Perihal tetapan "Penyasaran" dan "Pemerhatian"

Terdapat pelbagai kaedah penyasaran kempen dan kumpulan iklan yang tersedia untuk membantu anda menjangkau bakal pelanggan. Anda boleh menyasarkan iklan anda dengan memilih kriteria, seperti khalayak yang ingin dijangkau atau kandungan yang anda mahu iklan anda dipaparkan.

Dalam sesetengah keadaan, anda boleh melihat prestasi iklan apabila pelanggan sepadan dengan kriteria tertentu, namun anda tidak perlu menyekat iklan anda untuk hanya dipaparkan dengan kriteria tersebut. Ciri “Pemerhatian” membolehkan anda memantau dan menetapkan bidaan tersuai untuk kriteria tanpa mengehadkan jangkauan anda.

Artikel ini menerangkan cara tetapan penyasaran dan pemerhatian berfungsi. Untuk mendapatkan arahan langkah demi langkah tentang penyediaan ciri ini, semak Pilih penyasaran dan pemerhatian.

Perihal tetapan "Penyasaran"

Apabila anda menggunakan tetapan "Penyasaran" untuk kempen atau kumpulan iklan anda (seperti khalayak perkaitan, peletakan atau pemasaran semula), anda memberitahu Google Ads pengguna yang mahu anda jangkau dengan iklan anda atau tempat yang anda mahu iklan anda dipaparkan di Internet.

Untuk kempen Paparan, jika anda tidak menambahkan kaedah penyasaran pada kumpulan iklan, satu-satunya pengehadan terhadap tempat yang iklan anda boleh dipaparkan ialah tetapan kempen dan akaun, seperti pengecualian kandungan, lokasi dan bahasa. Perkara ini bermakna bahawa iklan anda boleh disiarkan di mana-mana tempat di web, merentas Display Network dan YouTube dalam tetapan kempen dan akaun anda.

Masa menggunakan ciri ini

Gunakan tetapan "Penyasaran" dalam kumpulan iklan atau kempen anda, apabila anda mahu menyempitkan kumpulan iklan anda agar dipaparkan kepada khalayak tertentu atau pada kandungan tertentu yang telah anda pilih sahaja. Penyasaran disyorkan untuk semua pengiklan dalam kempen Paparan mereka.

Sentiasa ingat
  • Penyasaran mengehadkan jangkauan kumpulan iklan anda.
  • Selain menyempitkan jangkauan, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan bidaan tersuai atau pelarasan bidaan terhadap kriteria tertentu dalam penyasaran anda. Ketahui lebih lanjut Perihal ciri pembidaan dalam kempen Paparan.

Perihal tetapan "Pemerhatian"

Apabila anda menggunakan tetapan "Pemerhatian", jangkauan kempen atau kumpulan iklan anda tidak dipengaruhi. Dalam erti kata lain, tetapan "Pemerhatian" tidak akan mengubah khalayak yang melihat iklan anda atau tempat iklan tersebut boleh dipaparkan. Walau bagaimanapun, tetapan "Pemerhatian" membenarkan anda memantau prestasi iklan pada peletakan, topik atau khalayak yang anda pilih semasa kempen anda berjalan. Harap maklum bahawa "pemerhatian" menunjukkan kepada anda prestasi kriteria tambahan apabila kriteria tersebut termasuk dalam skop penyasaran anda yang sedia ada.

Anda kemudiannya boleh menggunakan data ini untuk membimbing tindakan selanjutnya dalam kempen anda, seperti membuat pelarasan bidaan pada kriteria tertentu. Anda juga boleh memutuskan untuk membuat kumpulan iklan baharu dengan kriteria penyasaran berdasarkan pemerhatian anda.

Anda boleh menggunakan tetapan "Pemerhatian" dengan mengakses halaman "Edit semua penyasaran". Anda juga boleh menambah kaedah pemerhatian daripada halaman pelaporan kaedah itu, jika kaedah tersebut tidak digunakan untuk penyasaran dalam kumpulan iklan. Nota: Anda tidak boleh menambah kaedah pemerhatian ketika anda mula-mula membuat kumpulan iklan.

Masa menggunakan ciri ini

Gunakan tetapan "Pemerhatian" jika anda tidak mahu menyempitkan lagi penyasaran kempen atau kumpulan iklan, tetapi anda mahu memantau prestasi kriteria tertentu terhadap iklan anda. Tetapan "Pemerhatian" disyorkan untuk semua kempen Carian dan juga kempen Paparan bagi pengiklan yang lebih berpengalaman.

