Perihalan pindahan wang

Pindahan wang ialah cara menambahkan wang ke akaun Google Ads anda dengan memindahkan wang kepada Google. Lihat arahan di bawah tentang cara menyediakan dan membuat pindahan wang, perkara yang boleh dijangka dan tindakan yang boleh anda lakukan jika pindahan anda mengambil masa yang terlalu lama.

Pindahan wang

Persediaan

Jika anda ingin menyediakan atau membuat pembayaran menggunakan pindahan wang, ikut langkah-langkah ini:

Untuk memproses pembayaran, anda perlu memasukkan nombor rujukan unik anda yang tertera pada borang pemindahan bank anda. Nombor rujukan ialah nombor yang kami gunakan untuk menghubungkan pembayaran pindahan wang anda kepada akaun Google Ads anda. Anggaplah ini sebagai cap jari yang membolehkan kami mengenal pasti pembayaran anda.

Jika medan Nota atau Nombor rujukan borang tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk keseluruhan nombor, masukkan nombor pada medan Nama sebelum atau sebagai ganti kepada nama anda. (Ingat bahawa nombor rujukan boleh didapati pada borang maklumat pindahan yang anda jana dalam akaun Google Ads anda. Nombor ini berlainan daripada ID Pelanggan Google Ads anda.) Anda perlu menjana nombor rujukan baharu untuk setiap pembayaran yang anda buat -- kami tidak dapat memproses pembayaran anda jika anda menggunakan semula nombor rujukan.

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran. Nota: Jika anda tidak melihat pindahan wang sebagai pilihan, klik pautan tambahkan kaedah pembayaran baharu, kemudian pilih Pindahan wang.
  4. Klik Teruskan untuk membuat pembayaran.
  5. Masukkan amaun wang yang ingin dipindahkan ke akaun Google Ads anda. Perlu diingat bahawa mungkin terdapat amaun minimum untuk lokasi dan mata wang anda. Klik Teruskan untuk menyemak.
  6. Selepas memastikan bahawa maklumat pembayaran tersebut adalah betul, klik butang Sahkan pembayaran untuk menjana borang maklumat pindahan. Borang ini menyediakan semua maklumat yang anda perlukan untuk membuat pindahan wang, termasuk nombor rujukan unik jika diperlukan bagi lokasi anda.
  7. Cetak borang atau catatkan maklumat yang diberikan.
  8. Ikut arahan pada borang anda untuk memulakan pindahan wang. Proses ini berbeza-beza mengikut bank, oleh itu, dapatkan arahan khusus daripada pihak bank anda.
Perkara yang boleh dijangka

Setelah kami menerima pindahan wang anda, kami akan mengirimkan e-mel kepada anda. Iklan anda biasanya akan mula disiarkan jika iklan itu telah dihentikan atau jika ini merupakan pembayaran kali pertama anda. Jika anda muat semula baki anda, iklan anda akan terus disiarkan.

Masa pemprosesan: Dua hingga lima hari perniagaan, bergantung pada lokasi anda. Ini adalah kerana pindahan wang bergantung pada beberapa faktor, termasuk proses bank tempatan.

Petua

  • Nombor rujukan tidak sama dengan nombor pengenalan pelanggan anda.
  • Anda boleh menjana sehingga lima rujukan nombor tanpa menghantar pembayaran. Selepas itu, anda akan perlu menggunakan salah satu daripada nombor rujukan yang anda sudah miliki untuk menjana nombor baharu.
  • Pastikan anda tidak menggunakan semula nombor rujukan. Kami tidak akan dapat memproses pembayaran anda.
  • Hubungi bank anda sebelum membuat pindahan wang. Ketahui proses mereka dan sama ada mereka mengenakan apa-apa yuran (Google tidak akan membayar balik yuran bank anda.)
  • Sentiasa sertakan nombor rujukan bersama pindahan anda -- nombor ini ialah seperti cap jari yang kami gunakan untuk mengenal pasti pembayaran anda dan memadankannya dengan akaun anda.
  • Jika borang pindahan bank anda tidak mempunyai ruang untuk menulis nombor rujukan, masukkan nombor tersebut di depan medan yang mana anda menulis nama anda atau sebagai ganti nama anda.
  • Google mungkin tidak disebut dalam nama bank yang anda hantar pembayaran anda. Kami telah bekerjasama dengan Arvato Finance Services (AFS) untuk memproses pembayaran anda, maka anda mungkin melihat ini disenaraikan sebagai pemegang akaun. 
  • Jika akaun anda menggunakan pembayaran manual, iklan anda akan berhenti disiarkan apabila pembayaran anda habis digunakan. Semak baki anda dengan kerap. Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila baki anda mula menjadi rendah dan sekali lagi apabila baki menjadi sifar.
Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan wang anda mengambil masa yang terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menyemak sama ada pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana anda telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa dua minggu telah berlalu sejak anda memulakan pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang hubungan ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah.

