Aset harga boleh menambah lebih banyak nilai pada iklan teks Rangkaian Carian dengan menyediakan pameran yang lebih besar untuk perkhidmatan dan rangkaian produk anda selain menghubungkan pengguna secara terus kepada perkara yang diminati oleh mereka di laman anda. Ini membolehkan pengguna mencari perkara yang mereka mahu dengan lebih cepat melalui iklan anda.
Sebagai contoh, katakan anda memiliki salun rambut. Anda boleh menambah lebih banyak aset harga am untuk "gunting rambut," "pewarnaan rambut" dan "rawatan" untuk kempen dengan kata kunci yang lebih umum. Atau anda boleh menambah aset pada kumpulan iklan yang disasarkan. Kumpulan iklan "Mewarna rambut" anda mungkin termasuk aset seperti: "Mewarna separa," "Mewarna penuh," "Mewarna penuh + Perapi" dan "Glos separa kekal". Aset harga membolehkan anda memberi pengguna gambaran tentang kepelbagaian tawaran perniagaan anda.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang manfaat aset harga.
Nota: Aset harga dipautkan secara terus ke laman anda, jadi pastikan laman anda dioptimumkan untuk komputer dan semua peranti mudah alih. Ketahui cara Membuat laman mudah alih yang berkesan.
Manfaat
Berikut ialah beberapa sebab yang boleh dipertimbangkan untuk menambah aset harga pada iklan anda:
- Tonjolkan tawaran anda. Aset harga mempamerkan tawaran perniagaan anda dalam format interaktif yang boleh ditatal oleh pengguna.
- Membuat pintasan untuk penukaran. Apabila pengguna mengklik atau mengetik item tertentu pada menu harga anda, mereka akan menuju terus ke item tersebut di laman anda.
- Meningkatkan kesan—dengan usaha yang minimum. Anda tidak perlu membuat iklan teks baharu atau mengedit iklan yang lama.
- Mudah dikemas kini. Ubah nama item anda dan perihalan bila-bila masa yang anda mahukan, agar sentiasa terkini untuk jualan dan tawaran istimewa. Dan berita baik—anda boleh mengedit aset harga anda tanpa menetapkan semula statistik prestasi.
- Fleksibel dan boleh diperibadikan. Anda boleh menambahkan aset harga pada akaun, kempen atau kumpulan iklan, bergantung pada iklan yang anda mahu paparkan pautan laman tersebut. Anda juga boleh menyatakan tarikh, hari atau masa yang aset harga anda layak untuk dipaparkan.
Cara ciri ini berfungsi
Aset harga muncul di bawah iklan teks anda pada komputer dan mudah alih di samping menyediakan lebih banyak ruang untuk anda menerangkan kepada pengguna dengan terperinci tentang perkara yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Aset harga dipaparkan dalam kumpulan 8 kad yang boleh dilihat oleh pengguna untuk menyemak pilihan dan harga yang berbeza. Daripada menu harga anda, pengguna boleh menuju terus ke item yang diminati di laman anda.
Sebelum anda bermula
Anda telah menyediakan aset harga anda, anda perlu ingat tentang perkara yang pengguna akan cari apabila mereka menemui iklan anda. Fikirkan tentang kata kunci khusus iklan anda dan cuba padankan dengan peringkat kekhususan aset yang anda buat. Sebagai contoh, jika kata kunci anda adalah bertujuan untuk pengguna mencari "cadar mewah," kemudian aset anda perlu memberi pengguna maklumat khusus perkara yang mereka inginkan: julat cadar mereka boleh beli dan harga setiap jenis. Perlu diingat bahawa pengguna yang mencari cadar kemungkinan besar tidak mahu menemukan maklumat tentang tuala atau ambal. Aset harga mungkin tidak tersedia dalam bahasa dan mata wang tertentu. Ketahui bahasa dan mata wang yang tersedia untuk aset harga dalam bahagian di bawah.
