Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Ujian beta Google Go

Jika anda mempunyai peranti Android dan mahu menguji ciri percubaan Google Go sebelum ciri tersebut dikeluarkan, anda boleh menyertai program penguji beta.

Daftar untuk ujian beta

Penting: Versi beta Google Go mungkin tidak stabil dan mengandungi beberapa masalah kecil yang dikenali sebagai pepijat. Kami meminta anda agar tidak menguar-uarkan atau berkongsi ciri yang sedang diuji sehinggalah ciri tersebut dilancarkan kepada orang ramai.

Untuk mengambil bahagian dalam program ujian beta:

  1. Lawati halaman ikut serta program ujian dan log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Klik Jadi penguji.
  3. Di bahagian "Dapatkan versi ujian", ikut arahan pada skrin untuk mula menggunakan versi beta.

Hentikan ujian beta

  1. Lawati halaman tarik diri program ujian dan log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Di bawah "Tinggalkan program ujian", klik Tinggalkan program.
  3. Kemas kini kepada versi terbaharu Google Go apabila versi tersebut tersedia. Versi baharu dikeluarkan kira-kira sekali dalam sebulan.

Berikan maklum balas

Apabila anda menyertai ujian beta, anda akan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan apl ini. Penyertaan dan maklum balas anda akan membantu kami mengeluarkan versi apl yang lebih baik.

Petua: Jika anda menggunakan akses awal atau apl beta, anda tidak akan dapat memberikan ulasan umum untuk apl itu di Gedung Play.

Untuk memberikan maklum balas:

  1. Buka Gedung Google Play Google Play.
  2. Cari apl yang ingin diberikan maklum balas.
  3. Ketik apl itu untuk membuka halaman butiran.
  4. Di bawah bahagian "Maklum balas tertutup kepada pembangun", ketik Tulis maklum balas.
  5. Tulis maklum balas anda untuk pembangun.
  6. Ketik Siar. Hanya pembangun yang dapat melihat maklum balas itu. Pengguna lain tidak dapat melihat maklum balas anda.

Soalan lazim

Bolehkah saya memasang apl versi beta dan juga versi biasa?

Anda hanya boleh memasang satu versi Google Go pada peranti Android anda.

Adakah saya akan kehilangan sebarang data jika saya bertukar kepada versi beta?

Peralihan kepada versi beta sama seperti kemas kini biasa, jadi anda tidak akan kehilangan sebarang data atau tetapan.

Artikel disyorkan

Ketahui lebih lanjut tentang Google Go.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7640766731887188337
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false