Di Google, kami memandang serius tentang keselamatan dalam talian. Untuk melindungi Google Account anda, kami amat mengesyorkan anda mengikut langkah di bawah dengan kerap.
Penting: Google mungkin menggunakan ikon tanda seru berwarna merah, kuning, atau biru untuk mengesyorkan tindakan segera bagi Google Account anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati Tindakan yang disyorkan.
Tindakan yang disyorkan
Tanda seru bersebelahan "Tindakan yang disyorkan" bermakna Google mengesyorkan anda mengambil langkah aktif untuk melindungi akaun anda. Tahap keterukan adalah berdasarkan warna tanda seru tersebut:
- Biru: Untuk petua keselamatan.
- Kuning: Untuk langkah penting.
- Merah: Untuk pemberitahuan segera.
Perisai hijau dengan tanda semak bermakna akaun anda sihat dan tiada tindakan segera diperlukan.
Untuk menyemak pemberitahuan:
- Log masuk ke Google Account anda.
- Pada bahagian atas sebelah kanan, klik gambar profil anda.
- Klik Tindakan yang disyorkan.
- Pilihan ini membawa anda kepada Pemeriksaan Keselamatan, yang membolehkan anda mendapatkan syor peribadi untuk meningkatkan keselamatan akaun anda.
Jika "Tindakan yang disyorkan" tidak dipaparkan, hal ini bermakna Google tiada sebarang syor keselamatan untuk anda. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak tahap keselamatan anda dalam Google Account anda:
- Log masuk ke Google Account anda.
- Klik Urus Google Account anda
Keselamatan & log masuk.
- Pada bahagian atas, jika semua syor telah diselesaikan, halaman ini akan memaparkan perisai hijau.
- Jika perisai hijau dipaparkan, akaun anda selamat. Pemeriksaan Keselamatan juga mungkin memberi anda petua keselamatan untuk menjadikan akaun anda lebih selamat.
Petua: Jika anda seorang wartawan, aktivis atau seseorang yang mungkin berisiko menjadi sasaran serangan dalam talian, ketahui perihal Program Perlindungan Lanjutan.
Langkah 1: Lakukan Pemeriksaan Keselamatan
Akses Pemeriksaan Keselamatan untuk mendapatkan syor keselamatan yang diperibadikan untuk Google Account anda, termasuk:
Menambahkan atau mengemaskinikan pilihan pemulihan akaunNombor telefon dan alamat e-mel pemulihan anda ialah alatan keselamatan yang mantap. Maklumat hubungan ini boleh digunakan untuk membantu anda:
- Menyekat seseorang daripada menggunakan akaun anda tanpa kebenaran.
- Memaklumi anda jika terdapat aktiviti mencurigakan pada akaun anda.
- Memulihkan akaun anda jika anda tidak dapat log masuk.
Ketahui cara menambahkan atau menukar pilihan pemulihan anda.
Pengesahan 2 Langkah membantu anda menghalang penggodam daripada mengakses akaun anda, walaupun mereka mencuri kata laluan anda. Untuk mengelakkan teknik pancingan data biasa yang dikaitkan dengan kod mesej teks, pilih langkah pengesahan kedua yang lebih kukuh:
- Kunci keselamatan (Langkah pengesahan yang paling selamat)
- Gesaan Google (Lebih selamat berbanding dengan kod mesej teks)
Keselamatan ditingkatkan: Perlindungan Lanjutan
Jika anda seorang wartawan, aktivis atau seseorang yang berisiko menjadi sasaran serangan dalam talian, pertimbangkan untuk mendaftar dalam Program Perlindungan Lanjutan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Perlindungan Lanjutan menggunakan kunci keselamatan untuk melindungi anda daripada pancingan data dan termasuk perlindungan lain seperti menyekat apl yang tidak selamat.
Untuk melindungi maklumat sensitif dengan lebih baik, semak apl yang boleh menggunakan maklumat akaun anda dan alih keluar apl yang tidak diperlukan.
Kunci skrin membantu anda melindungi peranti daripada digunakan tanpa kebenaran. Ketahui cara menetapkan kunci skrin pada peranti Android anda.
Petua: Untuk mendapatkan maklumat tentang penambahan kunci skrin pada peranti dan komputer lain, lawati laman sokongan pengilang.
Langkah 2: Kemas kinikan perisian anda
Jika penyemak imbas, sistem pengendalian atau apl anda sudah lapuk, perisian itu mungkin tidak selamat daripada penggodam. Untuk melindungi akaun anda, pastikan perisian anda sentiasa dikemaskinikan.
Kemas kinikan penyemak imbas andaPastikan anda menggunakan versi terkini penyemak imbas anda.
Ketahui cara mengemaskinikan Google Chrome.
Petua: Untuk mengetahui cara mengemaskinikan penyemak imbas lain, akses laman sokongan pembangun.
Pastikan anda menggunakan versi terkini sistem pengendalian anda.
- Kemas kinikan peranti Android: Ketahui cara menyemak dan mengemaskinikan versi Android anda.
