Mematikan Windows Hypervisor Platform

Untuk bermain permainan mudah alih pada PC anda dengan Google Play Games, anda mesti menghidupkan Windows Hypervisor Platform. Sesetengah pelagak lain pada komputer anda mungkin tidak berfungsi apabila tetapan ini dihidupkan.

Mematikan Windows Hypervisor Platform

Penting: Langkah ini mungkin berbeza berdasarkan versi Windows.

  1. Pada PC anda, buka Panel Kawalan.
  2. Pilih Program kemudian Program dan Ciri.
  3. Pilih Hidupkan atau matikan ciri Windows.
  4. Kembangkan bahagian untuk Hyper-V kemudian Hyper-V Platform.
  5. Nyahpilih Hyper-V Hypervisor.
    • Pada peranti Windows 10 Home, nyahpilih Windows Hypervisor Platform.
  6. Mula semula komputer anda.

Sokongan HAXM

Kami tidak lagi menyokong HAXM untuk pemasangan baharu mulai 11 November 2022.

Semasa dalam versi beta dan melalui laporan pengguna, kami mendapati bahawa tindakan menghidupkan HAXM mengakibatkan kualiti cara main yang lebih rendah serta isu-isu lain. Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan memberhentikan sokongan untuk pengguna yang sedia ada.

Sumber berkaitan

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11173379297509294430
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
84680
false
false