Buat iklan paparan responsif

Google Ads Tutorials: Creating responsive display ads

Untuk membuat iklan paparan responsif, anda boleh memuat naik aset anda (imej, tajuk, logo, video dan perihalan) dan Google akan menjana iklan secara automatik untuk dipaparkan pada Rangkaian Paparan Google.

Cara membuat iklan paparan responsif

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Step 1 Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.

Step 2 Klik menu lungsurKempen dalam menu bahagian.

Step 3 Klik Iklan.

Step 4 Klik butang tambah .

Step 5 Pilih Iklan paparan responsif.

Step 5 Pilih “kumpulan iklan”.

Animasi ini menunjukkan set arahan pertama tentang cara membuat iklan paparan responsif pada Google Ads.

Step 5 Klik Imej untuk menambahkan imej anda dan Logo untuk menambahkan imej logo.

Keperluan saiz imej dan logo

Imej

  • Landskap (1.91:1): 1200 x 628 piksel
    • Saiz imej minimum: 600 x 314 piksel
    • Saiz fail maksimum: 5120 KB
  • Segi empat sama: 1200 x 1200 piksel
    • Saiz imej minimum: 300 x 300 piksel
    • Saiz fail maksimum: 5120 KB

Logo

  • Landskap (4:1): 1200 x 300 piksel
    • Saiz logo minimum: 512 x 128 piksel
    • Saiz fail maksimum: 5120 KB
  • Segi empat sama: 1200 x 1200 piksel
    • Saiz logo minimum: 128 x 128 piksel
    • Saiz fail maksimum: 5120 KB

Animasi ini menunjukkan set arahan kedua tentang cara membuat iklan paparan responsif pada Google Ads.

Step 5 Di bawah “Logo”, klik butang tambah Video untuk menambahkan pautan YouTube bagi video anda.


Animasi ini menunjukkan set arahan ketiga tentang cara membuat iklan paparan responsif pada Google Ads.

Step 5 Lengkapkan maklumat iklan anda. Anda boleh membuat berbilang tajuk dan perihalan untuk dipaparkan dalam iklan paparan responsif anda. Anda boleh memuat naik berbilang versi aset yang berikut:

  • Tajuk pendek (sekurang-kurangnya 1 atau sehingga 5 tajuk, yang terdiri daripada 30 aksara atau kurang). Tajuk pendek ialah baris pertama iklan anda (jika anda tidak menyertakan teks promosi untuk iklan paparan dinamik). Tajuk pendek mungkin dipaparkan bersama perihalan atau tanpa perihalan anda. Ketahui lebih lanjut tentang amalan terbaik iklan paparan responsif
  • Tajuk panjang (90 aksara atau kurang).
  • Perihalan (sekurang-kurangnya 1 atau sehingga 5 perihalan). Perihalan menerangkan tentang tajuk dengan lebih lanjut dan menjemput pengguna agar mengambil tindakan.
  • Nama perniagaan. Ini ialah nama perniagaan atau jenama anda. Pastikan nama syarikat anda dieja dan dijadikan huruf besar dengan betul, kerana ketepatan kandungan iklan anda adalah berdasarkan maklumat yang anda berikan.
  • URL Akhir. Tempat yang ditujui pengguna apabila mengklik pada iklan anda.
  • (Pilihan) Pergi ke Pilihan URL iklan untuk menambah parameter penjejakan atau tersuai pada URL anda.
  • (Pilihan) Pergi ke Lagi pilihan dan pilih Teks seruan tindak. Daripada menu lungsur, pilih teks seruan tindak dan bahasa untuk teks seruan tindak.
  • (Pilihan untuk iklan responsif dinamik) Tambahkan teks promosi (contohnya, "Penghantaran dua hari percuma") dan awalan harga. Aset ini amat sesuai untuk dimanfaatkan kerana aset tersebut boleh meningkatkan interaksi dengan iklan anda. Untuk menggunakan teks promosi, klik Lagi pilihan, tandai kotak di sebelah “Pilihan iklan dinamik” dan tambahkan teks promosi anda.
    • Berikut ialah beberapa amalan terbaik untuk teks promosi:
      • Pastikan tawaran anda bersifat khusus. “Diskaun 30% untuk semua bekalan barangan sekolah” lebih baik daripada “Diskaun 30%”.
      • Elakkan daripada menggembar-gemburkan tawaran anda. SEMUA HURUF BESAR dan tanda baca yang berlebihan mungkin menjengkelkan pengguna.
      • Elakkan perulangan. Teks promosi tidak boleh mengulangi nama jenama anda.
      • Mesej yang berkesan: Pengumuman produk baharu, cabutan bertuah, tawaran dalam kedai, jualan kilat.
      • Ramai pengguna berasa amat sensitif terhadap teks yang berkaitan dengan harga. Promosi yang berkaitan dengan jualan atau promosi biasanya mempunyai prestasi yang lebih baik daripada slogan syarikat.
      • Teks promosi tidak boleh dipaparkan untuk tempoh masa yang berpanjangan, contohnya, lebih daripada 6 bulan. Jika anda ingin sentiasa memaparkan teks (contohnya, slogan syarikat) kepada pengguna, tajuk pendek adalah lebih sesuai.

Step 10 Pratonton saiz dan format iklan yang paling popular untuk bakal iklan anda. Disebabkan iklan paparan responsif dibina untuk dimuatkan pada hampir mana-mana ruang iklan di Rangkaian Paparan, iklan ini boleh dipaparkan dalam beribu-ribu reka letak.

Step 10 Pratonton iklan anda.

Step 12 Klik Simpan.

Animasi ini menunjukkan set arahan keempat tentang cara membuat iklan paparan responsif pada Google Ads.

Perihal membuat iklan responsif dinamik menggunakan suapan

  • Pemasaran semula dinamik membolehkan anda memaparkan iklan produk kepada pengguna yang pernah melihat produk anda di laman web atau apl anda. Sebaik-baiknya anda perlu membuat suapan semua produk atau perkhidmatan anda bersama-sama atribut seperti ID unik, imej dan harga. Ketahui lebih lanjut tentang cara anda boleh membuat dan memuat naik suapan baharu
  • Harga yang diformatkan dalam suapan anda akan digunakan dan bukannya awalan harga yang anda tambah semasa membuat iklan anda.
  • Oleh sebab iklan ini dipaparkan dalam saiz yang lebih besar berbanding saiz yang boleh dimuatkan oleh imej suapan dinamik anda, iklan anda mungkin tidak akan menggunakan imej daripada suapan anda pada setiap masa. Ketahui lebih lanjut tentang spesifikasi saiz imej dan cara membuat iklan paparan responsif yang berkesan
  • Iklan anda mungkin tidak memaparkan semua aset anda. Sebagai contoh, kadangkala iklan anda mungkin dipaparkan tanpa imej untuk meningkatkan jangkauan anda di seluruh Rangkaian Paparan.
  • Produk yang ditunjukkan dalam mod pratonton adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Pastikan suapan anda mematuhi dasar pengiklanan diperibadikan kami.
  • Google mungkin memaparkan tag reka letak untuk pengiklan runcit, seperti "baharu", "terlaris" atau "penurunan harga" bagi produk berkaitan untuk mendorong prestasi. Tag reka letak ini muncul secara automatik berdasarkan cerapan produk daripada suapan. Ketahui lebih lanjut tentang pemasaran semula dinamik

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16541201713025534648
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false