Perihal aset harga

Aset harga boleh menambah lebih banyak nilai pada iklan teks Rangkaian Carian dengan menyediakan pameran yang lebih besar untuk perkhidmatan dan rangkaian produk anda selain menghubungkan pengguna secara terus kepada perkara yang diminati oleh mereka di laman anda. Ini membolehkan pengguna mencari perkara yang mereka mahu dengan lebih cepat melalui iklan anda.

Sebagai contoh, katakan anda memiliki salun rambut. Anda boleh menambah lebih banyak aset harga am untuk "gunting rambut," "pewarnaan rambut" dan "rawatan" untuk kempen dengan kata kunci yang lebih umum. Atau anda boleh menambah aset pada kumpulan iklan yang disasarkan. Kumpulan iklan "Mewarna rambut" anda mungkin termasuk aset seperti: "Mewarna separa," "Mewarna penuh," "Mewarna penuh + Perapi" dan "Glos separa kekal". Aset harga membolehkan anda memberi pengguna gambaran tentang kepelbagaian tawaran perniagaan anda.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang manfaat aset harga.

Nota: Aset harga dipautkan secara terus ke laman anda, jadi pastikan laman anda dioptimumkan untuk komputer dan semua peranti mudah alih. Ketahui cara Membuat laman mudah alih yang berkesan.

Manfaat

Berikut ialah beberapa sebab yang boleh dipertimbangkan untuk menambah aset harga pada iklan anda:

  • Tonjolkan tawaran anda. Aset harga mempamerkan tawaran perniagaan anda dalam format interaktif yang boleh ditatal oleh pengguna.
  • Membuat pintasan untuk penukaran. Apabila pengguna mengklik atau mengetik item tertentu pada menu harga anda, mereka akan menuju terus ke item tersebut di laman anda.
  • Meningkatkan kesan—dengan usaha yang minimum. Anda tidak perlu membuat iklan teks baharu atau mengedit iklan yang lama.
  • Mudah dikemas kini. Ubah nama item anda dan perihalan bila-bila masa yang anda mahukan, agar sentiasa terkini untuk jualan dan tawaran istimewa. Dan berita baik—anda boleh mengedit aset harga anda tanpa menetapkan semula statistik prestasi.
  • Fleksibel dan boleh diperibadikan. Anda boleh menambahkan aset harga pada akaun, kempen atau kumpulan iklan, bergantung pada iklan yang anda mahu paparkan pautan laman tersebut. Anda juga boleh menyatakan tarikh, hari atau masa yang aset harga anda layak untuk dipaparkan.

Cara ciri ini berfungsi

Aset harga muncul di bawah iklan teks anda pada komputer dan mudah alih di samping menyediakan lebih banyak ruang untuk anda menerangkan kepada pengguna dengan terperinci tentang perkara yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Aset harga dipaparkan dalam kumpulan 8 kad yang boleh dilihat oleh pengguna untuk menyemak pilihan dan harga yang berbeza. Daripada menu harga anda, pengguna boleh menuju terus ke item yang diminati di laman anda.

Sebelum anda bermula

Anda telah menyediakan aset harga anda, anda perlu ingat tentang perkara yang pengguna akan cari apabila mereka menemui iklan anda. Fikirkan tentang kata kunci khusus iklan anda dan cuba padankan dengan peringkat kekhususan aset yang anda buat. Sebagai contoh, jika kata kunci anda adalah bertujuan untuk pengguna mencari "cadar mewah," kemudian aset anda perlu memberi pengguna maklumat khusus perkara yang mereka inginkan: julat cadar mereka boleh beli dan harga setiap jenis. Perlu diingat bahawa pengguna yang mencari cadar kemungkinan besar tidak mahu menemukan maklumat tentang tuala atau ambal. Aset harga mungkin tidak tersedia dalam bahasa dan mata wang tertentu. Ketahui bahasa dan mata wang yang tersedia untuk aset harga dalam bahagian di bawah.

Bahasa dan mata wang yang tersedia

Aset harga kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Poland, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Sweden.