Bahasa dan mata wang yang tersedia
Kini aset harga tersedia dalam bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Poland, Portugis, Sepanyol dan Sweden.
Kod | Mata wang |
---|---|
ARS |
Peso Argentina |
AUD |
Dolar Australia |
BOB |
Boliviano |
BRL |
Real Brazil |
CAD |
Dolar Kanada |
CHF |
Franc Switzerland |
CLP |
Peso Chile |
COP |
Peso Colombia |
EUR |
Euro |
GBP |
Pound sterling |
HKD |
Dolar Hong Kong |
INR |
Rupee India |
JPY |
Yen Jepun |
MXN |
Peso Mexico |
NZD |
Dolar New Zealand |
PEN |
Sol Peru |
PHP |
Peso Filipina |
PLN |
Złoty Poland |
RUB |
Ruble Rusia |
SEK |
Krona Sweden |
SGD |
Dolar Singapura |
USD |
Dolar Amerika Syarikat |
VEF |
Bolívar Venezuela |
ZAR |
Rand Afrika Selatan |
Jenis aset tertentu mempunyai keperluan yang perlu anda ikuti untuk mempamerkan iklan anda. Rujuk bahagian di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Keperluan untuk setiap jenis aset harga
Jenama
Semua tajuk perlu berbentuk jenama sebenar yang ditawarkan dan tidak boleh mengandungi apa-apa selain nama jenama. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu memberi maklumat lanjut tentang jenama tertentu.
- Contoh tajuk: Google for Work
- Contoh perihalan: E-mel profesional, kalendar dan storan dalam talian
Peristiwa
Semua tajuk perlu berkaitan dengan peristiwa tertentu (seperti tarikh peristiwa, lokasi peristiwa, jenis peristiwa, atau pelaku). Untuk setiap tajuk, perihalan perlu menyediakan maklumat lanjut tentang acara tertentu.
- Contoh tajuk: 19 November atau Pameran Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur
- Contoh perihalan: Pameran Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur atau 19/11/16
Lokasi
Semua tajuk perlu berbentuk lokasi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu menyediakan maklumat lanjut tentang lokasi tertentu.
- Contoh tajuk: Pulau Pinang
- Contoh perihalan: Daerah percutian, Pulang Pinang
Kejiranan
Semua tajuk perlu berbentuk subkawasan atau daerah dalam bandar atau wilayah. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu memberi maklumat lanjut tentang kejiranan khusus itu.
- Contoh tajuk: Lembah Kelang
- Contoh perihalan: Kondo 1 bilik tidur, 2 bilik tidur
Kategori produk
Semua tajuk perlu berbentuk variasi kategori produk. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut yang khusus tentang kategori produk tersebut.
- Contoh tajuk: Kasut tenis
- Contoh perihalan: Lelaki, wanita, kanak-kanak
Peringkat produk
Semua tajuk perlu berbentuk peringkat atau saiz. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang peringkat khusus itu.
- Contoh tajuk: Deluks
- Contoh perihalan: Bakul hadiah terbesar kami
-
Perkhidmatan
Semua tajuk mesti berbentuk jenis perkhidmatan. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan khusus itu.
- Contoh tajukL Pemutihan gigi
- Contoh perihalan: Janji temu jumpa terus 30 minit
Kategori perkhidmatan
Semua tajuk perlu berbentuk variasi kategori perkhidmatan, yang merupakan kategori yang termasuk beberapa perkhidmatan khusus. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang kategori perkhidmatan khusus itu.
- Contoh tajuk: Pergigian
- Contoh perihalan: Kanak-kanak, tampalan, pemutihan
Peringkat perkhidmatan
Semua tajuk perlu berbentuk peringkat perkhidmatan. Perihalan mesti menyediakan panduan lanjut tentang setiap peringkat perkhidmatan.
