Sasarkan iklan ke lokasi geografi

Nota: Penyasaran lokasi Google Ads tidak menentukan sempadan geografi.

Penyasaran lokasi Google Ads membolehkan iklan anda dipaparkan di lokasi geografi pilihan anda: negara, kawasan dalam negara, radius sekitar lokasi, atau kumpulan lokasi yang mungkin termasuk tempat menarik, lokasi perniagaan anda atau demografi bertingkat.

Penyasaran lokasi membantu anda menumpukan pengiklanan untuk mencari pelanggan yang tepat bagi perniagaan anda. Jenis penyasaran yang khusus ini dapat membantu anda meningkatkan pulangan pelaburan (ROI).

Nota: Kempen Iklan Hotel tidak boleh disasarkan mengikut radius.

Artikel ini menerangkan cara penyasaran lokasi berfungsi dan cara menyediakan ciri ini dalam akaun anda.

Perlu diingat
Penyasaran lokasi adalah berdasarkan pelbagai isyarat, termasuk tetapan pengguna, peranti dan gelagat pada platform kami serta merupakan usaha terbaik Google untuk menyiarkan iklan kepada pengguna yang memenuhi tetapan lokasi anda. Oleh sebab isyarat ini berbeza-beza, ketepatan 100% tidak dijamin dalam setiap situasi.

Seperti biasa, anda perlu menyemak metrik prestasi keseluruhan anda untuk membantu anda memastikan tetapan anda memenuhi matlamat pengiklanan anda dan mengubah matlamat tersebut dengan sewajarnya.

Sasarkan lokasi yang tepat untuk perniagaan anda

Dapatkan panduan cara memilih sasaran lokasi yang paling sesuai dengan perniagaan anda.

Bandingkan jenis sasaran lokasi: negara, kawasan dalam negara atau radius

Semak butiran di bawah tentang setiap peringkat penyasaran lokasi dan jenis perniagaan yang mungkin bersesuaian.

Sasaran lokasi Perihalan Jenis perniagaan yang dapat memperoleh manfaat Jenis perniagaan yang mungkin tidak memperoleh manfaat
Negara Penyasaran iklan anda ke sebuah negara atau berbilang negara boleh menjadi idea yang baik jika anda menyediakan produk dan perkhidmatan ke kawasan yang besar tersebut. Penyasaran ke seluruh negara membolehkan anda menerima lebih banyak pendedahan iklan daripada yang akan anda terima dengan menyasarkan beberapa bandar atau wilayah yang berasingan dalam negara.
  • Perniagaan nasional yang menawarkan khidmat ke seluruh negara
  • Peruncit dalam talian yang membuat penghantaran ke seluruh dunia
  • Perniagaan antarabangsa yang menjual di beberapa negara
Perniagaan yang tidak menawarkan khidmat di semua wilayah atau bandar. Dalam situasi ini, anda boleh menyasarkan beberapa kawasan atau bandar secara berasingan.
Kawasan dalam negara Anda mungkin ingin menggunakan penyasaran yang lebih tepat jika perniagaan anda tidak menawarkan perkhidmatan di semua wilayah atau bandar, atau anda mahu memfokuskan usaha pengiklanan anda di kawasan tertentu dalam negara. Bergantung pada negara, anda boleh menyasarkan wilayah, bandar atau poskod.
  • Perniagaan yang menawarkan khidmat di kejiranan setempat
  • Perniagaan yang memberikan tawaran istimewa di lokasi terpilih
  • Perniagaan yang menjual produk di wilayah atau bandar terpilih
Perniagaan yang cuba menjangkau kebanyakan wilayah di sesebuah negara, dengan hanya beberapa pengecualian (misalnya, seluruh Malaysia kecuali Sarawak). Dalam situasi ini, anda harus menyasarkan seluruh negara, kemudian mengecualikan kawasan yang lain.
Radius sekitar lokasi Penyasaran radius (juga dikenali sebagai penyasaran hampir atau "Sasarkan radius") membolehkan anda memilih untuk memaparkan iklan anda kepada pelanggan dalam jarak tertentu dari perniagaan anda dan bukan memilih bandar, wilayah atau negara tertentu. Sebagai contoh, penyasaran radius memerlukan penetapan radius sekurang-kurangnya 1 km di sekitar mana-mana lokasi tertentu.
  • Perniagaan yang membuat penghantaran dalam radius yang terpilih
  • Perniagaan setempat yang asas pelanggan berada dalam radius sekitar perniagaan
Perniagaan yang hanya mahu menjangkau bandar, wilayah atau negara tertentu.
Petua memilih lokasi yang tepat bagi perniagaan anda