Kod Mata wang

ARS

Peso Argentina

AUD

Dolar Australia

BOB

Boliviano

BRL

Real Brazil

CAD

Dolar Kanada

CHF

Franc Switzerland

CLP

Peso Chile

COP

Peso Colombia

EUR

Euro

GBP

Pound sterling

HKD

Dolar Hong Kong

INR

Rupee India

JPY

Yen Jepun

MXN

Peso Mexico

NZD

Dolar New Zealand

PEN

Sol Peru

PHP

Peso Filipina

PLN

Złoty Poland

RUB

Ruble Rusia

SEK

Krona Sweden

SGD

Dolar Singapura

USD

Dolar Amerika Syarikat

VEF

Bolívar Venezuela

ZAR

Rand Afrika Selatan

Jenis aset tertentu mempunyai keperluan yang perlu anda ikuti untuk mempamerkan iklan anda. Rujuk bahagian di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Keperluan untuk setiap jenis aset harga

Jenama

Semua tajuk perlu berbentuk jenama sebenar yang ditawarkan dan tidak boleh mengandungi apa-apa selain nama jenama. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu memberi maklumat lanjut tentang jenama tertentu.

  • Contoh tajuk: Google for Work
  • Contoh perihalan: E-mel profesional, kalendar dan storan dalam talian

Peristiwa

Semua tajuk perlu berkaitan dengan peristiwa tertentu (seperti tarikh peristiwa, lokasi peristiwa, jenis peristiwa, atau pelaku). Untuk setiap tajuk, perihalan perlu menyediakan maklumat lanjut tentang acara tertentu.

  • Contoh tajuk: 19 November atau Pameran Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur
  • Contoh perihalan: Pameran Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur atau 19/11/16

Lokasi

Semua tajuk perlu berbentuk lokasi yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu menyediakan maklumat lanjut tentang lokasi tertentu.

  • Contoh tajuk: Pulau Pinang
  • Contoh perihalan: Daerah percutian, Pulang Pinang

Kejiranan

Semua tajuk perlu berbentuk subkawasan atau daerah dalam bandar atau wilayah. Untuk setiap tajuk, penerangan perlu memberi maklumat lanjut tentang kejiranan khusus itu.

  • Contoh tajuk: Lembah Kelang
  • Contoh perihalan: Kondo 1 bilik tidur, 2 bilik tidur

Kategori produk

Semua tajuk perlu berbentuk variasi kategori produk. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut yang khusus tentang kategori produk tersebut.

  • Contoh tajuk: Kasut tenis
  • Contoh perihalan: Lelaki, wanita, kanak-kanak

Peringkat produk

Semua tajuk perlu berbentuk peringkat atau saiz. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang peringkat khusus itu.

  • Contoh tajuk: Deluks
  • Contoh perihalan: Bakul hadiah terbesar kami
  • Perkhidmatan

Semua tajuk mesti berbentuk jenis perkhidmatan. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan khusus itu.

  • Contoh tajukL Pemutihan gigi
  • Contoh perihalan: Janji temu jumpa terus 30 minit

Kategori perkhidmatan

Semua tajuk perlu berbentuk variasi kategori perkhidmatan, yang merupakan kategori yang termasuk beberapa perkhidmatan khusus. Untuk setiap tajuk, perihalan perlu memberi maklumat lanjut tentang kategori perkhidmatan khusus itu.

  • Contoh tajuk: Pergigian
  • Contoh perihalan: Kanak-kanak, tampalan, pemutihan

Peringkat perkhidmatan

Semua tajuk perlu berbentuk peringkat perkhidmatan. Perihalan mesti menyediakan panduan lanjut tentang setiap peringkat perkhidmatan.

  • Contoh tajuk: Hotel 3 bintang
  • Contoh perihalan:: Sarapan percuma, Internet percuma

Arahan

Bahagian di bawah memberikan arahan langkah demi langkah untuk membuat, menambah dan mengedit aset harga. Perlu diingat bahawa terdapat beberapa had yang dikenakan terhadap akaun Google Ads anda. Jika anda menggunakan banyak aset atau suapan, anda disyorkan agar mengalih keluar atau menggantikan item yang tidak lagi digunakan. Ketahui lebih lanjut Tentang had akaun Google Ads anda

Buat aset harga

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri, kemudian klik Aset pada menu subhalaman.
  3. Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Klik ikon tambah , kemudian klik Aset harga.
  4. Pilih peringkat yang ingin anda tambahkan aset dengan menggunakan menu lungsur “Tambah ke”.
  5. Masukkan bahasa, jenis, mata wang dan pelayak harga untuk aset harga.
  6. Isi pengepala, harga, perihalan dan URL akhir setiap produk atau perkhidmatan yang mahu anda tampilkan. Anda mesti memasukkan sekurang-kurangnya 3 item. Anda disyorkan agar menyenaraikan 5 item atau lebih.
    • Anda tidak perlu menggunakan URL akhir yang lain untuk setiap baris jika anda hanya mempunyai satu yang tersedia.
    • Aset boleh mengandungi sehingga 25 aksara bagi setiap pengepala dan 25 aksara bagi setiap perihalan. Perihalan atau pengepala anda mungkin disingkatkan untuk skrin mudah alih yang lebih sempit.
    • Untuk keperluan tertentu setiap jenis aset harga, rujuk bahagian seterusnya dalam artikel ini.
    • Perlu diingat bahawa aset anda mungkin juga kadangkala kelihatan tanpa perihalan.
    • Harga yang anda berikan mungkin terpotong atau dibundarkan untuk dipaparkan pada mudah alih. Sebagai contoh, $12,345.67 mungkin dipaparkan sebagai $12.4K.
  7. Klik Simpan untuk menyimpan aset harga baharu anda.