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (iaitu Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan sebarang maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.
Terlupa untuk memasukkan nombor rujukan dengan pembayaran

Jangan risau -- perkara ini biasa berlaku. Berikut ialah cara anda boleh membantu kami memadankan pembayaran anda jika anda terlupa untuk memasukkan nombor rujukan:

  1. Semak sama ada amaun pindahan telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika amaun masih belum dikeluarkan, sila hubungi bank anda.
  2. Sahkan dengan bank anda sama ada wang anda telah dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama dengan nombor yang disenaraikan dalam arahan pembayaran asal -- borang boleh dicetak yang anda jana apabila membuat pindahan wang, yang termasuk nombor rujukan.
  3. Hubungi kami menggunakan borang ini. Pastikan anda memberi bukti pembayaran yang tidak boleh diedit.

Masa pemprosesan: Kami boleh meneliti pembayaran anda setelah kami menerima pembayaran anda. Jika anda mendapati bahawa anda terlupa untuk memasukkan nombor rujukan, sila tunggu selama 10 hari sebelum menghubungi sokongan. Masa sehingga 30 hari boleh diambil untuk memproses pindahan wang tanpa nombor rujukan. Setelah kami mengenal pasti pembayaran anda, kami akan memadankan pembayaran tersebut dengan akaun anda dan menghubungi anda. Jika anda mahu iklan anda disiarkan sementara anda menunggu ini berlaku, anda mungkin dapat membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

Pindahan wang

Pindahan wang tidak lagi tersedia untuk akaun baharu di negara ini. Jika anda tidak dapat melihat pilihan ini dalam akaun anda, sila pilih kaedah pembayaran yang lain.

Nota

Anda perlu membuat semua pembayaran pindahan bank kepada akaun benefisiari yang disenaraikan pada halaman Tetapan pengebilan anda. Jika tidak, kami mungkin tidak menerima pembayaran anda atau mungkin tidak dapat memadankan pembayaran anda dengan akaun Google Ads anda. Untuk mencari nombor akaun benefisiari, klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Tetapan pengebilan dan cari medan berlabel Nombor akaun benefisiari.

Perkara yang boleh dijangka

Setelah kami menerima pindahan wang anda, kami akan mengirimkan e-mel kepada anda. Iklan anda biasanya akan mula disiarkan jika iklan itu telah dihentikan atau jika ini merupakan pembayaran kali pertama anda. Jika anda muat semula baki anda, iklan anda akan terus disiarkan.

Masa pemprosesan: Dua hingga lima hari perniagaan, bergantung pada lokasi anda. Ini adalah kerana pindahan wang bergantung pada beberapa faktor, termasuk proses bank tempatan.

Petua

  • Hubungi bank anda sebelum membuat pindahan wang. Ketahui proses mereka dan sama ada mereka mengenakan apa-apa yuran (Google tidak akan membayar balik yuran bank anda.)
  • Google mungkin tidak disebut dalam nama bank yang anda hantar pembayaran anda. Kami telah bekerjasama dengan Arvato Finance Services (AFS) untuk memproses pembayaran anda, maka anda mungkin melihat ini disenaraikan sebagai pemegang akaun.
  • Jika akaun anda menggunakan pembayaran manual, iklan anda akan berhenti disiarkan apabila pembayaran anda habis digunakan. Semak baki anda dengan kerap. Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila baki anda mula menjadi rendah dan sekali lagi apabila baki menjadi sifar.
Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan wang anda mengambil masa yang terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menyemak sama ada pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana anda telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa dua minggu telah berlalu sejak anda memulakan pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang hubungan ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah.

