Buat nama pengguna

Jika anda melihat "Nama pengguna tidak dibenarkan" apabila anda mendaftar untuk Akaun Google atau Gmail, ikut garis panduan ini.

Nota: “Abuse” dan “Postmaster” ialah alias simpanan. Anda tidak boleh menggunakan perkataan ini sebagai nama pengguna atau alias. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk dasar spam dan penyalahgunaan kami.

Panjang aksara

Pilih nama pengguna yang mengandungi 6–30 aksara. Nama pengguna anda boleh terdiri daripada sebarang gabungan huruf, nombor atau simbol.

Aksara khas

  • Nama pengguna boleh mengandungi huruf (a-z), nombor (0-9) dan noktah (.).
  • Nama pengguna tidak boleh mengandungi ampersan (&), tanda sama dengan (=), garis bawah (_), koma atas ('), tanda sempang (-), tanda tambah (+), koma (,), tanda kurung (<,>) atau lebih daripada satu noktah (.) dalam satu baris.
  • Nama pengguna boleh bermula atau berakhir dengan aksara bukan abjad angka kecuali noktah (.). Selain peraturan ini, noktah (titik) tidak dikira dalam alamat Gmail.

Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menukar nama pengguna anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14395766500913325166
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false