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih sasaran lokasi anda:

  • Pastikan anda menyasarkan lokasi yang membolehkan anda mencari pelanggan, yang tidak semestinya tempat yang sama dengan lokasi perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda memiliki syarikat e-dagang, sasarkan semua lokasi penghantaran anda, bukan sahaja lokasi fizikal perniagaan anda.
  • Jika anda menyasarkan kawasan di luar liputan perniagaan, anda tidak akan dapat melihat iklan anda apabila anda membuat carian di Google.com. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan Alat Pratonton dan Diagnosis Iklan untuk mencari iklan anda.
  • Jika anda menyasarkan radius yang kecil atau lokasi yang sangat kecil, iklan anda mungkin hanya dipaparkan sekali-sekala atau tidak dipaparkan sama sekali. Perkara ini berlaku kerana sasaran yang kecil mungkin tidak memenuhi kriteria penyasaran kami.
  • Anda turut disarankan untuk memastikan tetapan penyasaran bahasa dan lokasi anda adalah konsisten. Sebagai contoh, jika anda menyasarkan pengguna yang berbahasa Melayu di Malaysia, jangan lupa untuk menyasarkan bahasa Melayu dan pastikan bahawa iklan anda ditulis dalam bahasa Melayu.

Contoh

Adrian mahu mengiklankan hotelnya di Malaysia kepada pelanggan berbahasa Melayu yang tinggal di Singapura. Dia menyasarkan iklannya ke Singapura dan menulis iklannya dalam bahasa Melayu.

Penyasaran geo am

Sebelum anda menyediakan penyasaran lokasi, pertimbangkan perincian tetapan anda. Penyasaran geo am ("Kehadiran atau Minat") boleh membantu anda menjangkau pengguna yang bukan sahaja wujud di lokasi disasarkan tetapi menunjukkan minat di lokasi disasarkan.

Dengan penyasaran geo am, anda akan mendapat manfaat yang berikut:

  • Akses kepada pelbagai lokasi disasarkan, daripada seluruh negara, kawasan dalam negara seperti bandar atau wilayah, atau radius di sekeliling lokasi.
  • Keupayaan untuk merekodkan lebih banyak penukaran, klik dan tera daripada pengguna yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.
Petua: Pengiklan yang telah menukar penyasaran lokasi daripada "Kehadiran" kepada "Kehadiran atau Minat" dalam penempatan Perjalanan, Hartanah dan Pendidikan menyaksikan +5% lebih banyak penukaran pada Kempen carian. (Sumber: Data dalaman Google, Global, 21/05/2022 - 01/06/2022).

Walaupun penyasaran geo am disyorkan sebagai amalan terbaik untuk Carian, anda hendaklah mengetahui masa yang munasabah untuk penyasaran “Kehadiran”. Anda perlu mempertimbangkan penyasaran “Kehadiran” ketika:

  • Perniagaan anda tergolong dalam penempatan sensitif dengan pengehadan penyasaran yang ketat.
  • Anda hanya mahu menyasarkan pengguna di lokasi tertentu dan bukan pengguna yang mungkin berada di lokasi lain tetapi masih berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.

Tetapkan penyasaran lokasi

Pilih pilihan di bawah untuk mendapatkan arahan penyasaran lokasi. Perlu diingat bahawa jenis sasaran lokasi yang tersedia berbeza-beza mengikut negara.

