Cara memuat turun data Google anda

Penting:  Jika anda memuat turun data Google anda, tindakan ini tidak memadamkan data daripada pelayan Google. Ketahui cara memadamkan akaun anda atau cara memadamkan aktiviti anda

Anda boleh mengeksport dan memuat turun data anda untuk produk Google yang anda gunakan, sebagai contoh:

  • E-mel
  • Dokumen
  • Kalendar
  • Foto
  • Video YouTube (Petua: Jika anda tidak dapat menemukan sesetengah video YouTube anda, semak sama ada anda mempunyai Akaun Jenama atau tidak. Jika anda mempunyai Akaun Jenama, anda mungkin perlu menukar akaun.)
  • Pendaftaran dan aktiviti akaun

Untuk menyimpan rekod anda atau menggunakan data tersebut dalam perkhidmatan lain, anda boleh membuat arkib.

Penting: Jika tindakan dianggap berisiko, tindakan tersebut mungkin ditangguhkan atau tidak tersedia bagi melindungi akaun anda.

Langkah 1: Pilih data untuk disertakan dalam arkib muat turun anda

  1. Log masuk ke Google Account anda.
  2. Akses halaman Google Takeout. Produk Google yang anda gunakan dan simpan data anda dipilih secara automatik.
    • Jika anda tidak mahu memuat turun data daripada suatu produk, nyahtandai kotak di sebelahnya.
    • Jika anda hanya mahu memuat turun beberapa data daripada produk, anda mungkin mempunyai pilihan untuk memilih butang seperti Semua data disertakan List. Kemudian, anda boleh nyahtandai kotak di sebelah data yang tidak mahu anda sertakan.
  3. Pilih Langkah seterusnya.
Penting: Fail mungkin tidak menyertakan perubahan yang dibuat ke atas data anda antara masa anda meminta muat turun dengan masa akrib dicipta. Ketahui lebih lanjut tentang perkara yang mungkin tidak disertakan.

Langkah 2: Sesuaikan format arkib anda

Kaedah penghantaran

Hantar pautan muat turun melalui e-mel

Kami akan menghantar e-mel yang mengandungi pautan untuk memuat turun arkib data Google anda.

  1. Untuk "Kaedah penghantaran", pilih Hantar pautan muat turun melalui e-mel.
  2. Pilih Buat eksport.
  3. Dalam e-mel yang diterima, pilih Muat turun arkib.
  4. Untuk memuat turun data Google anda, ikut langkah pada skrin.
Tambahkan pada Drive

Kami akan menambahkan arkib anda pada Google Drive dan menghantar pautan kepada lokasi arkib melalui e-mel kepada anda. Data anda akan diambil kira dalam storan anda.

  1. Untuk "Kaedah penghantaran", pilih Tambahkan pada Drive.
  2. Pilih Buat eksport.
  3. Dalam e-mel yang diterima, pilih Lihat dalam Drive. Anda akan melihat folder yang mengandungi data anda yang disusun mengikut produk.
  4. Untuk memuat turun data anda, di bahagian atas skrin, pilih Muat turun Download.
Tambahkan pada Dropbox

Kami akan memuat naik arkib anda ke Dropbox dan menghantar pautan kepada lokasi arkib kepada anda melalui e-mel.

  1. Untuk "Kaedah penghantaran", pilih Tambahkan pada Dropbox.
  2. Pilih Pautkan akaun dan buat eksport.
  3. Anda akan dihalakan kepada Dropbox. Log masuk ke akaun Dropbox anda jika digesa.
  4. Dalam tetingkap Dropbox yang bertanya sama ada Google Download Your Data boleh mengakses folder "Apl" sendiri dalam Dropbox anda, pilih Allow.
  5. Untuk merahsiakan data anda, pastikan anda tidak berkongsi folder Dropbox ini dengan orang lain.
  6. Dalam e-mel yang diterima, pilih Lihat dalam Dropbox. Anda akan dibawa ke folder Dropbox yang mengandungi arkib anda.
  7. Untuk memuat turun data anda, ikut proses memuat turun fail Dropbox.

