Kandungan yang dialih keluar & ditolak kerana pelanggaran dasar

Kadangkala kami mengalih keluar kandungan apabila pelanggaran dasar kandungan yang dijana pengguna Google Maps (“dasar kandungan”) dikenal pasti. Dasar kandungan juga tertakluk pada gelagat yang mungkin tidak dikaitkan secara langsung dengan kandungan. Jika kandungan atau gelagat anda dikenal pasti sebagai pelanggaran dasar, kandungan anda mungkin dialih keluar.

Apakah yang berlaku apabila kandungan atau pengeditan anda dialih keluar atau ditolak kerana pelanggaran dasar?

Anda mungkin dimaklumi apabila kandungan tertentu dialih keluar atau ditolak kerana pelanggaran dasar. Dalam kebanyakan keadaan, kami juga akan memberitahu anda:

  • Kandungan yang telah dialih keluar atau ditolak
  • Sebab kandungan tersebut dialih keluar atau ditolak
  • Perkara seterusnya yang boleh anda lakukan

Jika kandungan dialih keluar atau ditolak kerana pelanggaran dasar, kandungan anda mungkin masih tersedia dalam profil Google Maps anda tetapi mungkin ditandai sebagai “Tidak disiarkan”, “Peribadi”, “Tidak Diterima” atau perkara yang serupa. Dalam sesetengah keadaan, kandungan atau pengeditan anda mungkin dipadamkan sepenuhnya disebabkan oleh keperluan undang-undang atau tahap keterukan pelanggaran tersebut.

Jika anda berpendapat bahawa kami membuat kesilapan, anda mungkin boleh mengedit dan menyiarkan semula kandungan anda atau membuat rayuan terhadap pengalihan keluar atau penolakan kandungan tersebut.

Pelanggaran berbilang atau teruk boleh menyebabkan pengehadan akses ciri. Jika anda berpendapat bahawa kami telah membuat kesilapan, anda mungkin boleh membuat rayuan terhadap pengehadan akses ciri dalam keadaan tertentu.

Perkara seterusnya yang boleh anda lakukan

Kami mahu membantu anda terus menyumbang kepada Google Maps, oleh hal yang demikian, sentiasa ingat untuk melakukan perkara yang berikut:

  1. Pastikan kandungan anda mematuhi dasar kami. Ketahui tentang dasar kandungan kami.
  2. Selepas menyemak dasar kami, anda boleh mengedit dan menyiarkan semula kandungan anda. Jika anda berpendapat bahawa kami telah membuat kesilapan, anda mungkin boleh merayu keputusan tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang proses rayuan.

Kandungan dialih keluar & ditolak atas sebab lain

Kami juga boleh mengalih keluar kandungan atau pengeditan atas sebab yang tidak melanggar dasar termasuk sekiranya:

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15481899722583461490
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false