Pulangan pelaburan (ROI)

Jumlah keuntungan yang anda peroleh daripada iklan dan penyenaraian produk percyma anda berbanding jumlah yang telah anda belanjakan untuk produk tersebut.

Untuk mengira ROI, ambil pendapatan yang terhasil daripada iklan anda dan penyenaraian anda, tolak kos keseluruhan, kemudian bahagikan dengan kos keseluruhan anda: ROI = (Pendapatan - Kos barangan yang telah dijual) / Kos barangan yang telah dijual.

Contoh

Katakan anda menjual produk yang mempunyai kos pengeluaran sebanyak $100 dan dijual pada harga $200. Anda menjual 6 daripada produk ini hasil daripada pengiklanan di Google Ads. Jumlah jualan anda ialah $1200 dan kos Google Ads anda ialah $200. ROI anda ialah ($1200-($600+$200))/($600+$200) atau 50%.

Untuk membantu mengukur ROI Google Ads anda, anda perlu menjejak penukaran, tindakan yang anda inginkan pelanggan anda ambil di laman web anda seperti pembelian, pendaftaran atau muat turun selepas mengklik iklan anda. Cuba penjejakan penukaran atau Google Analytics, alat percuma untuk membantu anda menjejak penukaran dalam akaun anda.

ROI lazimnya ialah ukuran yang paling penting untuk peruncit kerana ROI menunjukkan kesan sebenar Google Ads ke atas perniagaan anda. Walaupun adalah penting untuk mengetahui bilangan klik dan tera yang anda dapat, tetapi adalah lebih berguna jika anda mengetahui cara iklan dan penyenaraian anda menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Achieve your advertising goals today!

Attend our Performance Max Masterclass, a livestream workshop session bringing together industry and Google ads PMax experts.

Register now

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2547308129084598980
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false