Perihal aset yang dibuat secara automatik

Aset yang dibuat secara automatik ialah tetapan peringkat kempen yang boleh diikut sertakan. Tindakan mendayakan tetapan akan membantu anda menjana aset tambahan (tajuk dan perihalan) untuk digunakan secara gabungan dengan aset yang anda masukkan bagi iklan carian responsif anda. Aset baharu ini dijana berdasarkan konteks unik iklan anda, yang termasuk laman penambat anda, iklan sedia ada dan kata kunci dalam kumpulan iklan anda.

Nota: Anda perlu mengikut serta untuk menggunakan ciri ini. Teknik penjanaan aset menggunakan domain akan datang tidak lama lagi.

Pastikan kandungan laman web anda tepat, tidak mengelirukan dan tidak melanggar dasar Google Ads atau undang-undang yang berkenaan. Selepas mendayakan aset yang dibuat secara automatik, anda boleh memantau kandungan iklan anda untuk ketepatan dalam laporan perincian aset.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Manfaat aset yang dibuat secara automatik

  • Prestasi
    • Meningkatkan prestasi iklan carian responsif (RSA) dengan membuat lebih banyak tajuk serta perihalan secara automatik.
  • Perkaitan
    • Memberikan pengalaman pengguna yang konsisten merentas pertanyaan, kopi iklan dan laman penambat.
  • Produktiviti
    • Mengurangkan amaun kerja manual untuk membuat kopi iklan yang berkaitan.

Cara aset yang dibuat secara automatik berfungsi

Untuk iklan carian responsif dalam kempen yang anda dayakan aset yang dibuat secara automatik, anda mengarahkan Google untuk membantu anda menjana aset daripada sumber yang layak berdasarkan perkaitan dan ramalan prestasi. Apabila iklan anda layak disiarkan untuk pertanyaan, iklan carian responsif akan menggunakan kelompok aset dibuat pengguna yang layak dan aset yang dibuat secara automatik serta menyiarkan gabungan yang diramalkan berprestasi terbaik. Aset yang dibuat secara automatik akan digambarkan dalam rating Kekuatan Iklan RSA anda.

Sokongan bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Itali, Perancis, Jerman, Jepun dan Belanda.

Berikut ialah contoh cara iklan anda berfungsi dengan aset yang dibuat secara automatik didayakan:

  1. Pengiklan memberikan aset pengepala dan perihalan:
    • Telefon Pintar 7 baharu
    • Telefon Pintar kami yang paling inovatif
    • Selamat dan terjamin
    • Pesan dalam talian dan ambil hari ini
    • Penghantaran tanpa sentuhan tersedia hari ini

Iklan • example.com

Telefon Pintar 7 baharu | Telefon Pintar kami yang paling inovatif | Selamat dan Terlindung

Pesan dalam talian dan ambil hari ini. Penghantaran tanpa sentuhan tersedia!

  1. Google akan membuat aset tajuk dan perihalan secara automatik:
    • Menarik dari setiap sudut
    • Tawaran tukar beli tersedia
    • Beberapa warna tersedia untuk dipilih
    • Kamera serba baharu untuk merakam detik manis hidup anda

Iklan • example.com

Hebat dari setiap sudut| Tawaran tukar beli tersedia

Beberapa warna tersedia untuk dipilih. Kamera serba baharu untuk merakam detik manis hidup anda.

  1. Rujuk contoh di bawah untuk cara iklan carian responsif anda yang dihasilkan - dengan aset yang dibuat secara automatik didayakan - mungkin dipaparkan apabila pengguna mencari dengan kata kunci “telefon pintar 7 baharu”.

Iklan · https://www.example.com

ACME Electronics - Telefon Pintar 7

Telefon Pintar 7 baharu. Telefon Pintar kami yang paling inovatif.

Beberapa warna tersedia untuk dipilih. Penghantaran tanpa sentuhan tersedia hari ini.

 

Iklan · https://www.example.com

ACME Electronics - Telefon Pintar 7

Telefon Pintar 7 baharu. Menarik dari setiap sudut.