- Contoh tajuk: Hotel 3 bintang
- Contoh perihalan:: Sarapan percuma, Internet percuma
Arahan
Bahagian di bawah memberikan arahan langkah demi langkah untuk membuat, menambah dan mengedit aset harga. Perlu diingat bahawa terdapat beberapa had yang dikenakan terhadap akaun Google Ads anda. Jika anda menggunakan banyak aset atau suapan, anda disyorkan agar mengalih keluar atau menggantikan item yang tidak lagi digunakan. Ketahui lebih lanjut Tentang had akaun Google Ads anda
Buat aset harga
- Log masuk ke akaun Google Ads anda.
- Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri, kemudian klik Aset pada menu subhalaman.
- Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Klik ikon tambah , kemudian klik Aset harga.
- Pilih peringkat yang ingin anda tambahkan aset dengan menggunakan menu lungsur “Tambah ke”.
- Masukkan bahasa, jenis, mata wang dan pelayak harga untuk aset harga.
- Isi pengepala, harga, perihalan dan URL akhir setiap produk atau perkhidmatan yang mahu anda tampilkan. Anda mesti memasukkan sekurang-kurangnya 3 item. Anda disyorkan agar menyenaraikan 5 item atau lebih.
- Anda tidak perlu menggunakan URL akhir yang lain untuk setiap baris jika anda hanya mempunyai satu yang tersedia.
- Aset boleh mengandungi sehingga 25 aksara bagi setiap pengepala dan 25 aksara bagi setiap perihalan. Perihalan atau pengepala anda mungkin disingkatkan untuk skrin mudah alih yang lebih sempit.
- Untuk keperluan tertentu setiap jenis aset harga, rujuk bahagian seterusnya dalam artikel ini.
- Perlu diingat bahawa aset anda mungkin juga kadangkala kelihatan tanpa perihalan.
- Harga yang anda berikan mungkin terpotong atau dibundarkan untuk dipaparkan pada mudah alih. Sebagai contoh, $12,345.67 mungkin dipaparkan sebagai $12.4K.
- Klik Simpan untuk menyimpan aset harga baharu anda.
Tambahkan aset harga
1. Muat turun templat hamparan
- Log masuk ke akaun Google Ads anda.
- Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri.
- Klik Aset dalam menu subhalaman, kemudian klik ikon paparan “Jadual” di penjuru kanan sebelah atas.
- Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Pilih Perkaitan daripada menu lungsur “Paparan jadual”.
- Di penjuru kanan sebelah atas, klik ikon 3 titik .
- Klik Muat Naik.
- Klik Lihat templat dalam tetingkap baharu yang dipaparkan untuk memilih format hamparan yang ingin anda muat turun.
2. Buat perubahan pada hamparan
Anda boleh menambah nama kempen dan kumpulan iklan yang ingin anda tambahkan aset.
Kempen (diperlukan): Masukkan nama kempen anda di bawah medan “Kempen” untuk mengaitkan aset harga anda dengan kempen ini. Untuk mengaitkan aset harga anda dengan berbilang kempen, buat beberapa baris dengan kandungan yang sama kecuali nama kempen (jangan masukkan berbilang nama kempen dalam satu baris).
Kumpulan iklan (pilihan): Masukkan nama kumpulan iklan anda di bawah medan “Kumpulan iklan” untuk mengaitkan aset harga anda dengan kumpulan iklan ini. Sila ambil perhatian bahawa nama kempen diperlukan jika anda memilih untuk mengaitkan aset harga anda dengan kumpulan iklan. Kumpulan iklan tersebut hendaklah merupakan sebahagian daripada kempen yang anda pilih. Untuk mengaitkan aset harga anda dengan berbilang kumpulan iklan, buat beberapa baris dengan kandungan yang sama kecuali nama kumpulan iklan (jangan masukkan berbilang nama kumpulan iklan dalam satu baris).
Bahasa (diperlukan): Pastikan lajur “Bahasa” hamparan anda ditetapkan kepada lajur jenis “nilai”. Masukkan en untuk bahasa Inggeris.