Nota

  • Selepas anda mengikut langkah ini, Google Download Your Data akan dipaparkan dalam tetapan keselamatan Dropbox anda sebagai apl terpaut. Anda boleh mengalih keluar Google sebagai apl terpaut pada bila-bila masa. (Jika anda mengeksport data ke Dropbox selepas ini, anda perlu memberi Google akses sekali lagi.)
  • Apabila arkib anda sampai ke Dropbox, Google tidak bertanggungjawab terhadap arkib anda lagi. Arkib anda akan dilindungi oleh Syarat Perkhidmatan Dropbox.
Tambahkan pada Microsoft OneDrive

Kami akan memuat naik arkib anda ke Microsoft OneDrive dan menghantar pautan kepada lokasi arkib kepada anda melalui e-mel.

  1. Untuk "Kaedah penghantaran", pilih Tambahkan pada OneDrive.
  2. Pilih Pautkan akaun dan buat eksport.
  3. Anda akan dihalakan kepada Microsoft. Log masuk ke akaun Microsoft anda jika digesa.
  4. Dalam tetingkap Microsoft yang bertanya sama ada Google Download Your Data boleh mengakses maklumat anda, pilih Yes.
  5. Untuk merahsiakan data anda, pastikan anda tidak berkongsi folder OneDrive ini dengan orang lain.
  6. Dalam e-mel yang diterima, pilih Lihat dalam OneDrive. Anda akan dibawa ke folder OneDrive yang mengandungi arkib anda.
  7. Untuk memuat turun data anda, ikut proses memuat turun fail OneDrive.

Nota

  • Selepas anda mengikut langkah ini, Google Download Your Data akan dipaparkan dalam tetapan keselamatan dan privasi Microsoft OneDrive anda sebagai apl yang boleh mengakses sesetengah maklumat anda. Anda boleh mengalih keluar akses Google pada bila-bila masa. (Jika anda mengeksport data ke OneDrive selepas ini, anda perlu memberi Google akses sekali lagi.)
  • Apabila arkib anda sampai ke Microsoft OneDrive, Google tidak bertanggungjawab terhadap arkib anda lagi. Arkib anda akan dilindungi oleh Perjanjian Perkhidmatan Microsoft.
Tambahkan pada Box

Kami akan memuat naik arkib anda ke Box dan menghantar pautan kepada lokasi arkib kepada anda melalui e-mel.

  1. Untuk "Kaedah penghantaran", pilih Tambahkan pada Box.
  2. Pilih Pautkan akaun dan buat eksport.
  3. Anda akan dihalakan kepada Box. Log masuk ke akaun Box anda jika digesa.
  4. Dalam tetingkap Box yang bertanya sama ada Google Download Your Data boleh mengakses maklumat anda, pilih Grant access to Box.
  5. Untuk merahsiakan data anda, pastikan anda tidak berkongsi folder Box ini dengan orang lain. Jika anda mengeksport ke akaun perusahaan, pentadbir akan dapat melihat data anda walaupun pautan perkongsian tidak dibuat.
  6. Dalam e-mel yang diterima, pilih Lihat dalam Box. Anda akan dibawa ke folder Box yang mengandungi arkib anda.
  7. Untuk memuat turun data anda, ikut proses memuat turun fail Box.

Nota

  • Selepas anda mengikut langkah ini, Google Download Your Data akan dipaparkan dalam apl disambungkan sebagai apl yang boleh mengakses sesetengah maklumat anda. Anda boleh mengalih keluar akses Google pada bila-bila masa. (Jika anda mengeksport data ke Box selepas ini, anda perlu memberi Google akses sekali lagi.)
  • Saiz arkib maksimum yang anda pilih akan berkurang jika saiz muat naik fail maksimum akaun Box anda adalah lebih kecil. Fail dalam arkib anda yang lebih besar daripada saiz muat naik fail maksimum akaun Box anda tidak akan dieksport ke Box.
  • Apabila arkib anda sampai ke Box, Google tidak bertanggungjawab terhadap arkib anda lagi. Arkib anda akan dilindungi oleh Dasar Privasi Box.

