Cara memulihkan Google Account atau Gmail anda

Jika anda terlupa kata laluan atau nama pengguna anda atau anda tidak menerima kod pengesahan, ikut langkah ini untuk memulihkan Google Account anda. Melalui cara ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti Gmail, Photos dan Google Play.

Petua:

  • Tekaan yang salah tidak akan menghalau anda keluar daripada proses pemulihan akaun. Tiada had untuk bilangan kali anda boleh mencuba untuk memulihkan akaun anda.
  • Petua: Jika anda menggunakan akaun melalui tempat kerja, institusi pengajian atau kumpulan lain, langkah ini mungkin tidak berjaya. Hubungi pentadbir anda untuk mendapatkan bantuan.
  • Untuk memulihkan akaun bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun (atau umur yang bersesuaian di negara anda) anda boleh menetapkan semula kata laluan anak anda.

Terlupa kata laluan anda

  1. Ikut langkah untuk memulihkan Google Account atau Gmail anda.
  2. Tetapkan semula kata laluan anda apabila digesa. Pilih kata laluan kukuh yang belum pernah anda gunakan dengan akaun ini. Ketahui cara membuat kata laluan yang kukuh.

Terlupa alamat e-mel yang anda gunakan untuk log masuk

  1. Untuk mencari nama pengguna anda, ikut langkah ini. Anda perlu tahu:
    • Nombor telefon atau alamat e-mel pemulihan untuk akaun tersebut.
    • Nama penuh pada akaun anda.
  2. Ikut arahan untuk mengesahkan bahawa akaun tersebut milik anda.
  3. Anda akan menemukan senarai nama pengguna yang sepadan dengan akaun anda.

Orang lain menggunakan akaun anda

Jika anda berpendapat bahawa seseorang menggunakan Google Account anda tanpa kebenaran anda, ikut langkah untuk memulihkan Google Account atau Gmail yang digodam atau dirampas.

Anda tidak dapat log masuk atas sebab lain

Jika anda menghadapi masalah lain, dapatkan bantuan untuk log masuk.

Memulihkan Google Account yang dipadamkan

Jika baru-baru ini anda memadamkan Google Account anda, anda boleh mengikut langkah untuk memulihkan akaun anda.

Masih tidak dapat log masuk

Buat akaun baharu

Jika anda tidak dapat log masuk, cuba petua pemulihan akaun ini.

Jika anda masih tidak dapat memulihkan akaun anda, anda boleh membuat Google Account baharu. Apabila anda melakukan langkah tersebut, anda boleh mengikut langkah ini untuk mengelakkan Google Account anda daripada terkunci.

Elakkan perkhidmatan pemulihan akaun & kata laluan

Untuk keselamatan anda, anda tidak boleh menghubungi Google untuk mendapatkan bantuan log masuk ke akaun anda. Kami tidak bekerja dengan mana-mana perkhidmatan yang mendakwa memberikan sokongan akaun atau kata laluan. Jangan memberikan kata laluan atau kod pengesahan anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17642623660068969544
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false