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (iaitu Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan sebarang maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.

Pindahan wang

Pindahan wang ialah cara menambahkan wang ke akaun Google Ads anda dengan memindahkan wang daripada akaun bank anda. Lihat arahan di bawah tentang cara menyediakan dan membuat pindahan wang, perkara yang boleh dijangka dan tindakan yang boleh anda lakukan jika pindahan anda mengambil masa yang terlalu lama.

Persediaan

Jika anda ingin menyediakan atau membuat pembayaran menggunakan pindahan wang, ikut langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran.
  4. Pastikan Pindahan bank dipilih dan kemudian klik Semak pembayaran.
  5. Anda akan melihat nama bank, nombor akaun bank maya yang unik dan penerima. Cetak maklumat pada halaman ini dan bawa maklumat tersebut ke bank anda untuk melengkapkan pindahan bank anda.

Jika anda lebih sukai, anda juga boleh melengkapkan pindahan bank anda dalam talian dengan pergi ke tapak web bank anda dan memindahkan dana ke nombor akaun bank maya yang unik.

Nota

Anda hendaklah membuat semua pembayaran pindahan bank ke nombor akaun bank maya yang unik yang disenaraikan di halaman tetapan Pengebilan anda. Jika tidak, kami mungkin tidak menerima pembayaran anda atau mungkin tidak dapat memadankan pembayaran anda dengan akaun Google Ads anda. Untuk mencari nombor akaun bank maya yang unik, klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Tetapan pengebilan dan cari medan yang berlabel Nombor akaun maya.

Petua

  • Hubungi bank anda sebelum membuat pindahan wang. Ketahui proses mereka dan sama ada mereka mengenakan apa-apa yuran (Google tidak akan membayar balik yuran bank anda).
  • Google mungkin tidak disebut dalam nama bank yang anda hantar pembayaran anda. Kami telah bekerjasama dengan Arvato Finance Services (AFS) untuk memproses pembayaran anda, maka anda mungkin melihat ini disenaraikan sebagai pemegang akaun.
  • Iklan anda akan berhenti disiarkan apabila pembayaran anda habis digunakan. Semak baki anda dengan kerap. Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila baki anda mula menjadi rendah dan sekali lagi apabila baki menjadi sifar.
Perkara yang boleh dijangka

Biasanya masa dua hingga lima hari perniagaan diperlukan untuk memproses pindahan anda, bergantung pada bank anda. Simpan semua rekod pembayaran anda sehingga anda melihat pembayaran tersebut tertera pada akaun Google Ads anda.

Setelah kami menerima pindahan wang anda, kami akan mengirimkan e-mel kepada anda. Iklan anda biasanya akan mula disiarkan pada ketika itu, jika iklan tersebut masih belum disiarkan.

Kelewatan

Jika ia telah melebihi satu minggu sejak anda membuat pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran dicerminkan dalam akaun anda, hubungi kami dan kami akan senang hati membantu. Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat berikut:

  • Bukti pembayaran daripada bank anda atau salinan penyata bank anda yang memaparkan pindahan.
  • Nombor akaun bank Google 26-digit yang muncul pada halaman Buat Pembayaran dalam akaun Google Ads anda
  • E-mel dan ID Pelanggan akaun Google Ads anda yang kelihatan di bahagian atas akaun Google Ads anda

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Sama ada salinan diimbas resit anda atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Bukti pembayaran hendaklah dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah menyertakan maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi selama lima hari sebelum dan selepas pembayaran
    • Amaun dan mata wang pembayaran
    • Benefisiari dana
    • Nama bank yang anda gunakan.

Untuk keselamatan anda, sila gelapkan sebarang maklumat sensitif pada penyata bank, terutamanya nombor akaun bank anda.

Pindahan bank menggunakan Giropay

Dengan pindahan bank menggunakan GiroPay, anda akan membuat pembayaran di tapak web bank anda dan baki akaun Google Ads anda akan dikemas kini biasanya dalam masa beberapa jam.

