Perihal penjejakan penukaran merentas akaun

Jika anda mempunyai berbilang akaun Google Ads, anda boleh menjejak penukaran merentas semua akaun tersebut—beratus-ratus akaun, jika anda mahu—dengan menggunakan satu coretan kod penukaran (yang turut dikenali sebagai "teg"). Perkara ini boleh dilakukan menggunakan penjejakan penukaran merentas akaun.

Untuk menggunakan ciri ini, anda digalakkan membuat akaun pengurus Google Ads (MCC) untuk menyediakan tindakan penukaran yang boleh anda gunakan merentas akaun anda.

Faedah

Penjejakan penukaran merentas akaun berguna untuk pengguna dan perniagaan yang mengurus berbilang akaun Google Ads. Berikut ialah beberapa faedah:
  • Coretan kod dan laporan yang lebih sedikit. Buat satu teg penjejakan penukaran dan gunakan teg tersebut merentas berbilang akaun.
  • Laporan yang lebih mudah dan berkesan. Laporan Atribusi merentas akaun menyatukan data anda merentas semua akaun yang menggunakan ciri ini. Anda juga boleh melihat cara pengguna berinteraksi dengan kata kunci anda merentas semua akaun anda sebelum mereka menukar. Jika anda menggunakan penjejakan penukaran merentas akaun, gunakan Laporan atribusi dalam akaun pengurus (MCC).
  • Minimumkan salah kira. Tindakan meletakkan teg yang lebih sedikit pada tapak anda dapat mengurangkan kemungkinan penukaran yang sama dikira lebih daripada sekali secara tidak sengaja.
  • Mempercepatkan tapak anda. Teg yang lagi kurang bermakna HTML tapak web yang lebih ringkas. Ini akan mempercepatkan masa muatan untuk pelanggan anda.

Contoh

Katakan anda memiliki sebuah syarikat hotel. Anda menggunakan berbilang akaun Google Ads untuk menghantar trafik ke halaman tempahan di tapak anda dan setiap akaun Google Ads mempunyai teg penjejakan penukarannya sendiri.

Jadi, anda log masuk ke akaun pengurus anda, membuat tindakan penukaran merentas akaun untuk menjejak tempahan hotel anda dan menambahkan teg di halaman tempahan anda. Teg yang sama kemudiannya akan menjejak penukaran untuk semua akaun Google Ads yang terdapat dalam akaun pengurus anda dan menggunakan penukaran merentas akaun ini.

Cara ciri ini berfungsi

Terdapat empat bahagian untuk menetapkan penjejakan penukaran merentas akaun.

Buat tindakan penukaran merentas akaun dalam akaun pengurus anda—seperti biasa anda menyediakan mana-mana jenis tindakan penukaran.
Tambahkan teg penjejakan penukaran anda yang baharu di halaman penukaran tapak web anda jika perlu. (Anda digalakkan membiarkan teg yang lama pada tapak anda buat masa ini untuk mengelakkan kehilangan penukaran.)
Pilih akaun yang ingin anda gunakan untuk penjejakan penukaran merentas akaun.
Selepas anda memilih tetingkap penukaran, alih keluar teg penjejakan penukaran anda yang lama daripada tapak anda.

Jika akaun pelanggan anda sudah mempunyai penukaran, anda boleh berhenti menggunakan tindakan penukaran khusus akaun dan sebaliknya menggunakan tindakan penukaran merentas akaun. Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua tindakan penukaran:

tindakan penukaran merentas akaun tindakan penukaran khusus akaun
Pelanggan dalam akaun pengurus (MCC) Pelanggan dibuat dalam akaun individu (bukan pengurus)
Menjejak merentas berbilang akaun Menjejak dalam satu akaun sahaja
Boleh digunakan untuk akaun sedia ada dalam akaun pengurus dan akaun baharu sebaik sahaja akaun tersebut dibuat Hanya digunakan untuk akaun yang penukaran itu dihasilkan

Kesan ke atas akaun anda

Akaun Google Ads boleh menggunakan penukaran khusus akaun atau penukaran merentas akaun. Akaun tersebut tidak boleh menggunakan kedua-dua ciri tersebut.

Jadi, jika anda mengurus tindakan penukaran akaun pelanggan dalam akaun pengurus anda, akaun pelanggan tidak boleh menggunakan tindakan penukaran tersendiri (statistik penukaran yang sedia ada tidak akan hilang dan tindakan penukaran khusus akaun boleh digunakan kembali jika tindakan penukaran merentas akaun dilumpuhkan kemudian).

Menstrukturkan akaun anda

Jika anda menggunakan lebih daripada satu akaun pengurus, anda digalakkan agar membuat pertimbangan yang wajar dalam menentukan akaun yang anda gunakan untuk mengurus penukaran bagi perniagaan anda. Berikut adalah beberapa struktur yang mungkin untuk pertimbangan anda:

  • Jika anda menggunakan agensi berasingan untuk pengiklanan carian dan paparan anda: Anda mungkin mahu menetapkan penjejakan penukaran merentas akaun dalam akaun pengurus yang mengandungi semua akaun anda, yang boleh digunakan oleh setiap agensi.
  • Jika anda mempunyai berbilang rangkaian produk yang membawa kepada penukaran yang sama:Anda mungkin mahu menetapkan penjejakan penukaran dalam akaun pengurus yang mengurus akaun untuk semua rangkaian produk.
  • Jika anda mempunyai berbilang rangkaian produk yang membawa kepada penukaran yang berbeza: Anda perlu memutuskan sama ada menetapkan penjejakan penukaran yang berasingan untuk setiap rangkaian produk atau menetapkan satu akaun pengurus utama untuk semua rangkaian produk.

 

Perlu diingat

  • Akaun pelanggan akan dapat melihat, tetapi tidak membuat perubahan pada tindakan penukaran merentas akaun. Hanya akaun pengurus boleh membuat perubahan pada jenis tindakan penukaran ini.
  • CPA Sasaran akan menggunakan tindakan penukaran khusus kempen, tidak kira sama ada penukaran itu ialah tindakan penukaran merentas akaun atau khusus akaun.
  • Jika anda menggunakan penjejakan penukaran merentas akaun, anda perlu mengimport mana-mana matlamat dan transaksi Analitis Google ke dalam akaun pengurus yang membuat tindakan penukaran merentas akaun tersebut. Buat masa ini, semua matlamat atau transaksi yang sudah diimport akan terus mengira penukaran, namun pada masa akan datang, matlamat dan transaksi dalam akaun pelanggan tidak lagi disokong.
  • Data sedia ada bagi mana-mana penukaran khusus akaun akan sentiasa tersedia dalam Google Ads selepas penukaran merentas akaun didayakan.
  • Untuk berkongsi tindakan penukaran merentas akaun pelanggan anda, sediakan perkongsian dari dalam akaun pengurus anda. Tindakan penukaran tidak boleh dikongsi antara akaun pelanggan.
  • Teg Google Ads yang digunakan untuk akaun MCC akan diberi keutamaan terhadap teg peringkat akaun. Harap maklum bahawa perkara ini tidak berkenaan dengan Analitis Google.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7918167478827958049
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false