Kadar cukai dan cukai nilai ditambah (VAT)

Di sesetengah negara, harga yang ditunjukkan kepada pembeli pada carian dan halaman butiran mestilah sama dengan jumlah yang dibayar pada masa pembayaran. Hal ini bermakna bahawa semua cukai (termasuk VAT) hendaklah termasuk dalam harga.

Pada masa ini kami menyokong harga termasuk cukai di negara yang berikut:

Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Bermuda, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Kepulauan Virgin British, Bulgaria, Cameroon, Chile, Colombia, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Georgia, Jerman, Ghana, Greece, Hungary, Iceland, India, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Kazakhstan, Kenya, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Moldova, Montenegro, Maghribi, Nepal, Belanda, New Zealand, Nigeria, Norway, Oman, Poland, Portugal, Puerto Rico, Republik Macedonia Utara, Romania, Rusia, Arab Saudi, Senegal, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tajikistan, Tanzania, Thailand, Türkiye, Uganda, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Uruguay, Uzbekistan dan Zimbabwe.

Garis panduan khusus rantau dan negara

Garis panduan ini memperihalkan cara cukai berfungsi di Google Play. Google tidak dapat memberi anda nasihat cukai. SIla dapatkan nasihat daripada penasihat cukai anda untuk mendapatkan panduan tentang cara cukai boleh memberi kesan kepada anda dan jualan anda kepada pelanggan pada Google Play.

Australia

Pembangun yang berada di Australia

Jika anda berada di Australia, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit GST bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Australia.

Jika anda tidak didaftarkan untuk GST, Google mungkin mengenakan caj GST sebanyak 10% pada yuran perkhidmatan yang perlu anda bayar kepada Google. Caj GST sebanyak 10% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan, jika berkenaan.

Status pendaftaran cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Australia. Berikut ialah cara anda boleh memberikan maklumat cukai Australia kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah kepada bahagian "Maklumat cukai Australia" dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  4. Pilih kotak pilihan pengisytiharan dan masukkan Nombor Perniagaan Australia (ABN) anda dalam medan “Nombor Perniagaan Australia”.
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Australia

Menurut undang-undang cukai di Australia, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 10% GST kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Australia menggunakan sistem pengebilan Google Play. Anda tidak perlu mengira dan menghantar GST secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Australia.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Australia menggunakan sistem pengebilan alternatif, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang GST yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Bahrain

Pembangun yang berada di Bahrain

Jika anda berada di Bahrain, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Bahrain.

Pembangun yang berada di luar Bahrain

Menurut undang-undang cukai di Bahrain, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Bahrain.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Bahrain.

Jika anda bertempat di Bahrain, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.
Bangladesh

Transaksi menggunakan sistem pengebilan Google Play

Untuk pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di Bangladesh menggunakan sistem pengebilan Google Play, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT. Pembangun tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan.

Transaksi menggunakan sistem pengebilan alternatif

Pembangun yang berada di Bangladesh

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan daripada anda menggunakan sistem pengebilan alternatif dalam pasaran yang membenarkan sistem pengebilan alternatif, Google mungkin akan meminta ID VAT anda. Jika anda tidak memberikan ID VAT 13 angka Bangladesh anda kepada Google apabila diminta, Google akan mengecaj VAT yang bersesuaian pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google. Caj VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan, jika berkenaan.

Pembangun yang berada di luar Bangladesh

Google tidak bertanggungjawab atas cukai Bangladesh pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google.

Belarus

Pembangun yang berada di Belarus

Jika anda berada di Belarus, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Belarus.

Jika anda merupakan Individu atau Usahawan Individu yang bertempat di Belarus, Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada jumlah yuran perkhidmatan.

Jika anda merupakan organisasi Perniagaan dan bertempat di Belarus, Google tidak akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan tetapi anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT. 

Status cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Belarus. Berikut ialah cara anda boleh memberikan maklumat cukai Belarus anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan pergi ke halaman Profil pembayaran  
  2. Di bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Kemas kinikan maklumat cukai Belarus anda.
  4. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Belarus

Menurut undang-undang cukai di Belarus, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Belarus.

Jika anda berada di luar Belarus, anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan di Belarus.

Kemboja

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Kemboja kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Kemboja.

