Perihal iklan carian responsif

Penting
  • Mulai 30 Jun 2022, anda tidak lagi akan dapat membuat atau mengedit iklan teks dikembangkan.
  • Iklan teks dikembangkan akan terus disiarkan dan anda masih akan menemukan laporan tentang prestasi mereka selepas ini.
  • Anda masih akan dapat menjeda dan meneruskan iklan teks dikembangkan anda atau mengalih keluar kemudian jika diperlukan.
  • Kami amat menggalakkan anda untuk beralih kepada iklan carian responsif.
  • Ketahui lebih lanjut tentang perubahan ini pada iklan teks dikembangkan

Iklan carian responsif membolehkan anda membuat iklan yang disesuaikan untuk menunjukkan mesej yang lebih berkaitan kepada pelanggan anda. Masukkan berbilang tajuk dan perihalan semasa membuat iklan carian responsif dan dari semasa ke semasa, Google Ads akan menguji gabungan yang berlainan secara automatik dan mempelajari gabungan yang mempunyai prestasi terbaik. Iklan carian responsif boleh meningkatkan prestasi kempen anda dengan menyesuaikan kandungan iklan anda supaya lebih sepadan dengan istilah carian bakal pelanggan.

Petua
  • Aset boleh ditunjukkan dalam apa-apa tertib, jadi pastikan aset tersebut dapat difahami secara berasingan atau bersama-sama dan tidak melanggar dasar kami atau undang-undang tempatan.
  • Anda disyorkan agar mempunyai satu iklan carian responsif bagi setiap kumpulan iklan dengan sekurang-kurangnya Kekuatan Iklan 'Baik' atau 'Cemerlang'. Terdapat had 3 iklan carian responsif untuk setiap kumpulan iklan.
  • Sekiranya anda mempunyai teks yang sepatutnya muncul dalam setiap iklan, anda hendaklah menambahkan teks tersebut di sama ada Kedudukan tajuk 1, Kedudukan tajuk 2 atau Kedudukan perihalan 1.
  • Sila lihat Panduan teknikal Automasi Carian untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat yang digunakan Google, cara pertanyaan sepadan dengan kata kunci, cara automasi menjadikan padanan kata kunci lebih berkesan dan perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi.
  • Ketahui lebih lanjut tentang membuat iklan Carian yang berkesan

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Faedah

Iklan carian responsif membantu anda:

  • Membuat iklan fleksibel yang disesuaikan dengan lebar peranti dan menyediakan lebih banyak ruang untuk berkongsi pesanan anda dengan bakal pelanggan.
  • Menjimatkan masa dengan menyediakan pelbagai pilihan tajuk dan perihalan, yang membolehkan Google Ads memaparkan gabungan yang paling berkaitan kepada pelanggan anda.
  • Menyesuaikan tajuk dan perihalan anda dengan lokasi, lokasi kerap atau lokasi tarikan pelanggan anda.
  • Menjangkau lebih ramai bakal pelanggan melalui pelbagai pilihan tajuk dan perihalan yang memberikan peluang kepada iklan anda untuk bersaing dalam lebih banyak lelongan dan memadankan lebih banyak pertanyaan.
  • Meningkatkan prestasi kumpulan iklan dengan menarik klik dan penukaran tambahan yang tidak diperoleh oleh iklan teks anda yang sedia ada, memandangkan iklan carian responsif membolehkan anda bersaing dalam lebih banyak lelongan.

Cara ciri ini berfungsi

Lebih banyak tajuk dan perihalan yang anda masukkan, semakin tinggi peluang Google Ads untuk menyiarkan iklan yang lebih sepadan dengan pertanyaan carian bakal pelanggan anda, yang dapat meningkatkan prestasi iklan anda.

Setelah anda memasukkan tajuk dan perihalan, Google Ads memasang teks menjadi berbilang gabungan iklan melalui cara yang mengelakkan kelewahan. Berbeza daripada iklan teks dikembangkan, anda boleh menyediakan sehingga 15 tajuk dan 4 perihalan bagi satu iklan carian responsif.

Seterusnya, dalam mana-mana iklan tertentu, maksimum 3 tajuk dan 2 perihalan akan dipilih untuk dipaparkan dalam gabungan serta tertib yang berlainan. Sebahagian daripada teks iklan anda mungkin dipaparkan dalam huruf tebal secara automatik apabila teks tersebut sepadan atau hampir sepadan dengan pertanyaan carian pengguna. Dari semasa ke semasa, Google Ads akan menguji gabungan iklan yang paling berpotensi dan mengetahui gabungan yang paling berkaitan untuk pertanyaan yang berlainan.

