Petua mengukur prestasi Sasaran ROAS

Penyelesai masalah berpandu kami boleh membantu anda mengenal pasti, menjelaskan dan menangani punca bagi turun naik yang tidak dijangkakan dalam perbelanjaan kempen Prestasi Maksimum anda.
 

Pembidaan Pintar termasuk CPA Sasaran, Sasaran ROAS, Maksimumkan penukaran dan Maksimumkan nilai penukaran. Dalam artikel ini, kami menilai prestasi Maksimumkan nilai penukaran menggunakan Sasaran ROAS.

Ukur prestasi pembidaan

Berikut ialah beberapa petua untuk menyemak prestasi Maksimumkan nilai penukaran bagi kempen anda:

Analisis dari semasa ke semasa

  • Berikan masa selama 1–2 minggu untuk pelaksanaan strategi bida sebelum anda menilai prestasinya. Tindakan ini dapat memberikan masa untuk strategi itu menyesuaikan diri.
  • Pastikan anda mempunyai data yang mencukupi untuk menilai prestasi strategi itu. Pertimbangkan menyemak data anda sepanjang tempoh masa yang lama menggunakan volum penukaran yang baik.
  • Pertimbangkan bahawa beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi hasil anda dalam tempoh masa tertentu. Hasil anda boleh dipengaruhi oleh faktor luaran, seperti peningkatan atau pengurangan dalam persaingan atau perubahan dalam minat carian.
  • Ukur prestasi dengan menjalankan percubaan kempen. Contohnya, anda boleh menjalankan kempen percubaan menggunakan Sasaran ROAS bersama-sama kempen biasa anda dan membandingkan keputusan pada penghujung masa yang ditentukan. Ketahui lebih lanjut Perihal draf dan percubaan kempen
  • Ukur prestasi dengan menjalankan "purata sasaran ROAS" dalam laporan strategi bidaan dan halaman kempen, yang mengambil kira sebarang perubahan sasaran yang anda buat sepanjang tempoh masa tersebut.

Tunggu untuk perubahan

  • Ambil kira kelewatan penukaran. Sesetengah penukaran mungkin mengambil masa yang lebih berbanding yang lain dan dalam keadaan tertentu, tempoh sehingga beberapa hari atau beberapa minggu mungkin diperlukan. Jika anda membandingkan prestasi terbaharu dengan prestasi masa lalu, prestasi terbaharu anda mungkin tidak kelihatan sebaik berbanding yang sebelumnya, disebabkan oleh kelewatan penukaran. Ketahui cara mencari laporan tentang kelewatan penukaran anda
  • Jika anda membuat perubahan yang ketara pada kempen anda, berikan masa untuk strategi bida itu menyesuaikan diri. Beberapa hari mungkin diperlukan untuk perubahan yang kurang ketara dan 2 minggu untuk perubahan yang lebih ketara.

IkuU prestasi Sasaran ROAS atau Maksimumkan nilai penukaran dengan Sasaran ROAS

  • Lihat nilai penukaran, kemudian nilai penukaran dibahagikan dengan kos. Perkara ini boleh membantu anda mengesahkan bahawa anda memperoleh jualan yang mencukupi dan anda hampir mencapai sasaran ROAS anda.
  • Fokus pada nilai penukaran dan ROAS. Sasaran ROAS tidak dioptimumkan sekitar metrik seperti klik, tera atau tempat di halaman, jadi anda mungkin mendapati metrik tersebut meningkat atau menurun selepas mengikut serta. Fokuskan pada bilangan nilai penukaran yang sedang didorong dan sejauh mana strategi memenuhi sasaran anda.

Optimumkan kempen

Berikut ialah beberapa petua untuk mengoptimumkan kempen yang menggunakan Sasaran ROAS:

Tingkatkan nilai penukaran

  • Jika anda mahu meningkatkan nilai penukaran, pertimbangkan untuk mengurangkan sasaran ROAS kempen anda secara beransur-ansur. Perkara ini membolehkan strategi bida tersebut mengetahui bahawa anda sanggup berbelanja lebih bagi setiap penukaran, jadi strategi itu akan berbelanja lebih untuk meningkatkan jualan dan nilai penukaran. Ketahui Cara membuat pelarasan sasaran menggunakan Pembidaan Pintar Carian
    • Jika anda biasa dengan pembidaan CPC maksimum, anda boleh memikirkan tentang mengurangkan sasaran ROAS anda agar serupa dengan meningkatkan bida anda untuk kempen Carian dan Beli-belah.

Semak strategi anda

  • Semak prestasi strategi bidaan Sasaran ROAS anda sepanjang tempoh yang lebih lama, seperti sebulan atau lebih lama, yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 penukaran. Prestasi biasanya akan meningkat dengan kempen yang lebih besar dan lebih banyak penukaran.
  • Anda boleh mempertimbangkan cara memastikan anda kekal berdaya saing apabila pengiklan lain menaikkan bida mereka. Contohnya, bida mungkin meningkat semasa tempoh jualan atau perubahan musim. Dalam keadaan ini, pertimbangkan untuk mengurangkan sasaran ROAS anda. Strategi itu akan melaraskan bida anda agar menghasilkan volum yang lebih tinggi. Anda juga boleh menggunakan pelarasan kemusiman untuk memaklumi Pembidaan Pintar tentang perubahan yang dijangka dalam kadar penukaran bagi acara masa depan seperti promosi atau jualan.

Tetapkan sasaran ROAS yang sesuai bagi anda

  • Cuba tetapkan sasaran ROAS berdasarkan data nilai penukaran mengikut kos sejarah untuk kempen yang anda mahu gunakan strategi ini. Perkara ini membolehkan anda memaksimumkan nilai penukaran anda, sambil mencapai pulangan untuk perbelanjaan iklan yang sama seperti yang diperoleh oleh kempen anda.
  • Untuk mencari data nilai penukaran mengikut kos sejarah, anda perlu memilih Ubah suai lajur daripada menu lungsur “Lajur” dan menambahkan lajur Nilai/kos penukaran daripada senarai lajur "Penukaran". Kemudian, gandakan nilai penukaran anda bagi setiap metrik kos dengan 100 untuk mendapatkan peratusan sasaran ROAS anda. Pastikan tempoh masa penilaian ROAS anda mengecualikan tempoh kelewatan penukaran terkini anda supaya anda memperoleh gambaran paling tepat tentang prestasi kempen anda.
  • Anda juga boleh menggunakan sasaran yang disyorkan kepada anda menerusi halaman Pengesyoran, atau pengesyoran apabila anda menambahkan sasaran semasa membuat strategi pada peringkat kempen atau portfolio.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6493605577796753686
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false