Program Rakan Kongsi penukaran dipertingkatkan merupakan inisiatif Google untuk menyokong pelaksanaan penukaran dipertingkatkan untuk web anda melalui pihak ketiga yang bekerjasama dengan Google. Program ini terdiri daripada pelbagai jenis perkongsian yang boleh memudahkan cara anda melaksanakan penukaran dipertingkatkan.
Program ini merupakan pilihan yang sesuai jika anda memerlukan sokongan tambahan selain sokongan yang telah disediakan oleh Google.
Pada halaman ini
Manfaat
Program Rakan Kongsi boleh memudahkan pelaksanaan penukaran dipertingkatkan untuk web:
- Lebih mudah: Rakan Kongsi akan mengendalikan semua aspek pelaksanaan teknologi, penyelesaian masalah dan kemaskinian.
- Lebih pantas: Mengurangkan masa pelaksanaan anda dengan ketara bersama Rakan Kongsi.
- Tiada kos pelaksanaan: Jika anda sudah pun bekerjasama dengan rakan kongsi yang tersenarai, anda tidak akan dikenakan caj secara berasingan untuk melaksanakan penukaran dipertingkatkan. Sila ambil perhatian bahawa Rakan Kongsi mungkin mengenakan caj langganan atau yuran perkhidmatan tambahan untuk menggunakan platform mereka (sebagai contoh, kos langganan untuk menggunakan CDP).
Rakan Kongsi yang Disokong
Program Rakan Kongsi melibatkan pelbagai jenis rakan kongsi yang disasarkan untuk menangani keperluan khusus anda. Anda boleh memilih rakan kongsi yang paling sesuai untuk anda bergantung pada hubungan anda dengan rakan kongsi yang sedia ada dan jenis sokongan yang diperlukan untuk melaksanakan penukaran dipertingkatkan.
Nota: Pengiklan hendaklah memilih rakan kongsi mereka berdasarkan keperluan mereka. Google tidak mengendors mana-mana rakan kongsi yang tertentu.
Kumpulan rakan kongsi | Sokongan yang diperlukan |
Rakan kongsi data | Anda sudah ada hubungan yang sedia ada dengan rakan kongsi data kami dan mahu terus bekerjasama untuk melaksanakan penukaran dipertingkatkan |
Agensi teknologi | Anda memerlukan perkhidmatan pengiklanan menyeluruh yang melibatkan pelaksanaan penukaran dipertingkatkan |
Rakan kongsi teknologi | Anda memerlukan sokongan teknikal pakar dan mungkin mengalami masalah teknologi yang tidak standard semasa pelaksanaan |
Jika anda tidak pasti tentang kumpulan rakan kongsi yang paling sesuai untuk anda, hubungi wakil Google anda untuk mendapatkan butiran lanjut tentang mencari rakan kongsi yang sesuai.
Cara program ini berfungsi
Mulakan perjalanan penukaran dipertingkatkan anda bersama Rakan Kongsi
Nota: Anda perlu menandatangani penyataan kerja secara terus dengan rakan kongsi Penukaran Dipertingkatkan pilihan anda untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan mereka.
Penyediaan penukaran dipertingkatkan untuk web bersama rakan kongsi melibatkan 3 langkah:
1 |
2 |
3 |
Semak syarat kelayakan bagi Program Rakan Kongsi penukaran dipertingkatkan. | Kenal pasti kumpulan Rakan Kongsi yang paling sesuai dengan situasi semasa dan keperluan masa hadapan anda. |
Pilih dan hubungi Rakan Kongsi penukaran dipertingkatkan anda untuk memulakan perjalanan penukaran dipertingkatkan anda. |
1. Syarat
Sebelum anda menyertai Program Rakan Kongsi, pastikan anda memenuhi syarat yang berikut untuk menggunakan penukaran dipertingkatkan untuk web:
- Terdapat transaksi laman web atau penukaran tidak sensitif yang dikaitkan dengan pengguna anda.
- Menggunakan persediaan penjejakan penukaran yang serasi dengan penukaran dipertingkatkan (gTag atau Google Tag Manager untuk Penjejakan Penukaran Google Ads dalam Google Ads atau Floodlight dalam Search Ads 360).
- Bersedia untuk berkongsi data pelanggan yang telah dicincang dengan Google untuk tujuan pengukuran.
- Pastikan anda telah menyemak dan mengesahkan bahawa anda boleh mematuhi Dasar data pelanggan penukaran dipertingkatkan dalam Google Ads.
2. Pilih kumpulan rakan kongsi anda
Kami menyediakan pelbagai jenis Rakan Kongsi yang disesuaikan untuk membantu anda memenuhi keperluan khusus perniagaan anda. Untuk memilih kumpulan rakan kongsi yang paling sesuai untuk anda, kami mencadangkan supaya anda menilai perkara yang berikut:
- Rakan Kongsi Sedia Ada: Siapakah rakan kongsi semasa anda?
- Keperluan pelaksanaan: Apakah kaedah pelaksanaan dan tahap sokongan yang diperlukan?
Sebagai contoh, jika anda sudah pun bekerjasama dengan rakan kongsi data yang tersenarai, kami mencadangkan supaya anda menghubungi mereka terus untuk memulakan proses suai tugas penukaran dipertingkatkan anda bersama mereka.
Sebaliknya, jika anda tidak bekerjasama dengan rakan kongsi yang tersenarai, anda boleh mempertimbangkan untuk memulakan hubungan baharu dengan salah satu rakan kongsi kami yang tersenarai, termasuk rakan kongsi data, agensi teknologi dan rakan kongsi teknologi.
Seterusnya, jika anda yakin anda akan memerlukan sokongan pakar dan pasukan teknologi khas untuk pelaksanaan, kami mencadangkan supaya anda memulakan suai tugas dengan salah satu rakan kongsi teknologi kami.
3. Pilih Rakan Kongsi anda
Untuk membantu anda memilih rakan kongsi yang paling sesuai untuk anda, kami telah menyediakan jadual berikut yang mengandungi maklumat penting tentang Rakan Kongsi kami:
Nota: Keupayaan Rakan Kongsi tertakluk pada perubahan.
Kumpulan | Rakan kongsi | Jangkauan | Pengurus Tag | Kaedah pelaksanaan | Platform | ||
Tag pihak ketiga | API | Search Ads 360 | Google Ads | ||||
Rakan kongsi data |
Adobe |
Global | |||||
MParticle | Global | ||||||
Segmen | Global | ||||||
Tealium | Global | ||||||
Agensi teknologi | 3Q / Dept | AS | |||||
Acceleration (WPP) | AS, EMEA | ||||||
Adlucent | AS | ||||||
M13H (Labelium Group) | EMEA | ||||||
Tinuiti | AS | ||||||
TRKKN (Omnicom Group) | AS, EMEA | ||||||
Rakan kongsi teknologi | Concord/ Evolytics | Global |
Anda juga boleh menghubungi salah satu Rakan Kongsi yang tersenarai atau pasukan jualan Google anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara memulakan pengaktifan penukaran dipertingkatkan.
Pautan berkaitan
- Perihal penukaran dipertingkatkan
- Perihal penukaran dipertingkatkan untuk web dalam Google Ads API
- Sediakan penukaran dipertingkatkan untuk web menggunakan Google Tag Manager
- Sediakan penukaran dipertingkatkan untuk web menggunakan tag Google
- Sediakan penukaran dipertingkatkan untuk prospek dengan tag Google
- Dasar data pelanggan
- Panduan anda kepada pemodelan penukaran