Jenis eksport

Arkib sekali

Buat arkib tunggal bagi data yang anda pilih.

Nota: Jika anda mendaftar dalam Program Perlindungan Lanjutan, arkib anda akan dijadualkan untuk dua hari yang akan datang.

Eksport dijadualkan

Buat arkib bagi data yang anda pilih secara automatik setiap 2 bulan selama satu tahun. Arkib yang pertama akan dibuat dengan serta-merta.

Nota: Jika anda mendaftar dalam Program Perlindungan Lanjutan, eksport berjadual tidak tersedia.

Jenis fail

Fail zip

Fail ini boleh dibuka pada kebanyakan komputer.

Fail tgz

Anda mungkin memerlukan perisian tambahan untuk membuka fail ini pada Windows.

Saiz arkib

Pilih arkib saiz maksimum yang ingin dibuat. Jika data yang anda muat turun lebih besar daripada saiz ini, beberapa arkib akan dibuat.

Langkah 3: Dapatkan arkib data Google anda

Apabila arkib anda dibuat menggunakan salah satu pilihan ini, kami akan menghantar pautan kepada lokasi arkib melalui e-mel kepada anda. Bergantung pada jumlah maklumat dalam akaun anda, proses ini boleh mengambil masa daripada beberapa minit hinggalah beberapa hari. Kebanyakan orang mendapat pautan kepada arkib mereka pada hari yang sama mereka memintanya.

Nota: Jika anda mendaftar dalam Program Perlindungan Lanjutan, arkib anda akan dijadualkan untuk dua hari yang akan datang.

Data yang telah anda padamkan

Apabila anda memadamkan data, kami mengikut proses yang diterangkan dalam Dasar Privasi Google untuk mengalih keluar sepenuhnya data itu daripada akaun anda dengan selamat. Mula-mula, aktiviti yang dipadamkan akan dialih keluar daripada paparan dengan serta-merta dan tidak digunakan lagi untuk memperibadikan pengalaman Google anda. Kemudian kami akan memulakan proses yang direka untuk memadamkan data daripada sistem storan kami dengan selamat dan sepenuhnya.

Data seperti item daripada Aktiviti Saya, foto atau dokumen yang masih dalam proses pemadaman tidak disertakan dalam arkib anda.

Penting: Jika maklumat yang anda cari tidak tersedia dengan alatan ini, lawati Pusat Bantuan Privasi kami, supaya anda boleh mengetahui maklumat yang kami kumpulkan, sebab kami mengumpulkan maklumat tersebut dan cara anda boleh mengemaskinikan, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda. Jika maklumat tersebut telah dipadamkan daripada sistem storan kami, maklumat itu tidak mungkin tidak dapat dipulihkan.

Soalan lazim

Rujuk Pusat Bantuan Privasi kami, supaya anda boleh mengetahui jenis maklumat yang kami kumpulkan, sebab kami mengumpulkan maklumat tersebut dan cara anda boleh mengemaskinikan, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.

Jika maklumat yang anda cari tidak tersedia melalui alatan ini, serahkan permintaan akses data dan nyatakan:

  • Kategori maklumat peribadi yang anda cari;
  • Produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan data tersebut;
  • Sebarang anggaran bagi tarikh anda fikir data tersebut mungkin dikumpulkan oleh Google.

Anda perlu log masuk ke Akaun Google anda untuk melengkapkan borang permintaan.

Penting: Anda juga boleh menghubungi nombor bebas tol kami, 855-548-2777. Wakil kami boleh menjawab banyak soalan anda dan membantu anda mengisi borang web untuk memastikan kami memberikan maklumat kepada pemilik akaun.

Bagaimanakah boleh saya mengesan data Takeout saya yang dieksport?

Setelah permintaan eksport data anda selesai, anda akan menerima pemberitahuan e-mel yang mengandungi pautan kepada folder yang menempatkan data anda.

