Pilih kata kunci untuk kempen Rangkaian Paparan

Makluman: Mulai bulan April 2019, semua kumpulan iklan yang menyasarkan kata kunci khalayak akan dihijrahkan secara automatik ke segmen khalayak niat tersuai. Ketahui lebih lanjut tentang penghijrahan di sini.

Kata kunci Rangkaian Paparan membolehkan anda menghubungkan kempen anda kepada bakal pembeli.

Sebagai contoh, jika bakal pelanggan anda suka mengembara berjalan kaki, anda boleh menambah kata kunci yang berkaitan dengan kembara berjalan kaki atau aktiviti luar. Google Ads akan mencari tapak web berkaitan yang menyertakan kata kunci anda dan juga khalayak berkaitan yang berminat dengan kata kunci itu. Cuba pilih kata kunci yang berkaitan dengan seluruh kumpulan iklan dan bukannya satu iklan sahaja.

Artikel ini menerangkan cara menggunakan kata kunci pada Rangkaian Paparan.

Cara ciri ini berfungsi

Kata kunci ialah salah satu pilihan penyasaran pada Rangkaian Paparan. Kadangkala iklan anda mungkin dipaparkan pada peletakan yang seolah-olah tidak berkaitan dengan kata kunci anda. Bergantung pada tetapan kata kunci anda, iklan anda mungkin dipaparkan kepada khalayak berdasarkan sejarah penyemakan imbas mereka yang terkini atau faktor lain berbanding kandungan halaman yang sedang mereka lihat. Ketahui lebih lanjut tentang Perihal penyasaran kontekstual.

Apabila memilih kata kunci untuk kempen Rangkaian Paparan anda:

  • Buat kumpulan iklan untuk produk atau perkhidmatan anda agar kami boleh memaparkan iklan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tersebut.
  • Pilih kata kunci yang anda bayangkan boleh kelihatan di tapak web yang pelanggan anda mungkin semak imbas.
  • Dapatkan idea kumpulan iklan dan kata kunci tambahan.

Buat kumpulan iklan

Sebelum anda memilih kata kunci untuk kempen Rangkaian Paparan anda, pastikan bahawa kumpulan iklan bagi setiap kempen anda disusun mengikut produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Sebaik sahaja anda mempunyai kata kunci yang menerangkan produk atau perkhidmatan yang anda iklankan, anda boleh membuat iklan yang berkaitan dengan kata kunci tersebut.

Contoh

Katakan anda membina kempen untuk bakeri anda. Apabila anda menyediakan kempen anda, anda perlu mengasingkan kumpulan iklan anda kepada jenis produk berlainan yang anda jual. Berikut ialah contoh kumpulan iklan dengan struktur yang lemah dan struktur yang berkesan untuk mendapatkan idea yang lebih baik tentang cara menyusun kumpulan iklan bagi kempen anda:

Kumpulan iklan dengan struktur yang lemah

Kumpulan iklan: Bakeri

Kata kunci: biskut serpihan coklat, biskut mil oat, snickerdoodle, brownie kenyal, brownie dengan kacang, brownie coklat hitam, kek cawan red velvet, kek cawan vanila, kek cawan coklat

Kumpulan iklan dengan struktur yang berkesan

Kumpulan iklan: Biskut

Kata kunci: biskut serpihan coklat, biskut mil oat, snickerdoodle

Kumpulan iklan: Brownie

Kata kunci: brownie kenyal, brownie dengan kacang, brownie coklat hitam

Kumpulan iklan: Kek cawan
Kata kunci: kek cawan red velvet, kek cawan vanila, kek cawan coklat

Pilih kata kunci

Senarai kata kunci kumpulan iklan anda membolehkan Google Ads memaparkan iklan anda di tapak web yang berkaitan atau kepada khalayak yang berkaitan. Ikut garis panduan ini untuk membuat senarai kata kunci yang berkualiti tinggi:

  • Pilih kata kunci yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda.
  • Buat set yang mempunyai 5 hingga 20 kata kunci yang berkaitan dengan iklan dalam kumpulan iklan tersebut. Frasa dua hingga tiga perkataan lebih mungkin berfungsi dengan baik.
  • Pilih kata kunci yang berkaitan dengan satu sama lain. Sebagai contoh, jika anda menjual bunga, anda boleh menambahkan "ros" dan "jambak bunga" pada senarai kata kunci anda. Dengan cara ini, kata kunci anda boleh memaparkan iklan anda kepada pelanggan yang mungkin berminat untuk membeli ros atau jambak bunga.
  • Pilih kata kunci yang berkaitan dengan tapak web yang dilihat oleh pelanggan anda.
  • Jika anda mempunyai jenama yang kukuh dan dikenali ramai, sertakan kata kunci berjenama.

Contoh

Kumpulan iklan: Brownie

Kata kunci: brownie coklat, brownie coklat hitam, brownie rangup, resipi pencuci mulut, resipi brownie

Dapatkan idea kata kunci

Anda boleh mendapatkan idea kata kunci baharu yang anda mungkin tidak fikirkan semasa membina kempen anda.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian, kemudian klik Kandungan, seterusnya klik tab Kata kunci paparan/video pada sebelah atas halaman atau klik lungsurKempen dalam menu bahagian dan klik Kumpulan iklan.
  3. Klik butang tambah untuk menambah kata kunci atau kumpulan iklan baharu.
  4. Di bawah “Dapatkan idea kata kunci”, lengkapkan medan “Masukkan tapak web berkaitan” atau “Masukkan produk atau perkhidmatan anda”.
  5. Klik butang tambah bersebelahan setiap kata kunci untuk menambahkan kata kunci tersebut pada senarai kata kunci anda.
  6. Klik Simpan.

Pantau dan tingkatkan prestasi kata kunci anda

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Untuk melihat hasil bagi kata kunci Rangkaian Paparan anda:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik Ikhtisar.
  3. Daripada bar Paparan pada bahagian atas, klik menu lungsur Paparan dan pilih kempen Paparan.
    Nota: Jika anda lebih suka menggunakan panel navigasi di sebelah kiri, klik Ubah paparan pada bahagian atas sebelah kiri akaun Google Ads anda.
  4. Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian, kemudian klik Kandungan.
  5. Klik tab Kata kunci paparan/video pada sebelah atas halaman.

Anda akan menemukan jadual yang merangkumi tera, klik dan hasil lain yang menunjukkan sejauh mana kata kunci anda mencapai matlamat pengiklanan anda. Berdasarkan hasil ini, anda boleh membuat keputusan tentang penyemakan semula senarai kata kunci anda.

Google Ads boleh menggunakan data daripada sumber Khalayak anda untuk meningkatkan pembidaan dan penyasaran kempen khalayak anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2404342262114373627
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false