Bermula dengan Google Photos

Ketahui cara menggunakan Google Photos dengan panduan langkah demi langkah ini. Beberapa perkara yang akan anda pelajari:

  • Cara mencari foto anda
  • Cara menambahkan penapis
  • Cara memulihkan foto yang dipadamkan

Langkah 1: Muat turun apl, kemudian ambil foto

  1. Pasang apl Google Photos.
  2. Selepas memasang apl, ambil foto diri anda atau suasana di sekeliling anda.

Langkah 2: Cari foto dengan pantas

Apabila anda membuka apl Google Photos, anda dapat melihat semua foto dan video pada akaun anda.

Mari berlatih mencari foto:

Cari foto yang baru anda ambil
  1. Buka apl Google Photos Foto.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Photos Photos.
  3. Anda akan dapat melihat foto yang baru anda ambil di bahagian atas. Cuba tatal ke bawah untuk melihat item lain.
Cari foto kenangan dari masa lalu anda

Fikirkan tentang foto kenangan yang ada pada telefon atau tablet anda. Cuba ingati sesuatu dalam foto tersebut, seperti kucing, pantai atau lokasi.

  1. Di bahagian bawah, ketik Cari .
  2. Dalam bar Carian di sebelah atas, taip nama sesuatu yang terdapat dalam foto tersebut, seperti "pantai" atau "kucing".
    • Petua: Anda juga boleh mengetik salah satu cadangan carian pada halaman itu.
  3. Di bahagian bawah sebelah kanan papan kekunci, ketik Selesai Done. Langkah ini mungkin berbeza mengikut peranti.

Ketahui cara mencari orang, benda dan tempat dalam foto anda.

Langkah 3: Edit foto & video

Mari gunakan foto atau video yang baru anda ambil dan tambahkan sedikit keseronokan pada foto atau video itu.

Langkah 4: Kongsi foto anda dengan seseorang

Ambil foto yang baru sahaja anda edit dan kongsi foto itu dengan seseorang.

  1. Foto yang baru anda edit seharusnya masih ada di skrin anda.
  2. Di bahagian bawah, ketik Kongsi.
  3. Pilih kenalan atau buat kumpulan baharu untuk menghantar dalam Google Photos.

Ketahui lagi cara berkongsi foto dan video.

Langkah 5: Padamkan foto yang kabur atau tidak dikehendaki

Ambil 3 foto lagi menggunakan telefon atau tablet anda. Pilih yang terbaik dan padamkan yang lain.

Padamkan foto yang tidak dikehendaki
  1. Buka apl Google Photos Foto
  2. Pada bahagian bawah, ketik Photos Photos. Anda akan melihat 3 foto yang baru sahaja anda ambil.
  3. Buka setiap foto dan pilih foto yang paling anda sukai. Setelah selesai, kembali ke skrin Foto utama.
  4. Sentuh dan tahan foto yang ingin dialihkan ke sampah. Pilih foto lain yang hendak dialihkan kepada sampah.
  5. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Padam Padam.

Jika anda menghidupkan sandaran, item yang anda alihkan kepada sampah akan dialihkan kepada sampah di tempat lain yang anda gunakan Google Photos, maka anda perlu membuat perubahan sekali sahaja. Ketahui lagi cara memadamkan foto dan video.

Pulihkan foto

Bayangkan anda berubah fikiran dan mahu salah satu foto itu kembali.

  1. Di bahagian bawah, ketik Pustaka kemudian Sampah. Semua item yang anda lihat dalam sampah anda boleh dipulihkan tetapi item akan dipadamkan secara kekal selepas 60 hari berada dalam sampah.
  2. Sentuh dan tahan foto yang baru dipadamkan.
  3. Pada bahagian bawah, ketik Pulihkan. Tindakan ini akan meletakkan foto kembali ke dalam bahagian Foto apl tersebut.

Ketahui lagi cara memulihkan foto dan video.

Tetapan data aktiviti

Peribadikan pengalaman Photos anda dengan lebih lanjut

Tetapan pemeribadian berdasarkan aktiviti membolehkan Google Photos menunjukkan kepada anda lebih banyak kenangan diperibadikan berdasarkan cara anda berikteraksi dengan ciri dalam Photos. Photos menggunakan maklumat seperti jenis kenangan yang anda lihat atau langkau untuk memeribadikan pengalaman Photos anda dengan lebih lanjut.

Tetapan ini dihidupkan secara lalai dan anda boleh mematikan tetapan ini pada bila-bila masa. Jika tetapan dimatikan, anda masih dapat mengakses semua foto dan video anda serta dapat menikmati manfaat ciri merentas Photos tetapi anda tidak akan menerima pemeribadian tambahan berdasarkan aktiviti anda.

Untuk menghidupkan atau mematikan tetapan ini:

  1. Buka apl Google Photos Foto pada peranti Android anda.
  2. Pada bahagian atas, ketik Gambar profil atau Parap anda.
  3. Ketik Tetapan Photos kemudian Privasi kemudian Data aktiviti dalam Google Photos.
  4. Hidupkan atau matikan Pemeribadian berdasarkan aktiviti .

