Jika peranti anda mempunyai mikrofon, anda boleh menterjemah perkataan dan frasa yang dituturkan. Bagi sesetengah bahasa, anda boleh mendengar terjemahan disebut dengan jelas.
Penting: Jika anda menggunakan pembaca skrin yang boleh didengar, kami mengesyorkan agar anda menggunakan fon kepala kerana suara pembaca skrin mungkin mengganggu pertuturan yang ditranskripsikan.
Terjemah melalui pertuturan
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran yang ingin anda terjemahkan.
- Daripada: Di bahagian bawah sebelah kiri, pilih bahasa.
- Kepada: Di bahagian bawah sebelah kanan, pilih bahasa terjemahan.
- Ketik Bercakap
.
- Jika butang ini dilumpuhkan, bahasa pertuturan tidak boleh diterjemahkan.
- Selepas apl menyebut "Cakap sekarang", sebut perkara yang ingin anda terjemahkan.
Tukar tetapan pertuturan anda
- Buka apl Translate pada telefon atau tablet Android anda
.
- Ketik Menu
Tetapan
.
- Pilih tetapan. Contohnya:
- Untuk menyebut teks yang diterjemahkan secara automatik: Ketik Input pertuturan. Kemudian, hidupkan Sebutkan output.
- Untuk menterjemah perkataan yang menyinggung perasaan: Ketik Input pertuturan. Kemudian, matikan Sekat perkataan yang menyinggung perasaan.
- Untuk memilih dialek yang tersedia: Ketik Rantau. Kemudian, pilih bahasa dan dialek.
- Untuk memilih nada jantina: Ketik Nada. Kemudian, pilih lelaki atau perempuan.
- Ciri ini hanya tersedia untuk sesetengah bahasa.
Tukar kelajuan audio anda
- Buka apl Translate
.
- Ketik Menu
Tetapan
Kelajuan.
- Pilih Normal, Perlahan atau Lebih Perlahan.