Keperluan

Untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda memerlukan akaun bank yang merupakan sebahagian daripada rangkaian GiroPay. Selain itu, anda memerlukan akaun Google Ads dengan alamat perniagaan di Jerman, dengan Euro (EUR) dipilih sebagai mata wang akaun anda.

Persediaan

Berikut ialah cara membuat pembayaran ke akaun Google Ads anda dengan menggunakan Giropay:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran.
  4. Pilih Pindahan wang elektronik menggunakan GiroPay. Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik pautan Tambahkan kaedah pembayaran baharu untuk melihat pilihan tersebut.
  5. Klik Teruskan untuk membuat pembayaran.
  6. Masukkan amaun wang yang anda mahu bayar ke akaun Google Ads anda. Amaun pembayaran minimum ialah 10 EUR.
  7. Klik Teruskan untuk menyemak.
  8. Semak dan sahkan amaun tersebut dengan mengklik butang Buat pembayaran.
  9. Anda akan diubah hala ke tapak web rakan kongsi pembayaran kami, GlobalCollect. Sebaik sahaja anda sampai di tapak web tersebut, anda akan melengkapkan pembayaran anda melalui antara muka selamat rangkaian GiroPay.
Perkara yang boleh dijangka

Biasanya dana akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda dalam masa dua jam, tetapi kadangkala proses ini mengambil masa yang lebih lama. Pastikan anda menyimpan semua rekod pembayaran dan resit sehingga anda lihat pembayaran itu tertera pada akaun Google Ads anda.

Masa pemprosesan: Kebiasaannya selama dua jam. Pindahan dana bergantung pada beberapa faktor, termasuk proses di bank anda.

Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan dana anda mengambil masa terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa tiga hari telah berlalu sejak anda membuat pembayaran dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah:

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan apa-apa maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.

Pindahan bank menggunakan iDEAL

Dengan pindahan bank menggunakan iDEAL, anda membuat pembayaran di tapak web bank anda dan akaun Google Ads anda akan lazimnya dikemas kini dalam masa dua jam.

Keperluan

Untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda harus memenuhi syarat berikut:

  • Alamat perniagaan akaun Google Ads anda berada di Belanda.
  • Mata wang akaun Google Ads anda ialah Euro.
  • Anda mempunyai akaun dengan bank yang merupakan sebahagian daripada rangkaian iDEAL.
Persediaan

Berikut ialah cara membuat pembayaran ke akaun Google Ads anda dengan menggunakan iDEAL:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran.
  4. Pilih Pindahan bank menggunakan iDEAL. Jika anda tidak melihat iDEAL sebagai pilihan, klik pautan Tambah kaedah pembayaran baharu untuk melihatnya.
  5. Klik Teruskan untuk membuat pembayaran.
  6. Masukkan amaun wang yang anda mahu bayar ke akaun Google Ads anda. Amaun pembayaran minimum ialah 10 euro (EUR). Klik Teruskan untuk menyemak.
  7. Semak dan sahkan amaun tersebut dengan mengklik butang Buat pembayaran.
  8. Anda akan diubah hala ke tapak web rakan kongsi pembayaran kami, GlobalCollect. Apabila tiba di sana, anda akan melengkapkan pembayaran anda melalui antara muka selamat rangkaian iDEAL.
Perkara yang boleh dijangka

Biasanya dana akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda dalam masa dua jam, tetapi kadangkala proses ini mengambil masa yang lebih lama. Pastikan anda menyimpan semua rekod pembayaran dan resit sehingga anda lihat pembayaran itu tertera pada akaun Google Ads anda.

Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan dana anda mengambil masa terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa tiga hari telah berlalu sejak anda membuat pembayaran dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah:

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan apa-apa maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.
Masalah sambungan dan pembayaran

Jika anda tidak nampak pembayaran anda dikreditkan ke akaun anda dalam masa dua atau tiga jam, ia mungkin disebabkan sambungan dalam talian antara bank anda dan GlobalCollect terganggu. Malangnya, kadangkala perkara ini boleh berlaku. Jika hal ini berlaku, klik pautan di bawah untuk melihat maklumat lanjut:

Lebih lanjut tentang sambungan yang terganggu

Berikut ialah perkara yang boleh anda jangkakan, berdasarkan jenis gangguan sambungan yang anda hadapi:

  • Gangguan sementara: GlobalCollect akan menerima notis pembayaran daripada bank anda tetapi sambungan ke Google mungkin terganggu. Anda tidak akan menerima mesej ralat, tetapi pembayaran anda akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda setelah diproses. Proses ini boleh mengambil masa hingga lima hari.
  • Gangguan tetap: Anda akan menerima mesej ralat tentang pembayaran yang tidak berjaya. Jika anda mahu, anda boleh melakukan pindahan bank bukan masa nyata ke GlobalCollect, yang boleh mengambil masa lima hingga 10 hari perniagaan sebelum dikreditkan ke dalam akaun anda.

BPAY

BPAY merupakan kaedah pembayaran yang boleh digunakan pada tetapan pembayaran manual. Dengan menggunakan BPAY, anda boleh membuat pembayaran dalam talian atau melalui telefon dan pembayaran anda akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda biasanya dalam tempoh dua hingga tiga hari perniagaan.

Keperluan

Untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda memerlukan akaun bank yang merupakan sebahagian daripada rangkaian BPAY. Selain itu, anda memerlukan akaun Google Ads dengan alamat perniagaan di Australia, dengan Dolar Australia (AUD) dipilih sebagai mata wang akaun anda.

Buat pembayaran
  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik Buat Pembayaran.
  4. Pilih BPAY. Jika anda tidak melihat BPAY sebagai pilihan, klik + di sebelah Atau tambahkan kaedah pembayaran baharu. Kemudian pilih BPAY.
  5. Catatkan kod pengebil dan nombor rujukan yang muncul.
  6. Log masuk ke tapak web bank anda atau hubungi perkhidmatan perbankan telefon anda.
  7. Pilih BPAY atau pilihan pembayaran bil dan ikut arahan untuk membuat pembayaran. Anda boleh membuat pembayaran dengan sebarang jumlah yang melebihi AUD 10.
  8. Catatkan nombor resit anda apabila anda selesai. Simpan nombor ini sehingga dana telah dikreditkan ke akaun Google Ads anda, yang lazimnya mengambil masa dua hingga tiga hari perniagaan.
Perkara yang boleh dijangka

Pembayaran manual anda akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda dalam masa dua hingga tiga hari perniagaan. Jika ini tidak berlaku selepas tiga hari perniagaan, baca bahagian di bawah untuk petua menyelesaikan masalah.

Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan dana anda mengambil masa terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa melebihi dua hari perniagaan telah berlalu sejak anda memulakan pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah:

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan apa-apa maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.

Boleto bancário

Melalui boleto bancário, anda boleh membuat pembayaran manual untuk kos Google Ads anda.

Keperluan

Untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda memerlukan akaun Google Ads dengan alamat perniagaan di Brazil dan memilih Real Brazil (BRL) sebagai mata wang akaun anda.

Persediaan

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran ke akaun Google Ads anda menggunakan boleto bancário, ikut langkah-langkah berikut selepas membuat akaun anda.

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran. Amaun pembayaran minimum ialah 40 BRL.
  4. Pilih Boleto bancário. Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik pautan Tambahkan kaedah pembayaran baharu untuk melihat pilihan tersebut.
  5. Pilih Boleto. Kemudian, dalam bahagian "Nyatakan amaun pembayaran anda", masukkan amaun yang anda mahu bayar.
  6. Klik butang Buat Boleto. Boleto akan dijanakan dan anda boleh mencetak atau menghantar boleto tersebut melalui e-mel.
Perkara yang boleh dijangka

Anda boleh membayar boleto pada hari boleto itu dihasilkan, atau menjadualkan pembayaran untuk tarikh yang lebih sesuai. Perlu diingat bahawa jangka masa tamat tempoh boleto ialah selama 8 hari. Jika anda terlepas tempoh ini, anda boleh menjana boleto baharu dan membuang boleto yang lama.

Setelah anda menyerahkan boleto anda di bank anda atau di halaman pembayaran boleto dalam talian bank anda, pembayaran anda akan diproses dalam masa kira-kira tiga hari perniagaan. Jika anda sedang membuat pembayaran yang pertama atau akaun anda tidak dibiayai, iklan anda lazimnya akan mula disiarkan pada masa ini. Teruskan untuk membuat pembayaran seperti yang diperlukan pada masa hadapan. Anda boleh mengeluarkan dan membayar boleto dalam mana-mana amaun yang melebihi R$40.00.