Tawaran tukar beli tersedia. Penghantaran tanpa sentuhan tersedia hari ini.

Amalan terbaik semasa menggunakan Aset yang Dibuat Secara Automatik

Pastikan kandungan laman web anda tepat

Sentiasa ingat dasar Google Ads atau undang-undang yang bersesuaian dan pantau kandungan iklan untuk mendapatkan ketepatan dalam laporan perincian aset.

Simpan tajuk dan perihalan yang dijana pengiklan anda

Tajuk dan perihalan iklan carian responsif yang anda buat disiarkan dengan gabungan ACA untuk membuat RSA yang diramalkan berprestasi terbaik.

Isi jurang untuk menjangkau Kekuatan Iklan yang Baik+

Aset yang dibuat secara automatik boleh meningkatkan rating Kekuatan iklan RSA keseluruhan anda tetapi pastikan anda kekal fokus pada pengisian sebarang jurang yang ada.

Arahan

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.

Kembangkan semua

Cara mendayakan aset yang dibuat secara automatik untuk kempen
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kempen.
  3. Klik tab Tetapan pada bahagian atas, kemudian pilih kempen yang mahu anda edit.
  4. Klik Edit, kemudian pilih Ubah tetapan aset yang dibuat secara automatik.
  5. Klik butang bersebelahan “Hidup”.
  6. Klik Gunakan.
Cara mendayakan aset yang dibuat secara automatik untuk berbilang kempen
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kempen.
  3. Klik tab Tetapan pada bahagian atas, kemudian pilih kempen yang mahu anda edit.
  4. Klik Edit, kemudian pilih Ubah tetapan aset yang dibuat secara automatik.
  5. Klik butang bersebelahan “Hidup”.
  6. Klik Gunakan.
Cara mendayakan aset yang dibuat secara automatik semasa pembuatan kempen
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kempen.
  3. Klik butang tambah Add.
  4. Apabila anda tiba pada halaman “Tetapan kempen” semasa pembuatan kempen, tatal kepada bahagian “Aset yang dibuat secara automatik”.
  5. Klik butang bersebelahan “Hidup”.
  6. Klik Hidupkan, kemudian klik Seterusnya.
Cara melumpuhkan aset yang dibuat secara automatik
Ikut langkah ini untuk menarik diri daripada aset yang dibuat secara automatik:
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kempen.
  3. Klik tab Tetapan pada bahagian atas, kemudian pilih kempen yang mahu anda edit.
  4. Klik Edit, kemudian pilih Ubah tetapan aset yang dibuat secara automatik dan pilih Matikan.
    • Apabila anda melumpuhkan Aset yang dibuat secara automatik, aset tersebut akan dilaporkan sebagai “Dialih keluar” dan tidak disiarkan lagi.
Cara mengalih keluar aset berasingan yang dibuat secara automatik

Ikut langkah yang berikut jika anda bimbang tentang aset yang berasingan dan mahu mengalih keluar aset tersebut:

  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Google Ads.
  3. Navigasi kepada iklan yang mahu diubah suai dan klik "Lihat butiran aset".
  4. Navigasi kepada aset yang dibuat secara automatik yang mahu anda alih keluar dan klik anak panah lungsur bersebelahan ikon status.
  5. Pilih Alih keluar.
  6. Anda akan diminta untuk memperakui bahawa aset tersebut akan dialih keluar secara kekal.
  7. Klik Sahkan.
Cara melihat pelaporan
  • Ikut arahan ini untuk mengakses pelaporan aset peringkat iklan.
    • Manfaatkan lajur “Sumber aset” untuk membuat perbezaan antara aset yang dibuat secara automatik dengan aset yang diberikan oleh pengiklan.
    • Tera dan rating prestasi tersedia untuk aset yang dibuat secara automatik.
    • Aset yang dibuat secara automatik dapat dilihat dalam laporan aset peringkat saluran dan peringkat kempen.
  • Ikut arahan ini untuk mengakses pelaporan aset peringkat kempen.
    Nota: Pelaporan aset peringkat kempen ialah cara terbaik untuk mengakses pelaporan Aset yang Dibuat Secara Automatik secara pukal.
    • Tera dan rating prestasi tersedia untuk aset yang dibuat secara automatik secara pukal.
    • Aset yang dibuat secara automatik dapat dilihat dalam laporan aset peringkat saluran dan peringkat kempen.
    • Manfaatkan lajur “Sumber” untuk membuat perbezaan antara aset yang dibuat secara automatik dengan aset yang diberikan oleh pengiklan.
  • Ikut arahan ini untuk mengakses Pelaporan Gabungan.
    • Laporan gabungan menunjukkan sama ada laporan itu mengandungi Aset yang Dibuat Secara Automatik atau tidak.
    • Anda akan dapat menyemak tera yang diperoleh iklan carian responsif anda dan melihat gabungan aset yang paling biasa dipaparkan. Ketahui lebih lanjut Tentang laporan gabungan untuk iklan carian responsif.
Nota: Aset yang dibuat secara automatik dijana menggunakan URL akhir peringkat iklan. Jika anda menggunakan URL akhir peringkat kata kunci, anda masih boleh mendayakan aset yang dibuat secara automatik; walau bagaimanapun, penjagaan aset mungkin dihadkan. Laman penambat dengan kandungan terhad boleh menjangkakan kurang aset yang dijana.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh melihat aset yang dibuat secara automatik yang digunakan dalam iklan saya?
Anda boleh melihat aset yang dibuat secara automatik yang digunakan dalam iklan anda dalam laporan aset untuk melihat aset yang sedang digunakan dalam RSA. Untuk menyemak gabungan dan iklan sebenar yang disiarkan untuk tujuan ketelusan, anda boleh melihat laporan gabungan.
Adakah aset yang dibuat secara automatik akan dikira dalam had iklan carian responsif?
Aset yang dibuat secara automatik tidak menyumbang kepada 15 tajuk dan 4 baris keterangan untuk iklan carian responsif.
Adakah aset yang dibuat secara automatik sama seperti aset automatik tahap akaun?
Tidak. Aset automatik tahap akaun seperti pautan laman dinamik, coretan berstruktur dinamik, serlahan ciri dinamik dan pelbagai lagi, didayakan pada peringkat akaun sementara Aset yang Dibuat Secara Automatik, yang membantu anda menjana aset tambahan (tajuk dan perihalan), ialah tetapan peringkat kempen.
Bagaimanakah saya boleh melihat pelaporan aset yang dibuat secara automatik secara pukal?
Pelaporan aset peringkat kempen ialah cara terbaik untuk melihat pelaporan aset yang dibuat secara automatik secara pukal. Ikut arahan di atas untuk mengakses pelaporan aset peringkat kempen.
Adakah semua aset yang dibuat secara automatik dijangka akan disiarkan?
Aset yang dibuat secara automatik layak disiarkan apabila dijana. Aset mungkin dijana, kemudian didapati memiliki prestasi yang buruk kerana konteks boleh berubah daripada penjanaan kepada penyiaran, seperti pengeditan iklan, kata kunci atau laman penambat. Sistem akan mengeluarkan aset secara automatik apabila sistem mendapati bahawa aset tidak akan memiliki prestasi yang baik selepas suatu tempoh masa, jika aset ditetapkan label "Berprestasi rendah" atau jika sumber aset berubah.
Bagaimanakah saya boleh melihat Kekuatan Iklan?
Anda boleh melihat Kekuatan Iklan dalam lajur "Kekuatan iklan" dengan mengikut langkah ini:
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen, kemudian klik Kempen.
  3. Klik Iklan.
Lajur "Kekuatan iklan" dalam jadual menunjukkan rating Kekuatan Iklan seperti "Sederhana" atau "Cemerlang". Anda boleh mengklik rating ini untuk melihat maklum balas tentang meningkatkan iklan anda bersama-sama dengan pautan ke tempat yang membolehkan anda melakukan perubahan tersebut.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6640574186710954058
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false