Buat pembelian dalam apl dalam apl Android

Sesetengah apl membolehkan anda membeli kandungan atau perkhidmatan tambahan dalam apl itu. Kami menamakan ciri ini sebagai "pembelian dalam apl". Yang berikut ialah beberapa contoh pembelian dalam apl:

  • Pedang yang memberikan kuasa yang lebih hebat kepada anda dalam permainan.
  • Kunci yang dapat membuka lebih banyak ciri dalam apl.
  • Mata wang maya yang boleh digunakan untuk pembelian.

Petua: Untuk membantu anda mengelakkan pembelian dalam apl yang tidak disengajakan atau tidak diingini, semak jika perlindungan kata laluan dihidupkan untuk peranti anda.

Ketahui sama ada sesebuah apl itu menawarkan pembelian dalam apl atau tidak

Sebelum memuat turun apl, anda boleh menyemak jika apl itu menawarkan pembelian dalam apl.

  • Pada apl Google Play Store, pembelian dalam apl akan tertera di bawah butang Harga atau Pasang.
  • Pada play.google.com/storeanda akan melihat "Menawarkan pembelian dalam apl" akan tertera di bawah nama apl tersebut.

Gunakan kod promosi untuk pembelian dalam apl

Anda boleh menebus kod promosi untuk sesetengah pembelian dalam apl menggunakan apl Gedung Play pada peranti Android.

Untuk menebus kod promosi bagi item dalam apl:

  1. Cari pembelian dalam apl yang ingin anda gunakan kod promosi itu. 
  2. Mulakan proses daftar keluar. 
  3. Di sebelah kaedah pembayaran, ketik Anak panah ke bawah Anak panah ke bawah.
  4. Ketik Tebus.
  5. Ikut arahan pada skrin untuk menyelesaikan pembelian anda.

Masalah berkaitan pembelian dalam apl

Jika anda mengalami masalah berkaitan pembelian dalam apl, selesaikan masalah dan dapatkan bantuan.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16703745643819449925
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false