Invois dan resit

  • Invois: Anda akan menerima invois bulanan yang menunjukkan caj yang terakru dalam akaun anda pada setiap bulan kalendar. Disebabkan anda hanya dicaj atas klik pada iklan anda dalam bulan tertentu, jumlah dalam invois anda mungkin lebih kecil daripada jumlah yang anda bayar melalui boleto. Sebarang dana yang berbaki dalam akaun anda boleh digunakan dalam bulan berikutnya.
  • Resit: Resit anda dikeluarkan pada hari terakhir setiap bulan dan dihantarkan ke e-mel hubungan akaun Google Ads antara hari perniagaan ke-5 dan ke-10 bulan yang berikutnya.

Anda akan menerima e-mel yang memberitahu anda bahawa resit telah dikeluarkan dan tersedia di tapak web Majlis Perbandaran. E-mel tersebut mengandungi pautan, Pendaftaran Pembayar Cukai Korporat (CNPJ) bagi penyedia perkhidmatan, nombor resit dan kod pengesahan untuk mengakses resit itu. Anda perlu mengemas kini maklumat pendaftaran anda bagi mengelakkan masalah penghantaran mel.

Dapatkan baucar

Resit adalah merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan dalam bulan tertentu dan bukan pembayaran boleto tertentu. Setiap resit dikeluarkan untuk mengumpulkan cukai yang berkenaan bagi perkhidmatan yang disediakan.

Hasilnya, amaun ini mungkin berbeza daripada jumlah yang dideposit melalui boleto. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa semua dana yang tinggal dalam akaun anda boleh digunakan sepanjang bulan berikutnya dan akan dimasukkan dalam resit yang berkaitan dengan tarikh yang perkhidmatan disediakan.

Jika anda ingin mendapatkan baucar daripada jumlah amaun yang dibayar melalui bil, ikut langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik pautan Sejarah urus niaga pada menu kiri. (Jika anda mahu melihat ringkasan pengebilan yang berkaitan dengan tempoh tertentu, pilih bulan dan tahun yang sama pada menu lungsur di bahagian atas halaman dan klik OK.)
  4. Klik Pembayaran Diterima untuk sebarang item baris yang menggambarkan caj yang dibuat pada akaun anda.
  5. Pada menu penyemak imbas anda, pilih Fail dan Cetak.
  6. Klik Cetak.
Kelewatan

Semua boleto yang dibayar diproses dalam tempoh tiga hari perniagaan. Jika baki anda tidak dikemas kini selepas tiga hari, sila hubungi kami dan lampirkan salinan digital bukti pembayaran anda dan boleto yang berkenaan. Dokumen tersebut hendaklah sah dan termasuk ID Pelanggan serta nama anda. Setelah kami menerima bukti pembayaran anda, kami akan menyiasat isu tersebut.

Perlu diingat
  • Semak baki akaun prabayar anda dengan kerap untuk memastikan anda tidak kehabisan dana. Buat lebih banyak pembayaran sebagaimana yang diperlukan. Apabila baki prabayaran Google Ads anda menjadi rendah, kami akan menghantar e-mel kepada anda untuk memberitahu anda supaya membuat pembayaran tambahan.
  • Anda boleh membuat pembayaran di bank tempatan atau dalam talian. Sesetengah bank menerima pembayaran boleto melalui tapak web mereka dengan menggunakan nombor rujukan boleto. Hubungi bank anda untuk menentukan pilihan anda untuk membayar boleto.
  • Bank anda tidak seharusnya mengenakan anda bayaran pemprosesan. Walau bagaimanapun, jika atas sebab tertentu bank anda mengenakan bayaran atau tidak dapat melengkapkan transaksi, bank tempatan yang lain mungkin boleh memberi pilihan yang lebih sesuai.

Pindahan wang

Dengan menggunakan pindahan wang, anda boleh membuat pembayaran manual menggunakan ATM atau bank anda dan pembayaran lazimnya akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa tiga hari perniagaan.

