Lakukan lebih banyak kerja semasa dalam perjalanan menggunakan ciri baharu dalam apl mudah alih Google Ads

3 Mac 2020

Apl mudah alih Google Ads membantu anda memantau kempen anda dalam masa nyata, menyemak pengesyoran berimpak tinggi dan bertindak dengan cepat untuk meningkatkan prestasi. Sepanjang beberapa bulan lalu, kami telah membuat beberapa peningkatan pada apl untuk menangani sesetengah maklum balas anda. Itulah sebabnya, mulai hari ini, kami akan memperkenalkan ciri skor pengoptimuman baharu dan Mod gelap dalam apl.

Utamakan pengesyoran teratas dengan lebih pantas

Skor pengoptimuman membantu anda mengutamakan pengesyoran untuk kempen anda, yang memudahkan anda meningkatkan prestasi dengan cepat dari dalam apl. Untuk memudahkan anda mencari pengesyoran anda yang paling kritikal, anda kini boleh melihat skor pengoptimuman peringkat akaun dan kempen anda pada skrin ikhtisar akaun. Kempen yang mempunyai pengesyoran dengan potensi kesan tertinggi akan disenaraikan di tempat teratas supaya anda boleh mengutamakan tindakan yang akan mendorong prestasi.

Gif of account overview page

Dapatkan maklumkan apabila skor pengoptimuman anda berubah

Untuk membantu anda mengikuti pengesyoran baharu, anda akan dimaklumkan dalam masa nyata apabila skor pengoptimuman anda berubah. Ketik pemberitahuan tersebut untuk membuka halaman Pengesyoran anda, yang membolehkan anda mengambil tindakan untuk menaikkan skor serta meningkatkan prestasi anda. Untuk menerima pemberitahuan ini, ikut serta di halaman Tetapan pada apl.

Bekerja dengan selesa menggunakan Mod gelap

Mod gelap direka untuk keselesaan visual. Sama ada anda berada dalam persekitaran dengan cahaya malap atau lebih suka warna latar belakang yang lebih gelap pada telefon, anda kini boleh menggunakan Mod gelap dalam apl mudah alih Google Ads. Jika anda sudah menghidupkan Mod gelap dalam tetapan telefon anda, anda akan melihat Mod gelap dalam apl secara automatik. Anda juga boleh menghidupkan Mod gelap di halaman Tetapan pada apl.

Diesel logo Diesel.ie, salah satu jenama fesyen dan pakaian yang terkemuka di Ireland, menggunakan skor pengoptimuman pada apl mudah alih Google Ads untuk mengutamakan, menyemak dan menggunakan pengesyoran pada telefon mudah alih mereka. Hasilnya, mereka dapat mempromosikan produk dan promosi mereka dengan lebih berkesan—yang meningkatkan trafik mereka sebanyak 30X tahun demi tahun.
AGY47 logo AGY47, sebuah agensi pemasaran digital yang terulung, menggunakan apl mudah alih Google Ads untuk menyemak prestasi, membuat peningkatan melalui skor pengoptimuman dan memastikan akaun mereka tersusun semasa dalam perjalanan -- yang menjimatkan masa mereka selama 2+ jam setiap minggu bagi setiap akaun.

Untuk melihat skor pengoptimuman anda dan Mod gelap pada mudah alih, muat turun apl mudah alih Google Ads pada Android (4.5/5 penilaian bintang) atau iOS (4.5/5 penilaian bintang). Gunakan amalan terbaik ini untuk memanfaatkan sepenuhnya akaun anda menggunakan apl mudah alih Google Ads.

Disiarkan oleh Ryan Beauchamp, Pengurus Produk, Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13647638466956262817
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false