Tambah kumpulan aset (hotel) tambahan kepada kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan anda

Kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan ialah cara yang paling mudah bagi pengiklan berasaskan prestasi hotel menyediakan perkhidmatan merentas semua produk Google. Dengan kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan, anda boleh menjangkau tetamu hotel dan mendorong lebih banyak tempahan terus merentas jaringan penuh saluran dan inventori pengiklanan Google dengan satu persediaan yang mudah. Ketahui lebih lanjut tentang kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan

Setelah membuat kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan, anda boleh memilih daripada 3 pilihan untuk menambahkan kumpulan aset (hotel) tambahan kepada kempen tersebut. Harap maklum bahawa anda tidak boleh menggunakan kefungsian salin untuk menyalin kumpulan aset daripada satu kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan kepada kempen yang lain.

Penting
Jika anda sudah pun memautkan akaun Hotel Center kepada akaun Google Ads anda, semak tambahkan kumpulan aset melalui Hotel Center untuk selesai menambahkan apa-apa kumpulan aset kepada kempen anda.
Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Tambahkan kumpulan aset melalui Google Ads

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Alatan Tools Icon, kemudian klik Data perniagaan.
  2. Pada halaman “Suapan data”, pilih suapan hartanah hotel yang mahu anda edit.
    • Nota: “Suapan hartanah hotel” mengenal pasti suapan data yang telah anda buat untuk kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan.
  3. Klik butang tambah Add, kemudian pilih satu daripada 2 pilihan yang berikut untuk menambah hartanah pada suapan:
  4. Dalam bahagian “Kempen yang menggunakan suapan ini”, pilih kempen yang perlu dikemaskinikan. Apabila anda memilih kempen, anda akan dibawa kembali ke halaman “Kumpulan aset” untuk kempen yang dipilih.
    • Penting: Untuk terus menambah kumpulan aset melalui Google Ads, pastikan anda telah melengkapkan langkah ini. Kumpulan aset (hotel) anda yang baharu mesti ditambahkan kepada kempen anda.
  5. Klik sama ada Buat Semua dalam panel pemberitahuan atas atau butang tambah Add.
    • “Buat Semua” akan mengisi secara automatik semua sekali kumpulan aset yang baharu tersebut supaya anda boleh mengedit aset ini mengikut keperluan.
    • Butang tambah Add akan memerlukan anda menambah kumpulan aset hartanah baharu satu demi satu melalui pilihan “Pautkan hartanah”. Jika terdapat berbilang kumpulan aset yang baharu, ulangi langkah ini sehingga kesemua kumpulan aset yang baharu tersebut telah dibuat.
    • Nota: Google AI akan memilih isyarat khalayak yang khusus perjalanan secara automatik untuk setiap kumpulan aset yang baru dibuat. Khalayak ini dinamakan mengikut hotel tersebut dan akan dapat dilihat setelah Kumpulan aset dibuat.
  6. Klik Simpan.

Tambahkan kumpulan aset melalui Hotel Center

Anda juga boleh menggunakan akaun Hotel Center anda yang dipautkan untuk menambah hotel melalui Hotel Center.

  1. Dalam akaun Hotel Center anda, klik Tetapan akaun.
  2. Dalam bahagian “Pautan Google Ads”, cari akaun Google Ads yang dipautkan ke suapan data anda dan klik Urus Pautan.
  3. Pilih “Beberapa hartanah sahaja”, dan muat turun senarai hartanah yang sedia ada.
  4. Selepas memuat turun senarai hartanah anda, tambahkan hartanah baharu dan muat naik senarai yang telah dikemaskinikan tersebut.
  5. Klik Serah setelah fail baharu dimuat naik dan klik Kemas kinikan.
  6. Selepas kemaskinian, kembali ke Google Ads, pilih kempen Prestasi Maksimum untuk matlamat perjalanan yang menggunakan suapan ini, dan ikut langkah 5 dan 6 dalam tambah kumpulan aset melalui Google Ads.

Ketahui cara Mengurus sambungan yang telah diwujudkan daripada Hotel Center

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15256844792230743855
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false