Pembangun yang berada di Kemboja

Jika anda bertempat di Kemboja dan tidak memberi Google TIN VAT Kemboja anda, Google akan mengecaj dan meremit 10% VAT pada yuran perkhidmatan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, jika bersesuaian. Caj VAT sebanyak 10% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Maklumat cukai anda menentukan cukai yang dicaj kepada anda di Kemboja. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Kemboja kepada Google:

  1. Log masuk ke pusat pembayaran Google.
  2. Pilih Tetapan daripada menu di sebelah atas.
  3. Dalam bahagian "TIN VAT Kemboja", klik ikon pensel Edit dan masukkan TIN VAT Kemboja anda.
  4. Klik Simpan.
Cameroon

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat di Cameroon. Jika anda bertempat di Cameroon, Google mengenakan VAT pada yuran perkhidmatan yang dicaj kerana pengembangan perundangan cukai di Cameroon, yang ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Kanada

Pembangun yang Berada di Kanada tanpa ID GST/HST atau Berada di Luar Kanada

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Barangan dan Jualan (GST)/Cukai Jualan Terharmoni (HST) bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play yang dibuat oleh pelanggan di Kanada jika anda berada di Kanada dan tidak memberikan ID GST/HST Kanada anda kepada Google atau anda berada di luar Kanada.

Jika anda berada di Kanada dan tidak berdaftar di bawah rejim GST/HST biasa, Google akan mengenakan GST/HST pada yuran perkhidmatan. Amaun GST/HST akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Pembangun yang Berada di Kanada dengan ID GST/HST

Anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit GST/HST bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play yang dibuat oleh pelanggan di Kanada jika anda berada di Kanada dan memberikan ID GST/HST Kanada anda kepada Google.

Jika anda berada di Kanada dan berdaftar di bawah rejim GST/HST biasa, anda perlu memberikan ID GST/HST anda kepada Google supaya tidak dikenakan caj GST/HST pada yuran perkhidmatan.

British Columbia

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Jualan Wilayah British Columbia (BC PST) bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di British Columbia.

Jika anda berpusat di British Columbia, Google akan mengenakan BC PST pada yuran perkhidmatan. Jumlah BC PST akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Manitoba

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Jualan Runcit Manitoba (MB RST) bagi semua apl berbayar Google Play dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di Manitoba. Jika anda mengutip MB RST melalui Play Console sebelum ini, anda tidak mengawal tetapan ini lagi.

Quebec

Pembangun yang Berada di Kanada tanpa ID Cukai Quebec atau Berada di Luar Kanada

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Jualan Quebec (QST) bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play yang dibuat oleh pelanggan di Quebec jika anda berada di Kanada dan tidak memberikan ID cukai Quebec anda kepada Google atau anda berada di luar Kanada.

Jika anda berada di Quebec dan tidak berdaftar di bawah rejim QST biasa, Google akan mengenakan QST pada yuran perkhidmatan. Jumlah QST akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Pembangun yang Berada di Kanada dengan ID Cukai Quebec

Anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit QST bagi semua pembelian apl berbayar Google Play dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di Quebec jika anda berada di Kanada dan memberikan ID cukai Quebec anda kepada Google.

Jika anda berada di Quebec dan berdaftar di bawah rejim QST biasa, anda perlu memberikan ID QST anda kepada Google supaya tidak dikenakan caj QST pada yuran perkhidmatan.

Saskatchewan

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Jualan Wilayah Saskatchewan (SK PST) bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play yang dibuat oleh pelanggan di Saskatchewan.

Pengemaskinian Maklumat Pendaftaran Cukai Kanada anda

Untuk tujuan cukai Kanada, Google memerlukan maklumat cukai Kanada anda. Jika anda tidak memberikan ID cukai anda kepada Google, Google akan menganggap bahawa anda tidak berdaftar dan melaraskan tetapan Play Console sewajarnya. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Kanada kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke "Maklumat cukai Kanada" dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan atau kemas kini:
    • Nombor Pendaftaran GST/HST
    • Nombor Pendaftaran QST
  5. Klik Simpan.
Chile

Pembangun yang berada di Chile

Jika anda berada di Chile, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store oleh pelanggan di Chile.

Jika anda tidak mendaftarkan VAT, Google akan mengenakan 19% Cukai Nilai Ditambah (VAT) secara berasingan pada yuran perkhidmatan yang dicaj kerana pengembangan perundangan cukai di Chile. Caj VAT sebanyak 19% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Status pendaftaran cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Chile. Berikut merupakan cara anda dapat memberikan status pendaftaran cukai anda kepada Google untuk menentukan kesesuaian Cukai Nilai Ditambah (VAT) anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke "maklumat cukai Chile" dan klik ikon pensil Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Adakah anda mendaftar di Chile sebagai pembayar cukai VAT?
      • Pilih Ya jika anda berdaftar.
    • Adakah anda dikecualikan daripada cukai tambahan(Impuesto adicional)?
      • Pilih Ya jika anda dikecualikan.
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Chile

Menurut undang-undang cukai di Chile, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Chile. Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Chile.

Colombia

Pembangun yang berada di Colombia

Jika anda berada di Colombia, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store oleh pelanggan di Colombia.

Jika anda tidak mendaftarkan VAT (bukan di bawah rejim bersama), Google akan mengenakan 19% Cukai Nilai Ditambah (VAT) pada yuran perkhidmatan yang dicaj kerana pengembangan perundangan cukai di Colombia. Caj VAT sebanyak 19% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Status pendaftaran cukai anda mempengaruhi cukai yang dikenakan ke atas anda di Colombia. Berikut merupakan cara anda dapat memberikan status pendaftaran cukai kepada Google untuk menentukan kesesuaian cukai nilai ditambah (VAT) anda:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian “Tetapan” , klik Urus Tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke "Maklumat cukai Colombia" dan klik ikon pensil Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Adakah anda berdaftar di bawah Rejim bersama?
      • Pilih Ya jika anda berdaftar.
    • Numero de Identificación Tributaria (NIT)
      • Masukkan NIT Colombia anda.
    • Sila muat naik borang RUT (borang Pendaftaran Cukai Unik) anda
      • Klik Pilih Fail dan muat naik dokumen RUT anda dalam format PDF.
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Colombia

Jika anda berada di luar Colombia dan menawarkan pembelian apl berbayar atau dalam apl kepada pelanggan di Colombia, anda akan tetap bertanggungjawab untuk mengecaj, meremit dan melaporkan sebarang VAT kepada pihak berkuasa cukai Colombia.

 

Mesir

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Mesir kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Mesir.

Pembangun yang bertempat di Mesir

Jika anda berada di Mesir dan tidak berdaftar untuk VAT, Google akan mengenakan VAT pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan. 

Jika anda telah mendaftar untuk VAT di Mesir dan memberikan maklumat cukai anda kepada Google, Google tidak akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan tetapi anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Status cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Mesir. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Mesir anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran.
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah pada bahagian "Maklumat cukai Mesir" dan klik ikon pensel.
  4. Kemas kinikan maklumat cukai anda.
  5. Klik Simpan.
Kesatuan Eropah

Semua pembangun

Menurut undang-undang VAT di Kesatuan Eropah (EU), Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian kandungan dan perkhidmatan digital Google Play Store oleh pelanggan EU yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Google akan menghantar VAT untuk pembelian pelanggan EU yang menggunakan sistem pengebilan Google Play kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan EU yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Walaupun anda tidak berada di EU, penguatkuasaan VAT ini masih dikenakan.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di EU yang menggunakan sistem pengebilan alternatif sebagai sebahagian daripada perintis pengebilan pilihan pengguna atau program pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pembangun yang berada di EU

Jika anda bertempat di negara EU selain Ireland, Google tidak akan mengecaj VAT tempatan pada bekalan (untuk tujuan VAT) apl anda kepada Google. Jika anda bertempat di Ireland, anda bertanggungjawab untuk mengecaj VAT Ireland pada bekalan (untuk tujuan VAT) apl anda kepada Google.

Jika anda bertempat di Ireland dan berniaga kepada pelanggan menggunakan sistem pengebilan alternatif sebagai sebahagian daripada perintis pengebilan pilihan pengguna atau program pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna, Google akan mengecaj VAT Ireland pada yuran perkhidmatan untuk transaksi pengebilan alternatif tersebut.

Kadar VAT yang digunakan untuk pembelian EU yang menggunakan sistem pengebilan Google Play

Berikut ialah cara menyemak kadar VAT yang digunakan untuk pembelian apl dan kandungan yang dibuat oleh pelanggan EU.

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Cukai jualan", klik Urus cukai jualan.
  3. Di bawah "Eropah", semak senarai negara dan kadar cukai.
Ghana

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Ghana kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Ghana.

Pembangun yang berada di Ghana

Jika anda berada di Ghana, Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada jumlah yuran perkhidmatan.

Iceland

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl kandungan dan perkhidmatan digital oleh pelanggan di Iceland yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Google akan menghantar VAT untuk pembelian pelanggan Iceland yang menggunakan sistem pengebilan Google Play kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan Iceland yang menggunakan sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Iceland yang menggunakan sistem pengebilan alternatif sebagai sebahagian daripada perintis pengebilan pilihan pengguna atau program pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pembangun yang berada di Iceland

Jika anda bertempat di Iceland, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

India

Pembangun yang berada di India

Jika anda berada di India, anda bertanggungjawab untuk menentukan sama ada anda perlu mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTIN) serta menentukan sebarang cukai yang dapat dikenakan. Anda bertanggungjawab untuk menentukan dan membayar cukai yang bersesuaian pada mana-mana yuran perkhidmatan Google Play yang dikenakan kepada anda oleh Google.

