Apabila anda menggunakan apl Android pada Chromebook, sesetengah fungsi mungkin berbeza berbanding penggunaannya pada peranti Android. Sebagai contoh, jika Chromebook anda tidak mempunyai skrin sentuh, apl mungkin berfungsi jika anda menggunakan tetikus dan bukannya skrin sentuh.
Jika apl tidak terbuka, mengalami ranap sistem atau mengalami masalah serius yang lain, cuba langkah berikut:
Cuba selesaikan masalah
Anda boleh menyelesaikan pelbagai masalah lazim yang berkaitan dengan apl:
- Matikan Chromebook anda dan hidupkannya semula.
- Periksa sambungan Internet anda.
- Kosongkan data dan cache apl.
Hubungi pembangun untuk mendapatkan sokongan
Pembangun apl merupakan sumber rujukan terbaik jika apl tidak berfungsi dengan betul: