Sebagai pentadbir akaun pengurus yang mempunyai kebenaran pengurusan pautan, anda mungkin telah menerima permintaan daripada akaun pengurus yang lain untuk membuat pautan kepada profil pembayaran yang sedang anda urus. Dengan meluluskan permintaan pemautan tersebut, anda memberikan keizinan untuk akaun pengurus tersebut menggunakan sumber kredit profil pembayaran anda. Perkara ini bermakna anda mungkin diinvois untuk perbelanjaan iklan oleh akaun klien di bawah akaun pengurus tersebut dan melakukan tindakan berikut.
- Lihat persediaan pengebilan atau invois
- Lihat belanjawan
- Lihat semua profil pembayaran yang dipautkan kepada akaun pengurus dalam hierarki
- Lihat semua persediaan pengebilan dan belanjawan dalam hierarki
- Lihat invois dalam hierarki
- Buat atau edit belanjawan akaun
- Ubah profil pembayaran yang membayar untuk akaun Iklan
- Ubah persediaan invois akaun Iklan
- Sediakan pengebilan/Invois, termasuk pengebilan disatukan
Memandangkan pemautan akaun pengurus membuka keupayaan bagi akaun pengurus yang membuat permintaan supaya mengurus pengebilan untuk akaun klien mereka dengan had kredit profil pembayaran anda, anda disyorkan agar menyemak permintaan tersebut dengan teliti sebelum anda meluluskan permintaan pemautan.
Perkara yang perlu anda semak sebelum meluluskan permintaan pemautan akaun pengurus
- Akaun pengurus: Anda perlu menyemak sama ada akaun pengurus tersebut perlu menggunakan had kredit profil pembayaran anda.
- Alamat e-mel peminta pemautan: Anda perlu menyemak sama ada permintaan tersebut daripada seseorang dalam organisasi yang sama dengan anda.
- Sebagai peraturan am, domain alamat e-mel perlu sepadan dengan domain yang digunakan dalam organisasi atau syarikat induk anda.
- Pastikan anda berhati-hati dengan ejaan domain alamat e-mel. Contohnya, perbezaan antara i dengan í. Untuk memudahkan perkara ini, Google akan menyertakan amaran jika domain permintaan e-mel tidak sepadan dengan domain e-mel anda. Amaran ini akan disertakan dalam e-mel permohonan.
Cara meluluskan atau menolak permintaan pemautan akaun pengurus
- Log masuk ke akaun Pengurus Google Ads anda.
- Klik ikon Pengebilan , kemudian klik Profil pembayaran yang membolehkan anda menemukan senarai profil pembayaran yang dipautkan kepada akaun pengurus anda.
- Klik profil pembayaran yang merupakan profil anda yang telah menerima permintaan pemautan akaun pengurus.
- Pastikan anda mempunyai kebenaran pengurusan pautan untuk profil pembayaran tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dengan “Ya” dalam lajur “Kebenaran pengurusan pautan” pada jadual profil pembayaran.
- Pergi ke tab Permintaan diterima untuk meluluskan atau menolak permintaan pemautan sewajarnya.
Cara menyahpautkan akaun pengurus daripada profil pembayaran yang anda urus
Jika anda telah tersilap meluluskan permintaan pemautan akaun pengurus dan ingin mengalih keluar pemautan antara akaun pengurus tersebut dengan profil pembayaran yang anda urus, anda boleh mengikut langkah berikut:
- Log masuk ke akaun Pengurus Google Ads anda.
- Klik ikon Pengebilan , kemudian klik Profil pembayaran yang membolehkan anda menemukan senarai profil pembayaran yang dipautkan kepada akaun pengurus anda.
- Klik profil pembayaran yang dikehendaki untuk mengalih keluar pemautan.
- Pastikan anda mempunyai kebenaran pengurusan pautan untuk profil pembayaran tersebut. Kebenaran ini dinyatakan dengan “Ya” dalam lajur “Kebenaran pengurusan pautan” pada jadual profil pembayaran.
- Kenal pasti akaun pengurus yang ingin anda alih keluar pemautan daripada profil pembayaran anda dan klik Alih keluar dalam lajur “Tindakan”.
- Anda hanya boleh mengalih keluar akaun pengurus yang mempunyai 0 akaun menggunakan profil pembayaran.
- Jika anda ingin mengalih keluar akaun pengurus yang mempunyai beberapa akaun anak menggunakan profil pembayaran, hubungi kami.