Menurut undang-undang cukai di India, Google sebagai penyedia perkhidmatan pasaran turut bertanggungjawab untuk memotong dan mendepositkan cukai pegangan dan TCS (Pengumpulan Cukai pada Sumber) GST yang bersesuaian, jika ada, pada akaun apl dan permainan berbayar (termasuk pembelian dalam apl) yang anda jual.

Pembangun yang berada di luar India

Menurut undang-undang cukai di India, Google sebagai penyedia perkhidmatan pasaran bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit GST serta Levi Pengimbangan bagi pihak anda untuk semua apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di India. Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan pada sistem pengebilan Google Play, Google akan menolak GST dan Levi Pengimbangan daripada hasil kutipan anda serta meremit cukai dan levi sedemikian kepada pihak berkuasa yang bersesuaian. Levi Pengimbangan akan ditunjukkan dalam laporan pendapatan anda sebagai "Levi Pengimbangan India".

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di India menggunakan sistem pengebilan alternatif, Google akan mengutip daripada anda cukai dan levi yang dapat dikenakan yang diperlukan untuk dicaj atau didepositkan terhadap jualan pembelian dalam apl kepada pelanggan di India yang diproses pada sistem pengebilan alternatif sedemikian. Google akan meremit cukai dan levi tersebut kepada pihak berkuasa yang bersesuaian.

Kandungan berkaitan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, akses Cukai Barangan dan Perkhidmatan India.

Indonesia

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 11% VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Indonesia yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Pembangun tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Indonesia yang menggunakan sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Indonesia yang menggunakan sistem pengebilan alternatif, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa berkaitan. Anda juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan invois bagi pembelian yang dibuat oleh pelanggan Indonesia yang menggunakan sistem pengebilan alternatif.

Pembangun yang berada di Indonesia

Google akan mengecaj dan meremit 11% VAT pada yuran perkhidmatan yang diinvois kepada pihak berkuasa yang berkenaan, jika bersesuaian. Caj VAT sebanyak 11% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Jepun

Jika anda menawarkan apl berbayar atau pembelian dalam apl kepada para pengguna di Jepun, mulai 1 Oktober 2015, perubahan dalam Undang-undang Cukai Penggunaan Jepun (JCT - Japan Consumption Tax Law) memberi kesan kepada tanggungjawab cukai anda di Jepun. Jika anda mempunyai soalan khusus berkaitan dengan tanggungjawab cukai anda di Jepun, sila rujuk penasihat undang-undang anda.

Pembangun yang berpusat di luar Jepun

Jika anda berpusat di luar Jepun dan menawarkan apl berbayar atau pembelian dalam apl kepada pengguna di Jepun, anda bertanggungjawab mengecaj, meremit dan melaporkan sebarang JCT kepada Agensi Cukai Kebangsaan di Jepun.

Pembangun yang berpusat di Jepun

Jika anda berada di Jepun dan menawarkan apl berbayar atau pembelian dalam apl kepada pengguna di Jepun, anda bertanggungjawab mengecaj, meremit dan melaporkan sebarang JCT yang dikenakan pada transaksi kepada Agensi Cukai Kebangsaan di Jepun.

Secara berasingan, yuran perkhidmatan Google Play yang dikenakan oleh Google dianggap sebagai transaksi perniagaan-ke-perniagaan (B2B).

Anda bertanggungjawab untuk menilai dan melaporkan JCT bagi perkhidmatan B2B yang diberikan oleh entiti asing kepada Agensi Cukai Kebangsaan di Jepun. JCT tidak akan ditambah secara automatik pada yuran perkhidmatan apl anda.

Kenya

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Kenya kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Kenya.

Pembangun yang berada di Kenya

Jika anda berada di Kenya, Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Amaun VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada amaun yuran perkhidmatan.

 

Liechtenstein

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl kandungan dan perkhidmatan digital oleh pelanggan di Liechtenstein yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Google akan menghantar VAT untuk pembelian pelanggan Liechtenstein yang menggunakan sistem pengebilan Google Play kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan Liechtenstein yang menggunakan sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Liechtenstein yang menggunakan sistem pengebilan alternatif sebagai sebahagian daripada perintis pengebilan pilihan pengguna atau program pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit apa-apa VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Malaysia

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit cukai perkhidmatan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Malaysia. Anda tidak perlu mengira dan menghantar cukai perkhidmatan secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Malaysia.

Pembangun yang berada di Malaysia

Google akan mengecaj dan meremit cukai perkhidmatan sebanyak 8% pada yuran perkhidmatan kepada pihak berkuasa yang bersesuaian, jika berkenaan. Cukai perkhidmatan sebanyak 8% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Mexico

Pembangun yang berada di Mexico

Sekiranya anda berada di Mexico, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian kandungan digital Google Play Store oleh pelanggan di Mexico.

