contohnya, iklan boleh dilabelkan sebagai "Pautan Tajaan" atau "Iklan", dan bukannya "Laman Kegemaran" atau "Tawaran Hebat Hari Ini".

Sumber trafik

Iklan Google tidak boleh diletakkan di halaman yang menerima trafik daripada sumber tertentu. Contohnya, penerbit tidak boleh mengambil bahagian dalam program dibayar untuk klik, menghantar e-mel yang tidak diingini atau menyiarkan iklan yang terhasil daripada tindakan sebarang aplikasi perisian. Selain itu, penerbit yang menggunakan pengiklanan dalam talian mesti memastikan halaman mereka mematuhi Garis Panduan Kualiti Laman Penambat Google.

Ketahui lebih lanjut

Untuk memastikan pengalaman positif bagi pengguna Internet dan pengiklan Google, laman yang menyiarkan iklan Google tidak boleh:

  • Menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang menghasilkan klik atau tera seperti program dibayar untuk klik, dibayar untuk semak imbas, semak imbas auto dan pertukaran klik.
  • Dipromosikan melalui e-mel pukal yang tidak dikehendaki atau iklan yang tidak diingini di laman web pihak ketiga.
  • Memaparkan iklan Google, kotak carian atau hasil carian yang terhasil daripada tindakan aplikasi perisian seperti bar alat.
  • Dimuatkan oleh sebarang perisian yang boleh mencetuskan item timbul, mengubah hala pengguna ke laman web yang tidak diingini, mengubah suai tetapan penyemak imbas atau mengganggu navigasi laman. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tiada rangkaian iklan atau ahli gabungan menggunakan kaedah seperti itu untuk mengubah hala trafik ke halaman yang mengandungi kod AdSense anda.
  • Menerima trafik daripada pengiklanan dalam talian, kecuali laman ini mematuhi intipati Garis Panduan Kualiti Laman Penambat Google. Contohnya, pengguna seharusnya dapat menemukan perkara yang dijanjikan oleh iklan anda dengan mudah.

Gelagat iklan

Penerbit boleh membuat pengubahsuaian terhadap kod iklan AdSense asalkan pengubahsuaian tersebut tidak memalsukan peningkatan prestasi iklan atau memudaratkan pengiklan. Sila lihat pengubahsuaian kod iklan AdSense untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Peletakan iklan

Penerbit digalakkan untuk mencuba pelbagai peletakan dan format iklan. Walau bagaimanapun, kod AdSense tidak boleh diletakkan di tempat yang tidak sesuai seperti item timbul, e-mel atau perisian. Penerbit juga mesti mematuhi dasar setiap produk yang digunakan. Sila lihat artikel dasar peletakan iklan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lihat dasar peletakan iklan yang lengkap.

Iklan Google, kotak carian atau hasil carian tidak boleh:

  • Digabungkan dalam aplikasi perisian (tidak terpakai pada AdMob) dalam apa-apa jua bentuk, termasuk bar alat.
  • Dipaparkan dalam tetingkap timbul atau pop bawah, termasuk keadaan apabila halaman yang mengandungi iklan Google, kotak carian atau hasil carian dimuatkan dalam tetingkap timbul atau pop bawah.
  • Diletakkan dalam e-mel atau di halaman yang memberikan tumpuan utama pada mesej e-mel.
  • Diletakkan di halaman yang memberikan tumpuan utama pada kandungan yang dijana secara dinamik (seperti sembang langsung, pemesejan segera atau ulasan yang disegar semula secara automatik).
  • Diletakkan di halaman bukan berasaskan kandungan. (Tidak terpakai pada AdSense for Search atau AdSense for Search mudah alih.)
  • Diletakkan di halaman yang diterbitkan khusus untuk tujuan menyiarkan iklan.
  • Diletakkan di halaman yang mempunyai kandungan atau URL yang mungkin mengelirukan pengguna dengan membuat mereka menyangka bahawa halaman itu dikaitkan dengan Google disebabkan oleh penyalahgunaan logo, tanda dagangan atau ciri jenama lain.
  • Diletakkan pada, dalam atau bersama-sama produk atau perkhidmatan Google yang lain melalui cara yang melanggar dasar produk atau perkhidmatan tersebut.
  • Diletakkan di halaman yang membingkai kandungan. Membingkai kandungan berlaku apabila laman atau apl memaparkan laman pengguna lain dalam bingkai atau tetingkap tanpa keizinan daripada pemilik kandungan tersebut. 

Gelagat laman

Laman yang menyiarkan iklan Google hendaklah mudah dinavigasi oleh pengguna. Laman tidak boleh mengubah pilihan pengguna, mengubah hala pengguna ke laman web yang tidak diingini, memulakan muat turun, menyertakan perisian hasad atau mengandungi item timbul atau pop bawah yang mengganggu navigasi laman.

Navigasi laman menipu

Penerbit tidak boleh menggunakan kaedah pelaksanaan berbentuk penipuan yang memaparkan iklan melalui cara yang mungkin dikelirukan dengan menu, navigasi atau pautan muat turun untuk mendapatkan klik atau paparan. Perlu diingat bahawa setiap penerbit bertanggungjawab memastikan pelaksanaan iklan mereka mematuhi dasar peletakan iklan.

Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Dakwaan palsu tentang kandungan penstriman atau muat turun
  • Pautan kepada kandungan yang tidak wujud
  • Mengubah hala pengguna ke halaman web yang tidak berkaitan atau mengelirukan
  • Jenis navigasi lain yang direka bentuk untuk mengelirukan pengguna dengan sengaja
  • Halaman yang iklan dilaksanakan dalam peletakan yang bertujuan untuk navigasi secara intuitif.

Keperluan teknikal untuk bingkai paparan kandungan web bagi apl

Pembangun apl yang ingin mengewangkan dengan menerbitkan iklan paparan AdSense dan Ad Manager menerusi bingkai paparan kandungan web mesti menggunakan salah satu pilihan penyepaduan berikut.

  1. WebView API for Ads
    Pembangun apl digalakkan untuk menyepadukan WebView API for Ads untuk mendaftar tika Paparan Web (Android: Paparan Web, iOS: WKWebView) dengan SDK Iklan Mudah Alih Google.

    developer documentationKetahui lebih lanjut dalam dokumentasi pembangun untuk Androiddan iOS.

    Iklan dalam apl AdMob dan Ad Manager boleh dipaparkan dalam apl yang bersebelahan dengan Paparan Web asalkan SDK Iklan Mudah Alih Google digunakan dan penerbit tersebut mematuhi semua dasar program dan garis panduan berkaitan yang lain.

    Sebagai peringatan, kandungan dalam Paparan Web tertakluk pada keperluan kandungan dasar yang sama seperti semasa dalam penyemak imbas.
  2. Bingkai paparan lain yang disokong:

Peristiwa sensitif

"Peristiwa Sensitif" ialah peristiwa atau perkembangan tidak dijangka yang mewujudkan risiko besar terhadap keupayaan Google untuk menyediakan maklumat dan fakta berkualiti tinggi yang berkaitan serta mengurangkan kandungan yang tidak sensitif atau bersifat eksploitasi dalam ciri yang penting dan diwangkan. Semasa peristiwa sensitif, kami mungkin mengambil pelbagai tindakan untuk menangani risiko ini.

Dasar khusus produk

Kemaskinian terakhir: 9 Februari 2024

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1625867970519861664
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false