Alamat URL halaman web di laman web anda yang akan dijangkau oleh pengguna selepas mereka mengklik iklan anda. Turut dikenali sebagai "halaman pendaratan"
- Untuk setiap iklan yang anda buat, anda menentukan URL akhir untuk menentukan halaman pendaratan yang akan dilawati pengguna apabila mereka mengklik iklan anda.
- Untuk membuat atau mengedit iklan carian, baca Perihal iklan carian responsif.
- Untuk membuat atau mengedit iklan paparan, baca Perihal iklan carian responsif.
- Dasar Google menyatakan bahawa halaman pendaratan dan URL paparan anda (halaman web yang dipaparkan dalam iklan anda) mesti berkongsi domain yang sama.
- Jika anda mempunyai halaman pendaratan yang berasingan untuk pengguna mudah alih (seperti halaman AMP), maka masukkan halaman tersebut dalam medan URL akhir untuk mudah alih (di bawah bahagian "Pilihan URL iklan")
- Jika anda menggunakan maklumat penjejakan, masukkan medan templat penjejakan. Anda tidak boleh menggunakan ubah hala merentas domain dalam URL akhir anda.
- Medan akhiran URL akhir membolehkan anda memasukkan parameter yang akan ditambahkan di hujung URL halaman pendaratan anda untuk menjejak maklumat.