Urus iklan paparan responsif anda

Iklan paparan responsif menggantikan iklan responsif sebagai jenis iklan lalai untuk Rangkaian Paparan. Iklan ini termasuk semua ciri iklan responsif, yang membenarkan pelbagai jenis aset dan lebih kawalan ke atas iklan anda. Jika anda menyiarkan iklan responsif, anda akan digesa untuk menyimpan iklan tersebut sebagai iklan paparan responsif.

Iklan paparan responsif ialah jenis iklan berasaskan aset, yang bermaksud anda boleh membuat iklan tersebut dengan memuat naik aset anda (imej, teks tajuk, logo dan perihalan) dan Google akan menjana iklan yang menggabungkan aset ini untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang terbaik pada masa tera.

Artikel ini menerangkan tentang amalan terbaik untuk mengurus iklan paparan responsif anda.

Mengurus aset anda

About responsive display ads

Imej

Imej anda ialah bahagian paling penting pada iklan anda. Imej membolehkan pengguna memahami tentang perniagaan, produk dan jenama anda. Pastikan anda hanya menggunakan imej berkualiti tinggi yang menyerlahkan perniagaan, produk atau jenama anda. Anda boleh memuat naik hingga 15 imej pemasaran yang akan digunakan dalam iklan paparan responsif anda. Elakkan daripada menggunakan perkara berikut:

  • Imej kabur
  • Imej terpencong/terherot
  • Imej yang termasuk imej cermin
  • Warna yang luntur, warna songsang, penapis berlebihan
  • Imej dengan sempadan
  • Imej kolaj
  • Imej dengan latar belakang komposit digital
  • Teks yang bertindan di atas imej anda, yang mungkin sukar untuk dibaca pada saiz yang lebih kecil.

Logo

Logo ialah ciri pilihan dan anda boleh memuat naik hingga 5 logo berlainan. Sekiranya anda memilih untuk tidak menyediakan logo, Google akan menyediakan ikon neutral, seperti glob atau huruf pertama nama jenama anda. Harap maklum tentang perkara berikut apabila anda menyediakan logo:

  • Anda boleh memuat naik logo dengan nisbah bidang 1:1 atau 4:1 (anda disyorkan untuk memuat naik logo anda menggunakan kedua-dua nisbah bidang).
  • Pastikan logo anda dipusatkan dan dipangkas dengan teliti.
  • Elakkan daripada menambah apa-apa teks kecil atau "gaya" tambahan bersama-sama logo tersebut.
  • Latar belakang putih boleh diterima, tetapi anda disyorkan agar menggunakan latar belakang yang lutsinar.
  • Apa-apa ruang putih atau pelapik tidak boleh melebihi 1/16 saiz logo. Contohnya, jika logo anda ialah 400x400 piksel, pelapik anda tidak boleh lebih lebar daripada 25 piksel.

Perihalan

Anda boleh membuat hingga 5 perihalan untuk jenama atau produk anda, hingga 90 aksara bagi setiap perihalan. Perihalan biasanya mengiringi tajuk (diterangkan di bawah) dan hendaklah ditulis untuk melengkapkan tajuk anda. Gunakan perihalan untuk memberikan butiran tambahan yang menjelaskan usul nilai anda.

Tajuk

Anda boleh memuat naik hingga 5 tajuk yang berlainan, masing-masing dengan 30 aksara untuk iklan paparan responsif anda. Untuk memastikan prestasi maksimum, pastikan setiap tajuk anda menyatakan sesuatu yang unik. Pastikan pesanan anda bermaklumat dan nyatakan usul nilai anda dengan jelas.

Pertimbangkan perkara berikut:

  • Tanda baca di hujung tajuk anda adalah tidak diperlukan
  • Elakkan daripada menduplikasikan teks daripada perihalan anda
  • Jangan gunakan nama perniagaan anda dalam tajuk

Tajuk panjang

Dalam tajuk panjang, anda mempunyai 90 aksara untuk menerangkan usul nilai jenama atau produk anda. Cuba hasilkan tajuk yang menarik dan berguna kepada pengguna. Bergantung pada tempat iklan anda disiarkan, tajuk panjang anda boleh dipaparkan tanpa teks perihalan tambahan. Pastikan tajuk panjang bersifat kendiri dan menyatakan sesuatu yang unik.

Tambahkan suapan untuk pemasaran semula dinamik

Tindakan memautkan kempen anda kepada suapan biasanya menghasilkan pengalaman pengguna yang lebih hebat. Kualiti maklumat produk yang anda berikan menentukan pengguna yang paling berminat untuk melihat iklan anda dan memberikan hasil suapan berkualiti tinggi yang menyeluruh dalam iklan yang lebih berkaitan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menghasilkan iklan untuk pemasaran semula dinamik

Perihal label prestasi

Aset kreatif berlainan yang anda muat naik untuk kempen anda akan menghasilkan keputusan yang berbeza-beza dan akan dapat melihat data tersebut lama-kelamaan. Setelah aset tersebut disiarkan cukup lama untuk mengumpulkan data dengan keertian statistik, anda akan dapat lihat label prestasi, yang merupakan kekuatan prestasi berdasarkan data bagi setiap aset anda—perihalan, tajuk atau imej—dalam laporan aset. Anda mungkin melihat pemberitahuan Prestasi Rendah di sebelah mana-mana aset anda semasa mengedit iklan anda, yang membolehkan alat Google Ads membimbing anda untuk membuat pelarasan sebagaimana perlu dan membantu anda membuat set aset yang lebih optimum.

Kekuatan iklan

Kekuatan iklan menganggarkan perkaitan, kuantiti dan kepelbagaian kandungan iklan anda. Tindakan memastikan iklan anda mempunyai kandungan yang berkaitan dan unik yang membolehkan anda memaparkan iklan yang tepat kepada bakal pelanggan anda dan meningkatkan prestasi iklan anda.

Perkara ini ialah penilaian keseluruhan dan penunjuk kemajuan untuk iklan paparan responsif. Penilaian ini adalah berdasarkan kuantiti dan kepelbagaian aset. Dengan menambah lebih banyak aset unik, anda boleh meningkatkan penilaian ini dan peluang untuk menjana kreatif terbaik untuk dipaparkan kepada pelanggan anda. Perkara ini ditunjukkan sebagai lajur dalam laporan iklan anda dalam pengalaman baharu Google Ads. Ketahui lebih lanjut tentang kekuatan iklan

Terdapat dua komponen lagi untuk kekuatan iklan:

  1. Langkah seterusnya: Syor yang lebih berkesan atau langkah seterusnya untuk meningkatkan persediaan iklan.
  2. Kemajuan aset: Penilaian kemajuan untuk setiap daripada tiga jenis aset utama (Imej, Tajuk Pendek, Perihalan).

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16537288354001579676
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false