Keperluan

Untuk menggunakan kaedah pembayaran ini, anda memerlukan akaun Google Ads dengan alamat perniagaan di Jepun dan Yen Jepun (JPY) dipilih sebagai mata wang akaun anda.

Persediaan

Berikut ialah cara membuat pembayaran ke akaun Google Ads anda menggunakan pindahan wang:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com.
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik butang Buat pembayaran. Amaun pembayaran minimum ialah JPY 1,000.
  4. Pilih Pindahan wang. Jika anda tidak melihat pilihan ini, klik pautan Tambahkan kaedah pembayaran baharu untuk melihat pilihan tersebut.
  5. Gunakan maklumat bank yang diberikan untuk membuat pembayaran ATM atau pindahan wang, yang boleh dilakukan secara peribadi atau melalui tapak web bank anda.

Pindahan bank lazimnya akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa tiga hari perniagaan. Untuk membolehkan pemprosesan yang lebih cepat, kami telah memberikan nombor akaun bank unik bagi akaun Google Ads anda. Pembayaran anda mesti dihantar ke nombor akaun bank unik ini setiap kali anda memulakan pembayaran pindahan bank atau ATM. Maklumat akaun bank ini boleh didapati pada halaman Tetapan pengebilan akaun Google Ads anda, dalam medan berlabel Nombor akaun penerima dana dan Kod cawangan.

Perkara yang boleh dijangka

Dana lazimnya akan dikreditkan ke akaun Google Ads anda dalam masa tiga hari perniagaan, tetapi kadangkala masa yang lebih lama mungkin diambil. Pastikan anda menyimpan semua rekod pembayaran dan resit sehingga anda lihat pembayaran itu tertera pada akaun Google Ads anda.

Masa pemprosesan: Lazimnya tiga hari perniagaan, tetapi boleh mengambil masa lebih lama. Ini kerana pindahan dana bergantung pada beberapa faktor, termasuk pemprosesan di bank anda.

Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan dana anda mengambil masa terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa melebihi lima hari perniagaan telah berlalu sejak anda memulakan pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah:

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan apa-apa maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.

NetBanking

Netbanking merupakan kaedah pembayaran yang boleh anda gunakan untuk membuat pembayaran manual. Dengan NetBanking, anda membuat pembayaran menggunakan pindahan wang elektronik sebelum iklan anda disiarkan. Jenis pembayaran ini disokong oleh rakan kongsi pembayaran boleh dipercayai kami, TimesofMoney

Keperluan dan keselamatan

Anda boleh menggunakan net banking untuk membuat pembayaran manual jika anda memenuhi syarat berikut:

  • Anda mempunyai alamat pengebilan dan akaun bank di India.
  • Anda telah memilih Rupee India (INR) sebagai mata wang Google Ads anda.
  • Bank anda disokong oleh rakan kongsi pembayaran kami, TimesofMoney.
Lihat senarai bank yang disokong oleh TimesofMoney
Nama bank Jenis akaun disokong
Kotak Bank Simpanan
Bank of Bahrain dan Kuwait Simpanan
Bank of India Korporat dan simpanan
Citi Bank Korporat dan simpanan
Corporation Bank Simpanan
Deutsche Bank Korporat dan simpanan
Development Credit Bank Simpanan
Federal Bank Korporat dan simpanan
HDFC Bank Korporat dan simpanan
ICICI Bank Simpanan
Indian Overseas Bank Simpanan
Jammu & Kashmir Bank Korporat dan simpanan
Karnataka Bank Ltd Simpanan
Karur Vysya Bank Korporat dan simpanan
Laxmi Vilas Bank - Net Banking Korporat Simpanan
State Bank of Hyderabad Simpanan
State Bank of India Korporat dan simpanan
State Bank of Bikaner & Jaipur Simpanan
State Bank of Mysore Simpanan
South Indian Bank Simpanan
Union Bank of India Korporat dan simpanan
United Bank of India Korporat dan simpanan
Vijaya Bank Korporat dan simpanan
Industrial Development Bank of India Simpanan

Keselamatan pindahan bank dalam talian anda dipastikan dalam dua cara:

  • Anda akan log masuk ke akaun bank dalam talian anda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan.
  • Pesanan anda diproses melalui pelayan selamat yang disediakan oleh TimesofMoney.

