Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Cari dengan imej pada Google

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang imej atau objek di sekeliling anda dengan Google Lens. Sebagai contoh, anda boleh mengambil foto tumbuh-tumbuhan dan menggunakan foto tersebut untuk mencari maklumat atau imej lain yang serupa.

Perkara yang anda temukan apabila anda membuat carian

Hasil carian anda boleh termasuk:

  • Hasil carian untuk objek dalam imej
  • Imej serupa
  • Laman web dengan imej atau imej yang serupa

Penyemak imbas yang serasi

Anda boleh membuat carian visual dengan Lens pada kebanyakan penyemak imbas, seperti:
  • Chrome
  • Firefox
  • Safari
  • Edge

Muat naik imej

  1. Lawati Google.com.
  2. Klik Carian berdasarkan imej .
  3. Klik Muat naik fail.
  4. Pilih imej.
  5. Klik Buka atau Pilih.

Seret & lepas imej

  1. Pada komputer anda, cari fail yang mengandungi imej yang mahu digunakan untuk melakukan carian.
  2. Klik imej.
  3. Seret imej kepada kotak carian.

Buat carian menggunakan URL

  1. Pada komputer anda, lawati laman web yang mengandungi imej yang mahu anda gunakan.
  2. Untuk menyalin URL, klik kanan pada imej dan klik Salin alamat imej.
  3. Lawati Google.com.
  4. Klik Carian berdasarkan imej .
  5. Dalam kotak teks, tampal URL pada “Tampal pautan imej”.
  6. Klik Cari.

Petua: Penyemak imbas tidak menyimpan URL yang anda cari dalam sejarah penyemakan imbas anda. Google mungkin menyimpan URL untuk memperbaik produk dan perkhidmatan kami.

Cari dengan imej daripada laman web

  1. Akses penyemak imbas Chrome pada komputer anda.
  2. Lawati laman web yang mengandungi imej yang mahu anda gunakan.
  3. Klik kanan pada imej.
  4. Untuk memaparkan hasil carian pada bar sisi, klik Cari Imej dengan Google.

Cari dengan imej daripada hasil carian

  1. Lawati Google.com.
  2. Cari imej.
  3. Klik imej.
  4. Tatal ke bawah untuk melihat imej yang berkaitan.
  5. Untuk kembali kepada halaman hasil carian, pada bahagian atas sebelah kanan, klik TutupTutup.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15924429587355438816
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false