Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Kunci SafeSearch untuk akaun, peranti dan rangkaian yang anda uruskan

Jika anda mengurus akaun, peranti atau rangkaian, SafeSearch boleh membantu anda menapis kandungan eksplisit daripada hasil carian Google. Jika anda mahu terus menghidupkan SafeSearch dan menghalang pengguna daripada menukar tetapan, anda boleh mengunci SafeSearch.

Penting: Artikel ini ditujukan kepada orang yang mengurus tetapan SafeSearch untuk orang lain. Untuk menukar tetapan SafeSearch akaun peribadi anda, ikut langkah untuk menapis atau mengaburkan hasil carian eksplisit menggunakan SafeSearch.

Anda boleh mengunci SafeSearch untuk

  • Akaun yang anda uruskan sebagai ibu/bapa, penjaga atau pentadbir sekolah
  • Peranti yang anda uruskan termasuk Chromebook, Windows, Mac dan Linux
  • Rangkaian yang anda uruskan di sekolah, tempat kerja atau rumah

Kunci SafeSearch untuk peranti yang anda uruskan

Jika anda mengurus peranti anak anda dengan Family Link
Jika anda seorang ibu/bapa dalam Kumpulan Keluarga Google anak, anda boleh terus menghidupkan SafeSearch untuk akaun anak anda. Ketahui lebih lanjut tentang Search dan Google Account anak anda.
Jika anda mengurus peranti melalui Google Workspace for Education

Jika anda seorang pentadbir Google Workspace for Education, ketahui cara untuk mengawal akses kepada perkhidmatan Google mengikut umur.

Jika anda mengurus Chromebook
Jika anda seorang pentadbir yang mengurus dasar Chrome daripada konsol Pentadbir Google, anda boleh menetapkan pilihan SafeSearch pada peringkat peranti. Ketahui cara untuk menetapkan dasar Chrome untuk pengguna atau penyemak imbas.
Jika anda mengurus peranti Mac, Windows atau Linux

Jika anda mahu mengunci SafeSearch pada peranti lain yang anda urus, seperti PC atau Macbook, anda boleh memetakan domain Google kepada forcesafesearch.google.com.

Pilihan ini disyorkan jika anda mempunyai latar belakang teknikal.

Petakan domain Google kepada forcesafesearch.google.com

Kaedah ini memanfaatkan SafeSearch VIP untuk memaksa semua pengguna dalam rangkaian anda supaya menggunakan SafeSearch pada Google Search sementara masih membenarkan sambungan yang selamat melalui HTTPS. VIP dalam SafeSearch VIP merujuk kepada IP Maya yang merupakan alamat IP yang boleh dihalakan ke beberapa pelayan Google secara dalaman. Kami akan memberikan hasil carian SafeSearch untuk semua permintaan yang kami terima pada VIP ini, termasuklah:

  • Google Search
  • Carian imej
  • Carian video

Kaedah ini berfungsi untuk semua penyemak imbas pada peranti anda dan pengguna yang merupakan pentadbir pada peranti berkenaan boleh membuat asal perubahan ini. Untuk membuat perubahan ini, ikut langkah berikut:

Dalam Windows

Buka fail hos anda

  1. Pada Windows, klik kekunci Windows.
  2. Masukkan Notepad.
  3. Klik kanan Notepad kemudian Jalankan sebagai Pentadbir.
    • Apabila Windows bertanya sama ada anda mahu membuat perubahan, klik Ya.
  4. Dalam Notepad, buka fail hos anda.
    • Dalam kebanyakan pemasangan Windows, fail ini terletak pada: C:\Windows\System32\drivers\etc\hosts

Simpan fail hos anda

  1. Untuk membuka “Command Prompt”, klik menu Mula.
  2. Masukkan cmd.
  3. Tekan Enter.
  4. Masukkan perintah ping forcesafesearch.google.com.
    • Catatkan alamat IP.
    • Contoh alamat IP: 216.239.38.120.
  5. Buat masukan pada bahagian hujung fail hos menggunakan alamat IP yang anda peroleh. Sebagai contoh: 216.239.38.120 www.google.com #forcesafesearch.
    • Salin baris ini untuk mana-mana domain negara atau rantau Google lain yang mungkin digunakan oleh pengguna anda, seperti www.google.co.uk.
  6. Simpan fail hos itu.

Untuk mengesahkan penapisan SafeSearch telah dihidupkan, lawati google.com/safesearch. Semak bahawa penapisan SafeSearch dihidupkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan.

Petua: Jika Windows dipasang di lokasi yang lain pada PC anda, anda boleh mencari fail hos dengan menaip perintah berikut dalam Command Prompt: cd /d %systemroot%\system32\drivers\etc.

Pada MacOS
  1. Buka Terminal.
  2. Masukkan perintah ping forcesafesearch.google.com.
    • Catatkan alamat IP.
    • Contoh alamat IP: 216.239.38.120.
  3. Masukkan perintah sudo nano /private/etc/hosts.
  4. Buat masukan pada bahagian hujung fail hos menggunakan alamat IP yang anda peroleh. Sebagai contoh: 216.239.38.120 www.google.com #forcesafesearch.
    • Salin baris ini untuk mana-mana domain negara atau rantau Google lain yang mungkin digunakan oleh pengguna anda, seperti www.google.co.uk.
  5. Simpan fail hos itu.

Untuk mengesahkan penapisan SafeSearch telah dihidupkan, lawati google.com. Semak bahawa penapisan SafeSearch dihidupkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan.

Pada Linux
  1. Buka Terminal.
  2. Masukkan perintah ping forcesafesearch.google.com.

    • Catatkan alamat IP.
    • Contoh alamat IP: 216.239.38.120.
  3. Masukkan perintah sudo nano /etc/hosts.
  4. Buat masukan pada bahagian hujung fail hos menggunakan alamat IP yang anda peroleh. Sebagai contoh: 216.239.38.120 www.google.com #forcesafesearch.
    • Salin baris ini untuk mana-mana domain negara atau rantau Google lain yang mungkin digunakan oleh pengguna anda, seperti www.google.co.uk.
  5. Simpan fail hos itu.

Untuk mengesahkan penapisan SafeSearch telah dihidupkan, lawati google.com. Semak bahawa penapisan SafeSearch dihidupkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan.

Kunci SafeSearch untuk rangkaian sekolah, tempat kerja atau rumah

Jika anda mengurus rangkaian sekolah, tempat kerja atau rumah, anda boleh memaksa penapisan SafeSearch digunakan untuk semua penyemak imbas dan peranti yang menggunakan rangkaian anda. Tindakan ini akan menggunakan alamat IP Maya SafeSearch pada semua domain Google yang anda sertakan dalam konfigurasi dan tidak boleh dibuat asal pada peringkat penyemak imbas.

Untuk memaksa penapisan SafeSearch dihidupkan pada rangkaian anda:

  • Anda perlu mengemaskinikan konfigurasi DNS anda.
  • Tetapkan masukan DNS untuk www.google.com (dan mana-mana domain negara atau rantau Google yang mungkin digunakan oleh pengguna anda) kepada CNAME untuk forcesafesearch.google.com.

Laporkan kandungan eksplisit

Jika anda telah menghidupkan SafeSearch dan anda menemukan kandungan eksplisit, anda boleh melaporkan kandungan tersebut.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
147536459137099199
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false