Optimumkan kempen anda semasa anda membuat kempen tersebut

Sambil anda membuat kempen, anda mungkin menerima pemberitahuan berdasarkan pilihan tetapan anda. Pemberitahuan ini mungkin memaklumi anda tentang isu yang boleh menyebabkan pengurangan prestasi atau yang mungkin cukup ketara untuk menghalang anda daripada menerbitkan kempen anda.

Menu navigasi pembinaan kempen yang dipaparkan semasa anda membina kempen anda memberikan gambaran holistik terhadap kemajuan pembinaan anda dan akan menarik perhatian kepada pemberitahuan yang mungkin ingin anda tangani. Beralih antara langkah dalam menu navigasi untuk menyemak dan menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku berkenaan penyasaran, pembidaan, belanjawan atau tetapan kempen anda yang lain dengan mudah. Ketahui cara Menyediakan kempen anda untuk mencapai kejayaan.

Arahan

Buat iklan carian responsif

  1. Pada menu halaman di sebelah kiri, klik Iklan & aset.
  2. Klik butang tambah dan pilih Iklan carian responsif.
  3. Masukkan URL akhir dan teks laluan paparan. Semasa anda menaip, pratonton iklan anda akan kelihatan di sebelah kanan.
    • Nota: Pratonton menunjukkan kemungkinan iklan yang dibina menggunakan aset anda. Tidak semua gabungan ditunjukkan dan iklan mungkin dipendekkan dalam sesetengah format.
  4. Masukkan tajuk anda. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya 3 tajuk, tetapi anda boleh memasukkan hingga 15 tajuk.
  5. Masukkan perihalan anda. Anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya 2 perihalan, tetapi anda boleh memasukkan hingga 4 tajuk.
  6. Klik Simpan.
Petua untuk memasukkan tajuk anda
  • Perlu diingat bahawa tajuk dan perihalan mungkin dipaparkan dalam apa-apa tertib.
  • Tulis 3 tajuk pertama seolah-olah tajuk tersebut akan dipaparkan bersama dalam iklan anda.
  • Pastikan anda menyertakan sekurang-kurangnya satu kata kunci anda dalam tajuk tersebut dan buat tajuk yang berkaitan dengan kata kunci yang anda sasarkan.
  • Fokus untuk menyediakan sebanyak mungkin tajuk yang unik. Lebih banyak tajuk memberikan Google Ads lebih banyak pilihan untuk menyusun mesej anda dalam iklan yang berkaitan, yang mungkin meningkatkan prestasi.
    • Cuba serlahkan manfaat produk atau perkhidmatan tambahan, masalah yang sedang anda selesaikan atau maklumat penghantaran dan pemulangan. Ketahui lebih lanjut tentang membuat iklan Carian yang berkesan
    • Anda boleh menyediakan lebih banyak tajuk dengan membuat variasi tajuk yang telah anda masukkan. Sebagai contoh, guna seruan tindak yang berlainan.

Edit iklan carian responsif

  1. Pada menu halaman di sebelah kiri, klik Iklan & aset.
  2. Klik dalam bar di atas jadual hasil untuk menambah penapis.
  3. Dalam menu lungsur yang kelihatan, klik Atribut, kemudian Jenis iklan.
  4. Tandai kotak bersebelahan dengan "Iklan carian responsif".
  5. Dalam jadual hasil, tuding pada iklan yang ingin anda edit, kemudian klik ikon edit Edit.
  6. Pilih Edit.
  7. Buat perubahan yang anda inginkan pada URL iklan, URL akhir, tajuk, perihalan atau pilihan URL.
  8. Klik Simpan.
    • Nota: Sekiranya mana-mana tajuk atau perihalan dialih keluar atau diedit, iklan yang sedang disiarkan boleh berubah dan boleh memberi kesan pada prestasi anda.

Sematkan tajuk dan perihalan di kedudukan tertentu

Secara lalai, apabila anda membuat iklan carian responsif, tajuk dan perihalan boleh kelihatan dalam apa-apa tertib. Anda boleh mengawal tempat tajuk dan perihalan individu kelihatan dalam iklan anda dengan menyematkan tajuk dan perihalan di kedudukan tertentu.