Mulai 1 Ogos 2020, Google akan mengenakan 16% Cukai Nilai Ditambah (VAT) pada yuran perkhidmatan yang dicaj kerana pengembangan perundangan cukai di Mexico. Caj VAT sebanyak 16% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Pembangun yang berada di luar Mexico

Mulai 1 April 2021, jika anda berada di luar Mexico, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 16% VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Mexico.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pelanggan Mexico.

Moldova

Pembangun yang berada di Moldova

Jika anda berada di Moldova, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Nilai Ditambah (VAT) Moldova bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Moldova.

Pembangun yang berada di luar Moldova

Jika anda berada di luar Moldova, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Moldova kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Moldova. Anda tidak perlu mengira dan meremit VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Moldova.  

Google tidak dapat memberi anda nasihat cukai dan anda hendaklah berunding dengan penasihat cukai anda.

Nepal

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Nepal kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Nepal.

Nigeria

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Nigeria kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Nigeria.

Jika anda berada di Nigeria, Google juga mengenakan VAT Nigeria pada yuran perkhidmatan yang dicaj pada pembelian yang dibuat oleh pelanggan secara global. Caj VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan dalam laporan pendapatan anda. Google tidak dapat memberi anda nasihat cukai dan anda hendaklah berunding dengan penasihat cukai anda.

Norway

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl kandungan dan perkhidmatan digital oleh pelanggan Norway yang menggunakan sistem pengebilan Google Play. Google akan menghantar VAT untuk pembelian pelanggan Norway yang diproses pada sistem pengebilan Google Play kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan Norway yang diproses pada sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Norway yang menggunakan sistem pengebilan alternatif sebagai sebahagian daripada perintis pengebilan pilihan pengguna atau program pengebilan alternatif tanpa pilihan pengguna, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pembangun yang berada di Norway

Jika anda bertempat di Norway, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Oman

Pembangun yang berada di Oman

Jika anda berada di Oman, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store oleh pelanggan di Oman.

Pembangun yang berada di luar Oman

Mulai 16 April 2021, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 5% VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store oleh pelanggan di Oman.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pelanggan Oman. 

Puerto Rico

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit cukai jualan dan penggunaan (SUT) Puerto Rico kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk semua apl berbayar Google Play Store dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di Puerto Rico menggunakan sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Puerto Rico menggunakan sistem pengebilan alternatif, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang cukai jualan yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pembangun yang bertempat di Puerto Rico

Jika anda bertempat di Puerto Rico, Google akan menggunakan SUT Puerto Rico atas yuran perkhidmatan. Amaun SUT akan ditunjukkan secara berasingan daripada amaun yuran perkhidmatan.

Rusia

Pembangun yang berada di Rusia

Jika anda berada di Rusia, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Rusia.

Pembangun yang berada di luar Rusia

Menurut undang-undang cukai di Rusia, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 20% VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Rusia.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Rusia.

Arab Saudi

Pembangun yang berada di Arab Saudi

Jika anda berada di Arab Saudi, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Arab Saudi.

Pembangun yang berada di luar Arab Saudi

Menurut undang-undang cukai di Arab Saudi, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 15% VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl dalam Google Play Store oleh pelanggan di Arab Saudi.

Jika anda berada di luar Arab Saudi, anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan di Arab Saudi.

Jika anda berpangkalan di Arab Saudi, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Serbia

Pembangun yang berada di Serbia

Jika anda berada di Serbia, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Serbia. Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada jumlah yuran perkhidmatan.

Pembangun yang berada di luar Serbia

Jika anda berada di luar Serbia, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Serbia kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Serbia.

Singapura

Pembangun yang berada di Singapura

Jika anda berada di Singapura, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Singapura sebanyak 9% bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Singapura.

Google mungkin mengenakan caj GST pada yuran perkhidmatan, jika berkenaan. Caj GST akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Pembangun yang berada di luar Singapura

Jika anda berada di luar Singapura, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit GST Singapura sebanyak 9% kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Singapura. Anda tidak perlu mengira dan meremit GST secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Singapura.

Afrika Selatan

Semua Pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Afrika Selatan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Afrika Selatan menggunakan sistem pengebilan Google Play.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Afrika Selatan yang menggunakan sistem pengebilan alternatif, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang VAT yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Pembangun yang berada di Afrika Selatan

Jika anda bertempat di Afrika Selatan, VAT tempatan akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar daripada anda kepada Google.

