Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Betulkan isu dasar

Memahami isu dasar dan status penyiaran iklan

Dalam artikel ini, kami akan menyemak jenis isu yang mempengaruhi penyiaran iklan dan maksud status penyiaran iklan dalam Pusat dasar.

Isu yang mempengaruhi penyiaran iklan

Jika laman anda mengalami masalah yang menjejaskan penyiaran iklan, hal ini bermakna sama ada laman anda melanggar dasar Program kami, dihadkan oleh Pengehadan Penerbit Google atau Klik Disahkan telah dihidupkan. Perkara ini termasuk keadaan apabila permintaan iklan berasal daripada halaman anda yang telah anda benamkan dalam laman yang mengalami masalah.

Terdapat 4 jenis masalah: pelanggaran dasar, pengehadan penerbit, Klik Disahkan dan keperluan persetujuan. Hanya pelanggaran dasar perlu dibetulkan. Anda tidak perlu membetulkan pengehadan penerbit tetapi harap maklum bahawa penyiaran iklan akan terus dihadkan pada laman anda. Kami mengesyorkan anda bertindak terhadap masalah Klik Disahkan dan keperluan persetujuan kerana masalah itu boleh memberikan kesan pada hasil anda.

Anda juga mungkin menerima amaran sebelum tindakan dilakukan pada penyiaran iklan anda. Semak jadual di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis isu.

Jenis Maksud Status penyiaran iklan Contoh
Pelanggaran dasar (Mesti dibetulkan)

Laman anda tidak mematuhi Dasar program pada masa ini.

Apabila perkara ini berlaku, anda perlu membuat perubahan di laman anda agar laman tersebut mematuhi dasar kami.

Pelanggaran dasar ditandai Mesti dibetulkan dalam lajur status.

Pelanggaran dasar dikuatkuasakan dengan sama ada Penyiaran iklan dinyahdayakan atau Penyiaran iklan dihadkan.

Contoh pelanggaran dasar termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • Kandungan seksual eksplisit
  • Kandungan yang berbahaya atau menghina
  • Reka letak menggalakkan klik
Pengehadan penerbit

Laman anda berada di bawah Pengehadan Penerbit Google.

Walaupun anda boleh memilih untuk mengewangkan jenis kandungan ini, kemungkinan besar anda akan menerima kurang pengiklanan kerana tidak semua sumber iklan dapat membida pada kandungan tersebut.

Laman yang dikenakan pengehadan penerbit menerima status Penyiaran iklan dihadkan. Contoh pengehadan penerbit termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • Kandungan seks
  • Kandungan mengejutkan
  • Kandungan perjudian dalam talian
Amaran

Sesetengah pelanggaran dasar dan pengehadan penerbit mempunyai tempoh amaran sebelum tindakan dilakukan pada penyiaran iklan anda.

Jika anda menerima amaran, ini bermakna laman anda tidak mematuhi Dasar program pada masa ini atau mengandungi kandungan yang dikenakan Pengehadan Penerbit Google.

Untuk menyelesaikan isu ini, anda perlu membuat perubahan agar laman tersebut mematuhi dasar.

Jika tiada perubahan dibuat di laman, tindakan lanjut mungkin diambil terhadap laman atau akaun anda.

Laman yang mempunyai amaran menerima status Penyiaran iklan mengalami risiko. Contoh isu yang menyebabkan amaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
  • Pertindihan Iklan & Kandungan
Klik Disahkan

Google Ads telah menentukan bahawa iklan tertentu pada laman anda menjana klik yang tidak diniatkan. Perkara ini mewujudkan pengalaman pengguna yang kurang baik kerana pengguna tiba pada laman penambat pengiklan dan bukannya kandungan yang dikehendaki.

Google Ads telah menambahkan Klik Disahkan pada iklan yang terjejas. Klik Disahkan menambahkan klik kedua yang menambah baik pengalaman pengguna dengan membolehkan pengguna mengesahkan niat mereka untuk melawati halaman yang diiklankan.

Laman yang ditambahkan Klik Disahkan menerima status Klik Disahkan dihidupkan. Contoh pelaksanaan yang patut anda semak, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • Iklan yang berhampiran elemen navigasi
  • Elemen navigasi yang ditindan pada iklan paparan
  • Butang di atas atau berhampiran iklan
  • Kandungan laman di atas atau berhampiran iklan
  • Aliran semula kandungan laman yang menimbulkan kekeliruan.
  • Apa-apa pelanggaran dasar peletakan iklan
Keperluan persetujuan Pada masa ini anda tidak menggunakan Platform Pengurusan Persetujuan (CMP) diperakui yang berdaftar dengan Rangka Kerja Ketelusan dan Persetujuan (TCF) IAB semasa menyiarkan iklan kepada pengguna di EEA, UK dan Switzerland.