Jika anda memilih “Hantar pautan muat turun melalui e-mel”, anda akan diubah hala kepada folder yang mengandungi data anda dalam Google Takeout untuk memuat turun data anda.

Jika tidak, anda akan dipautkan kepada lokasi folder yang mengandungi data anda dalam destinasi awan (Drive, Dropbox, Box, OneDrive) yang telah anda pilih.

Format manakah yang harus saya pilih untuk data saya?
Anda boleh menentukan jenis format yang harus dipilih bergantung pada perkhidmatan, jenis data dan penggunaan data tersebut. Kami telah memilih jenis yang kami percaya adalah yang paling berguna dan mudah alih. Sebagai contoh, kami mengeksport kenalan sebagai vCard, yang merupakan format biasa bagi penyedia e-mel. Kami juga kerap menyediakan pilihan tambahan untuk memenuhi keperluan khusus anda.
Bagaimana jika saya tidak dapat memuat turun data saya?
Jika anda tidak dapat memuat turun data anda, cuba pilih kurang fail produk untuk dieksport dan/atau minta saiz data arkib yang lebih kecil daripada pilihan menu lungsur dalam produk. Selain itu, cuba buat pengeksportan kepada laman storan pihak ketiga seperti Box atau Storan.
Bagaimana jika saya tidak dapat membuka format fail tertentu?
Fail HTML boleh dibuka dalam mana-mana Penyemak Imbas standard; fail CSV dan JSON boleh dibuka dalam perisian TextEdit, peti masuk standard industri atau perkhidmatan khas ICS.
Bolehkah saya memilih tempoh masa apabila mengeksport data berbanding dengan mengeksport semua data?
Pada masa ini, kami tidak menyokong pengeksportan data untuk jangka masa tertentu.
Di manakah harus saya simpan data saya?

Anda boleh menyimpan data anda di mana-mana yang selamat dan mempunyai ruang yang mencukupi untuk data itu. Dalam kebanyakan keadaan, cara yang paling mudah adalah dengan memuat turun data terus ke komputer anda.

Jika anda menggunakan komputer awam, simpan arkib dalam Google Drive atau ruang storan alternatif yang tidak dikongsi dengan sesiapa.

Nota: Jika anda menggunakan Google Drive dan merancang untuk memadamkan Akaun Google, anda perlu memindahkan arkib ke ruang storan lain sebelum memadamkan akaun anda.

Bagaimanakah boleh saya berkongsi data Takeout saya yang dieksport dengan apl atau laman web pihak ketiga?

Jika anda memuat turun data anda kepada peranti anda, anda boleh berkongsi data tersebut secara terus dengan apl atau laman web pihak ketiga menggunakan titik akses pihak ketiga itu.  Titik akses ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk, termasuk alamat e-mel atau kefungsian muat naik apl atau laman web pihak ketiga yang dibina khas yang membolehkan anda memuat naik data secara terus.

Jika anda menambahkan data anda pada destinasi storan awan seperti Drive, Box, OneDrive atau Dropbox, anda boleh berkongsi data anda secara terus daripada penyedia awan kepada apl atau laman web pihak ketiga.  Dalam kebanyakan keadaan, hal ini melibatkan perkongsian data anda secara terus daripada penyedia awan kepada pihak ketiga melalui e-mel yang disokong oleh penyedia awan.

Dalam sesetengah keadaan, apl atau laman web pihak ketiga mungkin disepadukan dengan destinasi storan awan secara terus dan memberi anda keupayaan untuk memberikan akses kepada pihak ketiga untuk membaca data anda daripada destinasi awan secara terus.

Mengapakah arkib saya dipecahkan kepada beberapa fail?

Arkib yang lebih besar daripada had saiz yang anda pilih akan dibahagikan kepada beberapa fail.

Untuk mengurangkan kemungkinan arkib anda dibahagikan, anda boleh memilih had saiz 50GB.

Nota: Perisian khas mungkin diperlukan untuk menyahpadat arkib tgz. Perlu diingat bahawa nama fail jenis ini tidak boleh mengandungi aksara unikod.
Mengapakah arkib saya tamat tempoh?