ID VAT Afrika Selatan anda tertera pada invois Google. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Afrika Selatan anda kepada Google:

  1. Log masuk ke pusat pembayaran Google.
  2. Pilih Tetapan daripada menu di sebelah atas.
  3. Dalam seksyen "ID VAT Afrika Selatan", klik ikon pensel Edit dan masukkan ID VAT Afrika Selatan anda.
  4. Klik Simpan.
Korea Selatan

Pembangun yang berada di Korea Selatan

Jika anda berada di Korea Selatan, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Nilai Ditambah (VAT) bagi semua pembelian kandungan digital Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Korea Selatan.

Jika anda tidak memberikan Nombor Pendaftaran Perniagaan anda kepada Google, Google akan mengecaj dan meremit 10% VAT pada yuran perkhidmatan yang diinvois kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Caj VAT sebanyak 10% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan, jika berkenaan.

Status pendaftaran anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Korea Selatan. Berikut ialah cara anda boleh memberikan maklumat Nombor Pendaftaran Perniagaan anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke "Maklumat cukai Korea Selatan" dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan Nombor Pendaftaran anda dalam medan “Nombor Pendaftaran Perniagaan”.
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Korea Selatan

Menurut undang-undang cukai di Korea Selatan, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 10% VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Korea Selatan untuk pembangun yang berada di luar Korea Selatan.

Jika pelanggan anda menggunakan sistem pengebilan Google Play, anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di Korea Selatan.

Jika anda memilih untuk menawarkan sistem pengebilan dalam apl tambahan untuk pelanggan di Korea Selatan mengikut Dasar pembayaran kami, Google akan mengutip sejumlah amaun daripada anda untuk cukai yang perlu dicaj ke atas jualan anda kepada pelanggan di Korea Selatan yang diproses pada sistem pengebilan dalam apl tambahan tersebut dan akan meremit cukai tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Switzerland

Anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan yang berada di Switzerland.

Pembangun yang berada di Switzerland

Berikutan keperluan tempatan di Switzerland, dalam sesetengah keadaan, Google perlu mengenakan VAT Switzerland pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google.

Taiwan

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan yang berada di Taiwan. Pembangun tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan.

Pembangun yang berada di Taiwan

Jika anda tidak memberikan ID VAT Taiwan anda kepada Google, Google mungkin mengecaj 5% VAT pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google. Caj VAT sebanyak 5% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan, jika berkenaan.

Status pendaftaran cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Taiwan. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Taiwan anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses Profil pembayaran  (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke bahagian "Maklumat cukai Taiwan" dan klik Edit Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan Nombor Pendaftaran VAT anda dalam medan "ID VAT".
  5. Klik Simpan.
Thailand

Pembangun yang berada di Thailand

Jika anda berada di Thailand, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Nilai Ditambah (VAT) Thailand bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Thailand.

Jika anda tidak mendaftarkan VAT, Google akan mengecaj dan meremit 7% VAT pada yuran perkhidmatan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, jika bersesuaian. Caj VAT sebanyak 7% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Status pendaftaran cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Thailand. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Thailand anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses Profil pembayaran  (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah ke bahagian "Maklumat cukai Thailand" dan klik Edit Ikon pensel / ikon edit.
  4. Masukkan Nombor Pendaftaran VAT anda dalam medan "ID VAT Thailand".
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Thailand

Jika anda berada di luar Thailand, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 7% VAT Thailand kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Thailand.

Uganda

Semua pembangun

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Uganda kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Uganda.

Pembangun yang berada di Uganda

Jika anda berada di Uganda tetapi tidak berdaftar untuk VAT, mendaftar untuk menawarkan sistem pengebilan alternatif dan menjual kepada pengguna menggunakan sistem pengebilan alternatif, Google akan mengenakan VAT pada yuran perkhidmatan yang diinvois. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Jika anda telah mendaftar untuk VAT di Uganda dan memberikan maklumat cukai anda kepada Google, VAT tempatan pada yuran perkhidmatan tidak akan dikenakan oleh Google tetapi anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Status cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Uganda. Yang berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai Uganda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran.
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah pada bahagian "Maklumat cukai Uganda" dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  4. Kemas kinikan maklumat cukai anda.
  5. Klik Simpan.
Ukraine

Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit 20% VAT Ukraine kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Ukraine.

Jika anda merupakan seorang Usahawan Individu yang bertempat di Ukraine, VAT tempatan akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google. 

Jika anda merupakan sebuah perniagaan yang berada di Ukraine, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Status pendaftaran cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Ukraine. Berikut ialah cara anda boleh memberikan maklumat cukai Ukraine anda kepada Google:

  1. Log masuk ke pusat pembayaran Google.
  2. Klik Tetapan.
  3. Kemas kini maklumat cukai Ukraine anda.
  4. Klik Simpan.
Emiriah Arab Bersatu

Pembangun yang berada di Emiriah Arab Bersatu

Jika anda berada di Emiriah Arab Bersatu, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store oleh pelanggan di Emiriah Arab Bersatu.

