Kemas kini apl Gmail anda

Dengan apl Gmail yang terbaharu, anda akan mendapat:

  • Gmail yang lebih laju
  • Keselamatan yang lebih baik
  • Ciri baharu, seperti penyekatan e-mel dan pilihan pemformatan baharu

Kemas kini apl Gmail anda

Perkara yang dapat anda lakukan dengan apl Gmail yang terbaharu

Selepas anda mengemas kini apl, anda dapat menemukan perubahan ini pada Gmail.

Lindungi akaun anda

Anda mendapat pembetulan dan makluman keselamatan yang terbaharu, seperti:

  • Amaran apabila mesej tidak selamat
  • Amaran tentang pengirim yang mencurigakan
  • Pengesahan dan penyegerakan yang lebih baik 

Ketahui cara menyemak makluman keselamatan dalam apl Gmail yang terbaharu

Tukar fon, warna dan format 

Jadikan mesej lebih mudah dibaca dengan format huruf tebal, warna dan format lain. Gmail menunjukkan mesej anda seolah-olah dihantar daripada komputer.

Ketahui cara menukar pemformatan anda.

Sekat e-mel yang tidak diingini 

Kini, jika anda menerima mesej yang tidak diingini, anda boleh menyekat atau menyahlanggan mesej itu.

Ketahui cara menyekat pengirim

Gunakan ciri Gmail dengan akaun lain  

Anda boleh menggunakan ciri Gmail pada akaun lain yang anda tambahkan pada apl Gmail.

Ketahui cara mendapatkan ciri Gmail untuk Yahoo, Outlook dan akaun bukan Gmail yang lain.

 Lihat semua peti masuk anda

Jika anda telah menambahkan akaun lain pada apl Gmail, anda kini boleh menyemak semua akaun anda dalam satu peti masuk.

Ketahui cara menyemak semua akaun anda.

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8822711686582044647
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
17
false
false