Cara untuk melihat kos harian pada peringkat kempen dan akaun

 
Nota: Maklumat dalam artikel ini hanya digunakan pada pelanggan yang menggunakan penginvoisan bulanan. Jika anda membuat prapembayaran manual ke akaun anda atau anda dicaj searac automatik, maka rujuk artikel Perihal halaman Aktiviti Pengebilan baharu.

Walaupun halaman Transaksi anda menunjukkan kos terakru bulanan anda untuk setiap kempen, anda boleh melihat kos harian bagi satu atau beberapa kempen anda–atau keseluruhan akaun anda–dengan melihat laporan Kos yang dibilkan anda.

Melalui laporan ini, anda juga boleh menyemak kos paparan anda berbanding kos yang dibilkan anda untuk setiap kempen.

  • Kos paparan ialah kos semua klik atau tera yang telah diterima oleh kempen tersebut.
  • Kos yang dibilkan ialah amaun sebenar yang anda perlu bayar, selepas pelarasan telah dibuat pada akaun anda untuk item seperti terlebih klik, aktiviti tidak sah dan banyak lagi.

Lihat kos harian pada peringkat kempen atau akaun daripada halaman Transaksi

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Pengebilan Ikon Pengebilan.
  2. Klik Transaksi.
    • Untuk melihat kos harian kempen: Pastikan anda berada dalam "Paparan transaksi terperinci". Untuk bulan yang dikehendaki, klik nama kempen yang mahu anda lihat kos harian dalam lajur "Perihalan". Tindakan ini akan membawa anda ke laporan kos yang dibilkan anda, yang ditapis untuk menunjukkan kos harian bagi kempen tersebut sepanjang bulan itu.
    • Untuk melihat kos harian bagi akaun anda: Pastikan anda bertukar kepada "Paparan ringkasan" di bahagian atas halaman Transaksi. Untuk bulan yang anda inginkan, cari baris "Kos" dan klik item "Aktiviti kempen" dalam lajur "Perihalan". Tindakan ini akan membawa anda ke laporan kos yang dibilkan anda, yang ditapis untuk menunjukkan kos harian bagi semua kempen anda merentas keseluruhan akaun anda sepanjang bulan itu.

Lihat kos harian pada peringkat kempen atau akaun daripada halaman Laporan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Cerapan dan laporan dalam bahagian menu.
  3. Klik Editor laporan.
  4. Klik Laporan dipratentukan (Dimensi), kemudian Lain, kemudian Kos yang dibilkan. Secara lalai, anda akan melihat kos harian untuk setiap kempen berasingan yang menyiarkan iklan sepanjang bulan terbaharu.

Untuk melihat pecahan kos harian bagi satu atau beberapa kempen

  1. Klik ikon Penapis di sebelah kanan halaman dan pilih Nama belanjawan. Nama belanjawan akan sepadan dengan nama kempen anda, seperti yang ditunjukkan di halaman "Kempen" pada Google Ads anda.
  2. Di sebelah kiri dialog, tandai kotak untuk kempen yang anda mahu lihat kos harian. (Anda juga boleh mencari kempen dan memilih daripada hasil carian, atau jika anda ingin melihat kos harian untuk semua kempen, tandai kotak di bahagian atas, bersebelahan bilangan jumlah hasil.)
  3. Klik Gunakan.

Untuk melihat pecahan kos harian pada peringkat akaun

  1. Di bawah menu jadual di sebelah kanan, di bawah bahagian “Baris”, klik Nama belanjawan di penjuru kanan sebelah atas.
  2. Klik Padam.

Tindakan ini mengalih keluar lajur "Nama belanjawan" supaya laporan anda kini menunjukkan pecahan kos harian untuk keseluruhan akaun anda bagi tempoh masa tertentu.

Menyesuaikan laporan anda

Seperti laporan lain dalam akaun Google Ads, anda boleh menyesuaikan laporan anda melalui cara berikut:

  • Untuk melaraskan julat tarikh: Klik julat tarikh di penjuru kanan sebelah atas halaman.
  • Susun semula lajur:
    • Untuk menambahkan lajur pada jadual, klik Ubah suai lajur. Pilih daripada metrik dan dimensi yang tersedia di sebelah kanan dan tambahkan pada laporan anda dengan mengklik ikon tambah.
    • Untuk mengalih keluar lajur daripada jadual, klik pada lajur yang ingin anda alih keluar dalam menu jadual di bawah bahagian “Lajur” dan klik Padam.
    • Untuk mengubah saiz lajur, klik dan seret bahagian tepi pengepala lajur ke kiri atau ke kanan. Ketahui lebih lanjut Perihal menambah dan mengalih keluar lajur.
  • Isih data: Untuk mengisih jadual anda, klik pengepala lajur yang anda mahu gunakan untuk mengisih data anda. Untuk mengisih dalam tertib terbalik, klik pengepala yang sama sekali lagi.
  • Lihat data sebagai jadual, carta pai, carta garis, carta bar atau carta serak: Untuk beralih daripada satu pilihan kepada pilihan lain, klik menu lungsur Jadual dalam menu jadual di sebelah kanan dan pilih pilihan.
  • Eksport data sebagai format CSV, Excel, PDF dan lain-lain: Klik butang muat turun di penjuru kanan sebelah atas.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Drive Revenue with Optiscore

Want to improve account health and drive business goals? Learn from industry & Google experts on how to drive revenue with the help of Optimization Score & Auto Apply Recommendations.

Register Now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4864454174499873414
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false