Jika anda berpusat di Emiriah Arab Bersatu, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh anda bayar kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Pembangun yang berada di luar Emiriah Arab Bersatu

Menurut undang-undang cukai di Emiriah Arab Bersatu, Google bertanggungjawab menentukan, mengecaj dan meremit VAT sebanyak 5% kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl pada Google Play Store oleh pelanggan di Emiriah Arab Bersatu.

Jika anda berada di luar Emiriah Arab Bersatu, anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT secara berasingan untuk pembelian oleh pelanggan di Emiriah Arab Bersatu.

United Kingdom

Pembangun yang berada di United Kingdom

Jika anda bertempat di United Kingdom, VAT tempatan tidak akan dikenakan pada yuran perkhidmatan yang boleh dibayar oleh anda kepada Google, namun anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT.

Amerika Syarikat

Alabama, Ketempatan Alaska, Arizona, Arkansas, California, Colorado, Connecticut, Daerah Columbia, Florida, Georgia, Hawaii, Idaho, Illinois, Indiana, Iowa, Kansas, Kentucky, Louisiana, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Minnesota, Mississippi, Missouri, Nebraska, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Carolina Utara, Dakota Utara, Ohio, Oklahoma, Pennsylvania, Rhode Island, Carolina Selatan, Dakota Selatan, Tennessee, Texas, Utah, Vermont, Virginia, Washington, Virginia Barat, Wisconsin dan Wyoming

Selaras dengan keperluan cukai jualan, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit cukai jualan untuk pembelian apl dan pembelian dalam apl Google Play Store oleh pelanggan di negeri tersebut menggunakan sistem pengebilan Google Play. Google akan mengutip dan meremit cukai jualan kepada pihak berkuasa cukai yang berkenaan, sebagaimana yang bersesuaian.

Anda tidak perlu mengira dan menghantar cukai jualan secara berasingan untuk pelanggan di negeri-negeri ini. Walaupun anda tidak berada di Amerika Syarikat, penguatkuasaan ini tetap akan dikenakan.

Untuk pembelian yang dibuat oleh pelanggan di lokasi ini menggunakan sistem pengebilan alternatif, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit sebarang cukai jualan yang dikenakan pada transaksi kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Uzbekistan

Pembangun yang berada di Uzbekistan

Jika anda berada di Uzbekistan, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit Cukai Nilai Ditambah (VAT) Uzbekistan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Uzbekistan.

Jika anda merupakan Individu atau Usahawan Individu yang berpusat di Uzbekistan, Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada jumlah yuran perkhidmatan dalam laporan pendapatan anda.

Jika anda merupakan organisasi Perniagaan dan berpusat di Uzbekistan, Google tidak akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan tetapi anda mungkin perlu menjalankan swanilai VAT. 

Status cukai anda menentukan cukai yang dikenakan kepada anda di Uzbekistan. Berikut ialah cara anda dapat memberikan maklumat cukai anda kepada Google:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran.
  2. Dalam bahagian "Tetapan", klik Urus tetapan.
  3. Tatal ke bawah kepada bahagian "Maklumat cukai Uzbekistan" dan klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  4. Kemas kinikan maklumat cukai anda.
  5. Klik Simpan.

Pembangun yang berada di luar Uzbekistan

Jika anda berada di luar Uzbekistan, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT Uzbekistan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Uzbekistan.

Vietnam

Pembangun yang berada di Vietnam

Jika anda berada di Vietnam, anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT untuk semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di Google Play Store oleh pelanggan di Vietnam.

Google akan mengecaj dan meremit 5% VAT pada yuran perkhidmatan yang diinvois kepada pihak berkuasa yang berkenaan, jika bersesuaian. Caj VAT sebanyak 5% akan ditunjukkan secara berasingan daripada yuran perkhidmatan.

Pembangun yang berada di luar Vietnam

Jika anda berada di luar Vietnam, Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan di Vietnam.

Zimbabwe

Semua Pembangun

Anda bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl Google Play Store yang dibuat oleh pelanggan yang berada di Zimbabwe.

Pembangun yang berada di Zimbabwe

Google akan mengenakan VAT tempatan pada yuran perkhidmatan. Jumlah VAT akan ditunjukkan secara berasingan daripada jumlah yuran perkhidmatan.

