Perihal mengukur prestasi geografi

Anda mungkin mendapati bahawa perniagaan anda berkembang maju di bahagian tertentu di dunia. Contohnya, syarikat yang menjual but salji mungkin menjual lebih banyak inventori kepada pengguna yang menetap di kawasan pergunungan daripada pengguna yang menetap di kawasan pantai yang cerah. Data prestasi dalam akaun Google Ads anda membolehkan anda mengenal pasti kawasan geografi tersebut, supaya anda boleh membuat keputusan tentang tempat yang perlu diberi lebih perhatian dalam usaha pengiklanan dan belanjawan anda.

Dalam artikel ini, anda akan belajar tentang laporan berlainan dalam Google Ads yang boleh membantu anda memahami prestasi iklan anda di lokasi yang berbeza.

Laporan lokasi

Jika anda telah menggunakan tetapan penyasaran lokasi dan kempen anda telah dijalankan untuk seketika, anda boleh menjejaki prestasi mengikut lokasi dalam laporan “Lokasi”.

Anda boleh melihat data untuk dua jenis paparan lokasi yang berlainan. Lokasi yang dilaporkan di sini diagregatkan merentas pengguna:

  • Paparan "Lokasi disasarkan": Menunjukkan prestasi anda mengikut lokasi yang anda sasarkan.
  • Paparan "Lokasi dipadankan": Menunjukkan prestasi anda berdasarkan lokasi yang memaparkan iklan anda. Lokasi ini boleh menjadi lokasi fizikal atau lokasi minat pengguna.

Nota: Paparan "Lokasi disasarkan" dan "Lokasi dipadankan" turut tersedia dalam Editor laporan.

Laporan lokasi anda membolehkan anda melihat prestasi iklan anda pada tahap paling khusus yang tersedia untuk penyasaran. Dalam erti kata lain, jika anda menyasarkan Amerika Syarikat, anda boleh melihat data lokasi sehingga ke peringkat poskod, universiti, lapangan terbang atau daerah kongres. Ini memberi anda pandangan yang lebih terperinci tentang lokasi yang kempen anda menunjukkan prestasi yang baik. Perlu diingat bahawa laporan lokasi anda hanya boleh memaparkan data tentang jenis sasaran lokasi di negara yang anda sasarkan.

Ketahui lebih lanjut tentang cara melihat laporan lokasi anda.

Laporan jarak

Jika anda telah menambahkan aset lokasi, anda boleh melihat data prestasi untuk iklan anda menggunakan aset lokasi. Data anda akan diatur mengikut jarak antara lokasi yang mencetuskan iklan anda dengan lokasi perniagaan anda yang terdekat. Lokasi yang mencetuskan iklan anda mungkin merupakan lokasi fizikal bakal pelanggan anda atau lokasi yang diminati oleh mereka melalui carian atau kandungan yang pernah dilihat oleh mereka. Ketahui cara anda boleh melihat laporan jarak untuk kempen Rangkaian Carian dan Beli-belah anda.

Katakan anda memiliki kedai fizikal dan anda melihat pada laporan jarak anda bahawa iklan anda mempunyai kadar penukaran yang lebih tinggi daripada pengguna yang berada dalam lingkungan jarak 5 batu dari lokasi anda. Anda boleh meningkatkan bida anda untuk pelanggan dengan lokasi fizikal dalam lingkungan jarak 5 batu dengan menggunakan penyasaran radius dan pelarasan bida lokasi.

Lajur dan nilai prestasi geografi

Apabila anda melihat data geografi dalam jadual statistik, anda juga mungkin menemukan lajur dan butiran berikut:

Lokasi paling khusus

Lajur "Lokasi paling khusus" menunjukkan maklumat paling terperinci yang kami miliki tentang lokasi yang digunakan untuk memadankan iklan anda. Lokasi ini mungkin sama ada lokasi fizikal bakal pelanggan anda atau lokasi yang diminati oleh pelanggan. Lokasi paling khusus berlainan mengikut negara bergantung pada peringkat sasaran geografi yang tersedia.

Kawasan tidak ditentukan

Anda mungkin perasan sesetengah data dari kawasan "Tidak ditentukan" dalam laporan anda. Terdapat beberapa sebab kawasan yang iklan anda dipaparkan mungkin tidak ditentukan:

  • Alamat IP atau pertanyaan carian: Kami tidak dapat menentukan lokasi daripada alamat IP dan pertanyaan carian tidak menunjukkan minat di lokasi yang dikenali.
  • Berbilang bandar/wilayah di Peta Google: Carian dilakukan di Peta Google pada kawasan geografi yang luas, yang termasuk beberapa bandar atau wilayah.

Variasi dalam angka pelaporan geografi

Data geografi dalam jadual statistik Google Ads anda mungkin agak berlainan daripada data lain dalam akaun anda atau sumber seperti penjejakan pihak ketiga atau log web. Berikut adalah beberapa sebab data mungkin berbeza-beza:

  • Ringkasan kempen atau pengebilan: Data prestasi mungkin berbeza sedikit daripada data dalam ringkasan kempen atau ringkasan pengebilan anda kerana teknik pengumpulan data kami mungkin berbeza-beza. Untuk perbelanjaan penginvoisan dan kempen, gunakan laporan dalam Pengebilan Ikon Pengebilan.
  • Alamat IP: Alamat IP diperuntukkan semula secara rutin dan Google Ads mengemaskinikan data IP secara kerap untuk mencerminkan perubahan ini. Penyedia penjejakan pihak ketiga mungkin mengemaskinikan data IP mereka mengikut jadual yang berlainan.
  • Klik tidak sah: Google Ads menapis keluar klik tidak sah, jadi bilangan klik setiap kawasan geografi mungkin berbeza daripada yang dipaparkan oleh sumber data lain.
  • Lokasi minat: Google Ads mungkin memilih lokasi yang diminati bakal pelanggan, yang mungkin tidak dapat dikesan oleh sumber data lain.
  • Sumber trafik yang lain: Penyedia penjejakan pihak ketiga mungkin mengira semua sumber trafik ke tapak anda dan bukannya trafik Google Ads sahaja. Sebagai contoh, katakan Google Ads menjana 50 lawatan ke tapak anda, tetapi tapak anda mempunyai sejumlah 100 lawatan daripada semua sumber. Google Ads hanya akan melaporkan 50 klik daripada trafik Google Ads.
Nota: Metrik yang disenaraikan di bawah mungkin tidak dapat dijumlahkan kepada jumlah kempen. Perkara ini disebabkan sesetengah tera hanya dipadankan pada peringkat negra dan tidak disertakan dalam kawasan geografi yang lebih kecil.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3781822663641463380
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false