Jenis (diperlukan): Masukkan salah satu jenis maklumat harga berikut:
- Jenama
- Peristiwa
- Lokasi
- Kejiranan
- Kategori produk
- Peringkat produk
- Kategori perkhidmatan
- Peringkat perkhidmatan
- Perkhidmatan
Pelayak harga (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan pelayak harga. Sebaliknya, masukkan salah satu daripada yang berikut:
- Daripada
- Sehingga
- Biasa
Templat penjejakan (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan templat penjejakan. Masukkan URL templat penjejakan anda.
Maklumat khusus untuk setiap item aset harga yang ingin dipamerkan (diperlukan): Masukkan perkara berikut:
- Pengepala item
- URL akhir item
- Perihalan item
- Harga item: Masukkan angka dengan 2 tempat perpuluhan dan ISO 4217 kod mata wang (contohnya, 34.99 USD). Jika bahasa yang dipilih menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menandakan titik perpuluhan, maka gunakan koma (contohnya, 34,99 EUR).
URL mudah alih akhir (pilihan)
Unit item (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan unit harga. Sebaliknya, masukkan salah satu daripada yang berikut:
- setiap jam
- sehari
- satu malam
- seminggu
- setiap bulan
- setiap tahun
Untuk mendapatkan maklumat tentang lajur pilihan yang selanjutnya bagi menentukan penjadualan dan julat tarikh, lawati Buat perubahan dengan muat naik pukal. Perlu diingat bahawa keutamaan peranti tidak tersedia untuk aset harga.
Nota: Jika anda mahu menambahkan aset pada peringkat kempen, biarkan lajur kumpulan iklan kosong. Jika anda mahu menambahkan aset pada peringkat akaun, biarkan lajur kempen dan kumpulan iklan kosong.
3. Muat naik hamparan anda untuk menggunakan dan menyimpan perubahan anda
- Log masuk ke akaun Google Ads anda.
- Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri.
- Klik Aset dalam menu subhalaman, kemudian klik ikon paparan “Jadual” di penjuru kanan sebelah atas.
- Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Di penjuru kanan sebelah atas, klik ikon 3 titik .
- Klik Muat Naik.
- Klik Lihat templat dalam kotak dialog yang terbuka untuk memilih format hamparan yang ingin anda muat turun.
- Pilih sumber daripada menu lungsur. Klik Pratonton perubahan untuk memastikan perubahan dalam hamparan anda ditunjukkan dengan tepat dalam akaun anda.
- Jika pratonton perubahan anda kelihatan baik, klik Gunakan.
Anda juga boleh memuat naik aset haga anda secara pukal untuk bahasa lain. Rujuk "Tambah aset harga secara pukal (dalam bahasa bukan Inggeris)" untuk semua nilai bahasa dan kod mata wang yang berkaitan untuk digunakan, bersama-sama nama yang diterjemahkan untuk setiap jenis aset harga, pelayak harga dan unit harga.
Tambahkan aset harga secara pukal (bahasa bukan Inggeris)
Bahasa
Masukkan salah satu kod bahasa yang berikut dalam lajur "Bahasa" hamparan anda:
Nilai | Bahasa |
---|---|
ms |
Bahasa Melayu |
es |
Sepanyol |
es-419 |
Sepanyol (Amerika Latin) |
fr |
Perancis |
it |
Itali |
ja |
Jepun |
nl |
Belanda |
pl |
Poland |
pt-br |
Portugis (Brazil) |
pt-pt |
Portugis (Portugal) |
ru |
Bahasa Rusia |
de |
Bahasa Jerman |
sv |
Sweden |
Jenis aset harga
Masukkan jenis aset harga dalam bahasa anda:
ms | de | fr | es |
---|---|---|---|
Jenama |
Marken |
Marques |
Marcas |
Acara |
Veranstaltungen |
Événements |
Eventos |
Lokasi |
Standorte |
Lieux |
Ubicaciones geográficas |
Kejiranan |
Stadtteile |
Quartiers |
Barrios |
Kategori produk |
Produktkategorien |
Catégories de produits |
Categorías de producto |
Peringkat produk |
Produktvarianten |
Niveaux de produits |
Gamas de producto |
Kategori perkhidmatan |
Dienstleistungskategorien |
Catégories de services |
Categorías de servicio |
Peringkat perkhidmatan |
Dienstleistungsvarianten |
Niveaux de services |
Gamas de servicio |
Perkhidmatan |
Dienstleistungen |
Perkhidmatan |
Servicios |
es-419 | it | ja | pt-br |
---|---|---|---|
Marcas |
Jenama |
ブランド |
Marcas |
Eventos |
Eventi |
イベント |
Eventos |
Lugares |
Località |
地域 |
Locais |
Barrios |
Quartieri |
周辺地域 |
Vizinhanças |
Categorías de producto |
Categorie di prodotti |
商品のカテゴリ |
Categorias de produto |
Niveles de producto |
Livelli di prodotto |
商品のバリエーション |
Níveis de produto |
Categorías de servicio |
Categorie di servizi |
サービスのカテゴリ |
Categorias de serviço |
Niveles de servicio |
Livelli di servizio |
サービスのバリエーション |
Níveis de serviço |
Servicios |
Servizi |
サービス |
Serviços |
pt-pt | nl | ru | pl | sv |
---|---|---|---|---|
Marcas |
Merken |
Бренды |
Marki |
Varumärken |
Eventos |
Evenementen |
События |
Wydarzenia |
Händelser |
Localizações |
Locaties |
Места |
Lokalizacje |
Platser |
Vizinhanças |
Buurten |
Районы |
Okolice |
Områden |
Categorias de produto |
Productcategorieën |
Категории товаров |
Kategorie produktów |
Produktkategorier |
Níveis de produto |
Productniveaus |
Виды товаров |
Typy produktów |
Produktnivåer |
Categorias de serviços |
Servicecategorieën |
Категории услуг |
Kategorie usług |
Tjänstekategorier |
Níveis de serviços |
Serviceniveaus |
Виды услуг |
Typy usług |
Tjänstenivåer |
Serviços |
Perkhidmatan |
Услуги |
Usługi |
Tjänster |
Pelayak harga
Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan pelayak harga. Sebaliknya, masukkan pelayak harga yang sesuai dalam bahasa anda
Bahasa | Pelayak “Daripada” | Pelayak “Sehingga” | Purata Pelayak "prt" |
---|---|---|---|
ms |
Daripada |
sehingga |
Purata |
de |
Ab |
Bis |
Durchschnitt |
fr |
Dès |
Max |
Prix moyen |
es |
Desde |
Hasta |
Media |
es-419 |
Desde |
Hasta |
Promedio |
it |
Da |
Fino a |
In media |
ja |
最低 |
最高 |
平均 |
pt-br |
A partir de |
Até |
Em média |
pt-pt |
Desde |
Até |
Em média |
nl |
Vanaf |
Tot |
Gemiddeld |
ru |
От |
До |
В среднем |
pl |
Od |
Do |
Średnio |
sv |
Från |
Till |
I genomsnitt |
Kod mata wang
Gunakan salah satu kod mata wang yang berikut dalam lajur "Harga item" anda. Masukkan angka yang mempunyai dua titik perpuluhan + kod mata wang (contohnya, 34.99 USD). Jika bahasa yang dipilih menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menandakan titik perpuluhan, maka gunakan koma (contohnya, 34,99 EUR).