Sebagai contoh, jika anda perlu menunjukkan penafian dalam setiap iklan, anda boleh menulis penafian sebagai perihalan iklan carian responsif dan menyemat penafian tersebut di Kedudukan perihalan 1. Perkara ini memastikan semua iklan yang dipaparkan kepada pelanggan akan menyertakan penafian di bahagian pertama perihalan.

  1. Buat atau edit iklan carian responsif (rujuk langkah di atas).
  2. Di sebelah kanan mana-mana tajuk atau perihalan yang ingin anda sematkan, klik ikon semat Pin, kemudian pilih kedudukan yang ingin anda sematkan tajuk atau perihalan.
  3. Untuk menyemat mana-mana tajuk atau perihalan yang dinyahsemat, klik ikon semat Pin, kemudian pilih kedudukan yang ingin anda paparkan tajuk atau perihalan tersebut.
  4. Klik Simpan.
    • Nota: Sekiranya mana-mana tajuk atau perihalan dialih keluar atau diedit, iklan yang sedang disiarkan boleh berubah dan boleh memberi kesan pada prestasi anda.

Petua

  • Tindakan menyematkan satu tajuk atau perihalan akan menyebabkan tajuk atau perihalan tersebut hanya dipaparkan di kedudukan khusus tersebut, yang menghalang tajuk atau perihalan lain daripada kelihatan di tempat itu. Memandangkan penyematan mengurangkan jumlah keseluruhan tajuk atau perihalan yang boleh dipadankan dengan carian bakal pelanggan, penyematan tidak disyorkan untuk kebanyakan pengiklan dan boleh mempengaruhi kekuatan iklan.
  • Cuba sematkan 2 atau 3 tajuk atau perihalan di setiap kedudukan supaya mana-mana tajuk atau perihalan tersebut dapat dipaparkan di kedudukan tersebut. Perkara ini memberi anda lebih fleksibiliti untuk mengetahui tajuk atau perihalan yang berprestasi lebih baik.
    • Contoh: Jika anda menyematkan tajuk "Laman Web Rasmi" pada kedudukan Tajuk 1, maka semua iklan akan mempunyai "Laman Web Rasmi" sebagai tajuk pertama. Walau bagaimanapun, jika anda menyematkan tajuk kedua, contohnya "Laman Rasmi", di kedudukan Tajuk 1, maka semua iklan akan menunjukkan sama ada "Laman Web Rasmi" atau "Laman Rasmi" sebagai tajuk pertama.
  • Jika anda mempunyai tajuk dan/atau perihalan yang disematkan di semua kedudukan yang tersedia, tajuk dan/atau perihalan yang tidak disemat tidak akan dipaparkan.
  • Tajuk atau perihalan yang disemat di kedudukan Tajuk 1, kedudukan Tajuk 2 atau kedudukan Perihalan 1 akan dipaparkan pada setiap masa. Kandungan yang disemat di kedudukan Tajuk 3 dan kedudukan Perihalan 2 tidak dijamin akan dipaparkan dalam setiap iklan. Sekiranya anda mempunyai teks yang sepatutnya muncul dalam setiap iklan, maka anda hendaklah menyematkan teks tersebut sama ada di Kedudukan tajuk 1, Kedudukan tajuk 2 atau Kedudukan perihalan 1.

Laporkan prestasi iklan carian responsif anda

Di halaman "Iklan & aset", anda boleh menemukan metrik prestasi yang sama untuk setiap iklan carian responsif yang disenaraikan bagi iklan teks anda yang lain. Jadual statistik menunjukkan jumlah untuk semua gabungan iklan yang dibuat menggunakan tajuk dan perihalan yang anda masukkan bagi setiap iklan carian responsif.

  1. Pada menu halaman di sebelah kiri, klik Iklan & aset.
  2. Klik dalam bar di atas jadual hasil untuk menambah penapis.
  3. Dalam menu lungsur yang kelihatan, klik Atribut, kemudian Jenis iklan.
  4. Tandai kotak bersebelahan dengan "Iklan carian responsif".
  5. Klik Gunakan.
  6. Klik ikon muat turun Gambara ikon muat turun untuk Google Ads dan Merchant Center.
  7. Pilih format laporan (sebagai contoh, .csv, .pdf).

Anda juga boleh melihat pelaporan untuk aset individu dan gabungan aset.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14773080094679755238
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false