Perihal percubaan Sasaran ROAS satu klik untuk Shopping

Percubaan ROAS Sasaran untuk Shopping membolehkan anda menguji ROAS Sasaran terhadap Kempen Standard Shopping anda menggunakan pembidaan CPC manual dan mengukur kesan. Percubaan ini memisahkan belanjawan and antara percubaan dengan kempen asal, yang merupakan cara paling berkesan untuk mengalih keluar sebarang bias dan kemusiman daripada percubaan.

Apabila anda selesai dengan percubaan, anda boleh menggunakan percubaan secara terus pada kempen asal anda. Percubaan ROAS Sasaran hanya tersedia untuk kempen standard Shopping menggunakan pembidaan CPC manual.

Sebelum anda bermula

Sebelum anda memulakan percubaan Sasaran ROAS anda untuk Shopping, anda memerlukan sekurang-kurangnya 15 penukaran dalam masa 30 hari lalu. Perkara ini membolehkan anda membandingkan prestasi strategi bidaan Sasaran ROAS secara terus dengan kempen asal anda Jika anda mahu menentukan sasaran ROAS, anda perlu memastikan nilai ini hampir dengan purata sejarah, kemudian menukar nilai tersebut kepada sasaran ROAS baharu selepas satu atau dua minggu. Hal ini untuk memastikan bahawa kempen memperoleh trafik yang mencukupi untuk dipelajari dalam masa beberapa minggu pertama.

Anda boleh memilih tetingkap ujian antara 30 hingga 60 hari berdasarkan tempoh purata kelewatan penukaran anda. Jika purata kelewatan penukaran anda adalah kurang daripada 7 hari, anda boleh menguji selama 30 hari. Jika purata kelewatan penukaran anda adalah lebih daripada 21 hari, anda perlu menguji selama 60 hari. Pelaporan percubaan Sasaran ROAS akan memaparkan selang keyakinan 95% untuk membantu anda menentukan masa keputusan percubaan memiliki keertian statistik.

Nota: Anda boleh memilih selang keyakinan anda sendiri (80% ialah selang keyakinan lalai) dan dapat memahami metrik eksperimen anda lebih baik dengan pelaporan keyakinan dinamik.

Buat percubaan ROAS Sasaran

Nota: Arahan di bawah merupakan sebahagian daripada reka bentuk baharu untuk pengalaman pengguna Google Ads. Untuk menggunakan reka bentuk sebelumnya, klik ikon "Penampilan" dan pilih Gunakan reka bentuk sebelumnya. Jika anda masih menggunakan versi Google Ads yang sebelumnya, semak Peta rujukan pantas atau gunakan bar Carian pada bahagian atas panel navigasi Google Ads untuk menemukan halaman yang anda cari.
  1. Dalam akaun Google Ads anda, klik ikon Kempen Campaigns Icon.
  2. Klik menu lungsur Kempen dalam menu bahagian.
  3. Klik Kempen.
  4. Klik tab Tetapan pada bahagian atas.
  5. Pilih kempen yang mahu anda uji.
  6. Di bawah “Pembidaan dan belanjawan”, di bahagian “Sasaran ROAS satu klik”, klik Cuba sasaran ROAS untuk mengoptimumkan nilai penukaran. Anda akan melihat maklumat tentang percubaan anda berdasarkan kempen asal dan parameter berdasarkan amalan terbaik percubaan.
  7. Klik Ubah pilihan jika anda mahu mengubah sebarang daripada tetapan berikut:
    1. Nama: Berikan nama untuk percubaan Sasaran ROAS anda.
    2. Tarikh mula: Tarikh yang percubaan dibuat.
    3. Tarikh tamat: Bilangan hari ujian yang disyorkan.
      Nota: Jika kempen anda cenderung mengalami kelewatan penukaran yang panjang, anda boleh menguji selama lebih daripada 30 hari.
    4. Selisih eksperimen (50%): Selisih belanjawan antara percubaan dan kempen asal. Kami mengesyorkan agar anda tidak menukar nilai ini.
    5. Sasaran ROAS (%): Sasaran ROAS yang disyorkan dikira daripada purata ROAS 28 hari, tidak termasuk hari paling terkini disebabkan kelewatan penukaran. Jika anda ingin menetapkan Sasaran ROAS yang berlainan, pastikan anda menetapkan sasaran asal yang berada dalam julat ROAS sejarah.
    Nota: Jika anda membuat sebarang perubahan pada kempen asal, perubahan tersebut tidak akan digambarkan dalam percubaan. Anda mesti membuat perubahan secara manual pada tetapan percubaan atau membuat percubaan baharu.
  8. Klik Buat. Percubaan baharu akan disenaraikan di halaman Percubaan di bawah bahagian "Semua percubaan". Anda boleh mengurus percubaan anda: edit, jalankan, jeda atau padamkan. Ketahui lebih lanjut tentang cara Menemukan dan mengedit percubaan anda.

Buat perubahan pada percubaan anda

Anda boleh membuat perubahan pada kempen asal anda dan percubaan anda, tetapi ingat bahawa perubahan yang ketara boleh menyukarkan anda membuat perbandingan. Jika anda membuat sebarang perubahan kempen struktur pada kempen asal (contohnya, menambah kumpulan iklan baharu, mengalih keluar tau menambahkan produk) perubahan ini tidak akan digunakan secara automatik pada kempen. Ingat untuk turut membuat perubahan yang sama pada cabang eksperimen untuk perbandingan setara yang bersih.

Gunakan percubaan ROAS anda

Selepas beberapa minggu telah berlalu, anda perlu menyemak percubaan anda. Anda boleh melaraskan Sasaran ROAS anda berdasarkan keputusan yang diinginkan:

Change your Target ROAS to add more conversion value or more efficiency.

Ingin mendapatkan lebih banyak nilai penukaran? Inginkan ROAS lebih tinggi?

Jika volum ialah matlamat anda dan anda ingin mendorong lebih banyak nilai penukaran, kurangkan sasaran ROAS anda.

Tindakan menurunkan sasaran ROAS anda akan membenarkan percubaan Sasaran ROAS memasuki lebih banyak lelongan dan mendorong lebih banyak nilai penukaran. Perkara ini mungkin menjejaskan kecekapan.

Jika kecekapan dan ROAS lebih tinggi ialah matlamat anda, naikkan sasaran ROAS anda.

Tindakan menaikkan sasaran ROAS akan mengehadkan Sasaran ROAS untuk memasuki lelongan yang Google berpendapat berkemungkinan besar akan membawa kepada penukaran. Perkara ini bermakna ROAS lebih tinggi, tetapi kurang volum.

Jika anda berpuas hati dengan tahap kecekapan dan/atau jumlah semasa, biarkan sasaran ROAS seperti sedia ada. Apabila anda bersedia untuk menggunakan percubaan anda, semak Gunakan percubaan anda.

Pautan berkaitan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13903289617006383216
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false
false