Arkib anda tamat tempoh dalam masa kira-kira 7 hari. Selepas tempoh itu, anda perlu membuat arkib baharu dengan maklumat yang terkini.

Data tidak tamat tempoh hanya kerana arkib telah tamat tempoh dan hal ini tidak akan menyebabkan anda mengalami sebarang perubahan dalam perkhidmatan Google.

Nota: Kami hanya membenarkan setiap arkib dimuat turun sebanyak 5 kali; selepas itu, sila minta arkib lain.

Mengapakah saya perlu memasukkan kata laluan sekali lagi apabila saya cuba memuat turun arkib saya?

Keselamatan data anda sangat penting. Oleh itu, apabila anda membuat arkib, kami ingin memastikan bahawa anda ialah satu-satunya orang yang memuat turun data anda.

Untuk memastikan perkara itu, kami meminta anda memasukkan semula kata laluan Akaun Google anda jika anda belum berbuat demikian baru-baru ini. Kami maklum bahawa hal ini mungkin menyusahkan, tetapi langkah tambahan perlu diambil untuk memastikan data anda selamat.

Nota: Jika Pengesahan 2 Langkah dihidupkan dalam akaun, anda juga mungkin diminta untuk melengkapkan langkah pengesahan tambahan.

Mengapakah arkib saya tidak berfungsi?

Jika berlaku masalah berkaitan dengan arkib anda atau anda tidak dapat membuatnya, cuba buat arkib yang lain. Pendekatan ini sering berjaya menyelesaikan masalah seperti itu.

Secara alternatif, cuba muat turun data dalam tokokan yang lebih kecil dengan memilih satu produk atau perkhidmatan pada satu-satu masa. Tindakan ini mungkin berkesan jika anda cuba memuat turun sejumlah data yang besar.

Cara membuka fail yang dimuat turun daripada Takeout
Kami mengesyorkan supaya anda memuat turun dan melihat eksport Takeout daripada komputer meja dan bukan peranti mudah alih. Dalam arkib anda akan terdapat fail bernama archive_browser.html yang akan mengandungi maklumat tambahan tentang format fail, cara membuka fail dan melihat data.
Mengapakah sesetengah perubahan baru-baru ini tidak disertakan dalam arkib saya?

Fail mungkin tidak menyertakan perubahan yang dibuat ke atas data anda antara masa anda meminta muat turun dengan masa akrib dicipta. Beberapa contoh termasuk:

  • Perubahan pada jenis perkongsian atau kebenaran untuk fail Drive
  • Ulasan yang telah selesai pada fail Drive
  • Foto atau album yang telah ditambah atau dipadamkan
Bagaimanakah cara mengekalkan label Gmail saya jika saya mengeksport e-mel?

Apabila anda mengeksport mel daripada Gmail, label setiap mesej akan dikekalkan dalam pengepala X-Gmail-Labels khas dalam fail muat turun anda. Walaupun tiada pelanggan mel yang mengecam pengepala ini sekarang, kebanyakan pelanggan mel membenarkan sambungan untuk ditulis yang boleh memanfaatkan label ini.

Mengapakah saya tidak dapat mencari sesetengah video YouTube saya?

Jika anda tidak dapat memuat turun sesetengah video YouTube anda, semak untuk mengetahui sama ada saluran YouTube anda dipautkan ke Akaun Jenama. Jika ya, anda perlu:

  • Pastikan anda log masuk ke Akaun Google yang dikaitkan dengan Akaun Jenama.
  • Tukar kepada Jenama Akaun yang anda gunakan untuk memuat naik video ke YouTube.

Petua: Jika anda mempunyai lebih daripada satu Akaun Jenama, anda boleh mengulangi langkah ini untuk memuat turun video daripada Jenama Akaun anda yang lain.

Mengapa saya tidak boleh memuat turun data daripada akaun sekolah atau akaun kerja saya?

Pentadbir Google Workspace boleh mengurus maklumat jika pengguna boleh memuat turun data daripada produk yang berbeza. Ketahui identiti pentadbir anda.