Negara dan rantau lain

Menurut undang-undang VAT dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Google bertanggungjawab untuk menentukan, mengecaj dan meremit VAT atau GST bagi semua pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di lokasi yang menggunakan sistem pengebilan Google Play yang Google merupakan pedagang atas rekod (MOR) dan di lokasi berikut:

  • VAT: Albania, Georgia, Kazakhstan, Maghribi, Türkiye

  • GST: New Zealand

Google akan menghantar VAT atau GST untuk pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl yang dibuat oleh pelanggan di negara-negara ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anda tidak perlu mengira dan menghantar VAT atau GST secara berasingan untuk pelanggan di negara-negara ini.

Berikut ialah cara menyemak kadar VAT atau GST yang digunakan untuk pembelian apl berbayar dan pembelian dalam apl di negara-negara ini:

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Klik Urus cukai jualan.

Tukar harga apl

Untuk mengetahui cara menyediakan dan menukar harga apl, akses sediakan harga & pengedaran apl.

Jika anda menawarkan apl di negara yang telah mengambil kira cukai, kadar cukai yang ditetapkan dalam Play Console akan digunakan pada harga sedia ada yang tidak termasuk cukai itu.

Di negara yang menetapkan bahawa pembangun bertanggungjawab meremit VAT kepada pihak berkuasa cukai yang berkenaan, Google akan menyerahkan semua jumlah cukai yang dikutip kepada pembangun dan mengira yuran perkhidmatan daripada harga bersih produk.

Lihat contoh
Andaikan harga apl di negara ialah 100JPY dan VAT ialah 20%:

Pembangun menerima daripada Google: 75JPY

Pembangun meremit VAT: 17JPY

  • Contoh: 100JPY - (100JPY * 1/1.2) = 17JPY
  • Harga apl - (Harga apl * 1/(1+kadar cukai))

Hasil pembangun selepas pembahagian 70/30 dan meremit VAT: 58JPY

  • Contoh: 83JPY * 0.7 = 58JPY
  • Harga sebelum VAT * 70%
Mengimport fail CSV untuk produk dalam apl

Jika anda mengimport fail CSV dengan produk dalam apl, sila ingat penentuan harga termasuk cukai.

  • Jika anda menggunakan harga yang ditukar secara automatik, anda boleh menyediakan harga lalai tidak termasuk cukai. Harga termasuk cukai akan ditukar secara automatik.
  • Jika anda tidak menggunakan harga yang ditukar secara automatik, harga hendaklah termasuk cukai.

Harga tempatan untuk produk dalam apl

Untuk mengelakkan harga tempatan bagi mata wang lalai negara anda ditukar secara automatik untuk produk dalam apl, anda perlu menyatakan harga produk dalam apl sebanyak dua kali dalam fail CSV yang anda import:

  • Harga pertama menetapkan harga lalai produk dalam apl.
  • Harga kedua menetapkan harga tempatan produk dalam apl.

Nota: Untuk mengimport fail CSV dengan produk dalam apl, akses buat produk dalam apl.

Negara lain

Jika anda menawarkan apl berbayar atau pembelian dalam apl kepada pelanggan dalam keadaan tertentu selain daripada yang dinyatakan di atas yang Google mempunyai tanggungjawab, anda bertanggungjawab untuk menentukan kadar cukai bersesuaian untuk jualan anda dan untuk meremit cukai kepada pihak berkuasa pencukaian yang sewajarnya (pihak berkuasa cukai mungkin berbeza dengan lokasi anda sendiri). Kadar cukai yang anda tentukan dikenakan secara automatik apabila pembeli menyemak keluar. Google tidak dapat memberi anda nasihat cukai dan anda hendaklah berunding dengan penasihat cukai anda.

Semak dan selaraskan kadar cukai anda

  1. Buka Play Console dan akses halaman Profil pembayaran   (Tetapan Tetapan > Profil pembayaran).
  2. Dalam bahagian "Cukai jualan", klik Urus cukai jualan.
  3. Cari rantau yang ingin anda tukar tetapan cukainya.
  4. Klik ikon pensel Ikon pensel / ikon edit.
  5. Dalam baris yang sama dengan lokasi tempat yang ingin anda laraskan kadar cukai, klik anak panah ke bawah di bawah "Pilihan cukai".
  6. Pilih salah satu daripada yang berikut:
    • Tiada cukai
    • Kadar pratetap Google: Gunakan kadar cukai pratetap Google untuk lokasi ini.
    • Kadar cukai tersuai: Masukkan kadar cukai.
  7. Jika anda membuat perubahan, klik Simpan.
Lihat contoh

Kadar cukai jualan adalah peratusan daripada harga apl anda. Contohnya:

Kadar cukai jualan Harga apl Cukai jualan Jumlah harga apl
20% $10 $2.00 $12.00

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?

Perlukan bantuan lanjut?

Cuba langkah seterusnya ini:

true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12653080482720534729
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
92637
false
false