Kod | Mata wang |
---|---|
ARS |
Peso Argentina |
AUD |
Dolar Australia |
BOB |
Boliviano |
BRL |
Real Brazil |
CAD |
Dolar Kanada |
CHF |
Franc Switzerland |
CLP |
Peso Chile |
COP |
Peso Colombia |
EUR |
Euro |
GBP |
Pound sterling |
HKD |
Dolar Hong Kong |
INR |
Rupee India |
JPY |
Yen Jepun |
MXN |
Peso Mexico |
NZD |
Dolar New Zealand |
PEN |
Sol Peru |
PHP |
Peso Filipina |
PLN |
Złoty Poland |
RUB |
Ruble Rusia |
SEK |
Krona Sweden |
SGD |
Dolar Singapura |
USD |
Dolar Amerika Syarikat |
VEF |
Bolívar Venezuela |
ZAR |
Rand Afrika Selatan |
Unit harga
Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan unit harga. Sebaliknya, masukkan unit harga dalam bahasa anda:
Bahasa | “Sejam” | “Sehari” | "Satu malam" | “Seminggu” | “Sebulan” | “Setahun” |
---|---|---|---|---|---|---|
ms |
Sejam |
Sehari |
Satu malam |
Seminggu |
Sebulan |
Setahun |
de |
Pro Stunde |
Pro Tag |
Pro Nacht |
Pro Woche |
Pro Monat |
Pro Jahr |
fr |
par heure |
par jour |
par nuit |
par semaine |
par mois |
par an |
es |
A la hora |
Al día |
A la noche |
A la semana |
Al mes |
Al año |
es-419 |
Por hora |
Por día |
A la noche |
Por semana |
Por mes |
Por año |
it |
All'ora |
Al giorno |
Per notte |
Alla settimana |
Al mese |
All'anno |
ja |
1 時間 |
1 日 |
一泊 |
1 週間 |
1 か月 |
1 年 |
pt-br |
Por hora |
Por dia |
Por noite |
Por semana |
Por mês |
Por ano |
pt-pt |
Por hora |
Por dia |
Por noite |
Por semana |
Por mês |
Por ano |
nl |
Per uur |
Per dag |
Per nacht |
Seminggu |
Per maand |
Per jaar |
ru |
в час |
в день |
в ночь |
в неделю |
в месяц |
в год |
pl |
za godzinę |
dziennie |
co noc |
tygodniowo |
miesięcznie |
rocznie |
sv |
Per timme |
Per dag |
Per natt |
Per vecka |
Per månad |
Setiap |
Edit aset harga
- Log masuk ke akaun Google Ads anda.
- Klik ikon alat di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
- Klik Data perniagaan di bawah "Persediaan" dan klik Suapan Aset Harga yang ingin anda edit.
- Klik ikon lanjur , kemudian pilih Ubah suai lajur.
- Kembangkan pilihan "Atribut" dan tandai "ID Item" (ini diperlukan untuk membuat pengeditan).
- Klik Gunakan.
- Muat turun laporan.
- Rujuk langkah-langkah berikut daripada bahagian "Edit data anda melalui hamparan" dalam artikel tentang Pastikan data perniagaan anda dikemas kini.
- Tambah lajur "Tindakan" tambahan pada laporan ini (Nilai di bawah lajur ini hendaklah "Ditetapkan" untuk dikemas kini dan "Alih keluar" untuk mengalih keluar item).
- Alih keluar lajur seperti "Status item", "Status", "Klik", "Tera" dan "Kos" daripada hamparan.
- Muat naik hamparan selepas membuat pengeditan pada aset yang anda inginkan dengan mengklik 3 titik.
Cara pengebilan berfungsi
Kos untuk satu klik pada aset harga bersamaan dengan klik pada tajuk atau URL paparan pada iklan. Klik aset harga dicaj apabila seseorang mengklik mana-mana item aset harga. Walau bagaimanapun, klik pada menu lungsur mudah alih untuk mengembangkan karusel tidak dicaj.
Aset harga memberi pengguna lebih banyak peluang untuk mengklik, tetapi anda tidak akan dicaj lebih daripada dua klik setiap teraan. Malah, jika seseorang mengklik beberapa pautan dengan cepat semasa melihat iklan, ini dianggap sebagai klik pendua atau tidak sah dan anda tidak akan dikenakan bayaran.