Tambahkan aset harga

Berikut ialah arahan tentang cara menambahkan aset harga secara pukal menggunakan hamparan

1. Muat turun templat hamparan

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri.
  3. Klik Aset dalam menu subhalaman, kemudian klik ikon paparan “Jadual” di penjuru kanan sebelah atas.
  4. Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Pilih Perkaitan daripada menu lungsur “Paparan jadual”.
  5. Di penjuru kanan sebelah atas, klik ikon 3 titik .
  6. Klik Muat Naik.
  7. Klik Lihat templat dalam tetingkap baharu yang dipaparkan untuk memilih format hamparan yang ingin anda muat turun.

2. Buat perubahan pada hamparan

Anda boleh menambah nama kempen dan kumpulan iklan yang ingin anda tambahkan aset.

Kempen (diperlukan): Masukkan nama kempen anda di bawah medan “Kempen” untuk mengaitkan aset harga anda dengan kempen ini. Untuk mengaitkan aset harga anda dengan berbilang kempen, buat beberapa baris dengan kandungan yang sama kecuali nama kempen (jangan masukkan berbilang nama kempen dalam satu baris).

Kumpulan iklan (pilihan): Masukkan nama kumpulan iklan anda di bawah medan “Kumpulan iklan” untuk mengaitkan aset harga anda dengan kumpulan iklan ini. Sila ambil perhatian bahawa nama kempen diperlukan jika anda memilih untuk mengaitkan aset harga anda dengan kumpulan iklan. Kumpulan iklan tersebut hendaklah merupakan sebahagian daripada kempen yang anda pilih. Untuk mengaitkan aset harga anda dengan berbilang kumpulan iklan, buat beberapa baris dengan kandungan yang sama kecuali nama kumpulan iklan (jangan masukkan berbilang nama kumpulan iklan dalam satu baris).

Bahasa (diperlukan): Pastikan lajur “Bahasa” hamparan anda ditetapkan kepada lajur jenis “nilai”. Masukkan en untuk bahasa Inggeris.

Jenis (diperlukan): Masukkan salah satu jenis maklumat harga berikut:

  • Jenama
  • Peristiwa
  • Lokasi
  • Kejiranan
  • Kategori produk
  • Peringkat produk
  • Kategori perkhidmatan
  • Peringkat perkhidmatan
  • Perkhidmatan

Pelayak harga (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan pelayak harga. Sebaliknya, masukkan salah satu daripada yang berikut:

  • Daripada
  • Sehingga
  • Biasa

Templat penjejakan (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan templat penjejakan. Masukkan URL templat penjejakan anda.

Maklumat khusus untuk setiap item aset harga yang ingin dipamerkan (diperlukan): Masukkan perkara berikut:

  • Pengepala item
  • URL akhir item
  • Perihalan item
  • Harga item: Masukkan angka dengan 2 tempat perpuluhan dan ISO 4217 kod mata wang (contohnya, 34.99 USD). Jika bahasa yang dipilih menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menandakan titik perpuluhan, maka gunakan koma (contohnya, 34,99 EUR).

URL mudah alih akhir (pilihan)

Unit item (pilihan): Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan unit harga. Sebaliknya, masukkan salah satu daripada yang berikut:

  • setiap jam
  • sehari
  • satu malam
  • seminggu
  • setiap bulan
  • setiap tahun

Untuk mendapatkan maklumat tentang lajur pilihan yang selanjutnya bagi menentukan penjadualan dan julat tarikh, lawati Buat perubahan dengan muat naik pukal. Perlu diingat bahawa keutamaan peranti tidak tersedia untuk aset harga.

Nota: Jika anda mahu menambahkan aset pada peringkat kempen, biarkan lajur kumpulan iklan kosong. Jika anda mahu menambahkan aset pada peringkat akaun, biarkan lajur kempen dan kumpulan iklan kosong.