Jika anda membuat pembayaran melalui bank HDFC dan IDBI, sila dayakan Akses Selamat. Jika Akses Selamat tidak didayakan, transaksi anda akan gagal. Lawati tapak web bank HDFC untuk mengetahui cara mendayakan akses selamat .

Buat pembayaran

Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa. Cuma pastikan anda telah menambahkan NetBanking pada akaun anda sebagai salah satu kaedah pembayaran. Untuk membuat pembayaran, log masuk ke akaun Google Ads anda, klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan, kemudian klik butang Buat pembayaran. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat pembayaran:

  1. Log masuk ke akaun Google Ads anda di https://ads.google.com/select/ .
  2. Klik ikon alat Google Ads | alat [Ikon] dan di bawah "Pengebilan", pilih Ringkasan pengebilan.
  3. Klik Buat pembayaran.
  4. Masukkan amaun yang ingin anda bayar dalam medan yang tersedia. Amaun pembayaran manual minimum ialah 500 INR.
  5. Klik Pergi.
  6. Tetingkap akan muncul yang menghala ke tapak TimesofMoney. Pilih nama bank anda daripada menu lungsur dan klik Serahkan.
  7. Anda akan dihalakan ke tapak web bank anda dan perlu mengikuti arahan di tapak web bank anda untuk membuat pembayaran.

Pastikan anda membuat pembayaran sebelum pembayaran manual anda dihabiskan. Kami akan hantar kepada anda e-mel apabila akaun anda mempunyai baki 30% daripada dana anda, untuk membantu anda memastikan iklan anda sentiasa disiarkan.

Perkara yang boleh dijangka

Baki akaun anda lazimnya akan dikemas kini dalam masa 24 jam untuk membuat pembayaran. Pada ketika itu, iklan anda akan lazimnya mula disiarkan jika mereka belum disiarkan.

Kelewatan

Jika anda bimbang bahawa pindahan dana anda mengambil masa terlalu lama, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembayaran anda sedang diproses:

  • Semak sama ada dana telah dikeluarkan daripada akaun bank anda. Jika belum, hubungi bank anda.
  • Semak dengan bank anda sama ada dana dipindahkan ke akaun yang betul. Nombor akaun hendaklah sama seperti nombor akaun yang disenaraikan dalam arahan pembayaran kami (yang dijana apabila anda melakukan pembayaran pindahan wang dalam akaun Google Ads anda).

Jika masa melebihi lima hari perniagaan telah berlalu sejak anda memulakan pindahan dan anda masih tidak melihat pembayaran tersebut, anda boleh menghubungi kami. Anda perlu memasukkan bukti pembayaran yang sah bersama borang ini (dengan mengklik butang "Pilih Fail"). Klik pautan di bawah untuk melihat lebih lanjut tentang bukti pembayaran yang sah:

Cara menyertakan bukti pembayaran yang sah

Bukti pembayaran yang sah mematuhi garis panduan ini:

  • Bukti pembayaran boleh dalam bentuk salinan resit yang diimbas atau tangkapan skrin penyata dalam talian bank anda.
  • Pastikan bukti pembayaran tersebut dalam format yang tidak boleh diedit, seperti .jpg, .gif atau .png.
  • Bukti pembayaran hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Tarikh pindahan tersebut dibuat. Jika boleh, tunjukkan semua transaksi bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas pembayaran dibuat.
    • Amaun dan mata wang pembayaran tersebut.
    • Penerima dana tersebut (Google Ads).
    • Nama bank pengirim wang.
  • Untuk keselamatan anda, sila gelapkan apa-apa maklumat sensitif pada penyata bank atau kad kredit anda, terutamanya keseluruhan nombor akaun bank anda atau lapan angka di bahagian tengah nombor kad kredit anda.

Nota

Alamak. Kami tidak dapat menentukan negara pengebilan anda.

Untuk mengetahui tentang pindahan wang bagi negara anda, sila pilih negara anda daripada menu lungsur di atas. Anda juga boleh menggunakan menu ini untuk mengetahui tentang pindahan wang di negara lain.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7039496518094406810
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false