Adakah apl saya boleh menyesuaikan antara muka pengguna Takeout?

Antara muka pengguna Takeout menyokong parameter untuk membolehkan apl menyesuaikan antara muka pengguna. Sebagai contoh, apl boleh memilih produk tertentu, destinasi untuk eksport awan dan kekerapan untuk ambilan yang dijadualkan.

Ketahui contoh format yang berikut untuk url yang menggunakan ketiga-tiga parameter:

https://takeout.google.com/settings/takeout/custom/google_account,my_activity,fit,youtube?dest=drive&frequency=2_months

Petua: Contoh ini sedang dibangunkan dan mungkin dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Nilai yang mungkin untuk disertakan oleh aplikasi atau produk lain boleh ditemukan dalam sumber html yang dipaparkan dalam atribut css bertajuk “data-id”.  Sebagai contoh, nilai yang mungkin untuk parameter “dest” termasuk "box", "dropbox", "drive", "onedrive".  Nilai yang mungkin untuk parameter “kekerapan” termasuk “2_months”

To identify the value of the data-id property for products with data capable of being exported for your account: 


Important: These instructions are for use with Chrome. If you use another browser, the process may vary.

  1. On a computer, visit takeout.google.com.
  2. Right-click on the Takeout web page and select the "source page" view. This will allow you to see the HTML code that makes up the page. 
  3. Use the search command (Control + F on Windows or Command + F on Mac) to identify the “data-id” property. 
  4. Check the search results.  What appears after the “data-id=” are the relevant values. For example: data-id="blogger"

Google has also released a new set of advanced features (Data Portability API) for developers, for the use of data by third-party applications. You can find all the available documentation at https://developers.google.com/data-portability.

Soalan lazim tentang muat turun produk Google

Format manakah yang digunakan apabila saya memuat turun video YouTube saya?

Video dimuat turun dalam format asal atau sebagai fail MP4 dengan video H264 dan audio AAC.

Saya seorang ahli Kumpulan Google. Bagaimanakah cara memuat turun mesej dan maklumat keahlian daripada kumpulan?

Hanya pemilik boleh memuat turun mesej dan keahlian kumpulan.

Jika anda seorang ahli atau pengurus, minta pemilik memuat turun maklumat yang anda ingini dan mengongsinya dengan anda. Jika anda menerima mesej yang dihantar ke e-mel anda, anda boleh memuat turun sejarah mesej anda daripada arkib e-mel anda.

Bolehkah saya memuat turun mel saya daripada Gmail mengikut tempoh berbanding dengan mengeksport keseluruhan peti masuk?
Dukacita dimaklumkan bahawa pada masa ini kami tidak menyokong pengeksportan tempoh.
Saya seorang pentadbir Google Workspace. Bagaimanakah cara mengeksport data organisasi saya?

Anda boleh memuat turun atau menghijrahkan data organisasi anda, termasuk e-mel, kalendar, dokumen dan laman. Ketahui cara mengeksport data Google Workspace organisasi anda.

**Tiada penyedia perkhidmatan bukan Google dalam senarai ini. Apabila anda memilih pilihan penyedia perkhidmatan bukan Google:

1. Anda membenarkan Google untuk memindahkan fail bagi pihak anda kepada penyedia perkhidmatan ini.

2. Setelah fail dimuat naik pada penyedia perkhidmatan ini, Google tidak bertanggungjawab terhadap fail tersebut lagi. Kandungan dalam eksport dilindungi oleh syarat penyedia perkhidmatan.

Petua: Untuk memahami perkara yang dikongsi, semak sendiri data itu.

Hantar maklum balas kepada kami

Beritahu kami tentang pengalaman anda memuat turun data Google anda. Dengan berkongsi maklum balas, anda membantu Google memperbaik produk ini untuk anda dan orang lain.

true
Welcome to your Google Account!

We see you have a new Google Account! Learn how to improve your experience with your Google Account checklist.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2842798389858452494
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
70975
false
false