3. Muat naik hamparan anda untuk menggunakan dan menyimpan perubahan anda

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik Iklan & aset dalam menu halaman di sebelah kiri.
  3. Klik Aset dalam menu subhalaman, kemudian klik ikon paparan “Jadual” di penjuru kanan sebelah atas.
  4. Anda kini akan menemukan jadual dengan semua aset anda. Di penjuru kanan sebelah atas, klik ikon 3 titik .
  5. Klik Muat Naik.
  6. Klik Lihat templat dalam kotak dialog yang terbuka untuk memilih format hamparan yang ingin anda muat turun.
  7. Pilih sumber daripada menu lungsur. Klik Pratonton perubahan untuk memastikan perubahan dalam hamparan anda ditunjukkan dengan tepat dalam akaun anda.
  8. Jika pratonton perubahan anda kelihatan baik, klik Gunakan.

Anda juga boleh memuat naik aset haga anda secara pukal untuk bahasa lain. Rujuk "Tambah aset harga secara pukal (dalam bahasa bukan Inggeris)" untuk semua nilai bahasa dan kod mata wang yang berkaitan untuk digunakan, bersama-sama nama yang diterjemahkan untuk setiap jenis aset harga, pelayak harga dan unit harga.

Tambahkan aset harga secara pukal (bahasa bukan Inggeris)

Bahasa

Masukkan salah satu kod bahasa yang berikut dalam lajur "Bahasa" hamparan anda:

Nilai Bahasa

ms

Bahasa Melayu

es

Sepanyol

es-419

Sepanyol (Amerika Latin)

fr

Perancis

it

Itali

ja

Jepun

nl

Belanda

pl

Poland

pt-br

Portugis (Brazil)

pt-pt

Portugis (Portugal)

ru

Bahasa Rusia

de

Bahasa Jerman

sv

Sweden

Jenis aset harga

Masukkan jenis aset harga dalam bahasa anda:

ms de fr es

Jenama

Marken

Marques

Marcas

Acara

Veranstaltungen

Événements

Eventos

Lokasi

Standorte

Lieux

Ubicaciones geográficas

Kejiranan

Stadtteile

Quartiers

Barrios

Kategori produk

Produktkategorien

Catégories de produits

Categorías de producto

Peringkat produk

Produktvarianten

Niveaux de produits

Gamas de producto

Kategori perkhidmatan

Dienstleistungskategorien

Catégories de services

Categorías de servicio

Peringkat perkhidmatan

Dienstleistungsvarianten

Niveaux de services

Gamas de servicio

Perkhidmatan

Dienstleistungen

Perkhidmatan

Servicios

 

es-419 it ja pt-br

Marcas

Jenama

ブランド

Marcas

Eventos

Eventi

イベント

Eventos

Lugares

Località

地域

Locais

Barrios

Quartieri

周辺地域

Vizinhanças

Categorías de producto

Categorie di prodotti

商品のカテゴリ

Categorias de produto

Niveles de producto

Livelli di prodotto

商品のバリエーション

Níveis de produto

Categorías de servicio

Categorie di servizi

サービスのカテゴリ

Categorias de serviço

Niveles de servicio

Livelli di servizio

サービスのバリエーション

Níveis de serviço

Servicios

Servizi

サービス

Serviços

 

pt-pt nl ru pl sv

Marcas

Merken

Бренды

Marki

Varumärken

Eventos

Evenementen

События

Wydarzenia

Händelser

Localizações

Locaties

Места

Lokalizacje

Platser

Vizinhanças

Buurten

Районы

Okolice

Områden

Categorias de produto

Productcategorieën

Категории товаров

Kategorie produktów

Produktkategorier

Níveis de produto

Productniveaus

Виды товаров

Typy produktów

Produktnivåer

Categorias de serviços

Servicecategorieën

Категории услуг

Kategorie usług

Tjänstekategorier

Níveis de serviços

Serviceniveaus

Виды услуг

Typy usług

Tjänstenivåer

Serviços

Perkhidmatan

Услуги

Usługi

Tjänster

Pelayak harga

Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan pelayak harga. Sebaliknya, masukkan pelayak harga yang sesuai dalam bahasa anda

Bahasa Pelayak “Daripada” Pelayak “Sehingga” Purata Pelayak "prt"

ms

Daripada

sehingga

Purata

de

Ab

Bis

Durchschnitt

fr

Dès

Max

Prix moyen

es

Desde

Hasta

Media

es-419

Desde

Hasta

Promedio

it

Da

Fino a

In media

ja

最低

最高

平均

pt-br

A partir de

Até

Em média

pt-pt

Desde

Até

Em média

nl

Vanaf

Tot

Gemiddeld

ru

От

До

В среднем

pl

Od

Do

Średnio

sv

Från

Till

I genomsnitt

Kod mata wang

Gunakan salah satu kod mata wang yang berikut dalam lajur "Harga item" anda. Masukkan angka yang mempunyai dua titik perpuluhan + kod mata wang (contohnya, 34.99 USD). Jika bahasa yang dipilih menggunakan koma dan bukannya noktah untuk menandakan titik perpuluhan, maka gunakan koma (contohnya, 34,99 EUR).

