Pemberitahuan

Users can now migrate Google Podcasts subscriptions to YouTube Music or to another app that supports OPML import. Learn more here

Urus ramalan autolengkap Google

Dengan autolengkap, anda boleh memasukkan carian Google dengan lebih pantas. Anda boleh mematikan atau mengalih keluar ramalan autolengkap tertentu atau melaporkan isu dengan ramalan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang autolengkap.

Matikan Hasil persendirian

Penting: Apabila "Hasil persendirian" dimatikan, anda tidak akan mendapat ramalan atau syor yang diperibadikan berdasarkan carian lampau anda. Jika "Aktiviti Web & Apl" dihidupkan, sejarah Carian anda disimpan dalam Google Account anda dan boleh memberi anda lebih banyak pengalaman yang diperibadikan dalam perkhidmatan Google yang lain. Ketahui cara mencari & mengawal Aktiviti Web & Apl anda.

Jika anda log masuk ke Google Account anda dan menghidupkan "Hasil persendirian", anda juga boleh mendapatkan ramalan dan syor yang diperibadikan dalam Google Search. Jika anda tidak mahu mendapatkan ramalan dan syor ini, matikan Hasil persendirian.

Matikan carian sohor kini

Jika anda tidak mahu mendapat carian sohor kini, anda boleh menukar tetapan anda.

  1. Pada komputer anda, lawat google.com.
  2. Pada bahagian bawah, klik Tetapan kemudian Tetapan carian kemudian Tetapan lain.
  3. Dalam bahagian "Desktop", matikan Autolengkap dengan carian sohor kini.

Matikan carian berkaitan

Jika anda log keluar daripada Google Account anda apabila anda membuat carian pada Google, anda mungkin menemukan pengesyoran berkaitan dengan carian terkini anda. Jika anda tidak mahu mendapatkan pengesyoran ini, matikan Penyesuaian carian.

  1. Pada komputer anda, lawat google.com.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Tetapan kemudian Tetapan carian.
  3. Matikan Penyesuaian carian.

Laporkan ramalan

Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan ramalan yang tidak sesuai, kadangkala kami tersasar juga. Anda boleh melaporkan ramalan yang anda percaya telah melanggar salah satu daripada dasar autolengkap.

  1. Pada komputer anda, lawat google.com.
  2. Pada bar carian, masukkan carian.
  3. Ramalan dipaparkan di bawah bar carian. Di bawah ramalan, klik Laporkan ramalan yang tidak sesuai.
  4. Berikan maklum balas anda.
  5. Klik Hantar.

Kami akan menganalisis maklum balas anda tetapi kami tidak akan mengalih keluar ramalan yang dilaporkan itu secara automatik.

Saya mempunyai isu perundangan berkaitan ramalan

Untuk meminta pengalihan keluar kandungan yang pada pandangan anda menyalahi undang-undang, isi borang ini.

Sumber berkaitan 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13004622297033131420
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
100334
false
false