Untuk kempen yang menggunakan Pembidaan Pintar, segmen khalayak pihak pertama yang ditambahkan di bawah tetapan “Pemerhatian” akan digunakan sebagai isyarat bagi strategi Pembidaan Pintar. Ketahui lebih lanjut Perihal segmen khalayak.

Sentiasa ingat
  • Tetapan "Pemerhatian" tidak mengehadkan jangkauan kempen atau kumpulan iklan anda.
  • Data dilaporkan bagi iklan yang memenuhi kriteria yang dipilih untuk pemerhatian dan penyasaran.
  • Selain memerhatikan prestasi kriteria, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan bidaan tersuai atau pelarasan bidaan terhadap kriteria tertentu dalam pemerhatian anda. Ketahui lebih lanjut Perihal ciri pembidaan dalam kempen Paparan.

Contoh

Penyasaran

Abbey memiliki sebuah kedai yang menjual jaket motosikal untuk wanita. Untuk kumpulan iklan "Penunggang Motosikal Wanita", Abbey memilih jantina "Wanita" di bawah demografi dan khalayak perkaitan "Peminat Motosikal". Pilihan "Penyasaran" ini akan menyempitkan jangkauan kumpulan iklan Abbey yang membolehkan iklan beliau hanya dipaparkan kepada wanita yang meminati motosikal.

Pemerhatian

Abbey tertanya-tanya sama ada ramai pelanggan beliau berminat untuk membeli pakaian sukan. Abbey mahu mengetahui lebih lanjut tetapi tidak mahu mengehadkan lagi jangkauan kumpulan iklan beliau. Abbey mengklik ikon pensel pada halaman Khalayak, memilih kempen beliau, memilih khalayak berdasarkan "Perkara yang sedang mereka teliti atau rancang secara aktif", pilih Pakaian & Aksesori, kemudian Pakaian sukan untuk kriteria pemerhatian.

Dengan tetapan pemerhatian ini, Abbey dapat melihat laporan tentang bilangan tera iklan yang dipaparkan kepada pengguna yang turut berada dalam pasaran untuk pakaian sukan. Perlu diingat bahawa, pemerhatian dilaporkan apabila pemerhatian tersebut bertindih dengan penyasaran sedia ada (dalam keadaan ini "Pemakai Pakaian Sukan Wanita" dan "Peminat Motosikal").

Oleh yang demikian, jika iklan yang dipaparkan kepada pengguna yang turut berminat dengan Pakaian sukan menunjukkan prestasi yang berlainan daripada iklan lain, Abbey boleh menaikkan atau menurunkan bidaan beliau untuk khalayak ini. Abbey juga boleh membuat kumpulan iklan baharu yang menyasarkan pengguna yang berminat dengan Pakaian sukan ini, jika beliau mahu menggunakan laman penambat atau tawaran khas untuk mereka.

Ketersediaan Penyasaran dan Pemerhatian

Dalam kempen Display Network

Penggunaan disyorkan: “Penyasaran” and “Pemerhatian”

Anda boleh menggunakan kaedah penyasaran berikut untuk kempen atau kumpulan iklan anda:

  • Kata kunci paparan/video
  • Peletakan
  • Topik
Nota: Demografi dan Kata kunci paparan/video menggunakan tetapan standard “Penyasaran”. Secara lalai, semua kumpulan demografi disasarkan, melainkan anda membuat sebarang perubahan.

Anda boleh menggunakan kaedah pemerhatian berikut untuk kempen atau kumpulan iklan anda:

  • Peletakan
  • Topik
Nota: Kata kunci paparan/video tidak boleh digunakan dalam mod Pemerhatian.

Walaupun anda boleh menggunakan gabungan satu kaedah penyasaran dan satu kaedah pemerhatian (sebagai contoh, penyasaran Topik dan pemerhatian Peletakan) dalam kempen atau kumpulan iklan yang sama, tindakan ini tidak disyorkan. Tindakan ini boleh mengehadkan hasil carian pemerhatian sebenar anda.

Kami mengesyorkan agar anda menyediakan penyasaran anda berdasarkan hasil pemerhatian anda supaya anda boleh memaksimumkan hasil penyasaran sebenar anda. Sebagai contoh:

  • Penyasaran topik dan penyasaran Peletakan
  • Penyasaran kata kunci paparan/video dan penyasaran Peletakan atau Topik

Dalam kempen Rangkaian Carian dan Beli-belah

Penggunaan yang disyorkan: “Pemerhatian”

Anda boleh menggunakan "Pemerhatian" untuk Khalayak, yang menyertakan segmen data untuk iklan Carian. Ketahui lebih lanjut Perihal segmen data anda untuk iklan Carian.


Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17258941811431050796
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false