- Kemas kinikan Chromebook: Ketahui cara mengemaskinikan sistem pengendalian Chromebook anda.
Petua: Untuk mengetahui cara mengemaskinikan peranti dan komputer lain, lawati laman sokongan pengeluar.
Pastikan anda menggunakan versi terkini apl anda.
- Kemas kinikan apl Android: Ketahui cara mengemaskinikan apl Android anda pada peranti Android dan Chromebook yang serasi.
- Untuk memastikan apl anda terkini, hidupkan kemaskinian apl automatik untuk peranti Android anda.
- Hidupkan Google Play Protect: Google Play Protect membantu anda memastikan peranti Android selamat daripada apl berbahaya.
- Ketahui cara menghidupkan Google Play Protect.
Petua: Untuk mengetahui cara mengemaskinikan apl pada peranti dan komputer lain, pergi ke laman sokongan pengilang.
Langkah 3: Gunakan kata laluan yang unik & kukuh
Penggunaan kata laluan yang sama pada berbilang laman adalah tidak selamat. Jika kata laluan anda untuk satu laman digodam, kata laluan tersebut mungkin digunakan untuk mengakses akaun anda untuk berbilang laman.
Pastikan anda membuat kata laluan yang kukuh dan unik untuk setiap akaun.
Urus kata laluan andaPengurus kata laluan boleh membantu anda membuat dan mengurus kata laluan yang kukuh dan unik. Pertimbangkan untuk menggunakan pengurus kata laluan daripada Chrome atau penyedia pengurus kata laluan dipercayai yang lain.
Petua: Untuk menyemak sama ada mana-mana kata laluan yang disimpan dalam Google Account anda lemah, mungkin terdedah atau digunakan semula untuk berbilang akaun, gunakan Semakan Kata Laluan.
Untuk mendapatkan pemberitahuan jika anda memasukkan kata laluan Google Account pada laman bukan Google, hidupkan Amaran Kata Laluan untuk Chrome. Melalui cara itu, anda dapat mengetahui jika sesuatu laman menyamar sebagai Google dan anda boleh menukar kata laluan jika kata laluan anda dicuri.
Petua: Untuk mendapatkan lapisan keselamatan akaun tambahan, hidupkan Pengesahan 2 Langkah.
Langkah 4: Alih keluar apl & sambungan penyemak imbas yang tidak diperlukan
Apabila anda memasang lebih banyak apl pada peranti anda, peranti tersebut mungkin menjadi lebih mudah terdedah kepada penggodam. Pada peranti yang boleh mengakses maklumat sensitif, pasang apl dan sambungan penyemak imbas yang anda perlukan sahaja. Untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan lebih baik, jangan pasang apl yang tidak diketahui atau apl daripada sumber yang tidak diketahui.
Ketahui cara menyahpasang apl dan sambungan pada peranti anda:
Petua: Untuk mengetahui cara mengalih keluar apl dan sambungan daripada peranti dan penyemak imbas lain, akses laman sokongan peranti atau penyemak imbas.
Langkah 5: Lindungi daripada mesej & kandungan yang mencurigakan
Penggodam mungkin menggunakan e-mel, mesej teks, panggilan telefon, dan laman web untuk menyamar menjadi institusi, ahli keluarga, atau rakan sekerja.
Elakkan permintaan yang mencurigakan- Jangan kongsi kata laluan anda. Google tidak sekali-kali meminta kata laluan anda dalam e-mel, mesej, atau panggilan telefon.
- Jangan balas e-mel, teks, mesej segera, halaman web, atau panggilan telefon yang mencurigakan yang meminta maklumat peribadi atau kewangan anda.
- Jangan klik pautan dalam e-mel, mesej, halaman web atau tetingkap timbul daripada laman web atau pengirim yang tidak boleh dipercayai.
Untuk melindungi akaun anda, Gmail mengenal pasti e-mel yang mencurigakan secara automatik. Untuk mengukuhkan perlindungan terbina dalam ini, anda juga boleh mengenal pasti sendiri e-mel dan tetapan yang mencurigakan:
- Semak sama ada mesej Gmail mungkin palsu atau tidak.
- Pastikan alamat e-mel dan nama pengirim sepadan.
- Jika anda menerima e-mel yang mencurigakan dalam Gmail, laporkan e-mel tersebut sebagai spam atau pancingan data. Hal ini membantu Google menghentikan komplot pada masa hadapan.
- Semak tetapan Gmail anda dan pastikan tiada aktiviti yang tidak dikenali.
Petua: Jika anda menggunakan Gmail pada komputer anda, tuding pada pautan tanpa mengklik pautan itu. Pada bahagian bawah sebelah kiri, semak alamat web dan pastikan alamat itu adalah seperti yang anda jangkakan.
Google Chrome dan Search direka bentuk untuk memberikan amaran kepada anda tentang kandungan yang mencurigakan dan perisian yang tidak diingini.
Jika anda melihat aktiviti mencurigakan pada akaun anda
Ikut langkah untuk melindungi akaun anda.