Urus produk daripada kedai anda pada YouTube

YouTube Shopping membolehkan pencipta yang layak mempamerkan produk dan barang niaga berjenama rasmi mereka pada YouTube. Penonton di lokasi ini boleh menyemak imbas dan membeli produk anda merentas platform ini pada YouTube:

  • Kedai saluran anda
  • Produk dalam perihalan video
  • Rak produk di bawah atau di sebelah video dan strim langsung anda
  • Butang Shopping dalam video, video Shorts dan strim langsung anda
  • Koleksi

Anda boleh menyusun produk anda untuk dipaparkan merentas platform ini pada YouTube Studio atau dengan apl mudah alih YouTube Studio. Dengan susunan peringkat saluran dan video individu, anda boleh menyesuaikan susunan produk anda untuk memenuhi keperluan anda.

Anda juga boleh mempamerkan produk anda dengan membuat pemautan kepada kedai saluran anda atau membuat dan berkongsi koleksi yang diinginkan oleh penonton anda.

YouTube Shopping: Tag & Jual Produk daripada Kedai Anda

Pilih produk untuk saluran anda

Apabila anda menyambungkan kedai dan mempunyai sekurang-kurangnya satu item yang layak untuk dipaparkan, produk anda yang layak akan dipamerkan secara automatik dalam: 

  • Perihalan video anda
  • Tab Kedai dalam halaman utama saluran anda

Susunan paparan untuk produk anda dioptimumkan untuk penglibatan dan diautomatikkan berdasarkan pelbagai faktor, seperti harga, populariti dan ketersediaan. Anda boleh memilih produk untuk dipaparkan dalam susunan tertentu untuk keseluruhan saluran dan kedai anda.

Susunan peringkat saluran tidak digunakan pada strim langsung.

Sesuaikan susunan paparan untuk keseluruhan saluran dan kedai anda pada apl YouTube Studio:

  1. Klik Jana pendapatan.
  2. Klik tab Shopping
    • Jika anda menukar pilihan lalai untuk kali pertama, klik Buat pilihan sendiri.
    • Jika anda menukar pilihan sebelumnya, klik Sesuaikan.
  3. Seret, lepas dan susun hingga 30 item.
  4. Klik Simpan.

Anda boleh kembali kepada susunan automatik untuk saluran anda dan menyimpan perubahan dalam bahagian Jana pendapatan YouTube Studio: Klik tab Shopping kemudian Kembali kepada pemilihan automatik kemudian Simpan.

Pilih produk untuk kandungan tertentu

Anda boleh mengetag dan menyusun semula maksimum 60 item untuk video berasingan atau video Shorts untuk mewujudkan pengalaman beli-belah yang lebih tersuai untuk khalayak anda. Anda juga boleh memilih untuk mengetag dan menyusun semula maksimum 30 item untuk strim langsung.

Buat pemautan kepada kedai saluran anda

Anda boleh membuat pemautan kepada tab Kedai anda dengan menyalin dan menampalkan URL tab tersebut dalam ulasan, perihalan dan siaran. Anda juga boleh menambahkan pautan kepada kedai saluran anda dalam perihalan video dan pada saluran media lain. Apabila penonton mengklik pautan, mereka akan mendapat pratonton item di kedai anda, tanpa mengganggu pengalaman tontonan mereka. Setelah penonton bersedia untuk membuat pembelian, mereka boleh mengklik sekali lagi untuk mengakses kedai anda dan melengkapkan pembelian mereka.

Semak prestasi produk anda

Gunakan tab Hasil pada YouTube Analytics untuk menyemak jumlah jualan dan pesanan bagi produk anda. Untuk melihat data prestasi produk, anda mestilah bekerjasama dengan platform yang layak.

Tangani masalah yang berkaitan dengan produk anda

Apabila anda membuat atau mengubah suai item anda dengan peruncit atau platform yang disokong, item tersebut disemak untuk mematuhi dasar kami. Proses penyemakan ini biasanya mengambil masa beberapa hari perniagaan.

Jika anda mempunyai kedai YouTube Shopping khusus melalui Cafe24, anda boleh mengurus produk anda dan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk anda secara terus pada Cafe24. Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurus kedai anda atau mendapatkan bantuan penyelesaian masalah.

Temukan status semakan untuk item anda pada YouTube Studio:

  1. Dalam menu kiri, klik Jana pendapatan.
  2. Klik tab Shopping.
  3. Kik Susun pada “kad status”.
Nota: Produk anda akan menjalani semakan secara automatik bagi pematuhan terhadap dasar Google Merchant Center dan dasar YouTube kami. Melainkan produk diluluskan oleh kedua-dua set dasar, produk tersebut tidak akan dipaparkan pada YouTube Studio. Sebarang perubahan pada item (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tajuk, perihalan atau imej) akan mencetuskan semakan pematuhan baharu bagi item tersebut. Proses penyemakan ini biasanya mengambil masa beberapa hari perniagaan.

Untuk mengemukakan pertanyaan tentang item tertentu yang tidak dipaparkan dalam panel “Susun item”, hubungi peruncit atau platform barang niaga anda.

Sentiasa ingat bahawa ciri Shopping tidak akan dipaparkan pada kandungan anda jika:

Alih keluar ciri Shopping daripada saluran anda atau kandungan tertentu

Anda boleh mengalih keluar ciri Shopping daripada saluran anda untuk sementara waktu atau memutuskan sambungan kedai anda sepenuhnya pada bila-bila masa.

Jika anda mahu mengalih keluar Shopping daripada video tertentu atau video Shorts, nyahtag semua produk daripada video atau video Shorts itu.

Alih keluar ciri Shopping daripada saluran anda untuk sementara waktu

Gunakan komputer untuk mengalih keluar ciri Shopping daripada keseluruhan saluran anda pada YouTube Studio:

  1. Dalam menu Kiri, klik Jana pendapatan.
  2. Klik tab Shopping.
  3. Alih keluar rak produk untuk sementara waktu dengan mematikan suis “Shopping”.

Gunakan apl mudah alih YouTube Studio untuk Android atau iPhone untuk mengalih keluar ciri Shopping daripada keseluruhan saluran anda:

  1. Dalam menu bawah, ketik Jana pendapatan.
  2. Ketik tab Shopping.
  3. Ketik Lagi di sebelah bahagian “Produk pada saluran”.
  4. Ketik Matikan .

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9938584391942999214
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false