Urus senarai jenama

Untuk menghalakan trafik jenama yang khusus kepada kempen Carian dan Prestasi Maksimum anda, anda perlu membuat senarai jenama dahulu. Senarai jenama boleh mengandungi jenama anda sendiri, pesaing atau sebarang jenama dalam pustaka Google Ads. Anda membuat senarai jenama pada peringkat akaun dan menggunakan senarai itu pada kempen berasingan.

Artikel ini menjelaskan cara membuat, mengedit dan mengalih keluar senarai jenama. Terdapat sumber tambahan jika anda perlu mengurus jenama, menggunakan pengecualian jenama, menggunakan pengehadan jenama dan pelbagai lagi. Ketahui lebih lanjut Tentang tetapan jenama untuk Carian dan Prestasi Maksimum.

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Buat senarai jenama

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Senarai jenama.
  4. Jika anda tiada senarai jenama yang sedia ada untuk akaun ini, klik Buat senarai jenama. Jika anda mempunyai senarai jenama yang sedia ada untuk akaun ini, klik butang tambah .
  5. Masukkan nama senarai jenama anda.
  6. Tambahkan jenama yang ingin anda sertakan ke dalam senarai anda.
  7. Klik Simpan.

Senarai jenama yang baru dibuat hendaklah kini disenaraikan dalam jadual. Jadual ini akan memaparkan senarai jenama anda, bilangan jenama dalam senarai tersebut, dan bilangan kempen yang senarai jenama ini digunakan.

Lihat senarai jenama anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Senarai jenama.
  4. Pilih senarai jenama yang mahu anda lihat.

Edit nama senarai jenama anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Senarai jenama.
  4. Pilih senarai jenama yang mahu anda edit.
  5. Klik butang pensel Edit pada penjuru kiri atas senarai jenama.
  6. Kemas kinikan senarai jenama anda.
  7. Klik Simpan.

Alih keluar jenama daripada senarai anda

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alat Tools Icon.
  2. Klik menu lungsur Pustaka dikongsi dalam menu bahagian.
  3. Klik Senarai jenama.
  4. Pilih senarai jenama yang mahu anda edit.
  5. Klik butang pensel Edit pada bahagian atas sebelah kiri jadual senarai jenama.
  6. Klik X di sebelah nama jenama yang mahu anda alih keluar.
    • Jika jenama yang anda pilih untuk alih keluar sedang dalam semakan pada masa ini, tetingkap timbul akan dipaparkan untuk memaklumi anda bahawa tindakan ini akan turut membatalkan permintaan anda untuk jenama ini ditambahkan pada pustaka jenama Google Ads. Jika anda mahu meneruskan proses, klik Alih keluar jenama.
  7. Klik Simpan.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2351692721708073622
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false