Ukur trafik ke tapak web anda

Jika objektif pengiklanan utama anda ialah meningkatkan trafik ke tapak anda, cuba berikan tumpuan pada meningkatkan klik dan kadar klikan (CTR) anda. Mulakan dengan membuat teks iklan yang hebat dan kata kunci yang berkesan untuk membuat iklan yang sangat berkaitan dan sangat menarik kepada pelanggan anda, kemudian pantau klik, CTR, kata kunci dan istilah carian anda dengan teliti.

Anda perlu mengetahui tentang hubungan antara teks iklan dan kata kunci. Fikirkan mengenai perahu dayung dan dayung serta cara kedua-dua perahu dayung dan dayung tersebut bekerjasama untuk sampai ke destinasi. Kata kunci yang berkesan membawa iklan yang berkaitan kepada pelanggan yang tepat dan ini akan meningkatkan klik dan CTR anda.

Di Google Ads, anda juga boleh membuat kempen menggunakan matlamat Trafik tapak web, yang mengesyorkan tetapan dan ciri untuk membolehkan anda mendorong pelanggan yang berminat ke tapak web anda Dengan menggunakan matlamat kempen ini, anda boleh membina senarai pelawat tapak yang anda boleh berhubung semula kemudian. Ketahui lebih lanjut tentang perihal Matlamat dalam pengalaman baharu Google Ads

Perkara yang perlu diukur

Berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh anda ukur untuk membantu anda menjejak dan memperbaiki kempen yang memfokus pada trafik:

  • Klik dan kadar klikan (KK): Kedua-dua metrik ini membantu anda memahami bilangan pengguna yang merasakan iklan anda cukup menarik sehingga mendorong mereka mengklik iklan dan melawat tapak web anda. Anda boleh mengukur klik dan KK di semua peringkat akaun anda. Sebagai contoh, anda boleh melihat jumlah klik yang diterima oleh keseluruhan kempen, kumpulan iklan atau iklan. Selain itu, anda juga boleh melihat bilangan klik yang telah dijana oleh kata kunci selepas mencetuskan iklan anda. Di Rangkaian Carian, 1% atau lebih adalah dianggap KK yang bagus.
  • Kata kunci: Pantau prestasi kata kunci dengan strategi ini:
    • Kemas kini senarai kata kunci anda secara berkala. Jeda atau alih keluar perkataan yang kurang berkesan (misalnya, jika kata kunci tersebut mempunyai KK kurang daripada 1% atau Skor Kualiti) yang rendah) dan tambah yang baharu. Ketahui cara Mengukur prestasi kata kunci anda di Rangkaian Carian.
    • Gunakan 4 pilihan padanan kata kunci untuk membantu mengawal khalayak yang melihat iklan anda. Sesetengah daripada pilihan ini membolehkan anda menikmati lebih banyak tera iklan, klik dan penukaran. Pilihan yang lain pula akan membawa kepada tera yang lebih sedikit dan sasaran yang lebih sempit.
    • Untuk paparan mutu kata kunci secara menyeluruh, jalankan diagnosis kata kunci. Ini memberikan anda maklumat mengenai Skor Kualiti kata kunci anda dan sama ada kata kunci tersebut mencetuskan iklan anda. Skor Kualiti sebanyak 5 atau lebih tinggi secara amnya dianggap bagus.
  • Istilah carian: Apabila anda menggunakan kata kunci padanan am (tetapan lalai), iklan anda boleh muncul apabila seseorang mencari variasi kata kunci anda seperti frasa yang serupa atau perkataan yang berkaitan. Untuk melihat senarai carian yang telah mencetuskan iklan anda, lihat Laporan istilah carian. Anda boleh menggunakan laporan ini untuk mengenal pasti istilah berkaitan yang mendorong trafik ke tapak web anda dan kemudian menambah istilah tersebut sebagai kata kunci baharu. Atau, jika mana-mana kata kunci ini tidak berkaitan dengan perniagaan anda, kata kunci tersebut boleh ditambahkan sebagai kata kunci negatif supaya kata kunci ini tidak mencetuskan iklan anda.

    • Misalnya, jika kempen anda mempunyai kata kunci kamera digital pada padanan am, laporan mungkin memaparkan bahawa iklan anda muncul untuk pertanyaan carian "kamera digital London". Jika perniagaan anda menjual kepada pengguna di London, anda boleh menambah frasa ini sebagai kata kunci dalam akaun anda. Jika anda tidak menawarkan perkhidmatan di London, anda boleh menambah London sebagai kata kunci negatif untuk memastikan iklan anda tidak dipaparkan berikutan carian tersebut. Dengan menambah istilah carian yang tidak berkaitan sebagai kata kunci negatif, anda boleh membantu memperbaiki kadar klikan anda.

Petua

Jika kata kunci ditandai "Ditambah" dalam Laporan istilah carian, maka ini bermakna anda sudah mempunyai istilah carian yang tepat itu dalam senarai kata kunci anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15042694146382888384
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false