Kod Mata wang

ARS

Peso Argentina

AUD

Dolar Australia

BOB

Boliviano

BRL

Real Brazil

CAD

Dolar Kanada

CHF

Franc Switzerland

CLP

Peso Chile

COP

Peso Colombia

EUR

Euro

GBP

Pound sterling

HKD

Dolar Hong Kong

INR

Rupee India

JPY

Yen Jepun

MXN

Peso Mexico

NZD

Dolar New Zealand

PEN

Sol Peru

PHP

Peso Filipina

PLN

Złoty Poland

RUB

Ruble Rusia

SEK

Krona Sweden

SGD

Dolar Singapura

USD

Dolar Amerika Syarikat

VEF

Bolívar Venezuela

ZAR

Rand Afrika Selatan

Unit harga

Biarkan pilihan ini kosong jika anda tidak mahu memaparkan unit harga. Sebaliknya, masukkan unit harga dalam bahasa anda:

Bahasa “Sejam” “Sehari” "Satu malam" “Seminggu” “Sebulan” “Setahun”

ms

Sejam

Sehari

Satu malam

Seminggu

Sebulan

Setahun

de

Pro Stunde

Pro Tag

Pro Nacht

Pro Woche

Pro Monat

Pro Jahr

fr

par heure

par jour

par nuit

par semaine

par mois

par an

es

A la hora

Al día

A la noche

A la semana

Al mes

Al año

es-419

Por hora

Por día

A la noche

Por semana

Por mes

Por año

it

All'ora

Al giorno

Per notte

Alla settimana

Al mese

All'anno

ja

1 時間

1 日

一泊

1 週間

1 か月

1 年

pt-br

Por hora

Por dia

Por noite

Por semana

Por mês

Por ano

pt-pt

Por hora

Por dia

Por noite

Por semana

Por mês

Por ano

nl

Per uur

Per dag

Per nacht

Seminggu

Per maand

Per jaar

ru

в час

в день

в ночь

в неделю

в месяц

в год

pl

za godzinę

dziennie

co noc

tygodniowo

miesięcznie

rocznie

sv

Per timme

Per dag

Per natt

Per vecka

Per månad

Setiap

Edit aset harga

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] di penjuru kanan sebelah atas akaun anda.
  3. Klik Data perniagaan di bawah "Persediaan" dan klik Suapan Aset Harga yang ingin anda edit.
  4. Klik ikon lanjur Gambar ikon lajur Google Ads , kemudian pilih Ubah suai lajur.
  5. Kembangkan pilihan "Atribut" dan tandai "ID Item" (ini diperlukan untuk membuat pengeditan).
  6. Klik Gunakan.
  7. Muat turun laporan.
  8. Rujuk langkah-langkah berikut daripada bahagian "Edit data anda melalui hamparan" dalam artikel tentang Pastikan data perniagaan anda dikemas kini.
  9. Tambah lajur "Tindakan" tambahan pada laporan ini (Nilai di bawah lajur ini hendaklah "Ditetapkan" untuk dikemas kini dan "Alih keluar" untuk mengalih keluar item).
  10. Alih keluar lajur seperti "Status item", "Status", "Klik", "Tera" dan "Kos" daripada hamparan.
  11. Muat naik hamparan selepas membuat pengeditan pada aset yang anda inginkan dengan mengklik 3 titik.

Cara pengebilan berfungsi

Kos untuk satu klik pada aset harga bersamaan dengan klik pada tajuk atau URL paparan pada iklan. Klik aset harga dicaj apabila seseorang mengklik mana-mana item aset harga. Walau bagaimanapun, klik pada menu lungsur mudah alih untuk mengembangkan karusel tidak dicaj.

Aset harga memberi pengguna lebih banyak peluang untuk mengklik, tetapi anda tidak akan dicaj lebih daripada dua klik setiap teraan. Malah, jika seseorang mengklik beberapa pautan dengan cepat semasa melihat iklan, ini dianggap sebagai klik pendua atau tidak sah dan anda tidak akan dikenakan bayaran.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
148863701738972656
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false