Petua: Jika anda mematikan Pemeribadian berdasarkan aktiviti, data aktiviti anda yang digunakan untuk memeribadikan pengalaman anda dengan lebih lanjut akan dipadamkan. Tindakan ini tidak memadamkan sebarang kandungan seperti foto atau video, atau menjejaskan akses anda kepada ciri Google Photos sedia ada seperti kenangan dan ciptaan.

Benarkan galeri lalai peranti anda bersepadu dengan Google Photos

Anda boleh membenarkan Google Photos memberikan kebenaran akses kepada galeri lalai peranti anda. Ketahui lebih lanjut tentang akses galeri peranti.

Perihal akses galeri lalai peranti

Apabila anda membenarkan Google Photos memberikan kebenaran akses kepada galeri lalai peranti anda:

  • Anda memberi Photos kebenaran untuk berkongsi maklumat akaun seperti alamat e-mel dan status autosandar Photos dengan apl galeri.
  • Anda boleh mengakses semua foto yang disandarkan pada Google Photos pada apl galeri lalai peranti anda.

Untuk menggunakan ciri ini, anda mestilah mempunyai:

  • Peranti yang menyokong akses galeri lalai. Pengilang yang disokong:
    • Xiaomi
    • Oppo, OnePlus atau Realme
  • Versi terbaharu apl Google Photos.
  • Android 11 atau lebih baharu.

Apabila anda membuka Photos atau apl galeri lalai peranti, anda mungkin akan mendapat permintaan timbul untuk akses galeri.

  1. Untuk mengurus akses apl galeri lalai peranti anda kepada data pengguna dalam Google Photos, ketik Jangan benarkan atau Benarkan.
  2. Untuk mengurus akses selepas itu, anda boleh memeriksa tetapan Photos atau tetapan apl galeri lalai peranti anda.
Matikan akses galeri lalai peranti

Untuk mematikan akses galeri lalai peranti:

  1. Buka apl Google Photos Foto pada peranti Android anda.
  2. Log masuk ke Google Account anda.
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Gambar profil atau Parap anda.
  4. Ketik Tetapan Google Photos Tetapan kemudian Apl dan peranti kemudian Akses Google Photos.
  5. Ketik nama apl galeri lalai peranti.
  6. Pilih Alih keluar akses.
Hidupkan akses galeri lalai peranti

Penting: Untuk membenarkan akses apl galeri lalai peranti anda kepada data pengguna dalam Google Photos sekali lagi, anda mestilah menggunakan apl galeri lalai peranti tersebut. Apl galeri lalai peranti anda mungkin merujuk akses Google Photos sebagai “segerakkan awan” atau “sandaran awan”.

Jika anda mengosongkan data apl Photos anda, menyahpasang Photos, menetapkan semula peranti anda atau mendapatkan peranti baharu, anda mestilah membenarkan akses galeri sekali lagi. Untuk menghidupkan akses galeri lalai peranti:

  1. Buka apl galeri lalai peranti pada peranti Android anda.
  2. Akses Tetapan.
  3. Untuk memberikan kebenaran kepada Google Photos untuk berkongsi data dengan apl galeri lalai peranti, ikut arahan pada skrin.

Ketahui tentang ciri baharu dalam Google Photos

Penting: Ciri baharu dilancarkan pada versi terkini apl Google Photos. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang versi apl terbaharu dalam Pusat Bantuan Google Photos.

Ciri baharu dilancarkan secara berperingkat. Jika anda tidak menemukan ciri baharu, semak semula dalam masa beberapa minggu akan datang. Jika anda masih tidak menemukan satu-satu ciri, ciri tersebut mungkin tidak tersedia di negara atau rantau anda pada masa ini.

Jika anda berpendapat bahawa satu-satu ciri tersedia di negara atau rantau anda tetapi masih tidak dapat menemukan ciri tersebut, cuba langkah yang berikut:

  1. Tingkatkan kepada versi terkini apl Google Photos.
  2. Semak keperluan versi Android.
  3. Pastikan anda disambungkan kepada Wi-Fi dan mempunyai storan peranti yang tersedia.
  4. Jika anda tidak menemukan alat pengeditan baharu, anda mungkin perlu memuat turun alat tersebut dahulu.
  5. Tutup dan buka semula apl.

Petua: Jika anda masih tidak dapat menemukan ciri baharu atau mahu memberitahu kami pendapat anda tentang ciri Photos, anda boleh menghantar maklum balas kepada kami. Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat memberikan balasan khusus kepada maklum balas. Jika anda mempunyai masalah yang lebih serius atau perlu melaporkan penyalahgunaan, ketahui cara menyekat & melaporkan dalam Google Photos.

Sumber berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2212994225246990741
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
105394
false
false