Masa yang dicadangkan untuk tugasan: 5-7 minit

Nota: Google Ads hanya membenarkan penyasaran untuk lokasi yang mematuhi ambang privasi minimum yang memenuhi kiraan kawasan minimum dan bilangan pengguna minimum. Sebagai contoh, kami tidak membenarkan penyasaran radius kurang daripada 1 km di sekitar mana-mana lokasi tertentu. Jika sasaran lokasi yang anda kehendaki tidak mematuhi ambang privasi ini, maka anda tidak akan dapat menyasarkan lokasi tersebut dalam antara muka Google Ads.
Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Cara menjangkau khalayak di seluruh negara

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen, kemudian tandai kotak di sebelah kempen pilihan anda.
  4. Klik tab Tetapan.
  5. Klik anak panah menu lungsur di sebelah "Lokasi".
  6. Masukkan nama negara yang mahu anda sasarkan.
  7. Klik Simpan untuk menambah lokasi.
Cara menjangkau khalayak di kawasan dalam sesebuah negara

Perlu diingat bahawa jika anda memilih lokasi yang kecil, iklan anda mungkin hanya dipaparkan sekali-sekala atau tidak dipaparkan sama sekali. Perkara ini berlaku kerana sasaran yang kecil mungkin tidak memenuhi kriteria penyasaran kami.

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian.
  3. Klik Lokasi.
  4. Klik ikon pensel berwarna biru Icon representing edit.
  5. Masukkan nama lokasi yang mahu anda sasarkan. Jika anda memasukkan nama bandar, tambahkan nama negara juga. Anda pasti tidak mahu menyasarkan Parit Mahang, Selangor, jika anda cuba menjual topi koboi kepada pelanggan di Parit Mahang, Johor.
  6. Klik Simpan untuk menambah lokasi.

Cuba sekarang

Tetapkan penyasaran lokasi untuk berbilang kempen sekali gus

Yang berikut ialah cara menetapkan penyasaran lokasi untuk berbilang kempen sekali gus:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen, kemudian klik tab Tetapan.
  4. Tandai kotak bersebelahan mana-mana kempen yang mahu anda ubah.
  5. Klik menu lungsur Edit, kemudian pilih Ubah lokasi.
  6. Dalam kotak yang kelihatan, pilih sama ada anda mahu menetapkan lokasi baharu untuk kempen yang dipilih atau menambahkan lokasi tambahan yang baharu pada kempen tersebut.
  7. Taip lokasi dalam medan teks. Selepas anda memilih lokasi, medan teks tambahan akan dipaparkan dan anda boleh memasukkan lebih banyak lokasi.
  8. Pilihan: Kami mengesyorkan anda mengklik Pratonton untuk melihat cara lokasi kempen anda berubah.
  9. Klik Gunakan.

Petua: Semasa berada pada halaman tetapan kempen, anda boleh mengklik ikon penapis Tapis untuk memaparkan kempen yang sepadan dengan kriteria tertentu sahaja. Perkara ini memudahkan anda membuat perubahan secara pukal pada kempen tertentu.

Cara menyasarkan radius di sekitar lokasi

Memilih radius

Apabila anda menyasarkan radius, perlu diingat bahawa jika anda memilih radius yang kecil, iklan anda mungkin hanya dipaparkan sekali-sekala atau tidak dipaparkan sama sekali. Perkara ini berlaku kerana sasaran yang kecil mungkin tidak memenuhi kriteria penyasaran kami.

  1. Dalam akaun Google Ads anda, pilih Lokasi daripada menu halaman di sebelah kiri.
  2. Klik nama kempen yang ingin anda edit.
  3. Klik ikon pensel berwarna biru, kemudian pilih Radius.
  4. Dalam kotak carian, masukkan alamat lokasi yang anda mahu gunakan sebagai pusat radius. Masukkan lingkungan yang anda mahu sasarkan dan pilih unit ukuran daripada menu lungsur.
  5. Semak peta untuk memastikan anda menyasarkan kawasan yang betul. Apabila anda sudah bersedia, klik Simpan untuk menambah sasaran radius.
  6. Klik Simpan.