Kami melancarkan keperluan TCF secara berperingkat, mulai 16 Januari 2024.

Laman yang menghadapi masalah keperluan persetujuan menerima Pemeribadian iklan terhad.

Masalah keperluan persetujuan ialah:

  • Tiada CMP: Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF.
  • CMP tidak diperakui: Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF daripada CMP yang diperakui.

Memahami status penyiaran iklan

Status penyiaran iklan anda memaklumi anda cara laman anda yang mengalami isu menerima kesan. Jadual di bawah menerangkan tentang status tersebut dan maksud status tersebut.

Status Maksud Tindakan yang boleh anda ambil
Siaran iklan dilumpuhkan Semua iklan disekat di laman anda. Laman anda tidak menyiarkan iklan disebabkan oleh pelanggaran dasar.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat.

Setelah menangani pelanggaran dasar di laman, anda boleh meminta semakan untuk mendayakan penyiaran iklan.

Siaran iklan dihadkan

Terdapat pengehadan pada pengiklan yang boleh membida pada inventori anda.

Laman anda berkemungkinan mempunyai sedikit atau tiada permintaan pembeli disebabkan bukan semua sumber iklan boleh membida.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat, jika ada.

Peringatan: Pelanggaran dasar mesti dibetulkan, sementara pengehadan penerbit bersifat pilihan untuk dibetulkan. Ketahui lebih lanjut tentang jenis isu.

Penyiaran iklan mengalami risiko

Penyiaran iklan belum lagi dipengaruhi, tetapi anda perlu membuat perubahan di laman anda untuk memastikan penyiaran iklan diteruskan.

Perkara ini berlaku disebabkan amaran di laman anda. Amaran lazimnya menyertakan tarikh penguatkuasaan, sama ada tindakan lanjut dilakukan dan penyiaran iklan dipengaruhi.

Betulkan isu sebelum tarikh penguatkuasaan untuk mengelakkan penyiaran iklan daripada dihadkan atau dinyahdayakan.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat.

Siaran iklan terhad

Perkara ini mempengaruhi akaun AdSense anda. Penyiaran iklan terhad bermakna Google telah menetapkan had bilangan iklan yang boleh dipaparkan oleh akaun AdSense anda.

Ketahui lebih lanjut tentang had penyiaran iklan.

Pastikan anda memahami trafik iklan dan pengguna anda. Jangan sekali-kali mengklik iklan anda sendiri dan elakkan daripada bekerjasama dengan pihak yang tidak dipercayai atau berkualiti rendah.

Ketahui lebih lanjut tentang mengelakkan aktiviti yang tidak sah.

Klik Disahkan dihidupkan Sesetengah iklan pada inventori anda membuat klik yang tidak diniatkan, jadi Google menambahkan Klik Disahkan pada iklan ini.

Semak pelaksanaan iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelaksanaan tidak dibenarkan dan pelaksanaan disyorkan.

Sistem kami menggunakan Klik Disahkan secara automatik apabila mengesan klik tak sengaja. Begitu juga, sistem membatalkan Klik Disahkan secara automatik apabila tidak lagi mengesan klik tak sengaja.

Pemeribadian iklan terhad

Sesetengah laman tidak menggunakan CMP yang diperakui untuk meminta persetujuan pengguna.

Hal ini bermaksud hanya iklan terhad layak disiarkan di EEA, UK dan Switzerland. Laman yang menggunakan CMP diperakui layak untuk iklan diperibadikan atau iklan tidak diperibadikan (NPA).

Tiada CMP:

  1. Jika anda belum berbuat demikian, pilih CMP diperakui yang berdaftar dengan TCF.
  2. Laksanakan penyelesaian CMP anda.

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan CMP diperakui.

CMP tidak diperakui:

  1. Jika anda mempunyai CMP anda sendiri, daftar untuk mendapatkan pensijilan.
  2. Jika anda menggunakan CMP pihak ketiga yang belum diperakui, galakkan CMP anda mendaftar untuk mendapatkan pensijilan. Anda juga boleh melihat senarai CMP diperakui kami.
Nota: Jika anda telah menggunakan CMP yang diperakui baru-baru ini, masalah ini mungkin memerlukan masa hingga 48 jam untuk diselesaikan dan dialih keluar daripada Pusat dasar.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5138006614368132534
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false