Lanjutan: Menyasarkan berbilang lokasi secara pukal

Google Ads membolehkan anda menambahkan senarai pukal yang terdiri daripada maksimum 1000 sasaran lokasi pada satu masa, dan anda tidak perlu menambah setiap lokasi secara berasingan. Kami juga menawarkan alatan untuk pengeditan secara pukal. Klik pilihan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
Cara menambahkan berbilang sasaran lokasi secara pukal
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Khalayak, kata kunci dan kandungan dalam menu bahagian.
  3. Klik Lokasi.
  4. Klik nama kempen yang mahu anda edit, kemudian klik ikon pensel berwarna biru Icon representing edit.
  5. Tandai kotak bersebelahan dengan "Tambahkan berbilang lokasi".
  6. Dalam kotak tersebut, tampal atau taip nama hingga 1000 lokasi yang mahu anda sasarkan (setiap lokasi dimasukkan pada baris berasingan) dan tambahkan lokasi dari satu negara pada satu masa. Semak senarai lokasi yang boleh disasarkan.
    • Untuk menyasarkan lebih daripada 1000 lokasi, anda boleh menambah sasaran lokasi secara pukal berbilang kali. Sebagai contoh, jika anda ingin menyasarkan 1200 lokasi, tambahkan 1000 sasaran lokasi anda yang pertama. Apabila anda selesai, tambahkan baki 200 lokasi.
    • Untuk menyasarkan bandar atau poskod, sertakan nama penuh negara atau negeri—sebagai contoh, Kuala Lumpur, Malaysia atau 47000, Kuala Lumpur.
  7. Jika anda mahu mengehadkan hasil carian anda kepada satu negara, klik medan di bawah kotak pemasukan lokasi dan pilih negara yang anda kehendaki.
  8. Klik Cari.
  9. Kami akan memaparkan semua lokasi yang sepadan dengan carian anda dalam panel semakan. Semak hasil carian anda, kemudian klik Sasarkan Semua untuk menyasarkan semua lokasi yang sepadan dengan carian anda atau Kecualikan semua untuk mengecualikan semua lokasi yang sepadan dengan carian anda. Untuk menyasarkan lokasi secara berasingan daripada panel ulasan, klik Sasarkan di sebelah lokasi yang mahu anda tambahkan sebagai sasaran.
    • Jika anda mencari mana-mana sasaran lokasi yang tidak ditemukan, anda akan menemukan lokasi tersebut dalam kotak yang anda masukkan senarai lokasi.
    • Tindakan mengklik butang kelabu “x” akan mengalih keluar semua lokasi daripada panel semakan dan daripada sasaran lokasi atau pengecualian lokasi anda yang sedia ada.
  10. Di bawah "Lokasi disasarkan", anda akan menemukan sasaran lokasi yang baru sahaja anda tambahkan.
  11. Klik Simpan.

Cuba sekarang

Cara menyasarkan berbilang lokasi merentas kempen

Templat data penyasaran lokasi (muat turun CSV)

Atribut Spesifikasi Nilai Sampel
Baris alamat 1 Alamat jalan yang lengkap dan tepat untuk lokasi (maksimum 80 aksara). 43, Jalan Minangkabau
Baris alamat 2 Peti surat atau nombor suite, jika perlu (maksimum 80 aksara). B3
Bandar Bandar lokasi tersebut. Seremban
Negeri/wilayah Negeri atau wilayah lokasi tersebut. Negeri Sembilan
Poskod Poskod lokasi tersebut. Jika poskod bermula dengan sifar, pastikan pemformatan hamparan anda tidak mengalih keluar sifar sebagai digit pertama. 70100
Negara Kod negara. Anda juga boleh menggunakan kod negara ISO 3166-1 alpha-2. AS

Anda boleh menggunakan jadual penyasaran geografi untuk mencari semua lokasi yang boleh anda sasarkan dan cara anda perlu merujuk pada lokasi tersebut dalam templat anda.

Pilihan pengeditan pukal yang lain

Anda boleh menyemak had sasaran lokasi untuk kempen anda.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7218129608911524902
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false